Hakikat Dakwah!

Assalamualaikum..

Terbaca post yang dikeluarkan oleh Saifulislam.com, Mendidik anak berdakwah Terasa pula untuk bercerita tentang isu berdakwah ini. Ini juga kesinambungan dari post aman terdahulu :  Permasalahan umat

 

Disamping itu, Ada pertanyaan dari seorang kawan yang mula berjinak-jinak dengan bidang dakwah, iaitu bidang tegur-menegur ini. Islam itukan saudara. Maka sudah menjadi Kewajipan kita untuk menegur saudara kita sendiri. Seperti dalam ayat al Quran yang telah Allah turunkan kepada hamba-hambaNya:

al asr

1. Demi masa.

2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

(Surah Al 'Ashr Ayat 1-3)

 

 

"Masalah Pelajar Oversea"

" salam ustaz.maafla menggangu.saya baru je berjinak2 dgn bidang2 agama ni..huhu..ilmu agama pon xbyk.ni saya dlm proses nk upgrade diri sndiri ke arah yg lebih baek.dan maafla kalau2 bahasa yg digunakan ni tidak formal. ustaz camni, saye ade problem la dgn kwn2 kat cni.mungkin diorg bergaul terlalu bebas.tidak bermaksud untuk saya membuka keaiban org, tetapi itulah hakikatnye.menurut yg saye tahu dan diberitahu oleh kawan2 yg laen, kawan2 saye yg dh couple tu, life diorg mmg sgt bebas.cube ustaz bayangkan, tido lelaki perempuan satu katil.bukan tu sahaja, tido dgn selimut skali.nauzubillah.saya ni pon bukanla baik sgt nk tegur org, tp saya rase terpanggil la utk menegur kawan saye tu.cumenye, mmg saye rase pelik.diorg dh besar, takkan la benda cmtu pon diorg xbole nk fikir menggunakan logic akal?ALLAH dh bg diorg otak yg bijak,takkan diorg xtahu mane yg elok mane yg xelok kan?saya nk tegur, tapi die kawan saye.saye tanak la die terase hati dgn saye.so saya ambil langkah berdiam diri shj,sbb saya tanak sakitkan hati kwn saya.tp makin lama, makin menjadi pulak.tp itula, serba salah.nk ditegur, kawan sendiri.kalo ditegur, takot pulak saya kene pulau..huhu dh xde kawan kat sini.so pendapat ustaz macammane?saye ni antara dua, nk tegur ke tanak tegur. nk tegur tp takot kawan kecik hati n takmo kawan gn saye pulak. tapi xtegur, saye rase mcm xmanis la pulak bergaul begitu bebas.memang xde jakim kt cni nk pantau ape students buat. tolong la ustaz bg pendapat mcm mane nk buat. im hoping to here from u :) maaf kalo2 msg ini, nampak cm gune bahasa pasar..huhu.. syukran ya ustaz! :) salam.. "

Ini adalah copy satu email yang dihantarkan kepada seorang ustaz. Persoalan yang nampak mudah tetapi 'agak susah'.

 

Minta pendapat kepada sahabat-sahabat diluar sana untuk menangani masalah ini. Sebab aman bukan berada di situasi itu. Aman tidak sepandai kalian semua yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

 

Namun, yang aman pasti, ianya satu dakwah. Kita kena kenal dakwah itu dahulu sebelum memperolehi kekuatan untuk mencegah atau menasihati.

 

 

7 Disiplin Bentuk Pendakwah Berjaya

ORANG yang pada mulanya berminat memahami isu agama dan cuba untuk mendalaminya, akhirnya lari dan menyepikan diri kerana sikap ditunjukkan 'pendakwah awam' atau umat Islam yang tidak bijak membicarakan ilmu agama.

 

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada Muaz bin Jabal dengan sabda yang bermaksud: "Permudahkanlah orang dan janganlah kamu menyusahkan mereka! Gembirakanlah orang dan janganlah membuatkan mereka lari daripada kamu." (Hadis riwayat al-Bukhari)

 

Konsep 'memberi kemudahan' serta 'menggembirakan' orang yang ingin mengenali Islam disuruh Nabi SAW kepada umatnya. Tidaklah menghairankan dalam masa kurang daripada 100 tahun risalah dakwah dibawa Nabi Muhammad SAW, suara azan sudah berkumandang di benua timur dan barat, melepasi batas budaya dan sempadan negara.

 

Bagi menghasilkan natijah terbaik pada diri individu Muslim yang ingin menjadikan dirinya sebagai seorang pendakwah berjaya, ada beberapa faktor penting yang perlu dikaji antaranya:

 

* Memperbaiki diri dan mendidik jiwa ke arah iman dan takwa. Pendakwah akan menyeru orang lain menerusi perbuatannya terlebih dulu sebelum dinilai melalui tutur perkataannya. Perkara itu ditekankan kerana ia senjata paling penting daripada sudut penilaian manusia di persekitarannya.

* Pendakwah juga perlu membersihkan jiwanya daripada sifat mazmumah seperti angkuh, sombong, ego, penakut, bakhil, malas dan pendendam. Jika tidak dikikis segala ia pasti mengundang keburukan pada wajah Islam itu sendiri yang menjadi cerminan pada pendakwah berkenaan.

* Pendakwah perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu syariat secukupnya. Ilmu syariat mempunyai peringkat, tahap berbeza dan perlu diambil oleh mereka menurut kemampuan akal seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan nescaya dia akan diberikan kefahaman oleh Allah dalam urusan agamanya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

* Pendakwah juga perlu mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling tanpa mengira usia, budaya, agama, pangkat dan etnik. Kemahiran itu penting bagi membina hubungan baik dengan mereka serta menjadi peribadi disukai ramai.

* Pendakwah perlu mempelajari kemahiran berdakwah melalui cara terbaik semasa berinteraksi dan berkomunikasi, dialog semasa, memberi kesan kepada pendengar, menarik minat mereka untuk terus mendengar dan isu yang diutarakan sesuai dengan tajuk semasa.

* Pendakwah perlu mempelajari cara dan teknik terkini yang lebih mantap dengan penuh kesungguhan supaya tidak terus ketinggalan. Segala bentuk maklumat terbaru diperlukan untuk memudahkan penyampaian mesej dakwah kepada orang ramai.

* Pendakwah secara peribadi harus memahirkan dirinya menyusun masanya yang sesuai untuk membuat sebarang perjumpaan dan pertemuan, menentukan waktu terbaik menyampaikan ceramah, waktu berkesan dan mampu mempengaruhi pendengar.

 

Teknik pengurusan masa menjadikan keberkesanan dalam dakwah yang dijadualkan secara lebih rapi dan kemas tanpa melupuskan waktu senggang bersama keluarga. Masa yang terurus dan teratur ini akan memudahkan lagi usaha dakwahnya.

 

Sumber lain yang perlu ada pada diri pendakwah ialah dengan mempelajari pendakwah lain yang lebih maju dan profesional. Mereka sepatutnya mempunyai banyak jaringan dan mampu bersahabat dengan ulama serta pendakwah terkenal lain. Mereka juga perlu berkongsi dalam aktiviti dakwah dan melatih diri ke arah pencapaian lebih baik.

 

Selain itu, mereka perlu meluangkan masa untuk melawat ke pusat dakwah dan badan dakwah yang lain untuk menimba ilmu pengetahuan. Di samping itu, mereka perlu berjumpa pendakwah veteran dengan mengkaji dan mengutip segala pengalaman.

 

Apa yang perlu diteliti pendakwah sebelum berdakwah ialah menilai tahap kemampuan orang yang ditujukan dan ingin disampaikan mesej dakwah. Setiap manusia mampu untuk berdakwah menurut kemampuan dan kebolehan dianugerahkan Allah kepadanya.

 

Pendakwah perlu bersikap dengan lebih berhati-hati dalam percubaan menyampaikan dakwah dan kesemua ini dapat dicapai melalui latihan berterusan dan berkesinambungan serta penuh kesungguhan mengikut keupayaan termampu.

 

~ aman shah ~

40150, Shah Alam, Selangor

"....man jadda wa jada..."

1 teguran dan kutukan:

ummujannah said...

Assalamualaikum wbt...
Saya ingin berkongsi sedikit pendapat tentang email diatas.Saya cuba sampaikan sebaik mungkin dan semoga apa yg cuba saya sampaikan,kalo yg baik moleklah dibuat teladan dan yg xbaik dijadikan sempadan.maaf kpd tuan punya email lambat bg pandangan.

Dalam usaha utk menegur seseorg kita sebenarnya tak boleh melihat kpd presenting problemnya saja(perilaku lahiriah),utk treat sesuatu disease pon byk kena tanye pesakit.Kita kena treat causative symptomnya juga(penyebab kpd penyakit).contohnya seseorg yg sentiasa demam/selsema.mungkin dgn makan panadol saja dah kebah demamnya.tp mungkin dia akan demam lg dan lagi.sebab utamanya adalah gaya hidupnya yg tak sihat dan badan yg tak kuat(imuniti kurang).jd kita dah nmpk yg kena treat adalah kena kuatkan badan,byk bersenam,mkn vitamin tiap2 hari,dan byk lagi.
Jadi kita amik pendekatan inside to outside.samalah mcm objek dakwah kita,manusia.yg perlu kita dekati adalah hatinya.Cubalah pendekatan hati ke hati(espc for muslimah^_^).Ikhlaskan hati,tanya slow2,tanya apa masalah kwn kita,dan kalo dah rs dia nk dekat2 dah citer apa yg kita nk tegur barulah start.tekankan yg kita syg dia sbb tu kita tegur!kita care die sbb tu kita amik kisah.
Sebenarnya kwn kita tu skng boleh diibaratkan sdg belayar sendirian didlm perahu dan ditgh lautan,dan dia sgt gembira berada didlm perahu tersebut pada ms yg sm dia xsedar yg perahu yg dia naik sebenarnya bocor,mungkin dia akan karam apabila air dah mula masuk dlm perahu tersebut.kita yg tahu bhw perahu tersebut bocor dan kita sekarang dtg dgn helikopter utk selamatkan kwn kita,kita hulurkan tangga dari atas helikopter tp kwn kita tak semudah yg kita sangkakan akan percaya yg perahunya akan karam dan terima bantuan kita tersebut.
kenapa?sbb kwn kita gembira.tp dia masih xsedar kegembiraannya xkekal lama.
nak ke kita tgk kawan kita karam bersama perahunya?xnak kan?

Kenapa kwn kita berat hati?sbb jgn lupa yg dlm pd kita tgh berusaha nak selamatkan kwn kita syaitan pun sm berusaha menyesatkan kwn kita!
(Al-Baqarah:168).

sebelum kita ambil langkah tggu tgur kwn kita muhasabah balik diri kita.Doa byk2 semoga Allah swt permudahkan urusan kita,lancarkan lisan kita,lembutkan hati kita dan kwn kita.Mohonlah ampun sebyk2nya dari DIA.mungkin dosa2 yg kita lakukan selama ini juga menjd hijab antara hati kita dan dia.sbb tu apa yg nk kita smpikan xtersampai.yg penting ikhlaskan hati yg kita nk tegur dia sbb kita sygkan dia.walau apa pun nnt jgn riso,Allah ada brsm kita,Allah akan tlg hambaNYA yg menolong agamaNYA.

p/s:pjg pulak dah(~~,)!nnt sambungan dlm blog sy laa pulak k.maaf byk ruang sy amik.itu saja yg dpt sy kongsikan.


Drpd Abu Sa'eed Al-Khudri ra beliau berkata,aku mndgr Rasulullah saw pernah bersabda:'Sesiapa dari kalangan kamu yg melihat kemungkaran,maka hendaklah dia mengubahnya dgn tangannya.Andai tidak mampu,maka hendaklah mengubahnya dgn lisannya.Dan jika tidak mampu ,maka hendaklah(dikecam) dgn hatinya.Dan demikian itu adalah selemah2 iman.
(Hadis riwayat muslim).