Showing posts with label nasihat dalam humor. Show all posts
Showing posts with label nasihat dalam humor. Show all posts

Mencari Pasangan Hidup

Assalamualaikum...

 

Mencari Pasangan Hidup

Jikalau anda pernah menonton filem Sleepless in Seattle, mungkin anda akan percaya bahawa kita perlu berusaha dan kadang kala mesti bersusah-payah untuk bertemu dengan idaman kalbu. Lihat sahaja bagaimana Meg Ryan yang comel itu berusaha untuk bertemu dengan Tom Hanks, walaupun kedua-duanya terpisah dengan jarak yang begitu jauh. Tetapi kerana tarikan yang Meg rasakan tiada gantinya, dikuatkan juga semangat untuk menjejaki Tom Hanks, yang beliau rasakan adalah cinta abadinya.

 

Filem itu juga membuktikan yang perkenalan juga memerlukan bantuan daripada orang sekeliling atau pun “posmen”. Tanpa bantuan anak lelaki Tom Hanks, mungkin Meg Ryan tidak akan berpeluang langsung untuk bertemu dengan Tom Hanks.

 

Islam tidak menyekat fitrah keinginan manusia dalam memilih pasangan hidup. Kebiasaannya lelaki cenderung memilih wanita yang cantik, manakala wanita lebih gemar memilih lelaki yang berpangkat dan berharta bagi jaminan kestabilan ekonomi dalam keluarga.

 

Namun dalam membuat pilihan, Nabi SAW mengingatkan kepada kita semua bahawa ciri-ciri yang dikehendaki oleh naluri insan itu hendaklah tidak mengenepikan ciri yang paling penting iaitu beragama.

 

Hadis Baginda SAW yang berbunyi :

Maksudnya : “ Wanita itu dinikahi kerana empat perkara : hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah olehmu orang-orang yang mempunyai agama nescaya kamu akan berbahagia ” (Muttafaq A’laih : Riwayat Bukhari)

 

 

Wanita Yang Kaya

 

Ramai wanita-wanita kaya di Malaysia sekarang tidak berumah tangga. Ia bagaikan trend zaman sekarang. Contohnya Zeti Aziz. Siapa dia? Orang paling kaya di Malaysia. Manakan tidak, semua duit kat Malaysia sekarang mesti ada sign dia. Kalau kita menulis surat, dekat bahagian bawah itu ada tanda tangan kita, itu menunjukkan kita punya surat. So, kalau ada tanda tangan si Zeti tu bermakna duit kertas di Malaysia ini dia yang punya la.

 

Kenapa ramai sangat wanita kaya tidak berkahwin? Maybe kerana ego seorang lelaki yang tidak dapat menerima hakikat yang isterinya lebih kaya darinya. Entahlah, terlalu banyak sangat persoalan yang bermain di fikiran aman ketika ini.

 

 

Wanita Yang Berketurunan

 

Isu ini juga lagi satu. Yang 'Sharifah' mesti hendak cari 'Syed', yang 'raja' mesti hendak cari si 'puteri' dan sebagainya. Kerana apa? Kerana bagi segelintir manusia seperti ini, mereka teramatlah mementingkan keturunan dari segala-galanya. Ada apa la sangat pada keturunan itu? Maybe hendak jaga pertalian nama itu kot.

 

Tetapi, sampai bila keturunan itu dapat membahagiakan rumah tangga? Bila sudah sampai satu tahap, hati sudah rasa jemu, mula lah keretakkan rumah tangga berlaku. Sebab apa? Sebab perkahwinan atas dasar keturunan jika tidak disulami dengan ikatan keagamaan, syaitan mudahlah merosakkan salur-salur pemikiran yang bersih dan suci itu. Mulalah rasa syak wasangka terhadap pasangan masing-masing.

 

 

Wanita Yang Cantik

 

"Kau tengok mamat tu, awek cantik tapi balak macam tongkang pecah"

Penah dengar ayat seperti itu? Atau sebaliknya? Aman sudah banyak kali terdengar ayat-ayat seperti itu. Teringat lagi masa bersekolah di Taiping dahulu. Apabila outing sahaja, mesti kami akan melalui kawasan Taman Tasik Taiping itu. Selalu sangat kawan aman berkata sedemikian. Tapi bagi aman, mamat itu hensem apa. Kalau wanita itu cantik, mestilah dia akan mencari lelaki yang hensem bukan? Ok lah, aman hendak tanya, siapakah manusia paling hensem sekarang? Bagi aman jawapannya:

PLG HENSEM  Itulah manusia paling hensem. So, kalau kita ada banyak kawan seperti gambar di atas, kita juga dikira hensemlah. Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” So, berkawan dengan orang hensem, kita pun hensem jugalah!

 

Tengok pemakaian mamat yang jalan dengan awek dia tu, kasut Dr Marten, itu sahaja sudah mencecah RM3++, baju Fred Perry, harganya mau mencecah RM2++, Seluar Dockers, yang ni mau mencecah RM2++. So, nampak sangatlah mamat tu berkawan dengan 'orang paling hensem'. Secara automatiknya, mamat tu dikira hensemlah. Takkanlah awek cantik hendak cari mamat yang tak hensem?

 

 

Wanita Yang Beragama

 

Yang inilah yang dituntut dalam Islam. Mencari pasangan hidup, mestilah yang beragama. Maksud beragama yang ditekankan oleh Rasulullah SAW ini bukanlah bererti perempuan yang belajar bidang agama (ustazah) semata-mata. Bukanlah dilihat lepasan maahad atau sekolah agama mana. Sebaliknya erti perempuan yang beragama itu ialah wanita yang memiliki akidah yang teguh dan penghayatan Islam yang mantap dalam kehidupannya. Tidak kira apa jua bidang yang diceburi. Sama ada dia cikgu, doktor, engineer ataupun apa sahaja.

 

Faktor agama ini penting kerana ianya :

- Melahirkan isteri solehah yang bertaqwa.
- Senang ditarbiah
- Mentaati segala perintah suami.
- Menjaga kehormatan diri dan harta suami walaupun suaminya tiada di sisinya
- Mengetahui hak suami dan dapat melaksanakan kewajipan dengan sempurna.
- Mampu melayan suami dengan baik
- Bersabar dan redha dengan kesusahan hidup
- Menolong suami dalam mentaati Allah dan Rasul.
- Mampu menegakan keimanan suami
- Dapat mentarbiah anak dengan ajaran Islam yang sebenar

 

 

Kesimpulan

 

Alangkah bagusnya andai agama digabungjalin dengan setiap ciri bagi calon isteri, agama dengan harta, agama dengan kecantikan dan agama dengan keturunan. Maka terhimpunlah segala kebaikan pada seorang isteri.

Perempuan beragama yang kaya tidak menimbulkan rasa tamak suami malah menanam sifat qana’ah.

Perempuan beragama yang cantik tidak melaghakan suami daripada mentaati perintah dan larangan Allah.

Perempuan beragama yang berketurunan mulia tidak menjadikan suaminya sombong dan bongkak malah menanam rasa syukur dan tawadhu’.

Perempuan yang miskin, kurang cantik dan tidak berpangkat tetapi beragama lebih baik daripada perempuan yang tidak beragama walaupun cantik, kaya, dan berstatus tinggi.

 

So, dalam mencari jodoh, kita hendaklah berusaha mencari. Bukan jodoh yang datang mencari. Namun, Kalau impikan isteri seperti Saidatina Fatimah, awasilah dirimu seperti Saidina Ali.

 

Wasalam.....

 

~ aman shah ~

"....man jadda wa jada..."

Sebatang Pohon Betik

 

sujud

 

Assalamualaikum..

Selepas kembalinya dari solat Jumaat tadi, saya sering terfikir apa yang diucapkan oleh imam diatas mimbar sebentar tadi. Walaupun dibawah sinaran mentari yang terik, tetapi khutbah yang disampaikan oleh imam membuatkan aku berfikir panjang.

 

"Kenapa kita masih hendak berbalah lagi tentang sesuatu yang wajib? contohnya solat fardhu 5 waktu, puasa dibulan Ramadhan dan semuanya yang terkandung dalam Rukun Islam? Sekarang patutnya kita memikirkan dan membahaskan yang sunat! Semua yang wajib dan fardhu telah dibincangkan dan dibahaskan long time ago!"

 

Lebih kurang seperti itu lah tadi si imam membacakan khutbah. Walau suaranya mampu membuatkan aku menguap panjang, tetapi isi khutbah membuatkan aku terus bertahan untuk mendengarnya. Tidak dinafikan, masih ramai yang 'syahid' ketika khutbah dibacakan!

 

Dari penerangan khutbah itu, ia disimpulkan, jika yang asas masih goyang, maka bagaimana hendak menampung sesuatu yang lebih besar diatasnya?

 

Seperti sepohon pokok betik diluar rumah saya itu. Jika akarnya tidak kukuh, bagaimana ia mampu menghasilkan buah yang banyak? Walaupun semalam buahnya yang masak ranum didahan dipetik oleh orang yang tidak diketahui. Hehehe. Semoga buah yang diambil oleh orang itu halal dunia dan akhirat.

 

Kembali kepada tajuk perbincangan, cuba kita renung rukun Islam..

1. Mengucap kalimah Syahadah. Ini perkara paling wajib dalam membentuk asas kita sebagai seorang muslim.

2. Mendirikan solat fardu 5 kali sehari. Jika yang ini kita tidak mampu menjaganya, maka teramat rugilah orang itu. Jika yang fardu ini tidak sempurna lagi, bagaimana hendak membicarakan solat sunat lain seperti solat tahajud, solat tarawih, solat hajat, solat witir, solat Aidulfitri, solat Aiduladha dan macam-macam lagi solat sunat yang menjanjikan ganjaran yang tidak mampu dizahirkan dengan akal.

3. Berpuasa dibulan Ramadhan. Yang ini lagi satu, Allah sudah mengurniakan kita 11 bulan untuk kita makan dengan sewenang-wenangnya, kenapa untuk 'mengorbankan' satu bulan sahaja untuk mengawal nafsu kita tidak mampu? Jika yang ini tidak dijaga, usah mimpilah untuk berpuasa 6 dibulan syawal, puasa sunat Isnin dan Khamis dan pelbagai lagi jenis puasa sunat.

4. Menunaikan zakat. Jika zakat fitrah yang hanya RM5.70 (negeri Kedah) tidak dikeluarkan, sedekah jariah bagaikan tidak dipandang oleh Sang Pencipta. Yang wajib tidak dilaksanakan, ini yang sunat dikejarnya? Pelik benar orang itu.

5. Menunaikan Haji bagi yang mampu! Yang ini agak menarik. Saya pernah terbaca satu artikel suatu masa dahulu, long-long time story, ceritanya seperti ini.

"pak cik tak mampulah nak nak pi haji tu, mahal sangat belanjanya"

begitulah kata-kata seorang petani sesudah kembali dari sawahnya sambil menghembuskan asap rokok dunhill yang disedutnya di bawah pondok usangnya.

Ya Allah pak cik, hisap rokok mampu, tapi nak pergi haji tak mampu? mari kita buat kira-kira disini. Katakan pakcik hisap rokok dunhill 14 sekotak sehari. harganya murah sahaja, RM 6.50. Dalam setahun 365 x RM 6.50 = RM 2372.50. Alah, baru RM 2K sahaja, mana cukup hendak pergi haji! OK, pak cik hisap rokok dari umur 24 sampai umur 42 tahun sekarang. Berapa ringgit pak cik habiskan dah untuk membeli rokok? Hendak seribu daya, jika tidak mahu, hanya 1 dalih sahaja. Jika menunaikan haji sudah ada macam-macam alasan, usah bicara tentang umrah!

 

Mukallaf dalam kitab Fiqh As-Solah beerti:

Orang Islam yang diwajibkan ke atasnya melaksanakan kewajipan agama dengan syarat ia berakal, cukup umur, sejahtera kedua-dua pancaindera mata dan telinga sejak dari lahirnya atau mumayyiznya serta sampai kepadanya seruan agama.

 

Begitulah apa yang saya paham dalam isi khutbah hari ini.

Sehingga bertemu lagi.

 

 

wasalam...

~ aman shah ~

"....man jadda wa jada..."

Kuih Cinta

Tengah-tengah surf layan internet tadi, tiba-tiba terjumpa artikel yang agak menarik..
Sebab tu copy untuk dikongsi dengan kawan-kawan..

tribute to the author






Bahan:

1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% Komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.

Bahan Perhiasan:
1 botol besar humor,
25 grm rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sendok teh telefon-telefonan
Semuanya dikacau hingga merata dan mengembang.

Tips:
Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.

Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan (sebaiknya dibeli di supermarket bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.)

Jangan beli di pasar yang bernama DISKOTIK atau PARTY kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadang menipu konsumer atau kadang menggunakan zat pewarna yang boleh merosak kesihatan.

Gunakan Kasih sayang cap "IMAN, HARAP & KASIH" yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Jabatan Kesihatan dan Kerohanian.


Cara Memasak:

  1. lelaki dan wanita dicuci bersih, buang semua masa lampaunya sehingga tersisa niat yang murni.
  2. Siapkan loyang yang telah diolesi dengan komitmen dan restu orang tua secara merata.
  3. diuli tangan lelaki tadi bersama ayah si perempuan tadi dengan lafaz AKAD yang sah.
  4. Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api cinta, merata sekitar 30 minit di depan penghulu.
  5. Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan semua rencah di atas.
  6. Kuih siap dinikmati.


Catatan:
Kuih ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan kasih yang hangat. Tapi kalau sudah agak dingin, Tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di oven "Tempat Ibadah" diatas api cinta. Setelah mulai hangat, jangan lupa telefon-telefonan bila berjauhan.

Selamat mencuba !