Menanti atau Mencari?

بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam kehidupan seharian, sering ada bibit pertanyaan dalam diri : perlukah kita berusaha atau tunggu 'seru' dari Allah? Perlukah kita mengambil tindakan atau tungu 'panggilan' dari Allah? Perlukah kita tunggu 'suara hati' untuk berbuat sesuatu atau tunggu 'suara hati' dari Allah? Dalam Tafsir Ibn Qoiyim yang disusun oleh Syakh Muhammad Uwais an-Nadwy, ada dinyatakan tentang tafsir Surah As-Saff ayat 5. Ia pasti membantu kefahaman kita berhubung kehidupan dan keputusan mengambil tindakan.

Firman Allah:

7-30-2009 6-54-03 AM

Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka (As-Saff : 5)

Allah berfirman tentang hamba-hambaNya yang beriman, yang memohon keteguhan hati pada petunjuk dengan berkata:

7-30-2009 6-55-30 AM

(mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; Karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)"(Surah Ali Imran : 8)

Asal makna kata الزيغ/ az-zaigh adalah condong. Seperti perkataan زاغت الشمس /zaaghat asy-syamsu yang bererti matahari condong. ازاغة القلب / izaaghatu al-qalbibererti mencondongkannya dari petunjuk, زيغ القلب / zaighu al-qalbi bererti kecondongannya dari petunjuk kepada kesesatan.

الزيغ / az-zaighu merupakan sifat bagi hati dan pandangan, sebagaimana firman Allah:

7-30-2009 6-59-49 AM

(yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam purbasangka (Al-Ahzab:10)

Menurut Qatadah dan Muqatil, artinya membelalak ketakutan. Ini mendekati makna yang sebenarnya. Sebab membelalak bukan condong. Membelalak artinya mata terbuka lebar tertuju kepada sesuatu dan tidak berkedip, seperti mata mayat yang terbelalak tanpa berkedip.

Saat pandangan hanya tertuju kepada pasukan musuh yang datang kepada mereka dari segala penjuru, maka pandangan mereka tidak condong/ cenderung kepada sesuatu yang lain dan condong kepadanya (musuh). Jadi pandangan mereka pun terbelalak tertuju kepada pasukan musuh.

Menurut al-Kalby, pandangan mereka hanya condong kepada pasukan musuh. Menurut al-Farra', pandangan mereka berpaling dari segala sesuatu dan tidak terarah kecuali kepada musuh, dalam keadaan bingung memandang ke arah mereka (musuh).

Menurut Ibn Qoiyim, jika hati sudah dipenuhi dengan ketakutan, maka hati itu hanya disibukkan oleh sesuatu yang membuatnya takut sehingga tidak nampak yang lain.



Siapa yang berpaling? Siapa yang mulakannya?


Sudah tentu daripada ayat Surah As-Saff tersebut, yang memulakannya ialah manusia itu sendiri. Kemudian Allah akan memalingkan hati seseorang. Apabila si manusia melakukan perkara 'terbelalak pada apa yang ditakutinya', ia tidak nampak selain objek yang ditakuti. Jika seseorang 'terbelalak' atau terpegun pada dunia, ia akan nampak dunia sahaja dalam hidup seharian. Itu sebabnya niat amat penting pada segala perkara yang dilaksanakan dalam hidup seharian. Kalau kita berniat untuk tidak menghadiri majlis ilmu, lantas cuba mengikuti niat tersebut, Allah akan memalingkan hati kita untuk tidak menghadiri majlis ilmu. Allah tidak bersifat memaksa dan sentiasa memberi kebebasan kepada manusia untuk bertindak dengan diberikan balasan kepada setiap amal tersebut.

Bilakah Allah akan memalingkannya?


Tidak perlu untuk tunggu beberapa jam atau beberapa hari. Apabila seseorang berniat, Allah akan memimpinnya kepada hidayah atau memalingkannya. Kalau kita berniat baik, akan dipimpin kepada kebaikan. Kalau berniat untuk tidak baik atau 'berpaling', maka Allah akan palingkan.

Bagaimana kalau kita mahukan hidayahnya? Minta hidayah! Itulah bacaan yang kita ulang-ulang minimum 17 kali sehari dalam surah al-Fatehah. Individu yang ingin mendapat hidayah Allah akan sentiasa meminta petunjuknya walaupun ketika ingin membeli seluar di kedai atau memilih jalan mana yang ingin dituju. Buku mana yang ingin dibaca dan persatuan mana yang ingin diikut. Jika seseorang itu mempunyai dua pilihan besar, ia akan bersolat istikharah bagi memohon petunjuk.



Islam menggalakkan sifat produktif


Bila diperhatikan surah As-Saff ayat 5 di atas, ia menekankan sifat produktif dalam diri individu. Jangan ditunggu 'hidayah' sampai. Jangan ditunggu 'sampai seru'. Jangan ditunggu 'kalau Tuhan nak, saya akan ...'. Tetapi hidayah itu akan diberikan kepada mereka yang mencari hidayah. Tak cari? Tak nak mulakan usaha di peringkat diri untuk mendapatkan siraman hidayah? Malah berpaling? Sudah tentu Allah akan beri apa yang wajar mengikut apa yang diusahakan oleh hamba-Nya. Usaha fizikal dibalas di atas muka bumi ini. Kita mengharapkan balasan kita majoritinya di akhirat nanti kerana di sana kita lebih memerlukannya.

Pengaruh Media dan Isu Murtad

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika aman dan Shahrul (my housemate) sedang tengok televisyen. Buletin Utama. Ada selingan iklan yang tidak asing lagi bagi kita semua. Iklan yang aman maksudkan adalah iklan TM Homeline (telekom). "Woi man, tu iklan yang hang bengkek sangat tu" Shahrul kata sambil senyum sinis. "Macam mana tak bengkek, banyak lagi mamat-mamat melayu yang lagi hensem, awat si cine sepet tu gak dia pilih?" Balas aman. "Hak alah, jangan emo bro" balasnya.

Kenapa aman amat membenci akan iklan berkenaan? Mungkin orang akan berkata, ego aman sebagai seorang jejaka melayu tercabar. Yelah, dalam banyak-banyak melayu, orang bukan melayu juga dipilihnya. Kenapa, apakurangnya jejaka melayu?

Kalau itulah pandangan aman, bodohlah aman. Kenapa patut ditinggikan ego itu jika sesuatu yang lebih mustahak tidak dilihatnya. Jika sesuatu yang patut dipertahankan tidak dipertahankan. Masalah mempertahankan akhidah budak melayu itu yang (mungkin) Islam. Rata-rata kita di Malaysia sudah sedia maklum, kalau melayu sahaja, mesti Islam. So aman pun terikut akan pandangan yang sama. Sejauh mana Islam itu dalam diri 'melayu' itu sendiri, aman tak tahu!

Iklan Pertama

Iklan menceritakan sekumpulan remaja yang bergaul bebas. Lelaki dan perempuan tanpa mengira bangsa. Dalam kumpulan itu, Ahli yang lain cuba untuk mendekatkan 2 pasang ini, seorang remaja lelaki cina dengan seorang remaja wanita melayu. Bermulalah berbagai jenis rancangan untuk mendekatkan mereka berdua. Iklan ini berakhir dengan si jejaka menghantar si perempuan sehingga ke pintu rumah si perempuan dengan lagak machonya dan si perempuan memberikan no telefon rumahnya pada si lelaki itu. Sungguh bergaya bukan?

Iklan Kedua

Iklan berkisarkan seorang jejaka cina yang menjadi secret admirer kepada Suzie, seorang wanita melayu. Segalabarang dan peralatan dirumahnya pasti ada gambar Suzie. Sehingga begitu sekali admirenya dia pada Suzie.

Sekadar Bertanya?

Isu Murtad

Artikel aman terdahulu : Murtad, Kanser Umat Islam

Kita pun sedia maklum akan isu murtad yang makin menjadi-jadi kebelakangan ini. Pada pandangan aman lah, cuba kita lihat isu Aishah, isu murtad yang terlalu panas suatu ketika dahulu. tetapi sekarang sudah senyap ditelan zaman dan masa.

Jika si Aishah, seorang remaja Islam suatu ketika dahulu, berpakaian litup sebagai remaja melayu. Bertudung elok melambangkan seorang remaja Islam. Begitu indah akan keperibadian. Anak seorang Ustaz lagi. Jangankan itu, surah yaasin dan as-sajadah itu tersemat indah dalam ingatannya (hafal). Namun, setelah bercouple dengan bangsa kafir itu, mudah sahaja terlucutnya tudungnya, mudah sahaja terpadamnya kalimah shahadah dari lidahnya, mudah sahaja terbuka akan sifat kemelayuannya yang kita sedia maklum, kalau melayu sahaja, MESTI Islam. Tapi itu semua tinggal kenangan. Aishah bukan 'melayu' lagi, Aishah bukan seorang muslimah lagi.

Itu contoh seorang remaja wanita berbackgroundkan ke'islam'an sebegitu pun boleh terpesong akhidahnya, inikan pula seperti remaja dalam iklan itu. Apa pendapat kalian?

Isu Media Massa

Artikel aman terdahulu : Media Massa : 'Silent Killer'

Tidak cukup dengan iklan ini sahaja, cuba kita lihat karya-karya keluaran Yasmin Ahmad. Seperti cerita sepet tu, mereke (media massa) bagaikan sedang menghantarkan mesej-mesej ke dalam minda anak-anak muda sekarang yang bercouple bukan sesama bangsa dan agama TIDAK PATUT dipandang serong. mereka juga mempunyai HAK untuk bercinta dan bermadu asmara!

Cukuplah media massa, dengan propaganda-propaganda sebeginilah, semakin ramai remaja makin sesat. Semakin ramai remaja Islam yang murtad. Takkan media massa hendak jadi orang tengah yang menggalakkan remaja-remaja ini sesat dan murtad? Cukup kebalkah kalian (media massa) untuk menanggung semua itu dihadapan Allah kelak? Setiap yang kita lakukan di atasmuka bumi ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak!

Dengan iklan-iklan sebegini, iabagaikan semakin 'menghalalkan' pergaulan bebas antara bangsa dan agama dan akhirnya akan merosakkan anak melayu dan islam itu sendiri. Sanggupkah kita menerima tamparan yang hebat ini? Atau sekadar menjadi pemerhati sambil menggelengkan kepala sahaja tatkala melihat anak bangsa dan saudara seislam kita 'dirosakkan' oleh mereka-mereka yang sejak dahulu lagi memusuhimu?

Jika media itu sendiri sudah biasa sahaja tayangannya untuk semua penonton diluar sana, maka kalau lihat diluar (real live) juga adalah perkara biasa.

Kesimpulan Aman

Kalau kita sebagai penonton melihat itu sebagai sesuatu yang biasa, tanpa rasa terdetik dihati kita akan rasa ketidakbetulan disitu, pasti ada yang tidak kena pada diri kita. Buatlah semakan semula pada iman kita dari hari ke hari. jangan sampai "kanser" umat islam ini menjadi real "silent killer" kepada kita semua!

"TEPUK DADA, TANYA IMAN"

wallahualam

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

Media Massa : 'Silent Killer'

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji dan syukur ke atas Sang Pencipta yang Maha Adil lagi Saksama. Segala puji-pujian ke atas penghulu kita, Rasulullah SAW sekeluarga dan para sahabat-sahabat.

Mukaddimah

Apakah itu Media Massa?

Media Massa (Mass Media) itu termasuklah apa sahaja bentuk komunikasi yang mampu menghantar mesej dari satu titik ke satu titik atau dari satu lubuk ke satu lubuk. Titik atau lubuk itu boleh jadi manusia, tiang-tiang lampu di tepian jalanan, 'kuali-kuali' Astro. Medianya boleh jadi bahasa isyarat, bahasa tubuh, bahasa pertuturan, audio, visual, internet dan sebagainya.

Peranan Media Massa

Setiap penyebaran maklumat di atas muka bumi ini, Allah telah meletakkan amanah yang perlu di pikul oleh para pengkhabar dan para penyebar maklumat berkenaan.

Firman Allah dalam Surah Al Hujuraat ayat 6:

Al-Hujurat Ayat 6

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu

Apabila kita menerima sesuatu berita, periksalah akan kebenaran berita berkenaan. Kerana penyebaran maklumat yang tidak betul atau fitnah ke atas seseorang, ia boleh memecah perpaduan ummah. Boleh berlakunya persengketaan dan putusnya pertalian silaturrahim.

Dalam pada masa sama, media massa juga berperanan untuk mendidik generasi. Seperti yang kita sedia maklum, pengaruh media massa dapat melahirkan generasi yang baik dan cemerlang. Itu jika media massa berada di atas paksi yang sebetulnya. Jika media massa asyik berlakunya fitnah, menyebar berita berunsur negative, penyebaran berpropagandakan kafir laknatullah dan sebagainya, adakah sebegini mampu melahirkan generasi yang kuat dan cemerlang?

Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang menyampaikan hadis seakan dusta sesungguhnya dia adalah pendusta. (imam muslim)

Adakah kita ini pendusta?

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42

7-19-2009 7-30-10 AM

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu Mengetahui

Media dan Pelbagai Ragam

10139

Gambar di atas aman ambil gambar dari sehelai T-shirt. Kalau kita baca biasa, apa yang kita baca?

"ALL YOU NEED IS LOVE" right? Tapi, dari sumber yang aman capture gambar ni, ni baju golongan sebuah gereja di sini. ayat dia patut dibaca sebegini "ALL YOU NEED ISA"

Tak tahulah...

adabsolat

Habis, kalau sampai solat pun baju sebegini, bagaimana ya?


1st

Ini pula aman captured dari facebook. selepas ada seorang kawan menghantar "Firman Tuhan"..Cuba teliti balik, mana ada satu pun surah sebegitu dalam al Quran. Itu semua dari Bible..Jangan mudah terpengaruh dengan media.

Dalam memilih Media apa sekali pun, pastikan berhati-hati. Ini baru sedikit. Ibarat setitik air di dalam sebuah kolam sahaja.Terlalu banyak media telah menyebarkan 'dakwah'nya.

Pendapat Lain Tentang Media Massa

  1. Media Massa (Mass Media) itu termasuklah apa sahaja bentuk komunikasi yang mampu menghantar mesej dari satu titik ke satu titik. Titik itu boleh jadi orang, tiang lampu, 'kuali Astro'. Medianya boleh jadi bahasa isyarat, bahasa tubuh, bahasa pertuturan, audio, visual, internet dan sebagainya.

  2. Dan, media setelah diuji sejak berabad lamanya merupakan satu alat propaganda yang paling utuh dan senjata yang paling ampuh. Untuk memusnahkan dunia, atau membaikpulih dunia, kuasailah media. Contohnya, penguasaan media oleh orang-orang Yahudi.

  3. Selepas ber-evolusi dan ber-inovasi, media semakin berkembang, maklumat dan mesej membanjir ke dalam masyarakat. Ia tidak dapat disekat-sekat dan dibendung-bendung. Jika ada pihak yang cuba membendung, maka ia sedang membuat kerja-kerja bodoh.

  4. Ini juga sampai ke Malaysia ini, dan sebagai bukti, masyarakatnya sudah dibanjiri maklumat. Semuanya sudah global. Politik juga begitu. Dek dengan kebanjiran maklumat ini, politik kita tidak lagi jadi politik teladan, tetapi lebih terarah kepada politik persepsi. dan malang, persepsi yang ditimbulkan sama pula dengan teladan yang ditunjukkan.

  5. Artis apatah lagi, bertambah hanyut dengan telnologi. Barangkali ini harganya sebuah kemajuan. Manusia jadi bingung dengan teknologi itu sendiri. Dulu, katanya orang sibuk mengata itu dan ini, sekarang bukan orang yang mengata, tetapi orang menengok sendiri ke 'you tube'.

  6. Namun, untuk mencari sebuah media yang benar-benar bebas, yang tidak berat sebelah selarang amatlah sukar. tengok akhbar dan web-portal pro pembangkang, himpit rapat kerajaan. Kalau tengok pula yang pro-kerajaan himpit pembangkang bagai nak gila. Web-rasmi kerajaan pula nampaknya 'semak' dan terlebih 'tidur' untuk membetulkan persepsi. Orang suka kepada bukti, data dan angka. Bukan yang dimanupulatif, tetapi yang benar dan rasional. Disitulah ruang untuk aktiviti media yang benar-benar bebas.

  7. Media terbesar yang ada di Malaysia ini rata-ratanya dimiliki oleh parti-parti politik, didanai oleh parti politik dan si simpati kepada parti politik. Oleh sebab itulah media kita ini nampak sangat diunggun apikan oleh berita-berita politik.

  8. Mereka ekstremis, bukan moderat dan dan bersederhana dalam melaporkan berita, maklumat ataupun pengetahuan yang kita mahu.

Wallahualam

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

Murtad : Kanser Umat Islam


Murtad
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut 'boyapren'. Bacaan lanjutan dari laman web dari seberang mengenai Aisha ( click here )


Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan sebarkan artikel ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.


Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.


Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.


Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?


Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.


Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad.. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ..... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,


'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan.. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'


Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.


Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri.

Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.


Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.


Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.


Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi .. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.


Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.


Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang Islam sebagai agama rasminya!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.


Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.


Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.


Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.


Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.


Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan.'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.'


Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun.. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.


Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu... Inilah pertama kali.


Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW.. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa..


Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara.


Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.


Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik..'Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.


Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).


Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.


Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.


Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita peranguntuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'


Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ...Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

108366053l[1]

Macamana benda ni boleh terjadi?


Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.


Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?


Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam.. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.


Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap wujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi.. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.


Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya.. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.


Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati..



Akhir sekali,


Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

Sumber : e-mail aman

Bacaan lain berkaitan murtad:

+ Kerajaan kata kes murtad tidak membimbangkan? +

+ Gejala Murtad : Implikasi terhadap perkembangan dan masyarakat Islam di Malaysia +

+ 50,000 remaja melayu mohon murtad +

+ Memahami isu murtad +

+ Murtad : Antitesis Islam +

+ Murtad patut dilihat sebagai satu jenayah +

+ Isu Murtad lagi +

Catatan aman

Orang yang murtad ini, diibaratkan kanser dalam badan. Jika ianya tidak dibuang, kelak ianya akan merosakkan anggota yang lain pula. Perangilah murtad. Kalaulah kita terus membiarkan mereka ini, tanpa usaha mengajak mereka kembali ke agama Islam, atau terus membiarkan mereka tanpa arahan Yang Berkuasa, kelak, mereka akan merosakkan umat Islam yang lainnya.

Perbanyakkan amalan dan solat malam, semoga Allah memelihara akhidah kita dari godaan-godaan duniawi.

Wallahualam

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

Cerita Sekitar Ijtimak Malaysia 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Mukaddimah

Bersyukur kepada Allah yang Maha Berkuasa, Yang Maha Bijaksana. Sesungguhnya, segala kebesaran yang ada dibumi mahupun dilangit, semata-mata atas kekuasaan dan kebijaksanaan Allah jua. Allah berhak menentukan apa yang yang dikehendakiNYA.

Alhamdulillah, seperti yang kita semua sedia maklum, pada 9, 10, 11 dan 12 Julai 2009 yang lepas, Allah telah memilih Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi majlis Ijtimak Dunia 2009. Bersyukur ke atas limpah kurniaNya, Malaysia berjaya juga menganjurkan majlis ini. Walau macam-macam dugaan yang diturunkanNya. Selamat juga jemaah yang bermujahadah di jalanNya.

Bacaan lanjutan mengenai Majlis Ijtimak 2009 :

+ Ijtimak Malaysia 2009, satu rahmat buat Malaysia +

+ Laporan (Karkuzari) Ijtimak Malaysia 2009 +

+ Tahniah Ijtimak Malaysia 2009 +

+ Karkuzari Ijtimak I +

+ Satu Jawapan Setelah Pulang Dari Ijtimak 3 Hari +

+ Ijtimak Tabligh Seluruh Dunia +

+ Koleksi Berita Tentang Ijtimak di Akhbar +

+ Ijtimak Malaysia 2009 +

Koleksi gambar sekitar Majlis Ijtimak 2009

+ Tujuh Kaki Dalam +

+ Kren Maut +

+ Boneka Hati +

Subhanallah, penulisan mereka menarik semuanya. Siapalah aman hendak menulis seindah bahasa mereka, namun dengan berkat kekuatan yang dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta, dengan belasNya, memberikan kekuatan dalam lubuk hati ini, menunjukkan jalan buat kaki ini melangkah, melebarkan pandangan pada mata yang melihat ini, aman dapat juga bersama-sama dengan para jemaah yang lurus hati mereka dan tekat hasrat mereka untuk menyebarkan kalimah syahadah di muka bumi Allah ini di sana.

Aman bukanlah karkun,

Aman bukanlah Mat Tabligh,

Namun Alhamdulillah, walau Allah memilih aman untuk pergi Ijtimak 2009 walau hanya untuk sehari setengah sahaja, namun hati ini bersyukur sangat-sangat kepadaNya. Aman hanyalah seorang hambaNya yang masih berjinak-jinak untuk mengenali dan berusaha di jalanNya yang ini. Tunjuki aman dan pimpinlah aman agar aman tidak terpesong dari jalan yang hak.

Niat aman menulis berkaitan Ijtimak Malaysia 2009 ini, bukanlah untuk aman berbangga-bangga, bukanlah untuk mengkabarkan pada dunia "lihatlah dunia, aku pi ijtimak", bukanlah untuk menunjuk-nunjuk dengan amalan yang dilakukan. Apa yang aman ingin sampaikan, pandangan aman yang kerdil ini untuk beberapa isu yang aman rasa ingin aman kongsi bersama. Jika terdapat sebarang salah atau silap, tolong perbetulkan aman. Sekadar perkongsian bersama!

Latar Belakang Aman

"Kenapa hendak cerita pasal kau plak ni?"

"Kata nak cerita pandangan hang?"

"Mana cerita pasai ijtimak nya?"

Oh ya, sebelum aman bercerita mengenai pandangan aman, seeloknya pembaca mengetahui latar belakang aman terlebih dahulu. Kenapa? Agar mereka dapat gambaran, bagaimana persekitaran aman dan cara hidup aman terlebih dahulu untuk mengetahui cara dan rythm pemikiran aman.

Aman bukanlah budak sekolah agama, bukan budak sekolah tahfiz mahupun lepasan ijazah jurusan agama. Anda bolehlah baca mengenai aman di laman ini : Biodata Aman

Kehidupan aman, bukanlah berdarah keturunan tabligh, bukanlah berdarah keturunan karkun-karkun mahupun karkuzari. Setahu aman, tiada seorang pun dalam saudara terdekat aman yang melibatkan diri dalam suasana tabligh ini. Jangan katakan keluar 4 bulan, 40 hari pun belum pasti lagi. Jangan katakan 40 hari, hendak katakan 3 hari pun belum pasti juga.

Keturunan aman, kebanyakkannya berpaksikan pengajian pondok. Di susur jalur keturunan sebelah abah aman, datuk aman, Hasim bin Daud masih berada di pondok. Masih mengaji di Pondok Tanjung Kapur, Jitra sehingga saat ini. Di susur galur sebelah mak aman, pak cik aman merangkap adik kepada mak aman, bekas pelajar Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Even aman sendiri dahulu, jika ada cuti sekolah, pasti pergi duduk dengan datuk di pondok.

Bukan setakat itu sahaja, even nama aman sendiri di ambil atas nama seorang pengasas sebuah pondok di Jitra, Kedah. Jika dilihat dari nama-nama adik beradik aman lelaki yang lain, bermula dengan Mohd Syakir Izwan, Mohd Ridhwan, arwah Muhammad, Mohd Fahmy dan Mohd Fakhrul Anuar. Semuanya bermula dengan MOHD. Tapi, nama aman, ABD RAHMAN. kenapa aman seorang sahaja yang tiada MOHD? Begitu special sangatkah aman? Ceritanya, arwah moyang aman, Nyang Limah mengaji pondok di Jitra, tetapi sekarang, pondok berkenaan sudah tiada. Nama pondok berkenaan Pondok Tuan Sheikh Abdul Rahman, Jitra. Untuk melihat sejarah-sejarah Pondok di Kedah ( Click here ). Oleh sebab itulah, moyang aman menamakan nama aman ABD RAHMAN. (Tak hairanlah aman menjadi cicit kesayangan..hehe )

Sampai begitu sekali pengaruh pondok dalam hidup aman.

Orang Tabligh vs Orang Pondok

Sebab apa Orang Pondok vs Orang Tabligh pulak ni? Ini cumalah pandangan aman yang kedil sahaja. Pandangan aman yang tidak seberapa. Aman ibaratkan ini seperti, sedikit pandangan dari orang pondok pada orang tabligh. Lebih kurang sebegitu. Lagi pun,aman baru lagi dalam proses mengenali orang tabligh ini, betulkan aman jika ada salah silapnya.

Disini, aman quote awal-awal lagi. Niat aman bukanlah untuk membanding-bandingkan atau untuk melaga-lagakan kedua-dua pihak ini. Niat aman untuk belajar dari kedua-dua golongan berkenaan. Matlamat kedua-dua pihak berkenaan, adalah satu sahaja, berolah jannatul Firdaus Allah. Kedua-dua berkongsi matlamat yang sama, tetapi cara masing-masing berlandaskan nas-nas masing-masing. Semoga Allah kurniakan jannatul firdausNya pada kita semua. Amin.

Dalam pengamatan aman, jemaah tabligh ini, berjaya menyentuh hati aman. Terlalu istimewa untuk didefinasikan dengan ayat-ayat penulisan ini, hanya mereka yang berada dalam ini, mampu merasainya dengan pancaindera ciptaanNya.

- Apabila berhadapan dengan mereka, terasa sayu hati ini memandangnya. Dengan pandangan mereka itu, kadang-kadang boleh melunturkan hati yang keras. Manakan tidak, ke'zuhud'an mereka ini, sanggup meninggalkan kemewahan dunia semata-mata mencari redha Allah. Sanggup meninggalkan keempukan katil untuk tidur berlapikkan sehelai kain sahaja. Sanggup meninggalkan makanan enak-enak sajian para isteri. Sanggup meninggalkan anak-anak yang comel itu beberapa seketika semata-mata menjalankan usahaNya. Sanggup meng'iya'kan pepatah melayu " sayang bini, tinggal-tinggalkan........" dan lain-lain lagi. Satu pengorbanan yang amat besar

- Apabila berhadapan dengan mereka, bauan minyak attar yang dipakai mereka 24hour menceriakan sesiapa sahaja yang berhampiran dengan mereka.

- Keramahan mereka, menjadikan mereka senang mendampingi sesiapa sahaja. Tidak lokek dengan senyuman, menyerikan lagi muka. Walau pertama kali berkenalan, tetapi meraka melayani bagaikan sudah bertahun kenalan.

- Dengan berjanggut, tidak kira sedikit mahupun banyak, dengan beserban dan berjubah, MashAllah, amalan sunnah menjadi ikutan. Tiada ungkapan menarik untuk ini. Hanya Rasulullah dan Allah berhak keatasnya.

- Jika hendak disenaraikan kesemuanya, terlalu banyak untuk disenaraikan. Pasti penulis di luar sana ada pengalaman manis masing-masing bersama para karkun-karkun dan ahli tabligh. Jangan malu untuk berkongsi bersama.

Namun, dalam pada itu, terdapat juga sedikit kekecewaan dari aman pada ijtimak tempoh hari. Ini adalah perkongsian dan nasihat untuk diri aman.

- Kenapa waktu bayan, ramai sangat orang kat luar yang sedang membeli belah? (nasihat umi dan abah). Bab ini aman sendiri agak kecewa apabila melihatnya. Kan sebagusnya duduk di dalam khemah sambil melihat dan mendengar bayan yang disampaikan itu juga sunnah Rasulullah.

Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula tentang majelis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahwa Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majelis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah SWT baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. Apabila baginda sampai kepada sesuatu tempat, di situlah baginda duduk sehingga selesai majelis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majelisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya. Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu masliahat, baginda terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali.

Sumber Asal

- Isu kebersihan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”. Allah juga berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 222

7-16-2009 12-28-45 AM

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”

Tengok, betapa pentingnya kebersihan dalam Islam. Kebersihan mestilah menyeluruh.

i) Kebersihan diri

Pada pandangan aman, jika kita sudah mengetahui akan bermalam selama 3 malam, seeloknya kita lengkapkan diri kita dengan keperluan yang akan menampakkan kita bersih. Jangan untuk pergi 4 hari 3 malam berbekalkan baju 2 helai. Itu sudah terlebih zuhud. Kena letakkan hak badan kita untuk berpakaian kemas dan bersih juga. Jangan diabaikan hak badan itu.

ii) Kebersihan persekitaran

Yang ini, sedikit kekecewaan. Dari pemerhatian aman, sudah disedia beg-beg sampah, namun sampah tetap bersepah juga. Walau sudah disediakan tempat untuk menyidai kain basah, namun masih juga di gantung di khemah-khemah. Yang paling tidak boleh tahan, kebersihan tandas. Tak tahulah bagaimana hendak describe. Sepatutnya, jika yang datang orang-orang yang memahami akan Islam, isu kebersihan sepatutnya tidak menjadi isu lagi.

- Isu kekemasan diri. Ini atas pendirian masing-masing. Susah hendak menghuraikan, sebab setiap orang ada pandangan masing-masng akan kekemasan. Jika barang sendiri yang dibawa, tidak disimpan dengan elok dan teratur, itu agak mengganggu orang lain juga. Sampai ada barang sendiri terpelanting jauh ke tempat orang.

- Kalau kita hendak menegur dan menasihati orang, kita hendaklah bersedia untuk ditegur dan dinasihati. Yang ini agak terkilan sedikit. Yang ini ada kisah dan ceritanya dari pengalaman aman. Semasa ijtimak berkenaan, aman berada di khitta 3, area yang agak hujung dan dekat dengan tempat wudhuk dan tandas. Dan disebabkan aman datang lambat, aman duduk dekat dengan jalan, selari dengan tempat aman, ada satu kipas. Memandangkan jalan itu kecil sahaja, muat untuk 2 row (pergi dan balik), selalunya jika orang yang pergi berwudhuk, apabila perjalanan balik ke tempat masing-masing, nereka suka berhenti dekat kipas berkenaan. Disebabkan mereka berhenti, maka secara automatiknya, jalan menjadi jem. Orang belakang tidak dapat bergerak. Tergerak hati aman menegur seorang hamba Allah yang berhenti untuk merasai kenikmatan kipas berkenaan, "abang, jika abang berhenti macam ni, orang belakang tak boleh jalan" tu la ayat aman, tengok jelingan mata abang tu tajam sahaja. Aman senyum ja. Tapi tidak juga gerak, alih-alih, orang blakang pula sound, "Abang, janganlah berhenti, orang belakang tak dapat jalan ni". Baru lah dia jalan. Itu hanyalah satu peristiwa sahaja sebagai contoh.

- Satu lagi, bab penjagaan sunnah. Keadaan tidur. Kan sunnah tidur mengiring ke kanan. (rujukan sini). Kalau kita tak nak ikut sunnah pun, jangan sampai kita jadi penghalang untuk orang lain buat sunnah. Ini kes tidur mengiring ke kiri. Ada patut. Dah la tu, bila aman nak tidur ja, muka jiran aman tu, betul-betul depan aman. MashaAllah. Dengan nafas yang kuat dan agak berbau (smoking), langsung aman tak leh tidur.

- Time bayan, 'orang-orang syahid' ramai. Selalunya time bayan subuh. Kalau dalam posisi duduk dan tersengguk-sengguk agak boleh diterima lagi, tapi kalau dah siap baring sambil peluk bantal lagi, apa kes ni?

- Time bayan juga, suara orang sebelah, lagi kuat dari suara-suara maulana-maulana yang sedang sampaikan bayan! Ikut hati, nak saja aman letak buku dan pen, join mereka bersembang. Dah nak dengar bayan pun susah. Siap dok sembang di sebelah. Nak tak nak, aman yang kena pindah pi depan lagi, menghampiri stage utama. Area situ agak 'tenang' untuk mendengar bayan, tapi sekali kalau nak pi tandas, amik ko nak kena melintasi lautan orang.hehe.. (ni yang jeles kat orang yang dapat tempat depan stage..hehe)

- Bab mandi pula, Uik, mandi di khalayak ramai, tapi pakai short! Lutut tu bukan ker aurat dah ka tu? Ermm...No komen...Alhamdulillah, life style hidup di Seratas mengajar aku, nak mandi pun kena tutup aurat!

Banyak lagi yang hendak disampaikan, tetapi, tidak tahu bagaimana hendak di ekspreskan dalam bentuk penulisan. Jika pembaca perasan, tulisan yang akhir-akhir seakan-akan bahasa pasar sudah! Tidak tahu bagaimana hendak diolah dalam penulisan. Minta maaf ya...

Sekian dahulu penulisan kali ini.

Wallahualam...

~ aman shah ~

"....man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

Isu Murtad Lagi

Video 1/8

 

Video 2/8

 

Video 3/8

 

Video 4/8

 

Video 5/8

 

Video 6/8

 

Video 7/8

 

Video 8/8

 

Isu murtad, dari zaman selepas kewafatan Rasulullah sampai ke saat ini, tetap berlaku.

 

Apakah jalan terbaik penyelesaiannya?

Islam dan Hiburan

بسم الله الرحمن الرحيم

Naluri Manusia

 

Allah itu Maha Berkuasa sifatNya. Memang tidak dapat disangkal akal lagi akan sifatNya itu. Dalam setiap kejadian yang diaturiNya, pasti ada keindahanNya tersendiri. Setiap kejadian susunan Allah, ada nur disebaliknya. Setiap penciptaan ada haknya tersendiri.

 

Islam ini adalah agama yang syumul. Ya, sebuah agama yang perfect untuk setiap manusia. Setiap manusia di muka bumi ini, ada naluri tersendiri. Macam-macam jenis naluri yang timbul dari dalam manusia yang nun jauh tersembunyi di lubuk hati setiap manusia.

 

Naluri ingin memiliki rumah bagaikan istana tersergam megah di tepian pantai yang indah

Naluri ingin memiliki isteri yang cantik dan tidak jemu mata memandangnya dan menyejukkan hati

Naluri ingin memiliki harta setinggi Gunung Kinabalu agar dapat dibelanjakan di jalan Allah

Naluri ingin berpesta dan berpoya dengan iringan muzik-muzik yang mengasikkan

 

Ya, terlalu banyak jika hendak disenaraikan, apa yang naluri manusia inginkan. Seperti firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 14:

7-11-2009 9-02-31 AM Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).

 

Dari ayat di atas, Allah yang Maha Mengetahui itu sudah mengetahui apa yang diingini oleh setiap manusia yang diciptaNya. Oleh itu, Allah menjadikan agama Islam itu sendiri agama yang tidak menolak naluri manusia. Agama yang bersesuaian dengan naluri manusia.

 

Allah menegaskan dalam firmanNya pada surah Al-A'raf ayat 32 :

Al A'raf ayat 32

Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang Telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat." Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang Mengetahui.

 

Tengok, Allah menjadikan perhiasan-perhiasan di dunia ini yang amat bersesuaian dengan naluri manusia. Namun, atas kebijaksanaan Allah itu, maka, Allah menjadikan batas-batas untuk setiap naluri manusia itu. Kenapa Allah menjadikan batas-batas berkenaan? Sedangkan Allah itu sendiri mengetahui akan kehendak dan naluri manusia itu sendiri? Itulah yang menunjukkan Allah itu Maha Mengetahui, jika tiada sekatan-sekatan dan batas-batas yang terkandung dalam buku perintah Allah itu, nescaya, ramailah manusia-manusia yang menuju ke arah kerosakan.

 

 

Islam dan Seni Hiburan

 

Allah tidak larang kita untuk berhibur. Selagi hiburan itu tidak mendatangkan kelalaian dalam kehidupan kita, maka, hiburan itu perlu. Tanyalah mana-mana ustaz di dalam dunia ini, Apa hukumnya berhibur? Pasti akan keluar jawapan seakan-akan begini, "Berhibur? Dalam Islam berhibur itu boleh selagi tidak melanggar syariat dan tidak melalaikan dan tidak menjerumus kepada kemaksiatan"

 

Perkembangan dunia hiburan dalam Islam berkembang meluas selepas berkembangnya empayar-empayar Islam yang menguasai dua pertiga dari bumi ini. Ketika zaman sebelumnya, umat Islam ketika itu kurang mengambil bahagian dalam hiburan itu sendiri kerana masing-masing mempersiapkan diri untuk melebarkan agama Allah dan memperluaskan empayar Islam itu sendiri. Apabila empayar Islam sudah merebak luas, maka, pertembungan budaya dengan empayar-empayar lain ketika itu pun terjadi. Dimana pertembungan dengan empayar-empayar luar seperti empayar Parsi, Empayar India, Empayar Rome dan sebagainya.

 

Akibat pertembungan empayar inilah, seni hiburan mula menular dalam hati nurani umat Islam ketika itu. Seni hiburan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Dia tersebar dengan sendirinya dan makin hari, tersebarnya seni hiburan ini semakin meluas. Selepas seni hiburan semakin kukuh dalam naluri manusia ketika itu, pada masa itulah kesedihan yang amat sangat dalam sejarah Islam. Empayar-empayar Islam mulai roboh satu demi satu. Seperti robohnya rumah yang dimakan anai-anai. Islam mula jatuh atas sebab manusia melebihi seni hiburan itu dari syariatNya.

 

Tersebarnya seni hiburan itu sehingga hari ini dan saat ini. Sehinggakan seni itu sendiri yang dahulunya hanyalah dijadikan halwa telinga semata-mata, kini ia bagaikan darah daging manusia. Ia bagaikan oksigen untuk tubuh badan manusia. Manakan tidak sebagai oksigen, kerana hiburan itu sendiri sudah menjadi sumber pencarian rezekinya. Terlalu tinggi rasanya aman mendefinasikan sebagai oksigen dalam menggambarkan betapa perlunya seni hiburan itu sendiri dalam setiap tubuh-tubuh manusia pada masakini. Manakan tidak, adakan manusia yang sanggup melafazkan ayat sebegini, "Ya Allah, mati kebosanan la aku macam ni dah la TV tak der, radio pun tak der!" Bayangkan, tanpa hiburan, dia boleh MATI KEBOSANAN!

 

Cubalah kita lihat akan hiburan masakini. Dari hiburan-hiburan yang tertutup seperti disco, pub, pusat karaoke, kelab malam dan sebagainya sehinggalah seperti hiburan yang secara terbuka seperti Konsert Jom Heboh, pesta muda-mudi, realiti televisyen seperti Akedemi Fantasia, Mentor, One in Million dan sebasainya lagi. Begitu banyak bukan? Jika hendak dihitung, entah bila akan kesudahannya. Sehinggakan dalam perlaksanaan hiburan-hiburan ini menelan belanja jutaan ringgit sekalipun, ianya tetap dijayakan! Sampai begitu sekali bahana seni hiburan masa kini.

 

Hiburan masa kini, terlalu jauh membawa pergi roh-roh Islam dalam naluri manusia. Seni-seni hiburan ini bagaikan kanser dalam badan manusia. Dimana ia makin merebak dan memusnahkan anggota badan yang lain sedikit demi sedikit. Bermula dengan 'hiburan ringan-ringan' seperti nasyid, kerana terlalu banyak akan nasyid berbentuk kecintaan adam dan hawa, hati mula berubah ke arah lagu-lagu mendayu-dayu. Seperti kata-kata anak muda kini, 'lagu meleleh-leleh' atau 'lagu jiwang karat'. Kemudian, naluri semakin advance, dendangan lagu-lagu tajaan Barat mula disuntingnya. Nyanyian masih lagi jiwang karat, namun liriknya semakin ke'barat'an. Nyanyian Back Street Boy, N'sync dan Boy Band menjadi siualan harian. Apabila hati sudah memuja penyanyi-penyanyi itu, kekabusan kegelapan menyelubungi hati, bermulalah kekerasan hati yang membawa kearah lagu-lagu bersifat keras! Punk, Skin Head, Black Metal dan lain-lain mula bertakhta dihati. Maka terjadilah ritual-ritual yang menyesatkan akidah manusia itu sendiri! Subhanallah.

 

Atas dasar seni-seni hiburan inilah, maka produktiviti-produktiviti manusia semakin merosot.

Kerana hiburan inilah, seorang pelajar tidur lambat untuk mengundi peserta kegemarannya dalam rancangan Mentor dan menyebabkan dia kurang fokus di sekolah kerana mengantuk.

Kerana hiburan inilah, seorang pekerja masuk kerja lambat kerana terbangun lambat selepas semalaman melihat konsert Jom Heboh

Kerana hiburan inilah, seorang mahasiswa 'terpaksa' ponteng kelas untuk beratur panjang untuk memperolehi tiket bola perlawanan Malaysia menentang Manchester United

Kerana hiburan inilah, seorang isteri 'terlupa' masak untuk suaminya yang baru pulang dari kerja kerana kesedihan melampau melihat Diari Akademi Fantasia

Kerana hiburan inilah, seorang anak mengingkari arahan ayahnya dan melewat-lewatkan solat Maghrib kerana menonton rancangan Sin Chan dan dituruti rancangan Doraemon di kaca TV

Kerana hiburan inilah, seorang remaja perempuan hilang sifat malunya kerana bersesak-sesak dalam gerombolan manusia ketika menonton konsert Jason Mraz suatu ketika dahulu

Kerana hiburan inilah, sepasang remaja hilang pertimbangan agamanya ketika menonton tayangan wayang 'Drag Me To Hell' atau 'Angels and Demons' dalam kegelapan sehinggakan mereka 'membuat wayang' mereka sendiri kerana kebosanan movienya

Kerana hiburan inilah, seorang pelajar telah mengkianati amanah seluruh umat Islam apabila dengan duit zakat yang diperuntukkan untuknya menuntut ilmu tetapi dibelanjanya untuk membeli CD terbaru 'Laskar Pelangi'

Kerana hiburan inilah, seorang pemimpin membelanjakan harta anak-anak yatim, harta ibu-ibu tunggal, harta para musafir di jalan Allah dan harta-harta orang fakir dengan menaja Formula 1, mendirikan Litar Perlumbaan Sepang bertaraf dunia dan menubuhkan Malaysian Philharmonic Ochestra

Kerana hiburan inilah, seorang remaja lelaki bertubuh sasa leka menyanyikan lagu 'Jai Ho' dari iPodnya sambil duduk di seat dalam komuter sehingga 'tidak nampak' seorang ibu yang sarat mengandung sedang berdiri dihadapannya kerana tidak memperolehi tempat duduk.

Kerana hiburan inilah, sekumpulan manusia 'terlepas' solat Maghrib kerana tayangan Tansformer 2: Revenge of The Fallen bermula pada pukul 1910 dan memperolehi tempat duduk nun jauh dibelakang. Seat mantap!

Kerana hiburan inilah, seorang lelaki sanggup meninggalkan solat berjemaah di masjid-masjid atau surau-surau kerana ingin menonton tayangan Nur Kasih dan Ceplos di TV

 

Tangani Masalah Seni Hiburan

Cuba kita lihat, betapa banyaknya keburukan dalam seni hiburan ini. Jesteru itu, hendaklah kita sama-sama mengembleng tenaga untuk merubah dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam! Esok, insyAllah lebih baik dari hari ini...

 

Terdapat banyak cara untuk kita semua berusaha menangani masalah seni hiburan ini. Antaranya adalah:

 

 Solat hiburan UTAMA

Seperti sabda Nabi Muhammad SAW kepada Bilal, "Tenangkan dirimu ketika solat ya Bilal". Cuba kita lihat, Rasulullah SAW berpesan kepada Bilal, jika mahukan ketenangan, jadikan solat itu sebagai caranya. Bukan dengan mendengar lagu-lagu yang mengasikkan atau melancong ke tempat-tempat peranginan yang mendamaikan.

 

Majlis hiburan tidak melalaikan

Dalam bab ini, ada sedikit pujian dari aman buat kerajaan Selangor sekarang. Kenapa? Haritu, kawan aman ada pergi 'satu majlis' anjuran kerajaan Selangor di Stadium Melawati. Apa yang kawan aman ceritakan, menariknya program hiburan itu kerana susunan majlisnya. Bermula dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat Hajat dan sedikit tazkirah. Kemudian Solat Isyak berjemaah. Selepas selesai ada sedikit ucapan MB Selangor dan ada konsert nasyid. Yang menarik perhatian aman, at least konsert itu tidak melewat-lewatkan atau tidak menyebabkan orang 'terlepas' untuk bersolat.

 

Tiada campuran lelaki dan perempuan

Kalau yang ini pula, aman memuji pucuk pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan itu. Tanpa perlu aman bercerita panjang, rasanya sudah ramai yang mengetahui akan konsert-konsert yang diadakan di Kelantan. Bagaimana pentadbir-pentadbir Kelantan memisahkan lelaki dan perempuan agar tiada pergaulan bebas ketika konsert sedang berlangsung.

 

Tanam kesedaran Islam dalam Artis

Kalau artis-artis ini mula memahami Islam, Tiada sudah penyanyi-penyanyi wanita selepas ini. Kan Islam melarang wanita melunak-lunakkan suaranya untuk yang bukan 'selayaknya'. Jika artis-artis mula mengenali Islam, sudah pasti tiada lagi lakonan-lakonan 'bermutu' artis-artis Malaysia ketika berlakon. Kalau itu yang Islam mahukan, kenapa perlu dipersoalkan lagi? Adakah kerana kita mahukan seni hiburan itu, maka maksiat tidak dapat dipisahkan lagi? Banyak lagi seni hiburan yang terhidang diluar sana yang halal, terpulang pada kita untuk memilihnya atau menolaknya. Ada sahaja drama-drama berunsurkan islamik dari dahulu lagi. >click here<

 

Note* - Pada hari Jumaat lepas, aman sedikit terkilan dengan rancangan TV3, Nur Kasih. Apabila dalam dialog artisnya itu, terdapat ayat sebegini. Seorang artis berlakon sebagai minah saleh menegur kawan perempuannya ketika hendak membuat keputusan berkahwin. "why you choose him, you are not Malay or ISLAM, so whay you want to marry him?" selepas itu dibalas oleh pelakon wanita itu dengan jawapa selambernya, "So what if i'm not Malay or Islam, but I love him ok?" Subhanallah.

 

Pemantauan dan penguatkuasaan pentadbiran

Dalam hal ini, kerajaan patutlah menghadkan lesen-lesen pembukaan disco-disco dan pusat hiburan. Agar kemaksiatannya senang dipantau. Bajet untuk sektor hiburan hendaklah dikurangkan agar dapat digunakan pada saluran yang lebih memerlukan. Realiti-realiti televisyen dalam mencari bakat-bakat baru hiburan perlulah dikurangkan sebaliknya diganti dengan realiti TV yang mencari bakat-bakat baru dalam bidang yang dapat memberi kebaikan kepada manusia, negara dan Islam itu sendiri seperti bakat dalam mencipta sesuatu yang baru.

 

Sistem pendidikan yang berkesan

Bagi aman, inilah sumber tunjang dalam merubah sesuatu. Sistem pendidikan yang berkesan bagaikan jantung kepada tubuh badan kita. Jika jantung itu berfungsi dengan baik dan tiada cacat celanya, bekalan darah dapat dihantar ke setiap anggota badan yang lain. Bekalan oksigen dalam darah, dapat dipam dan dihantar dengan tertib kepada otak kita. Jika pendidikan dijalankan dengan betul dan mengikut syariat pada landasannya, nescaya insyAllah, semua masalah yang ada sekarang, pasti dapat dihindari dan ditangani. Lagipun, jika kita hendak membentuk sesuatu ketamadunan seseorang, mestilah bermula ketika mereka masih kecil lagi. 'Meluntur buluh biarlah dari rebungnya"

 

InsyAllah, jika kita semua memperbetulkan seni hiburan ini, nescaya tidak mustahil jika suatu hari nanti, seni hiburan dapat merubah wajahnya dari melalaikan dan membinasakan kepada suatu kebudayaan yang menjadi jati diri kita disamping menjadikan kita semakin mengingati Allah dan RasulNya.

 

 ACAB

* Ini hiburan atau penghinaan terhadap Islam? Apabila seorang penyanyi ACAB berpakaian jubah dan serban untuk konsertnya.. Kalau Islam itu sendiri dihina oleh umatnya..

 

Wallahualam.

~ aman shah ~

"....man jadda wa jada...."

40150 Shah Alam, Selangor

Bersyukurkah kita?

Manusia Lidah Paling Mahal

 

Individu yang dimaksudkan ialah Gennaro Pellicia. Tindakan majikannya bukanlah mencari populariti atau mencipta sejarah, sebaliknya menjadi cara penting bagi memastikan lidah pemuda itu sentiasa dalam keadaan baik untuk membolehkan ia mampu membezakan ratusan jenis kopi yang dijual.


Pelliccia bertanggungjawab di atas rasa 108 juta cawan kopi Costa Coffee yang dijual di Britain setiap tahun.


Polisinya dengan firma insurans Lloyd’s of London menjadikan lidahnya dua kali lebih berharga dari senyuman bintang Ugly Betty, America Ferrera dan satu persepuluh dari satu peratus daripada keseluruhan tubuh pemain bola sepak terkenal, David Beckham.


Pelliccia, 34, yang perlu merasa beratus-ratus biji kopi kisar di rangkaian restoran itu di Lambeth, selatan London, juga perlu melakukan pengorbanan berikutan tuntutan kerja uniknya itu. Ini termasuk menjauhi makanan terlalu panas kerana berisiko melecurkan lidahnya.


Beliau juga dilarang menikmati kari dalam masa dua hari sebelum musim merasa kerana dibimbangi rempah ratus itu boleh menjejaskan sensitivitinya.


Dengan 5,000 jenis kopi perlu dirasa dan dikelaskan oleh Pelliccia setiap tahun, pegawai atasan Costa memutuskan lidah pemuda itu berbaloi untuk setiap sen yang dikeluarkan.


“Pengalaman selama 18 tahun membolehkan saya membezakan antara beribu perisa. Lidah juga membolehkan saya membezakan sebarang kecacatan, yang membenarkan saya melindungi dan menjamin campuran Mocha Italia unik Costa,” kata Pellicia.


Walaupun mempunyai sepasukan ‘tukang rasa’ yang bekerja untuknya, Pelliccia, secara peribadi merasa setiap kumpulan biji kopi mentah yang melalui pemanggang di restoran itu.


Costa juga yakin lidah milik Pelliccia yang bertanggungjawab di atas rekod kejayaan dalam ujian merasa jenama baru-baru ini. Pengarah Urusan Costa Coffee, John Derkach, berkata Pelliccia adalah ‘elemen penting’ dalam perniagaan syarikat itu.


Hakikatnya, Pelliccia bukan berseorangan dalam situasi yang bagi kebanyakan orang lain tidak masuk akal, tetapi sekadar menambah senarai panjang golongan selebriti dan bukan selebriti yang berlumba-lumba mengambil insurans bagi melindungi aset tubuh masing-masing.


Beliau masih kalah dibandingkan dengan jumlah insurans keseluruhan tubuh Beckham, yang dilaporkan £40 juta (RM200 juta), dipercayai polisi insurans paling tinggi bagi set bahagian tubuh walaupun cuma kakinya yang banyak membantu bekas kapten England itu mengumpul kekayaan.


Lebih melucukan ialah tindakan penari bogel lelaki Britain, Frankie Jakeman, yang mengambil polisi bernilai £1.2 juta (RM6 juta) untuk kemaluannya pada tahun 1987.


Di kalangan selebriti Barat, mempertaruhkan sejumlah wang besar untuk melindungi bahagian tertentu tubuh mereka bukan lagi asing apatah lagi bahagian itu menjadi sumber pendapatan mereka yang mencecah puluhan, ratusan atau ribuan juta dolar.


Penyanyi dan pelakon berketurunan Latin, Jennifer Lopez, baru-baru ini dilaporkan mengambil polisi sehingga AS$1 bilion (RM3.6 bilion) untuk payu dara, kaki, belakang, rambut dan berat badannya. Walaupun ia disangkal oleh bintang ‘Maid in Manhattan’ itu, ia sekali gus menjadi bukti betapa selebriti sanggup berhabisan melindungi aset mereka walaupun bagi kebanyakan orang, ia mungkin kerja gila.


Nyata JLo itu bukan berseorangan dalam mengambil insurans untuk melindungi asetnya walaupun mungkin tidak mencecah berbilion dolar kerana menyertainya ialah senarai panjang selebriti dan tokoh lain yang bertindak luar jangkaan demi melindungi kepentingan masing-masing.


Nama besar lain dalam dunia selebriti Barat yang tidak teragak-agak melabur sejumlah wang untuk pulangan lebih lumayan jika kecelakaan menimpa ialah pemain gitar kumpulan Rolling Stones, Keith Richards yang mengambil insurans bernilai £1.5 juta (RM7.6 juta) untuk tangannya manakala penyanyi Dolly Parton melabur £350,000 (RM1.7 juta) iaitu lebih £8,000 (RM40,000) setiap inci payu daranya.


Tindakan mereka mungkin kelihatan tidak masuk akal kerana tiada guna menentang hukum alam yang jelas membuktikan muda pasti bertemu tua, tegang akan mengendur dan gagah beransur lemah. Namun apabila bertuhankan wang dan kemewahan, apa saja akan dilakukan demi memastikan kehilangan mereka dari pentas kemasyhuran tidak menjejaskan gaya hidup yang dijalani selama ini.


INFO: Insurans anggota tubuh


# Bintang bola sepak David Beckham mengambil insurans bernilai RM200 juta bagi badannya, dipercayai polisi insurans paling tinggi pernah dibuat bagi tubuh


# Pelakon dan penyanyi berketurunan Latin, Jennifer Lopez, mengambil polisi sehingga RM3.6 bilion untuk payu dara, kaki, bahagian belakang, rambut dan berat badannya.


# Pemain gitar kumpulan Rolling Stones, Keith Richards mengambil insurans RM7.6 juta untuk tangannya.


# Penyanyi Dolly Parton melabur RM1.7 juta, iaitu lebih RM40,000 bagi setiap inci payu daranya.


sumber: Berita Harian Online

 

Soalan Aman:

 

- Sempurnakah wudu' kita agar ia menjadi pelindung kepada kita?

- Berinsuranskah mulut kita hanya dengan berkumur ketika berwuduk, padahal lain waktunya berbual yang laqha dan menyebarkan keburukan di muka bumi ini?

-Berinsuranskah muka kita hanya dengan membasuh tiga kali setiap kali berwuduk, padahal dengan mata ini kita tidak menjaga pandangan dan dengan muka ini kita memalingkan pandangan kepada yang tidak selayaknya?

- Berinsuranskah tangan kita ketika mencucinya ketika berwuduk, padahal dengan tangan inilah kita melakukan maksiat kepadanya?

- Berinsuranskah kepala kita dengan menyapu sedikit ketika berwuduk, padahal dengan otak dan akal dibawah kepala itu kita merangka segala kemungkaran terhadapNya?

- Berinsuranskah telinga kita dengan setiap kali basuhan ketika berwuduk padahal dengan telinga inilah kita mendengar fitnah, cacian dan umpatan?

- Berinsuranskah kedua kaki kita hanya dicuci ketika berwuduk padahal dengan kaki inilah kita membawa seluruh tubuh kita menghampiri maksiat dan kemungkaran?

- Mencukupikah sedekah kita untuk melindungi seiap inci tubuh badan kita dari api neraka kelak?

- Cukupkah dengan solat yang hanya mengambil masa 5 minit sahaja itu untuk menyatakan kita bersyukur dengan nikmat tubuh ini?

- Berinsuranskah setiap inci dari tubuh badan kita ini dari bahang api neraka kelak?

 

7-9-2009 6-18-16 PM

"Nikmat Tuhan kamu yang manakah telah kamu dustai?"

 

Tepuk dada, tanya iman!

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

Saya Pun Budak Kampung!

"Saya pun budak kampung, pun boleh berjaya, anda bila lagi?"

Zulkifli b Aziz

Usahawan Hai-O

 

Biasa dengarkan dengan iklan Hai-O di atas tu? Alhamdulillah. Apabila iklannya sudah menjangkau ke iklan, makin lebarlah kata-kata usahawan Hai-O lepas ini. Makin berleluasalah projek MLM Hai-O ini.

 

Rujukan Selanjutnya berkaitan Hai-O dari pendapat Ustaz Zaharuddin (UZAR) :  Kisah Uptrend & Hai-O Oleh Perunding Kewangan Islam

 

Maka, pada hemat aman, tidak perlulah aman menitik beratkan akan hukum perniagaan UPTREND & HAI-O ini lagi sebab sudah dibicarakan oleh orang yang selayaknya. Maka, kita yang kurang ilmunya, masih hendak berdebat lagi?

 

Apa yang aman hendak petik disini, "saya pun budak kampung". Tidak tahulah, apa yang dipandang oleh mamat berkenaan. Apa salahnya budak kampung? Adakah budak kampung diketegorikan sebagai second class di Malaysia ini? Kalay yang berjaya, hanya di pundak orang-orang bandar?

 

Sikap Menentukan Siapa Kita

 

Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. Dengan kata lain, sikap adalah tindakan dan tingkahlaku diri berlandaskan cara fikir seseorang individu. Dua orang yang mempunyai cara fikir yang berbeza akan bertindakbalas secara berbeza juga terhadap sesuatu peristiwa atau persekitaran. Cara fikir mengubah tingkah laku seseorang dan mempengaruhi sikap seseorang. Cara fikir sebenarnya sesuatu yang dipelajari dan ditiru melalui sumber-sumber seperti:

  • Orang sekeliling - Ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, idola
  • Pengaruh media - TV, radio, internet
  • Bahan bacaan - novel, majalah, akhbar, buku-buku.
  • Persekitaran - Agama, bangsa, kebudayaan
  • Peristiwa silam - besar atau kecil
  • Pengalaman


Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan bapa borek anak rintek. Kalau bapa jenis panas baran maka anaknya berkemungkinan juga demikian. Tetapi tidak pula semua anak berkelakuan serupa seperti bapa. Mungkin anak yang lain pula cukup mengkagumi gurunya dan kebetulan pula guru seorang yang penyabar maka sikap sabar ini mempengaruhi anak. Maka sikap panas baran bapa tidak ditiru oleh anak ini kerana dia dapat menilai bahawa sikap itu tidak menguntungkan sesiapa. Sebaliknya, pengaruh guru lebih besar atas diri anak ini dalam dalam pembentukan sikapnya.


Jadi seorang anak membesar dengan meniru tingkah laku orang lain. Sikap-sikap negatifnya mungkin diperolehi daripada gabungan pelbagai sumber. Pemarah macam ayah, boros macam emak, malas macam abang, pakaian macam artis, buang masa macam rakan-rakan dan sebagainya. Begitu juga dengan sikap positifnya juga ditiru dari orang lain. Berani macam ayah, bercakap benar macam emak, suka mencuba macam abang, gigih macam artis pujaan dan hormat ibu bapa macam rakan.


Satu kelemahan otak ialah ia menerima segala maklumat yang dilihat, dirasa dan didengar ini, tanpa sekatan sama ada positif atau negatif. Apabila mesej yang sama diterima berulang-ulangkali maka sedikit sebanyak mula terbentuk kepercayaan dalam diri bahawa tidak salah untuk menerima pakai atau meniru cara orang lain ini. Keadaan ini berlaku diluar kesedaran seseorang. Ia berlaku dalam tempoh masa yang panjang sebelum menjadi lazim dalam pemikiran. Setelah ia menjadi kebiasaan segala tindak balas kita menjadi spontan dan kerap kali tindakan kita diluar kawalan diri.

 


Bolehkah sikap diubah?


Sikap yang negatif boleh diubah kepada positif hampir serta merta. Misalnya anda membonceng motosikal rakan. Rakan anda membawa motosikal dengan laju dan gopoh-gapah. Anda tumpang seronok. Akibatnya berlaku kemalangan dan rakan anda mati ditempat kejadian. Ketika itu juga anda berkemungkinan besar mula mengubah sikap anda apabila membawa motosikal. Walau pun ia berlaku hanya sekali dalam kehidupan, tetapi pengalaman tersebut cukup menyakitkan dan menyedihkan. Ia mengubah cara fikir anda serta merta. Sikap anda juga berubah serta merta. Satu peristiwa mengubah segalanya.


Sebenarnya untuk berubah anda tidak memerlukan masa yang panjang. Masa yang panjang sebenarnya untuk kita mengumpul maklumat dan membina keyakinan serta kepercayaan sememangnya perubahan diri itu sesuatu yang mesti dilakukan. Setelah anda membuat keputusan tentang perlunya berubah maka perubahan berlaku serta merta. Masa yang panjang ini sebenarnya boleh disingkatkan dengan syarat anda mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyokong kepercayaan anda untuk berubah itu sekarang. Anda perlu mendapatkan maklumat dari orang yang boleh memberikannya kepada anda. Ramai yang tidak menyedari bahawa sikap ibarat pakaian yang boleh dipilih untuk disarungkan kebadan. Bagaimana mudahnya menukar pakaian begitu juga mudahnya mengubah sikap. Dengan syarat tahu rahsia dan kaedahnya.


Untuk berubah sikap, setiap kepercayaan dan pegangan hidup yang negatif perlu digugat, dicabar, dibenci dan kemudiannya digantikan dengan alternatif yang baru. Proses ini lebih mudah dilakukan sekiranya dibantu oleh seseorang yang pakar dalam bidangnya. Perhatikan sejenak, adakah sikap anda selama ini membolehkan anda menggunakan sepenuhnya potensi diri yang ada pada diri anda? Setiap kali guru memberikan markah ujian, cuba tanyakan diri anda, adakah ini yang terbaik boleh dilakukan oleh anda? Kalau tidak, apa yang menghalang anda melakukan yang terbaik? Tiada yang menghalang kecuali diri anda sendiri. Kalau anda tidak mengubah sikap dan cara fikir anda sekarang, anda juga pastinya mencapai sesuatu yang serupa 5 - 10 tahun yang akan datang. Yang berubah ketika itu mungkin lokasi anda, rakan-rakan anda dan fizikal luaran anda tetapi dalamnya tetap sama. Kalau sekarang anda gagal di sekolah maka 5-10 tahun akan datang anda bakal gagal pula di alam pekerjaan. Sebab itulah anda perlu berubah, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang! Sesungguhnya benarlah perintah Tuhan, “…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

 

 

Kesimpulan

 

Maka, dalam menentukan erti kejayaan itu sebenar, semuanya bergantung kepada kita. Sejauh mana sikap kita menentukan kejayaan kita itu. Terpulanglah kepada diri kita sendiri menentukan arah dan tingkat kejayaan kita!

 

Wallahualam.

 

~ aman shah ~

".... man jadda wa jada..."

40150, Shah Alam, Selangor