Silap Ketepi Golongan Ulama

 

Sumber dari Harian Metro

 

KUALA LUMPUR: “Silap kita kerana membiarkan majoriti golongan ulama, ustaz dan guru agama tidak bersama Umno serta Barisan Nasional (BN) kerana mereka ini mempunyai pengaruh besar, mereka selalu mendampingi rakyat.


“Jika mereka dibiarkan berterusan tidak bersama Umno, saya bimbang pengaruh Umno akan jadi semakin mengecil,” kata wakil perhubungan Umno Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib ketika berucap membahas usul Ucapan Dasar Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.


Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjong Malim, berkata bagi mengelak perkara itu terus berleluasa kerajaan perlu menubuhkan pusat tahfiz di seluruh negara yang bukan saja menekankan aspek keagamaan sebaliknya bidang profesional.


“Biar kita bentuk mereka, kita tidak perlu takut untuk lahirkan golongan ini kerana di masa depan mereka boleh mempertahankan kita. Jadi apa salahnya jika Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang ketika ini melahirkan ramai bijak pandai menubuhkan juga pusat tahfiz berasrama penuh.

 

“Menerusi format yang sama taraf dengan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), apa salahnya jika setiap negeri mewujudkan sekolah agama tahfiz yang ditaja sepenuhnya,” katanya.

 

Mohd Khusairi berkata, beliau membangkitkan cadangan itu bukan ‘saja-saja’ tetapi percaya menerusinya masa depan golongan agama berkenaan akan terpelihara, malah tenaga pakarnya bukan saja datang dari Kelantan sebaliknya negeri lain juga.


Terdahulu, wakil Perak terbabit turut membahaskan usul berkaitan raja-raja Melayu khususnya ke atas isu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah baru-baru ini apabila keputusan baginda dipersoalkan kelompok pemimpin pembangkang yang menderhaka.


Sementara itu, wakil Negeri Sembilan, Datuk Firdaus Harun ketika berbahas turut menyarankan beberapa langkah menjalankan pelan pemulihan parti supaya lebih menyeluruh dan mampu memberi harapan baru kepada rakyat dan Melayu umumnya.


Antaranya, beliau meminta Umno dijenamakan semula sebagai parti bersikap teguh, mesra dan prihatin dengan wakil rakyat di peringkat atasan dan pemimpin akar umbi lebih peka serta mesra dengan rakyat.

 

Sumber: Harian Metro

 

Kupasan / Rumusan dari Aman Shah

“Silap kita kerana membiarkan majoriti golongan ulama, ustaz dan guru agama tidak bersama Umno serta Barisan Nasional (BN) kerana mereka ini mempunyai pengaruh besar, mereka selalu mendampingi rakyat.

 

Masa aman bersekolah dulu, apabila masuk bab sejarah, cikgu akan berkata.."kita belajar sejarah ini untuk membina tamadun sekarang". So, Cuba kita kaji kembali sejarah-sejarah lepas. Pada suatu ketika dahulu, dalam area 90's kalau tidak silap...Istilah "GAM" terlalu common sangat. Gam tu apa? Gam tu glue la...Berapa ramai para ulamak, ustaz-ustaz dan guru agama tidak dibenarkan memberi ceramah? Berapa orang digam? Sudah tidak diberi kebebasan untuk berceramah, digam plak tu. Mereka ini bukanlah memberi ceramah untuk mencari rezeki, tetapi atas dasar dakwah kepada masyarakat! Siapa yang memperkenalkan istilah GAM ini? tidak lain dan tidak bukan..Barisan Nasional (BN) dan UMNO itu sendiri.

Sekarang baru nak panggil ulama', dulu panggil ular dalam semak...ish..UMNO...UMNO

 

“Jika mereka dibiarkan berterusan tidak bersama Umno, saya bimbang pengaruh Umno akan jadi semakin mengecil,” kata wakil perhubungan Umno Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib ketika berucap membahas usul Ucapan Dasar Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Aik..terkejut juga aman membaca pasai ini. Tahu juga mereka, masyarakat malaysia kini terlalu dahagakan AGAMA. Sebab itu mereka beralih minat kepada ISLAM! So, perjuang-pejuang ISLAM lah tempat rakyat merujuk. Yang ni buat aman marah sikit..Dia ni bukan fikirkan ISLAM yang rakyat hendak, tetapi POLITIK dia tu saja..OPS...lupa, politik ni laa membantu dia nanti hendak jawab dalam kubur nanti...Niat dia untuk politik, bukan Islam! Rugi dah satu pahala disitu....

Dulu, Islam dan Politik tak leh bersama. Sekarang baru sedar AGAMA itulah POLITIK. Ini pun sebab nak majukan politik, tu AGAMA pun dipolitikkan!

 

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjong Malim, berkata bagi mengelak perkara itu terus berleluasa kerajaan perlu menubuhkan pusat tahfiz di seluruh negara yang bukan saja menekankan aspek keagamaan sebaliknya bidang profesional.


“Biar kita bentuk mereka, kita tidak perlu takut untuk lahirkan golongan ini kerana di masa depan mereka boleh mempertahankan kita. Jadi apa salahnya jika Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang ketika ini melahirkan ramai bijak pandai menubuhkan juga pusat tahfiz berasrama penuh.

“Menerusi format yang sama taraf dengan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), apa salahnya jika setiap negeri mewujudkan sekolah agama tahfiz yang ditaja sepenuhnya,” katanya.

Ini satu lagi kejutan. Dahulu bukan main beriya-iya hendak tutup sekolah beraliran agama. Semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) hendak ditutupnya. Tetapi sekarang, terbalik pula. Alhamdulillah kalau sudah sedar betapa pentingnya AGAMA. Kenapa perlu pusat tahfiz berasrama penuh ek? Kenapa tidak dimajukan SAR yang sedia ada. MRSM or SBP sudah lama ditubuhkan. Kedua-duanya berasrama penuh. Tetapi, apabila mai bab keputusan, budak sekolah harian juga yang paling TOP. Cuba kita tengok, apabila keputusan SPM terbaru ini diistiharkan, siapa yang memperolehi 20A tu? Pelajar SAR juga. MANA HERO atau HEROIN dari SBP or MRSM? Ini aman tak dapat nak ulas banyak. Aman pun sendiri dari bekas pelajar SBP.

Melahirkan ramai bijak pandai tanpa AGAMA, samalah seperti membangkitkan dajjal-dajjal sebelum waktunya

 

Terdahulu, wakil Perak terbabit turut membahaskan usul berkaitan raja-raja Melayu khususnya ke atas isu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah baru-baru ini apabila keputusan baginda dipersoalkan kelompok pemimpin pembangkang yang menderhaka.

Wah! Menarik..Pembangkang sudah jadi penderhaka. Boleh jadi Hang Jebat! "Heiiii Tuah, Kalau kau berani, turun ke bawah" (petikan dari movie P.Ramlee). Apa garis panduan dalam menentukan siapa penderhaka? Kalau panggil sultan itu binatang, itu bukan derhaka ker? Binatang ini terlalu umum. Boleh jadi lembu, boleh jadi kambing, boleh jadi tenuk, even boleh jadi babi! Kalau orang UMNO panggil sultan "NATANG" tidak dikira derhaka?

Penderhaka yang sebenar adalah mereka yang mengkhianati bangsanya sendiri dan orang yang tidak amanah!

 natang1

natang2

natang3

 

Sementara itu, wakil Negeri Sembilan, Datuk Firdaus Harun ketika berbahas turut menyarankan beberapa langkah menjalankan pelan pemulihan parti supaya lebih menyeluruh dan mampu memberi harapan baru kepada rakyat dan Melayu umumnya.

Antaranya, beliau meminta Umno dijenamakan semula sebagai parti bersikap teguh, mesra dan prihatin dengan wakil rakyat di peringkat atasan dan pemimpin akar umbi lebih peka serta mesra dengan rakyat

Pelan pemulihan? Apa maksud pemulihan tu? Oooo...pelan pemulihan tu maksud dia, pilih pemimpin yang mengamalkan rasuah! Itu baru pemulihan sebenar. Mereka (orang UMNO) memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah. You know who i mean.

Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia. "Macam ni hendak memberi harapan BARU kepada rakyat?"

Satu lagi, Harapan apa yang diberikan kepada rakyat? Apa yang rakyat TIDAK MAHU, itulah yang UMNO pilih. Macam ini harapan yang UMNO beri kepada rakyat? Cuba kita tengok KETUA PUTERI UMNO, masa undi peringkat Parlimen dahulu, dia kalah kepada Nurul Izzah. Dari situ, kita dapat membuat keputusan bahawa rakyat menolak dia. Tetapi, dalam UMNO, dia diangkat, dijulang sebagai KETUA. Bukan KETUAT yang patut dibuang!

Kalau kepala sudah 'bengkok' jangan harap ekornya akan 'lurus'

 

"WOI, KAU RAKYAT..KAU SALAH!! AKU UMNO..AKU BETUL!!" ( headband terbaru orang UMNO)

Komentar aman : Islam dan ulama’ serta golongan agama dipakai waktu terdesak. Mana-mana yang nak jadi ulama’ Umno, ambil borang segera. Tapi ingat, jangan tegur benda-benda sensitive, seperti arak, judi, rasuah, riba’, pelacuran, kezaliman dan seumpamanya. Jika tidak, anda akan dipanggil ulama’ radikal atau ekstrem atau jumud.

 

 

Sumber Video : Lagu UMNO

"Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu;
Tipu terus menipu, kita tipu melayu.
Bersama kita bersama, menjunjung hasrat semua;
Berjasa pada kroni; anak, isteri dan bini.
Lambang kita yang rebah, dipandang keji dan haprak;
bersatu bersetia, khianat cogankatanya.
UMNO terus lara, rompak rakyat Malaysia"

Orang Politik! Berbaloikah Ini Semua

Atas sebab yang tidak dapat dipastikan, pihak Mingguan Malaysia tidak menyiarkan artikel Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada minggu ini yang bertajuk: Orang Politik! Berbaloikah Ini Semua.

Artikel ini sebenarnya mustahak dibaca terutama menjelang pemilihan dalam perhimpunan agong UMNO kali ini. Dinasihati para pemimpin UMNO dan perwakilan membaca artikel ini sebelum meneruskan perjuangan atau membuat pemilihan mereka.

Pihak DRMAZA.COM amat berdukacita kerana artikel ini tidak dapat dibaca melalui Mingguan Malaysia, maka dengan itu mereka yang melayari internet tidak memperolehinya. Pohon jasa baik pembaca mengedarkan artikel tersebut.

 

 

Orang Politik! Berbaloikah Ini Semua

 

Malas rasanya hendak mengulas keserabutan politik negara kita. Saya yang berada jauh di cerok Lampeter, Wales ini pun terasa betapa serabutnya kerenah politik dalam negara. Kadang-kala rasa letih perasaan hendak membaca berita-berita negara kebelakangan ini. Semuanya tentang kekeliruan politik.

 

Jika ada berita yang menyejuk jiwa seperti kisah kejayaan adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang berjaya dalam pelajarannya sekalipun dari keluarga miskin, tidak pula menjadi isu hangat untuk diperkatakan oleh masyarakat kita. Mungkin sekadar laporan media untuk sehari dua. Tidak enak barangkali untuk dihidang bersama rakan sebagai jamuan telinga seperti mana sedapnya mendengar cerita kekalutan politik.

 

Padahal pendidikan dan ilmu diperlukan secara langsung oleh setiap insan, sedangkan politik rakus dan ‘gila kuasa’ hanya untuk mereka yang dimabukkan oleh syaitan. Sehingga saya baca daripada satu sumber berita kononnya dijumpai ‘barangan bomoh’ yang diletakkan di bawah meja Perdana Menteri. Pelik bunyinya kisah-kisah politik kebelakangan ini. Apa yang patutnya rahsia, dikongsi semua. Ada yang patut dikongsi semua, menjadi rahsia.

 

Maka tertanya sekelian rakyat: “tangan-tangan siapakah gerangan?”. Jika saya yang berada di Lampeter United Kingdom ini iaitu satu kawasan yang dianggap ulu tetapi tenang, menghijau, dengan udaranya yang segar dan masyarakatnya yang agak mesra, pun terasa mual dan loya dengan berita-berita negara kita, apatahlagi perasaan rakyat yang prihatin yang hidup dalam negara.

 

Atau mungkin rakyat negara kita sudah sampai kepada satu tahap menganggap kisah-kisah kecurangan dan sensasi ahli politik adalah satu hiburan seperti mana kisah-kisah gossip artis. Padahal ada beza antara dua kelompok tersebut. Gossip artis mungkin kesannya tidak seburuk kecurangan ahli politik yang rasuah, salahguna kuasa, memecah belahkan masyarakat hanya atas kepentingan, membazir masa rakyat dan menggadaikan masa depan awam.

 

Membaca berita ahli politik; tikam menikam sesama sendiri, benci-membenci dalam mengejar kuasa, curahan wang dan harta kerana pangkat semata, dedah mendedah keaiban masing-masing dan berbagai lagi menjadikan dada kusut dan serabut. ‘Sembang-sembang’ mereka penuh dengan sumpah seranah dan permusuhan hanya kerana kuasa.

 

Kawan-kawan orang politik ramai yang munafik daripada yang jujur. Pujian untuk orang politik banyak yang dusta daripada yang ikhlas. Bak kata ungkapan pantun dalam lagu: Inikah dia lakonan hidup, di pentas dunia insan berpura. Tipu dan daya mencapai maksud, budi dan harta merangkum noda.

 

Hairan kita dengan orang politik, apakah candu yang mereka telan sehingga mereka sanggup berada di alam yang seperti itu. Apakah yang mereka kejar untuk memperolehinya sehingga mereka sanggup meredah badai kesakitan jiwa dan perasaan yang sedemikian. Apakah mereka mengejar kuasa tanpa bahagia? Atau kuasa bersama derita? Atau biar derita asal berkuasa? Atau mereka sebenar tidak berjumpa dengan nikmat hidup bahagia? Atau mereka bak apa yang Allah firman dalam al-Quran: (maksudnya)

 

“Oleh itu, janganlah engkau tertarik kepada harta benda dan anak pinak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya mahu menyeksa mereka dengan itu semua dalam kehidupan dunia” (Surah al-Taubah: ayat 55).

 

Sejarah seantero dunia meriwayatkan cerita-cerita politik itu penuh dengan riwayat sengsara dan derita. Orang yang tamakkan kuasa sebenarnya mengidap sejenis penyakit gila yang mungkin bertindak di luar dari kebiasaan insan yang normal. Dia mungkin berbohong, khianat, rasuah, menzalimi insan lain, bahkan mungkin membunuh atas kegilaan yang luar kawalan. Dia sanggup mengorbankan segala-galanya, hanya kerana kuasa.

 

Tetapi yang pasti jika diteliti, mereka ini hilang kewarasan, kebahagiaan dan ketenteraman hidup. Jiwa mereka miskin. Bayang-bayang ketakutan atas dosa dan hilang kuasa memburu mereka setiap waktu dan penjuru. Perasaan resah apabila bersendirian tanpa pengikut, atau sendiri bermimpi ngeri bimbang hilang pengaruh. Demikianlah insan apabila Allah dan bayangan hari akhirat itu hilang dari jiwa seseorang insan.

 

Para pejuang kebenaran kerana Allah juga mungkin derita dan diseksa. Mungkin juga diuji dengan penderitaan fizikal dan tekanan perasaan sebagai insan. Namun, keimanan, keikhlasan dan harapan mendapat ganjaran di sisi Allah sentiasa menjadikan derita itu kecil, bahkan mungkin bertukar menjadi nikmat apabila apabila mengenang bahawa ujian dan bala itu penyebab ganjaran dan pahala serta menghapuskan dosa.

 

Jiwa mereka besar kerana tempat pergantungan mereka sangat agung. Ini seperti yang sering para pejuang sebutkan: “Jika aku dipenjara maka itu satu kerehatan. Jika dibuang negeri maka itu satu perlancongan dan jika aku dibunuh maka itu bererti syahid. Para pejuang kebenaran sentiasa damai kerana nampak ke mana jalan hendak dituju. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’: (maksudnya)

 

“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit maka sesungguhnya mereka pun menderita sakit seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

 

Ugutan, ancaman, penghinaan, kezaliman dan segala rupa kesakitan hidup dirasai oleh orang politik dan bukan politik. Namun antara perbezaan mereka yang berkerja untuk menegakkan kebenaran kerana Allah dan mereka yang berjuang untuk kepentingan tembolok sendiri adalah ketenangan jiwa dan kehalusan perasaan yang penuh syahdu dan lunak yang tidak dimiliki melainkan oleh golongan yang pertama.

 

Golongan pertama iaitu para pejuang kebenaran kerana Allah, tanpa mengira atas pentas apa mereka berada; dakwah, politik, ekonomi, pendidikan atau apa sahaja, akan melalui kesukaran perjuangan mereka dengan mendekatkan diri kepada Allah, mengharapkan pahala dan keampunan serta tawakal yang penuh kepadaNya. Samada kemenangan atau ketewasan; semuanya dihayati sebagai nikmat pengorbanan untuk insan kerana Tuhan.

 

Firman Allah Surah Ali ‘Imran 173: (maksudnya)

“Mereka yang apabila diberitahu oleh orang ramai (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa manusia berkumpul untuk memerangi kamu, maka gerunlah kamu kepada mereka”. (maka berita itu sebenarnya) menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)”.

 

Sebab itu dalam sejarah kuasa politik sekalipun hebat, gagal untuk menundukkan pejuang kebenaran yang ikhlas. Sekalipun tubuh dan harta para pejuang itu diseksa dan dirampas, tetapi jiwa penguasa juga yang menderita. Namun sejarah terus mencatatkan kedua kelompok itu sentiasa berterusan wujud sekalipun menghadapi berbagai rintangan.

 

Penegak kebenaran kerana Allah ada di setiap zaman menghadapi segala tribulasi perjuangan kerana memburu keredhaan Allah dan syurga yang dijanjikan. Sementara kelompok yang tamakkan kuasa juga wujud di setiap zaman disebabkan penyakit gila yang meresap ke dalam jiwa mereka. Mereka terbayang pada kuasalah segala keindahan dan keseronakan. Mereka lupa betapa ramai yang berkuasa itu telah hilang nikmat kebahagiaan jiwa. Sabda Nabi s.a.w:

 

“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinanan, ianya akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permualaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

 

Ya, politik bukan semuanya buruk. Berpolitik untuk menegakkan kebenaran serta berpolitik dengan disiplin yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya adalah tuntutan. Kita perlukan orang politik yang melaksanakan tanggungjawab kepimpinan berdasarkan wahyu Tuhan. Namun jika politik itu adalah kisah ketamakan dan kerakusan seperti yang sering kita dengar, ia sebenarnya adalah kisah insan-insan yang hilang bahagia, berpenyakit jiwa dan gila.

 

Maka ingin kita bertanya kepada mereka ini yang sengit bertarung saban hari: “Berbaloikah semua itu?”

Sebarkanlah!

Sumber : DRMAZA.COM

Blog Rasmi Tok Guru

At last, wujud juga blog dari tok guru Nik Aziz kita.
Awat, ingat Najib saja ada blog?
Tok guru pun dah ada blog apa...
cayalah tok guru!!




UCAPAN YAB TUAN GURU DATO’ MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA PELANCARAN WIFI APTUS NET DAN BLOG TOK GURU PADA 29 RABIUL AWAL 1430/26 MAC 2009 BERMULA JAM 3.00 PETANG  BERTEMPAT DI KB  MALL, KOTA BHARU, KELANTAN.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK.  Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"

Hakikat Dakwah!

Assalamualaikum..

Terbaca post yang dikeluarkan oleh Saifulislam.com, Mendidik anak berdakwah Terasa pula untuk bercerita tentang isu berdakwah ini. Ini juga kesinambungan dari post aman terdahulu :  Permasalahan umat

 

Disamping itu, Ada pertanyaan dari seorang kawan yang mula berjinak-jinak dengan bidang dakwah, iaitu bidang tegur-menegur ini. Islam itukan saudara. Maka sudah menjadi Kewajipan kita untuk menegur saudara kita sendiri. Seperti dalam ayat al Quran yang telah Allah turunkan kepada hamba-hambaNya:

al asr

1. Demi masa.

2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

(Surah Al 'Ashr Ayat 1-3)

 

 

"Masalah Pelajar Oversea"

" salam ustaz.maafla menggangu.saya baru je berjinak2 dgn bidang2 agama ni..huhu..ilmu agama pon xbyk.ni saya dlm proses nk upgrade diri sndiri ke arah yg lebih baek.dan maafla kalau2 bahasa yg digunakan ni tidak formal. ustaz camni, saye ade problem la dgn kwn2 kat cni.mungkin diorg bergaul terlalu bebas.tidak bermaksud untuk saya membuka keaiban org, tetapi itulah hakikatnye.menurut yg saye tahu dan diberitahu oleh kawan2 yg laen, kawan2 saye yg dh couple tu, life diorg mmg sgt bebas.cube ustaz bayangkan, tido lelaki perempuan satu katil.bukan tu sahaja, tido dgn selimut skali.nauzubillah.saya ni pon bukanla baik sgt nk tegur org, tp saya rase terpanggil la utk menegur kawan saye tu.cumenye, mmg saye rase pelik.diorg dh besar, takkan la benda cmtu pon diorg xbole nk fikir menggunakan logic akal?ALLAH dh bg diorg otak yg bijak,takkan diorg xtahu mane yg elok mane yg xelok kan?saya nk tegur, tapi die kawan saye.saye tanak la die terase hati dgn saye.so saya ambil langkah berdiam diri shj,sbb saya tanak sakitkan hati kwn saya.tp makin lama, makin menjadi pulak.tp itula, serba salah.nk ditegur, kawan sendiri.kalo ditegur, takot pulak saya kene pulau..huhu dh xde kawan kat sini.so pendapat ustaz macammane?saye ni antara dua, nk tegur ke tanak tegur. nk tegur tp takot kawan kecik hati n takmo kawan gn saye pulak. tapi xtegur, saye rase mcm xmanis la pulak bergaul begitu bebas.memang xde jakim kt cni nk pantau ape students buat. tolong la ustaz bg pendapat mcm mane nk buat. im hoping to here from u :) maaf kalo2 msg ini, nampak cm gune bahasa pasar..huhu.. syukran ya ustaz! :) salam.. "

Ini adalah copy satu email yang dihantarkan kepada seorang ustaz. Persoalan yang nampak mudah tetapi 'agak susah'.

 

Minta pendapat kepada sahabat-sahabat diluar sana untuk menangani masalah ini. Sebab aman bukan berada di situasi itu. Aman tidak sepandai kalian semua yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

 

Namun, yang aman pasti, ianya satu dakwah. Kita kena kenal dakwah itu dahulu sebelum memperolehi kekuatan untuk mencegah atau menasihati.

 

 

7 Disiplin Bentuk Pendakwah Berjaya

ORANG yang pada mulanya berminat memahami isu agama dan cuba untuk mendalaminya, akhirnya lari dan menyepikan diri kerana sikap ditunjukkan 'pendakwah awam' atau umat Islam yang tidak bijak membicarakan ilmu agama.

 

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada Muaz bin Jabal dengan sabda yang bermaksud: "Permudahkanlah orang dan janganlah kamu menyusahkan mereka! Gembirakanlah orang dan janganlah membuatkan mereka lari daripada kamu." (Hadis riwayat al-Bukhari)

 

Konsep 'memberi kemudahan' serta 'menggembirakan' orang yang ingin mengenali Islam disuruh Nabi SAW kepada umatnya. Tidaklah menghairankan dalam masa kurang daripada 100 tahun risalah dakwah dibawa Nabi Muhammad SAW, suara azan sudah berkumandang di benua timur dan barat, melepasi batas budaya dan sempadan negara.

 

Bagi menghasilkan natijah terbaik pada diri individu Muslim yang ingin menjadikan dirinya sebagai seorang pendakwah berjaya, ada beberapa faktor penting yang perlu dikaji antaranya:

 

* Memperbaiki diri dan mendidik jiwa ke arah iman dan takwa. Pendakwah akan menyeru orang lain menerusi perbuatannya terlebih dulu sebelum dinilai melalui tutur perkataannya. Perkara itu ditekankan kerana ia senjata paling penting daripada sudut penilaian manusia di persekitarannya.

* Pendakwah juga perlu membersihkan jiwanya daripada sifat mazmumah seperti angkuh, sombong, ego, penakut, bakhil, malas dan pendendam. Jika tidak dikikis segala ia pasti mengundang keburukan pada wajah Islam itu sendiri yang menjadi cerminan pada pendakwah berkenaan.

* Pendakwah perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu syariat secukupnya. Ilmu syariat mempunyai peringkat, tahap berbeza dan perlu diambil oleh mereka menurut kemampuan akal seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan nescaya dia akan diberikan kefahaman oleh Allah dalam urusan agamanya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

* Pendakwah juga perlu mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling tanpa mengira usia, budaya, agama, pangkat dan etnik. Kemahiran itu penting bagi membina hubungan baik dengan mereka serta menjadi peribadi disukai ramai.

* Pendakwah perlu mempelajari kemahiran berdakwah melalui cara terbaik semasa berinteraksi dan berkomunikasi, dialog semasa, memberi kesan kepada pendengar, menarik minat mereka untuk terus mendengar dan isu yang diutarakan sesuai dengan tajuk semasa.

* Pendakwah perlu mempelajari cara dan teknik terkini yang lebih mantap dengan penuh kesungguhan supaya tidak terus ketinggalan. Segala bentuk maklumat terbaru diperlukan untuk memudahkan penyampaian mesej dakwah kepada orang ramai.

* Pendakwah secara peribadi harus memahirkan dirinya menyusun masanya yang sesuai untuk membuat sebarang perjumpaan dan pertemuan, menentukan waktu terbaik menyampaikan ceramah, waktu berkesan dan mampu mempengaruhi pendengar.

 

Teknik pengurusan masa menjadikan keberkesanan dalam dakwah yang dijadualkan secara lebih rapi dan kemas tanpa melupuskan waktu senggang bersama keluarga. Masa yang terurus dan teratur ini akan memudahkan lagi usaha dakwahnya.

 

Sumber lain yang perlu ada pada diri pendakwah ialah dengan mempelajari pendakwah lain yang lebih maju dan profesional. Mereka sepatutnya mempunyai banyak jaringan dan mampu bersahabat dengan ulama serta pendakwah terkenal lain. Mereka juga perlu berkongsi dalam aktiviti dakwah dan melatih diri ke arah pencapaian lebih baik.

 

Selain itu, mereka perlu meluangkan masa untuk melawat ke pusat dakwah dan badan dakwah yang lain untuk menimba ilmu pengetahuan. Di samping itu, mereka perlu berjumpa pendakwah veteran dengan mengkaji dan mengutip segala pengalaman.

 

Apa yang perlu diteliti pendakwah sebelum berdakwah ialah menilai tahap kemampuan orang yang ditujukan dan ingin disampaikan mesej dakwah. Setiap manusia mampu untuk berdakwah menurut kemampuan dan kebolehan dianugerahkan Allah kepadanya.

 

Pendakwah perlu bersikap dengan lebih berhati-hati dalam percubaan menyampaikan dakwah dan kesemua ini dapat dicapai melalui latihan berterusan dan berkesinambungan serta penuh kesungguhan mengikut keupayaan termampu.

 

~ aman shah ~

40150, Shah Alam, Selangor

"....man jadda wa jada..."

Kisah Mutiara!

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah menjadikan setiap benda di sekeliling kita untuk kita berfikir. Untuk kita menghayati setiap ciptaanNya yang Maha Agung. Setiap penciptaan itu ada hikmah dan pengajaran yang tersendiri.

 

Terpulang kepada kita untuk mengambilnya sebagai pengajaran ataupun hanyalah penghias di mata.

 

Kisah Si Mutiara

Pada suatu hari,seekor anak tiram di dasar laut mengaduh kesakitan pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang masih merah dan lembik.

"Anakku",kata sang ibu sambil bercucuran airmata.

"Tuhan tidak memberikan pada kita bangsa tiram sebuah tangan pun, sehingga ibu tak dapat menolongmu. Sakit sekali, ibu tahu anakku. Kuatkan hatimu. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan pedih yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan cairan perutmu. Hanya itu yang boleh kau buat," kata sang ibu dengan sendu.

Anak tiram pun melakukan sepertimana nasihat ibundanya. Kekadang ditengah kesakitan, ia meragui nasihat ibunya. Dengan airmata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tanpa disedarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya.

Semakin lama semakin halus. Rasa sakitnya pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh berkilau dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna.

Penderitaannya berubah menjadi mutiara, airmatanya berubah menjadi sesuatu yang amat berharga. Sebagai hasil derita bertahun-tahun tiram itu kini lebih berharga dibandingkan dengan jutaan tiram dan kerang rebus di tepi jalan.

 

Fikirkanlah pengajaran yang dapat dipetik daripada kisah ini...

 

 

Untuk Wanita

Perasaan ingin disayangi adalah fitrah buat makhluk Allah swt. Malah kasih sayang yang kita rasakan sekarang cuma satu dari kasih sayang milikNya. Apatah lagi hanya dengan SATU kasih sayang yang Allah kurniakan, kita sanggup buang keluarga, buang saudara, buang sahabat. Adakan sampai membunuh diri apabila sayang dari kaum Adam tiada untukknya. Sedarkah kalian, syaitan cuma mahu mencari peluang menyesatkan umat Muhammad. Seperti yang telah dijanjikan. Hanya kerana seorang lelaki, hidup muslimah di belenggu dengan dosa. MasyaAllah, betapa jauhnya kita dari rahmatNYA. Sia-sianya hidup andai tiada Rahmat dari NYA, bagaikan tin kosong yang berkarat. Tiada isi dan di buang kerana tin kosong yang berkarat berbahaya kepada penggunanya. Begitulah ibarat muslimah yang tidak menjaga dirinya. Muslimah yang disayangi kerana Allah, renung dan fikirkanlah, kelapa atau mutiarakah anda?

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

Ingatlah ada dua pilihan terbentang,

Yang pertama kamu jadi seperti kelapa,

Mudah di parut..Diperah dan di ambil santannya,

Lepas itu hampasnya di buang..

Yang kedua..kamu menjadi sebutir mutiara,

Berada di dasar lauta, Tersimpan rapi….

Dilindungi kulit,

Bukan senang nak melihat…apalagi mendapatkannya,

Hanya orang yang bertuah..

Berusaha menyelami dasar lautan,

Dapat memperolehinya..

Harganya mahal sekali,

Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi kamu pilihlah samaada santan atau mutiara,

 

Santan,

Di sebalik santan menjadi menyedap makanan..

Diperah segala kenikmatan,

Dengan mudah jatuh menjadi titisan

Akhirnya habis

Kari dimakan

Pulut panggang sisa habis di telan

Dan santan hilang tak jadi ingatan

Yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang,

Orang tak kenang jasa santan..

Mutiara,

Yang tertanam di dasar yang paling dalam,

Sukar andai mengharap menjadi perhatian

Kerana di lapisi kulit yang keras..

Namun,

Kiranya di temui insan akan menjadi permata hiasan

Terletak tinggi di cincin idaman,

Atau dileher nan jinjang,

Atau di lengan menawan,

Makin lama mutiara tertanam,

Makin tinggi nilaian..

 

OLEH ITU..TENTUKANLAH SENDIRI YANG MANA SATU MENJADI PILIHAN

Menjadi santan mudah menjadi perhatian Tapi hanya sebentar menjadi santapan, Kemudian hilang segala nikmat dan pujian, Menjadi mutiara sukar ditemukan Namun bila di hias, Indah gadis perawan, Hilang ia..tangisan mengiringi Pemergian…….

 

~ aman shah ~

"....man jadda wa jada..."

Menikah Muda?

السلام عليكم

Artikel yang menarik sangat-sangat untuk dikongsi bersama.

Lebih kurang sama maksud post aman terdahulu : JANJI ALLAH!

 

بسم الله الرحمن الرحيم

Begitu saja aku dengari suatu ayat-ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak!

annur

Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi  Maha Mengetahui

(QS Annur :32)


Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.

Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:
Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga)
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya(Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya(QS Annur:32)

Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.

Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
Rasullulah saw melarang  Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)

Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)

Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"

Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"
Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;
"Apa yang  kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh Rasullulah saw kepada kami "


"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)


Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya, serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.

Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"

Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari "Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !"

Dan carilah pernikahan yang barakah. Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya. Zaid anak angkat Nabi, kekasih nabi, panglima perang , manakala Zainab, ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan. Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.


Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta, indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah

arruum

Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)

 

Sumber : iLuvislam.com

 

Mampukah aku berkahwin muda? Tepuk dada tanya iman! Check bank account sama! LoL