Assalamualaikum kawan2...
Apa kabar kita hari ini?
Bagaimana iman kita hari ini?
Alhamdulillah...
Hari ini, 6 Januari telah genap 2 tahun aman berblogging...
2 tahun sudah menulis dalam blog ini.
Macam-macam sudah aman luahkan.
Sudah 168 Posts aman tulis dan ciplak.
Banyak bukan...
Untuk ulang tahun kedua ini...
Nak tulis merapu-merapu laa sikit...
Nak kongsi yang panas-panas sahaja...
Haritu aman dah kutuk friendster ~ Ada Apa Dengan Friendster
Lepas itu berbasi basa sikit dengan Blogger ~ Aku Menulis Hanya Kerna Nama
Hari ini..
Nak tulis bab Facebook laa pulak...
Sekadar tulis-tulisan kosong sahaja...
Facebook.com..
Sapa tak tahu, memang kuno laa korang..
Mau tak kunonya, sampai makcik-makcik pun ada..
Datuk yang cucu sampai 20 orang pun masih main facebook lagi.
PM kita pun ada facebook...
Bapak-bapak menteri pun ada juga!
Inikan korang pulak, yang hidup di zaman era ini.
Tak tahu facebook.com, baik masuk gua laa korang..
Hakhakhak...
Main facebook ni pun ada gejala macam friendster.com juga...
( rujuk link Ada Apa Dengan Friendster )
semua nak tunjuk...
semua nak tayang...
nak cakap yang depa tu pi sana...
nak cakap yang depa tu pi sini....
sudah-sudah laa dengan berlagak tu...
Facebook ni hasil kerja Yahudi..
Ye laa... Dia yang buat facebook tu...
Terpulang kat korang laa nak main kaa tak nak..
Sampaikan tanya ustaz lagi...
Baguslah, at least tanya pada mereka yang lebih berilmu...
Nasib baik tak pi tanya lembu...
Nasib baik laa masih dapat bezakan yang mana ulamak dan yang mana ular dalam semak!
Kalau nak baca hasil karya mereka yang lebih arif bab hukum-hukum ni..
boleh rujuk sini...
Ustaz Hasrizal (abusaif) = Facebook : Antara Pro dan Kontra
Ustaz Zaharuddin (UZAR) = Facebook , Yahudi dan Status Hukum
Sudah terang lagi bersuluh bukan?
Tapi..
Bukan yang itu menjadi isu sekarang.
Dah Ustaz-ustaz itu bagi pandangan sebegitu.
Jangan la sampai setiap saat hampa nak update facebook tu..
Jangan la sampai gambar ntah apa-apa korang nak pi tag semua orang..
Jangan la sampai cerita lucucah yang korang nak pamerkan..
Jangan la sampai nak pamerkan gambar-gambar aurat korang tu..
Jangan la samapi perkara maksiat pun korang nak kongsi bersama..
Jangan la sampai status tu nak tukar "dalam perhubungan dengan si barua bin si barua"
Jangan la sampai status nak letak " Bertunang dengan si polan bin si polan"
Jangan la nak post kat wall se gelipren or boyapren " I Lap peluh U, U lap I tak?"
Eeee...
Getik aku tengok...
Ingat laa...
Kalau korang berbangga-bangga dengan dosa, nescaya Allah akan tutup hati kalian dari cahaya!
Keluar dating nak cakap!
Gambar sentuh kulit pipi dengan kulit pipi nak tayang...( baik sentuh babi lag mulia )
Ada boyapren or gelipren pun nak habaq satu dunia...
Cuba la ikut sikit iklan petronas tu = Kisah Percintaan Tan Hong Ming
( At least dia tau juga nak sorok kisah perhubungan dia )
Ada tunang nak cerita kat semua orang yang dia dah tunang!
Nak cakap yang dia dah dibooked! ( Tak Boley Kaco Dah!)
Ada Hadis suruh RAHSIAKAN PERTUNANGAN! Baca sini Aku Dah Tunang
Entah laa...
Kalau main facebook sampai jadi macam ni.
Di UK, 1 daripada 5 perceraian yang berlaku di sana berkaitan Facebook
>> Facebook Fuelling Divorce, Research Claim <<
Di Malaysia, seorang isteri kemaruk berfacebook sampai lupa laki
>> Isteri Kemaruk Facebook <<
Si suami ceraikan isteri melalui facebook
>> Husband dumps his wife with online message in 'world's first divorce by Facebook' <<
Dalam facebook adakawan beribu, tapi sekoq pun tak kenai jiran!
>> I've got 668 'friends' on Facebook... but I don't know any of my neighbours <<
Kalau dah sampai jadi macam tu, memang boleh jatuh haram la..
Sudah-sudah laa....
Main facebook pun ada had dia juga...
Kalau sampai solat pun lambat...
Kalau sampai solat berjemaah pun tuang...
Tak tanya pulak kat ustaz mana-mana...
HARAM ker dak yang tu?
ok laa....
sekadar berkongsi sahaja...
wallahualam...