Kegemilangan Nasyid..

 

Bismillah...

 

Dengan nama Allah....

 

Post kali ini bukanlah seperti sebelum ini. Hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Idea tidak banyak untuk menulis. Masa tengah surf internet sambil dengar nasyid dalam koleksi saya, terfikir untuk berkongsi bersama rakan-rakan diluar sana.

 

Saya ini bukanlah peminat hardcore nasyid, tetapi mendengar nasyid untuk mendekatkan diri dengan Allah agar lidah ini tidak kering menyebut nama Allah. Agar diri ini agar sentiasa mengingati Allah. Adakala saya mendengar juga lagu-lagu kontemporari. It depend on my mood!

 

Tetapi, sejak kebelakangan ini, saya naik muak mendengar nasyid. Kerana apa? Kerana banyak kumpulan nasyid sekarang banyak mendendangkan lagu yang mendayu-dayu berkisar cinta. Terlalu banyak sangat yang berkisah tentang cinta manusia. Kadang-kadang membuatkan saya terfikir, apa yang membezakan penyanyi-penyanyi nasyid ini dengan kumpulan penyanyi-penyanyi lain seperti Shiela on 7, Spring, Spin dan lain-lain lagi. Motif yang disampaikan sama. bab CINTA MANUSIA! cuma yang membezakannya sedikit sahaja. Yang seorang agak terbuka, yang seorang lagi agak 'islamik'. itu saja! Oh, satu lagi. Pakaian mereka. Ini membuatkan saya lebih respek pada 'orang lama' seperti Raihan. Tema yang dibawakan lebih mendekatkan diri dengan Allah. Banyak berkisar menasihati. Saya bukan hendak mengkondem siapa-siapa. Hanyalah pandangan kerdil saya sahaja.

 

Disini saya ingin berkongsi penyanyi nasyid luar negara. Maybe ada rakan-rakan yang tidak pernah mendengar atau mengenali beliau lagi. Nama penyanyi nasyid itu adalah Dawud Wharnsby Ali. Suaranya lunak sekali. Lagu beliau yang paling terkesan dihati ini menerusi lagu Sing, Children of the World dan The Prophet's Hands. Lagu-lagu nasyid beliau lebih kurang macam lagu-lagu nasyid karangan Yusof Islam (aka Cat Steven). Anak kelahiran Canada ini telah menghasilkan banyak lagu-lagu nasyid yang amat terkesan dihati pendengarnya. Untuk keterangan lebih lanjut, sila kunjungi laman web beliau.

 

Laman web beliau: www.wharnsby.com

 

Disini saya sertakan juga contoh-contoh lagu nasyid dendangan Dawud Wharnsby Ali. Enjoy it!

P/S - Sebelum mendengar lagu-lagu nasyid yang saya paparkan ini, pause dahulu player radio nasyid.fm agar ia tidak mengganggu nasyid itu nanti. Scroll page ke bahagian bawah sekali, dan pause player radio itu.

Sing, Children of the World!

 

The Everything Song

 

Bismillah A Whisper of Peace

 

Ini pula hanyalah tambahan sahaja. Tidak tahu siapa penyanyi dia. Amat menarik burdah ini. Selamat mendengar!

 

Mawla ya salli wa sallim

 

 

Happiness is not so much in having as sharing. We make a living by what we get, but we make a life by what we give. -Norman Macewan-

 

Friendship marks a life even more deeply than love. Love risks degenerating into obsession, friendship is never anything but sharing. -Elie Wiesel-

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Keimanan akan diuji dengan pelbagai bentuk dan cara

 

12

 

Bismillah...

 

Sudah lama tidak update blog. Dalam kelapangan yang ada walau sebentar, dapatlah saya mencoretkan sedikit sebanyak walaupun ianya hanya sekadar sepotong ayat. Jangan loket untuk berkongsi apa-apa walaupun ianya hanyalah sebesar hama, sesungguhnya walau ianya sebesar hama, tetapi disisi Allah, ianya amat tinggi nilainya.

DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hamba-Ku. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."


Hadis di atas menjelaskan bahawa Allah memerintahkan malaikat-Nya yang tidak pernah derhaka dan tetap melaksanakan apa yang Allah perintahkan kepada mereka untuk melakukan pelbagai ujian dan cubaan kepada hamba-hamba-Nya.


Dengan cubaan dan ujian ini, diharapkan akan terkeluarlah suara hamba itu. Namun begitu, sekiranya tidak terkeluar suara hamba itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sesuatu yang tersembunyi dalam hati hamba-Nya.


Sesungguhnya kehidupan ini tidak sunyi daripada kesenangan dan kesusahan, kesukaan dan kedukaan yang silih berganti. Oleh itu, barang sesiapa yang beranggapan kehidupan ini adalah kesenangan, kemewahan semata-mata atau penuh dengan kesukaran dan kesusahan selama-lamanya, ia adalah salah.


Melalui hadis di atas, Allah mengingatkan bahawa kesenangan dan kesusahan itu adalah ujian ke atas hamba-Nya dan ia adalah sunnatullah.


Oleh itu, kehidupan ini dipenuhi dengan ujian dan cubaan daripada Allah. Ini kerana sesuatu yang tidak diuji, tidak akan kelihatan keasliannnya. Umpama manusia gagal untuk menentukan emas tulen dengan tiruan.


Maka, untuk menentukan emas itu tulen, maka ia perlu dinilai ketulenannya. Demikianlah halnya manusia, di mana mereka telah mengaku diri beriman. Tentulah Allah akan menguji sejauh mana keimanan mereka terhadap-Nya. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

11-29-2008 8-08-58 PM


Melalui ayat di atas, Sayyid Qutb (1327-1386 Hijrah) menafsirkan sesungguhnya iman itu bukanlah sebuah kata-kata yang diucap, malah iman adalah suatu hakikat yang mempunyai tugasnya, suatu amanah yang mempunyai beban tanggungjawabnya, suatu jihad yang memerlukan kesabaran dan suatu perjuangan yang memerlukan ketabahan.


Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman." Mereka tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Mereka juga perlu keluar daripada ujian itu dengan hati bersih sebagaimana api menguji emas untuk memisahkan unsur logam yang murah melekat padanya. Inilah makna asal kata-kata ujian dari segi bahasa. Ia mempunyai tujuannya, bayangannya dan saranannya. Begitulah juga ujian itu bertindak pada hati hati manusia.


Dalam ayat lain, Allah menerangkan secara jelas bahawa hubungan manusia dengan kehidupan adalah hubungan ujian dan cubaaan. Firman Allah bermaksud:

was

Ayat ini menjelaskan bahawa tujuan Allah mendatangkan pelbagai ujian ke atas hamba-Nya untuk menilai siapakah di antara hamba-hamba-Nya yang terbaik. Yang terbaik amalnya itulah adalah orang terbaik di sisi Allah.


Ujian yang Allah datangkan kepada hamba-Nya tidak berupa kesusasahan, kesulitan dan kesakitan semata-mata. Malah, manusia perlu berwaspada kerana ujian dan cubaan akan datang kepada mereka dalam bentuk kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Ini secara terang difirmankan oleh-Nya bermaksud:

surah

Sebenarnya ujian Allah ke atas hamba-Nya dengan nikmat harta kekayaan dan pelbagai kesenangan, pada hakikatnya lebih berat daripada ujian dengan bencana, seksaan dan kesusahan. Ini kerana berapa ramaikah orang yang memiliki kekayaan, tetapi hidupnya penuh dengan kecelakaan kerana gagal mengguna atau menyalurkannya pada tempat sewajarnya.


Kekayaan yang dimiliki diuji oleh Allah. Ini jelas diterangkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi bermaksud: "Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan."


Demikian juga dengan orang yang diuji dengan pangkat dan kekuasaan, hinggakan mereka menyangka mereka telah berkuasa sepenuhnya dan memiliki segala-galanya. Hal ini diperingatkan Allah dalam firman-Nya bermaksud:

was


Ayat ini menegur sikap manusia yang angkuh dan sombong yang menganggap mereka memiliki segala-galanya dan boleh melakukan apa saja selepas mendapat kekuasaan dan pangkat dalam masyarakat. Pada hal, apa yang dimiliki hanya sedikit daripada kurniaan Allah kepada hamba-Nya.
Rasulullah bimbang umatnya yang diulit dengan kemewahan yang tidak ingatkan Allah. Ini kerana kehancuran umat terdahulu adalah kerana kemewahan. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud: "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu."


Ujian berat bagi kaum lelaki ialah ujian terhadap wanita. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud: "Sepeninggalanku tiadalah yang ujian yang lebih berbahaya kepada kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita."


Ujian yang menyebabkan manusia mudah tergelincir pula ialah mengenai akidah dan agama. Ini kerana, ramai orang yang mengaku dirinya Muslim, beriman tetapi setelah diuji Allah akan iman dan agamanya dengan pelbagai cubaan, ternyata ramai antara mereka yang lemah dan tergelincir daripada landasan yang benar.


Perkara itu dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:

as

Oleh itu, sekiranya diuji Allah hendaklah kita bersabar kerana dengan bersabar kita akan mendapat ganjarannya iaitu dihapuskan dosanya. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi bermaksud: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa."


Daripada huraian atas dapat disimpulkan, ujian yang Allah turunkan ke atas hamba-Nya mempunyai pelbagai bentuk. Ada ujian yang menimpa tubuh, anak, harta kekayaan, pengaruh, kekuasaan, pangkat, akidah dan sebagainya sama ada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan. Tujuan Allah memberi ujian itu untuk melihat siapakah orang yang benar-benar beriman dengan-Nya, untuk menghapuskan dosa hamba-Nya dan menguji kesabaran hamba-Nya supaya benar-benar menjadi seorang Muslim berkualiti.

Allah tidak memandang kepada paras rupa, tetapi melihat kepada hati dan amalan. Tidak ada bezanya seseorang disisi Allah melainkan iman dan taqwa.

 

 

"Ya Allah, Jika Engkau tetapkan wanita, pangkat dan harta sebagai ujianMu keatasku, Kau kuatkanlah hati ini agar dapat mengharungi segala ujian tersebut. Jangan kau tinggalkan aku bersendirian mengharungi segala onak dan badai ini. Kau dampingilah aku agar aku kuat dan teguh menghadapi segala fitnah dan ujianMu. Amin"

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

 

Panggilan Haji

 

Bismillah...

 

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah. Semalam emak, abah, pak tam, mak tam, pak lang, mak lang, pak tih, Ngah Som dan wa selamt berangkat ke tanah suci Mekah. Pada pukul 1030, mereka boarding dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Masuk dalam untuk dengar taklimat terakhir. Dalam pukul 1330, flight dari Alor Setar ke Kuala Lumpur selamat berangkat. Kemudian, aku menyusul kemudian dengan flite pukul 1520. Sempat juga menemani mereka di KLIA. Dalam pukul 1800 mereka dibawa masuk ke kawasan menunggu. Pukul 1930, flite mereka berangkat ke tanah suci Mekah.

 

Semoga beroleh haji yang mabrur..

Ameen..

Masalah Perkahwinan...

 

Teet..Teet..

1 Message Received!

 

"Aman, Z** de 1persoalan nak tanya. Kwn Z** nak kawin. dia ni laki. Dia tny Z** kalu abh pmpn 2 xalim, le ke jd wali?kna ke dia nikah g skali sb dia kurg cnfdnt sah o x?"

 

Macam itu la bunyinya mesej yang baru saya terima sebentar tadi. Agak memeranjatkan, tetapi inilah kehidupan. Adakalanya kita terima sesuatu yang agak memeranjatkan, ada kala kita terima berita yang menggembirakan, sememangnya kita tidak tahu apa yang akan datang. Semua itu ketentuan Allah untuk kita.

 

Agak berat juga hendak jawap persoalan ini. Saya bukanlah ustaz untuk menentukan apa-apa hukum. Tetapi, saya cuba juga menjawab persoalan ini dari apa yang saya tahu.

 

Di sini saya tidak mahu terangkan lagi rukun nikah. Itu sudah jelas dan terang. Yang hendak dititik beratkan syarat untuk menjadi wali. Dalam perkahwinan, ada 2 golongan wali. Wali akrab (dekat) atau wali ab'ad (jauh). Dalam persoalan ini, wali akrab tidak alim. Saya tanya balik, apa yang dia maksudkan dengan tidak alim tu? Sejauh mana yang dimaksudkan dengan tidak alim tu.

 

Syarat-syarat menjadi wali adalah seperti berikut:

1. Islam. Jika perempuan yang akan berkahwin itu Islam sedangkan walinya kafir, maka tidak sah bagi wali itu mewalikan perempuan tersebut

2. Berakal. Tidak sah wali itu dari orang yang tidak sempurna aqalnya , seperti gila yang terus menerus , kerana ia tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, tetapi jika gilanyatidak berterusan atau datang hanya sementara sahaja, maka semasa ia siuman , ia termasuk ke dalam golongan yang sempurna aqalnya.

3. Baligh. Iaitu mereka yang cukup umur lima belas tahun ke atas , maka tidaklah sah kanak-kanak menajdi wali meskipun ia telah mumayiz.

4. Merdeka. Hamba tidak sah menjadi wali.

5. lelaki. Tidak sah perempuan menjadi wali.

6. Tidak dalam ihram haji atau umrah

7. Tidak cedera fikiran. Tidak sah orang yang telah cedera fikirannya menjadi wali seperti orang tua yang telah nyanyuk.

8. Tidak safih. Tidak sah orang yang safih menjadi wali iaitu orang yang ditahan hartanya disebabkan terlampau boros atau bodoh.

9. Adil. Tidak sah orang fasik menajdi wali. Seseorang dikatakan fasik apabila ia melakukan dosa besar. Jika ia bertaubat dengan dosa-dosa itu, maka bolehlah dia menjadi wali.

 

"org2 y fasik ni cmne?klu isteri xpki tudung, anak2 xsolat dll..dia dikira fasik x?sdgkn yg lain2 dia buat"

Subhanallah. Jangan kata macam itu. Jika kita pandang seperti ini sudah sebagai fasik, habis tu, kita nak kata Nabi Nuh AS.itu fasik ka? Sebab isteri dan anak-anak Nabi Nuh AS tidak ikut ajaran yang dibawakan oleh Nabi Nuh AS. Dalam bab ini, jika dia sudah menegur tetapi isteri dan anak-anak dia masih melakukan dosa. Ini dikira macam mana? Kita berusaha, bab hidayah itu hanyalah urusan Allah.

 

Selepas Aman rujuk pada pakar, yang didefinasikan sebagai fasik tu adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar seperti:

-membunuh

- berzina

- minum arak

- merampas harta

- meninggalkan solat fardhu dengan sengaja

- mencuri

- menderhaka kepada ibu bapa

- atau melakukan dosa kecil secara berterusan

- atau seumpamanya yang mana ketaatan kepada Allah kurang dari maksiatnya

 

"abis tu, apa patut depa buat?"

Yang ni yang Aman susah sikit nak jawab. Sebaiknya suruh mereka rujuk ustaz yang lebih arif dalam bidang ini. Kalau tak pun, pergi tanya dekat pejabat agama negeri. Aman tidak berani nak kata apa sebab Aman tidak tahu situasi ini sejelasnya. Aman tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan tidak alim si bapa itu.

 

Aman minta maaf kerana tidak dapat membantu. Aman cuma nyatakan apa yang Aman tahu sahaja.

 

Wasalam.

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Kemanisan Ukhuwah!

 

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim


Sahabat...
Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.


Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah SAW. melalui Anas ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."


Sahabat...
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.


Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.


Sahabat...
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah.


Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".


Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah SAW. dari Ibnu 'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut.


Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."


Sahabat...
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman;

11-19-2008 8-46-51 PM


Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." HR. Muttafaqun 'Alaih


Sahabat...
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya?

Wallahualam.


Yesterday is history,
Tomorrow's a mystery,
Today's a gift,
That's why we call it the Present.


"Each day I wake in gratitude.
Thanking Allah,
He let me rise
And To Him I only
Seek His assistance."

 

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Kekayaan Wang vs Kekayaan Jiwa

 

Assalamualaikum...

Dengan nama Sang Pencipta!

 

2991715882_ba66ff01c7

 

"Aman si Arlong! Nak pinjam duit bulan ni boley? Kalau boley nak 1K cukup ar" Persoalan yang biasa kedengaran di telinga ini.

"1K tu tak boley ar Mat, dalam 5rat tu boley arr lagi. Hang nak buat apa pinjam duit?"

"5rat pon ok ar. Aku bulan ni sesak sangat. Nak buat makan bulan ni"

 

Macam itu la kebiasaan aku. Ada sahaja kawan-kawan yang minta tolong bab kewangan. Memang tidak dapat disangkalkan lagi. Tanyalah kawan-kawan sekeliling saya. Mesti jawapan mereka YA!

 

Hidup sebagai Apprentice Malaysia Airlines, berapa la sangat incomenya bulan-bulan. Alaun bulanan RM800 + alaun dobi RM50 jumlahnya RM850. Tolak KWSP RM95 + Perkeso RM3.75, maka alaun bersih setiap bulan RM751.25.

 

"Hang ni Man, Aku pelik juga tengok hang, dapat sama ja dengan aku, tapi hang masih cukup nak hidup, siap boleh bagi orang lain pinjam duit hang lagi. Aku haram tak cukup langsung!" Begitulah ayat dari seorang kawan sebatch pada suatu hari.

Sometime tu, aku pun rasa juga apa yang kawan-kawan rasa. Mungkin sebab aku penah hidup susah, sebab tu aku rasa dengan RM7++ sebulan mencukupi bagiku. Sebagai anak felda, kesusahan adalah asam garam kehidupan mereka. Ini saya cakapkan anak felda dahulu, bukan seperti anak felda sekarang. Bagiku, RM7++ tu sudah agak banyak untuk menyara hidup aku yang bujang ini. Syukur padaMu Ya Allah kerana memberi aku kecukupan untukku.

 

Dan, tidak dinafikan, mungkin berkat syukur itu sendiri menyebabkan aku merasai apa yang aku ada sekarang sudah mencukupi. Sehendaknya, kita merasa syukur dengan setiap pemberian Allah. Tidak kira walaupun ianya hanyalah bernilai 1 sen! Bersyukurlah kita. Jangan takut untuk bersyukur! Allah menjanjikan orang yang bersyukur tidak akan jatuh dari titian sirath, tidak akan jatuh ke neraka Allah. Penyakit lari apabila mendekati orang yang bersyukur. Tidak akan mati kebuluran orang yang bersyukur hartanya dengan bersedekah. Itu janji Allah! Kenapa kita tidak percaya dengan janji Allah?

 

Adakah kekayaan yang aku cari? Wallahualam. Ramai yang kata, kalau masuk bidang aviation ni, satu bidang yang make money! So, adakah sebab itu aku masuk bidang ni? Moga Allah menjauhkan matlamat itu dalam hidupku. Ameen.

 

Setiap kita mengimpikan kesenangan, hidup dalam limpahan harta dan kemewahan. Selalu juga kita menganggap bahawa kekayaan harta benda lebih bermakna daripada kekayaan hati dan jiwa. Disebabkan itu, selalu kita terlajak dalam perbuatan kerana lebih mengejar kekayaan dunia melebihi kekayaan akhirat.

 

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa." (Riwayat Bukhari)

 

Masih ingatka kisah Qarun pada zaman Nabi Musa yang menjadi contoh manusia kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimiliknya? Dia bakhil, juga boros pada perkara-perkara yang tidak kena tempat (perkara haram), sedangkan Islam memerintahkan umat-Nya bersederhana dalam membelanjakan harta di samping mengeluarkan zakat yang difardukan. Bersedekah jika berkemampuan!

 

Mendapatkan kekayaan tidak salah sama sekali. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selagi seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

 

Namun mana yang lebih utama? Hidup mewah tetapi kosong jiwa atau hidup sederhana seadanya tetapi kaya jiwa? Jangan sampai mengejar kesenangan dunia sehinggakan duit bertakhta dihati. Menjadikan Allah no 2 dalam hati kita. Semoga Allah menjauhkan penyakit hati dari diri kita semua. Ameen.

 

"MONEY IS NOT EVERYTHING. BUT EVERYTHING NEED MONEY!"

Maybe true about that statement. If you think about this world only, yes, everything need money! But if you think the purpose of our life, you will say NO!

 

Wallahualam..

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

License to Cry

“Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (Bukhari dan Muslim)

Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahwa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah swt.

 

Menyadari bahwa dosa diri tak akan terpikul di pundak orang lain


Siapa pun kita, jangan pernah berpikir bahwa dosa-dosa yang telah dilakukan akan terpikul di pundak orang lain. Siapa pun. Pemimpinkah, tokoh yang punya banyak pengikutkah, orang kayakah. Semua kebaikan dan keburukan akan kembali ke pelakunya.


Maha Benar Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-An’am ayat 164. “…Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”


Lalu, pernahkah kita menghitung-hitung dosa yang telah kita lakukan. Seberapa banyak dan besar dosa-dosa itu. Jangan-jangan, hitungannya tak beda dengan jumlah nikmat Allah yang kita terima. Atau bahkan, jauh lebih banyak lagi. Masihkah kita merasa aman dengan mutu diri seperti itu. Belumkah tersadar kalau tak seorang pun mampu menjamin bahwa esok kita belum berpisah dengan dunia. Belumkah tersadar kalau tak seorang pun bisa yakin bahwa esok ia masih bisa beramal. Belumkah tersadar kalau kelak masing-masing kita sibuk mempertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan.


Menyadari bahwa diri teramat hina di hadapan Yang Maha Agung


Di antara keindahan iman adalah anugerah pemahaman bahwa kita begitu hina di hadapan Allah swt. Saat itulah, seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya. Ia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Dan akan kembali dengan selembar kain putih. Itu pun karena jasa baik orang lain. Apa yang kita dapatkan pun tak lebih dari anugerah Allah yang tersalur lewat lingkungan.


Kita pandai karena orang tua menyekolah kita. Seperi itulah sunnatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap orang tua. Kekayaan yang kita peroleh bisa berasal dari warisan orang tua atau karena berkah lingkungan yang lagi-lagi Allah titipkan buat kita. Kita begitu faqir di hadapan Allah swt. Seperti itulah Allah nyatakan dalam surah Faathir ayat 15 sampai 17, “Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sulit bagi Allah.”
Menyadari bahwa syurga tak akan termasuki hanya dengan amal yang sedikit


Mungkin, pernah terangan-angan dalam benak kita bahwa sudah menjadi kemestian kalau Allah swt. akan memasukkan kita kedalam syurga. Fikiran itu mengalir lantaran merasa diri telah begitu banyak beramal. Siang malam, tak henti-hentinya kita menunaikan ibadah. “Pasti, pasti saya akan masuk syurga,” begitulah keyakinan diri itu muncul karena melihat amal diri sudah lebih dari cukup.


Namun, ketika perbandingan nilai dilayangkan jauh ke generasi sahabat Rasul, kita akan melihat pemandangan lain. Bahawa, para generasi sekaliber sahabat pun tidak pernah aman kalau mereka pasti masuk syurga. Dan seperti itulah dasar pijakan mereka ketika ada order-order baru yang diperintahkan Rasulullah.


Begitulah ketika turun perintah hijrah. Mereka menatap segala bayang-bayang suram soal sanak keluarga yang ditinggal, harta yang pasti akan disita, dengan satu harapan: Allah pasti akan memberikan balasan yang terbaik. Dan itu adalah pilihan yang tak boleh disia-siakan. Begitu pun ketika secara tidak disengaja, Allah mempertemukan mereka dengan pasukan yang tiga kali lebih banyak dalam daerah yang bernama Badar. Dan taruhan saat itu bukan hal nyawa. Lagi-lagi, semua itu mereka tempuh demi menyongsong investasi besar, meraih syurga.


Begitulah Allah menggambarkan mereka dalam surah Al-baqarah ayat 214. “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
Menyadari bahwa azab Allah teramat pedih


Apa yang bisa kita bayangkan ketika suatu ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tak seorang pun punya hak istimewa kecuali dengan izin Allah. Jangankan hak istimewa, pakaian pun tak ada. Yang jelas dalam benak manusia saat itu cuma pada dua pilihan: syurga atau neraka. Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang anak manusia.


“Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (QS. 80: 34-37)


Mulailah bayang-bayang pedihnya siksa neraka tergambar jelas. Kematian di dunia cuma sekali. Sementara, di neraka orang tidak pernah mati. Selamanya merasakan pedihnya siksa. Terus, dan selamanya. Seperti apa siksa neraka, Rasulullah saw pernah menggambarkan sebuah contoh siksa yang paling ringan.


“Sesungguhnya seringan-ringan siksa penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang di bawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan ia berpendapat bahwa tidak ada seorang pun yang lebih berat siksaannya daripada itu, padahal itu adalah siksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka.” (Bukhari dan Muslim)

Belum saatnyakah kita menangis di hadapan Allah. Atau jangan-jangan, hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita. Imam Ghazali pernah memberi nasihat:

 

 

P/S : Menangislah! Tiada apa yang dapat menghalang kamu dari menangis. You can cry how much you want. Aman tak kisah anymore!

 

Sumber: iluvislam.com

Allah Maha Kuasa

 

Assalamualaikum...

 

"Hello Man, hang dah baca mastika bulan julai lepas?" Tanya seorang kawan tiba-tiba.

"Tak baca pon. Tak dak masa aku nak baca buku-buku macam tu. Bukan best pon" aku menjawab

"Hang try cari, hang baca artikel pilot peluk Islam selepas bawa jenazah ulama tu. Lepas tu hang cari la sapa ulama tu"

"OK!" jawab aku dengan tidak berapa semangat.

 

Sebenarnya aku malas nak baca buku-buku macam tu. Sebab isi dan isu yang diutarakan kurang menarik minat aku. Tetapi dah kawan suruh baca, tu yang baca juga.

 

mastika 1

 

mastika 2

 

Selepas berfikir sejenak, saya membuat keputusan siapakah ulama yang dimaksudkan kerana dalam mastika itu, tidak dinyatakan siapa nama ulama tersebut. Maybe sebab politik kot. Pada firasat saya ulama yang dimaksudkan ialah Al Marhum Dato’ Hj. Fadhil Mohd Noor.

Sebab apa saya kata demikian?

 

1. Dalam mastika menyebut kejadian itu 6 tahun dahulu.

-Ustaz meninggal pada 23 Jun 2002.

 

2. Dalam itu juga dinyatakan ulama itu meninggal sebab sakit jantung dan meninggal di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

-Ustaz menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung di Hospital Kuala Terengganu mula-mula. Selepas itu dibawa ke HUKM.

 

3. Jenazah ulama itu diterbangkan dari Subang airport ke utara Malaysia.

-Jenazah ustaz diterbangkan oleh TUDM dari Subang Airport ke Penang Airport.

 

4. Jasadnya disemadikan di sebuah madrasah di tempat kelahiran beliau.

-Ustaz Fadhil Noor dikebumikan di Madrasah Darul Ulum di Pokok Sena. Madrasah itu diasaskan oleh ustaz sendiri. Ustaz juga ada menyuarakan agar jenazahnya disemadikan di madrasah itu. Ustaz juga dilahirkan di Alor Setar, Kedah

 

Fadzilmohdnoor

Al Marhum Dato’ Hj. Fadhil Mohd Noor

 

"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

 

Rujukan:

Wikipedia - Ustaz Fadhil Mohd Noor

Al Marhum Dato’ Hj. Fadhil Mohd Noor

 

Subhanallah. Amat kagum saya membacanya. Sudah meninggal pun masih mampu berdakwah. Bukan calang-calang orang dapat melakukan sebegitu.

 

Kedatangannya disyukuri, pemergiannya diredhai.

 

Al-Fatihah buat beliau dan sekeluarga.

 

Takbir!

Allahuakbar!

Takbir!

Allahuakbar!

Takbir!

Allahuakbar!

 

 

Wasalam

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

13 Nasihat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak,   kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang  menarik dan boleh  dijadikan  bahan  renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun  wasiat  itu  khusus  kepada  Ali,  namun  kita  sebagai  Muslim  dan   muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan  dan  suruhan  Rasulullah  saw  melalui  wasiat  itu,  adalah  juga  untuk  kaum  Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama  orang beriman.


Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata:  "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
               

1. Wahai Ali, takutilah  engkau   daripada   memasuki   tempat  mandi  (hammam)  tanpa  memakai  kain  separas  pinggang.    Bahawasanya   barang   siapa   memasuki   tempat   mandi  tanpa  kain  separas  pinggang,  maka dia mendapat laknat (mal'un).


2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari  telunjuk  dan  di jari tengah'.  Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
               

3. Wahai Ali, sesungguhnya  Allah mengagumi  hamba-Nya  yang  melafazkan istighfar:  "Rabighfirli fainnahu  la  yaghfirul-zunuba  illa  Anta"   ( Tuhanku,  ampunilah  aku.    Sesungguhnya tiada   yang    mengampunkan   dosa  melainkan  Engkau).   Allah lalu berfirman:  "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada  yang mengampunkan  dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
              

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya  berdusta  itu  menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai  kazzab (pendusta).  Dan,  bahawasanya  benar  itu  memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.   Ketahuilah engkau,  bahawasanya  sidq (benar)  itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
              

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur  dan  menjadi  penghalang  kepadanya di pintu syurga.
               

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar,  kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
               

7. Wahai  Ali,  janganlah  engkau   mencita-citakan  rezeki  untuk  hari  esok.  Bahawasanya   Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
               

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan  berkelahi  dengan  maki-hamun  dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
               

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.   Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa  makanan di celah  gigi  tidak dicolek selepas makan.
               

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul  rasa marah,  duduklah  engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan  kesabaran  Allah Taala ke atas hamba-Nya.   Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
               

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang  telah  engkau  nafkahkan  untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
               

12. Wahai Ali, apa yang engkau  benci pada  diri  engkau,  maka  engkau  bencikan  juga  pada  diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka  engkau  kasihkan juga  pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.   Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
               

13. Wahai Ali, perbaikkanlah  perhubungan  di antara  penduduk (jiran) sekampung  dan  antara  ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka  sekaliannya  dengan rasa  persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
               

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
               

InsyaAllah
               

Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

 

 

P/S: Sekadar untuk di kongsi bersama. Dipetik dari laman web Pejabat Mara Negeri Terengganu under tazkirah. Yang baik di konsi bersama.

Bahasa Lisan

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

 

kerana pulut , santan binasa

kerana mulut , badan binasa

 

Pantun melayu yang sudah lama kita pelajari. Namun adakah ianya hanya sebuah pantun? Ianya bukan sekadar pantun yang bersiul-sul di bibir kanak-kanak sekolah rendah, tetapi nasihat yang disemai semenjak kecil lagi agar ia terkesan ke atas pendengarnya.

 

Lisan atau lidah - anggota terpenting dan salah satu nikmat ALLAH yang wajib disyukuri. Dengan lidah, manusia dapat bertutur dan berhubung sesama manusia, memberi arahan pada haiwan dan menzahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan pada Yang Esa. Namun kadangkala manusia terlupa untuk bersyukur. Malah dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran mulut yang tidak dikawal.

 

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah Syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam Syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik." (Riwayat Abu Daud)

 

Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang. Kerana besarnya bencana berpunca daripada lidah, Rasulullah menganjurkan sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik, lebih baik dia mendiamkan diri. Ikutlah resam ubi. Diam-diam ubi berisi.

 

Baginda bersabda yang bermaksud,

"Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, maka bercakaplah perkara yang baik atau mendiamkan diri." (Riwayat Muslim dan Bukhari)

 

Berdiam diri adalah cara paling mudah menyelamatkan diri daripada fitnah, mengumpat dan meluahkan perkataan yang tidak perlu seperti peringatan Rasulullah yang diriwayatkan Ahmad,

"Sesiapa yang diam, dia akan selamat."

Beruntunglah sesiapa yang mampu menjaga lidahnya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya. Sesiapa yang sentiasa berkata benar dan disenangi orang lain, hidupnya dalam kesejahteraan dan kedamaian.

 

 

 

Wasalam..

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Nilai Sekeping Hati

 

Dengan nama Allah yang Maha Berkuasa..

108366053l[1]

Sejak kebelakangan ini, hati ini bagaikan tidak tenteram. Kerana gelisah dengan perjalanan hidup, sifat amarah dan rasa bersalah. Yang paling ketara, sebab geram dengan rakan-rakan yang tidak putus-putus menguji hati ini. Mereka bagaikan cuba merobohkan benteng kesabaran ini. maybe ini ujian dari Allah ke atas hambaNya.

Ujian Meningkatkan Kematangan

 

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu."  (Riwayat Muslim)

Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada. Bagaimanapun Imam al-Ghazali mengatakan bahawa hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.

 

Katanya, "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat, padahal ALLAH hanya memandang hati mereka seperti firman-Nya dalam surah asy-Syams, ayat 9 hingga 10."

11-11-2008 12-09-26 PM

Hati ibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua kegiatan. Jika hati baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu.

 

Sesungguhnya hati adalah nilaian ALLAH yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan

 

" Ya Allah, hati-hati ini telah berkumpul kerana memikul beban dakwahMu, maka Kau eratkan lah. Kau kurniakanlah Nur ke atas hati-hati kami agar kami bertambah erat rasa sayang dan kasih kepadaMu"

 

wasalam..

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada...."

Ujian Tingkatkan Kematangan

 

Ya Allah Yang Maha Pemurah...

imtihan

 

ENTAH kenapa hari ini saya tergerak hati untuk menulis mengenai peperiksaan. Maybe exam just around the corner. Maybe juga untuk menenangkan hati adik saya Mohd Fahmy Hamzah yang hari ini bermulanya perjuangan dengan bebanan exam SPM or just to make my little sister know that if PMR just finish, she still have other exam will coming!

 

Dengan kondisi sekarang yang semakin tertekan dengan tekanan dan bebanan exam yang datang mengetuk pintu hati kesabaran. Tapi itulah hidup sebagai seorang pelajar. Tidak boleh lari dari menghadapi exam.

 

Tiada manusia yang tidak diuji dengan tekanan. Sama ada di rumah, pejabat atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia.

 

Bagaimanapun Rasulullah memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud,

"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan ALLAH akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut." (Riwayat al-Hakim)

Ingatlah bahawa ujian selalu seiring dengan perjuangan. Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar, istiqamah dan doa. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada ALLAH dan seluruh ajaran-Nya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

 

Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bsikan hawa nafsu yang sentiasa monggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada ALLAH.

 

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan membuatkan melemahkan semangat dan menerbitkan rasa kecewa serta putus asa sedangkan ALLAH berfirman yang bermaksud,

11-11-2008 11-54-09 AM

Yang penting, sering sematkan dalam hati, tanpa masalah atau ujian, tidak akan lahir kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

 

" Ya Allah, Jika kelulusan di dalam peperiksaan ini mendekatkan aku dengan Mu, maka Kau kurniakanlah kelulusan kepadaku, tetapi jika kegagalan lebih mendekatkan aku dengan Mu, Kau berilah petunjuk kepada ku"

 

Wasalam..

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Apa Man Dah Buat?

Dengan nama Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa...


video

Saya tertarik dengan iklan raya petronas tahun ini. Semasa bulan Ramadhan hari tu, saya melihat iklan ini hanyalah sebagai nasihat dalam hiburan semata-mata. Tetapi, semalam apabila melihatnya sekali lagi di page Amal Asrol, baru saya tersedar akan watak pak cik dalam iklan itu. Ayat yang disampaikan amat menyentuh hati saya. Ada kala mesej yang hendak disampaikan bukan terletak pada hero dalam iklan itu. Tetapi mesej yang mendalam dalam watak sampingan.

Ayat pak cik itu yang amat menarik perhatian saya adalah :

"Pak cik tak sampai hati nak tinggal dia seorang raya ni. Kalau mata pak cik tak tengok, telinga pak cik tak dengar, pak cik tak senang hati"

Subhanallah.. Betapa sayangnya pak cik itu pada anaknya sehinggakan dia menggambarkan sayangnya dia pada anaknya dengan menzahirkan kasih sayangnya itu dengan pancainderanya. Mampukah aku menjadi seperti itu?

Bayangkan, sayang seorang bapa kepada anaknya dengan menzahirkan pancainderanya untuk menyayangi anaknya itu. Kenapa kita anak-anak tidak mampu untuk berbuat sebegitu untuk kedua orang tua kita? Adakah hanya dengan doa kita setiap hari sudah memadai untuk menzahirkan rasa kasih sayang kita pada orang tua kita? Adakah hanya dengan menelefon sekali dua sahaja dalam seminggu sudah mengubati rasa rindu seorang ibu pada anaknya? Adakah hanya dengan memasukkan duit ke dalam akaun ibu bapa setiap bulan sudah mampu menggantikan pelukan seorang anak kepada orang tuanya?

Begitu jugalah kasih sayang kita pada yang Maha Esa. Hanya dengan mengucap dua kalimah syahadah sudah menunjukkan kita seorang mukmin?

"Wa pakai ja macam ni bro, tapi dalam hati wa sapa tau? Wa begitu sayang pada Allah dan Islam"

Ya, memang dalam hati manusia kita tidak dapat melihat atau mendengar dengan pancaindera kita. Tetapi adakah mencukupi dengan menunjukkan kita sayang pada Allah hanya dalam hati? Sedangkan kita masih berpakaian ketat, berseluar pendek, tidak memakai tudung dan macam-macam lagi? Sebaliknya sebagai tanda kita mencintai Allah melebihi apa yang ada di bumi dan langit, kita hendaklah menzahirnya dengan pancaindera kita. Kita hendaklah amal makruf nahi mungkar. Itu menunjukkan kita mengikut kehendak Allah. Kalau kita hendak Allah menyayangi kita, kita hendaklah menyayangi Allah terlebih dahulu.

11-3-2008 12-07-05 PM

Bagaimanakah kita hendak menunjukkan kita mengakui kita menyintai dan menyayangi Rasulullah SAW? Hanya dengan berlembut lidah mengakui kita menyintai baginda? Begitu sudah mencukupi? Tetapi apabila Rasulullah SAW dihina oleh puak Denmark, kita hanya mendiamkan diri? At least, sokong usaha kempen memboikot barangan Denmark menunjukkan kita ambil kisah mengenai hal itu. Jangan pula berkata:

"Alah, kalau kita sahaja yang boikot, tak der kesannya, ramai lagi umat lain yang tak boikot pun"

Ini bukan nak sokong, nak kondem lagi ada la. Cuba tiru ayat Jaha dalam filem budak Kelate tu sikit. Ayat masa Bucit nak pi solat tu.

"Kito ni jahak guano pown, jange hale ore nok buat baik"

Jangan pulak tiru ayat Lee lepas tu.

"Tok Amarika guni kawe set sejik"

Betul juga apa yang depa cakapkan. At least kita sokong, jangan tentang.

Bukan dengan menyokong kempen itu sahaja, tapi sunnah yang di tinggalkan oleh Rasulullah tidak dilaksanakan. Macam-macam sunnah yang Rasul kita tinggalkan untuk kita ikutkan. Sampaikan cara membuang air besar juga ada. Takkan hendak ikut satu pun tak boleh? Kalau satu pun tak boleh, macam mana hendak kita mengaku kita ini mencintai Rasulullah SAW? Ini bab kahwin nak ikut. Rasulullah kahwin umur 25tahun, yang itu nak ikut.

"Mat, bila Mat nak kawen ni? Mak tak sabar nak terima menantu ni" kata seorang ibu

"Alah mak, umur 25 ni Mat kawen la, kan sunnah tu" jawab Mat kepada solan ibunya tadi.

"Ooo.. Bab kawen ikut sunnah, tapi solat haram ke idak, koje malas" Balas si ibu tua

Mat pun terdiam dan terkedu!

11-3-2008 12-32-26 PM

So, sama-samalah kita berfikir. Allah menyukai umatNya berfikir.

P/S : Semuanya kebetulan, iklan pun nama Man, rujukan surah Ar-Rahman. Secara tak langsung, kena batang hidung sendiri.

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Menghormati Orang Tua

2774451870_ea35d0b225_b

gambar hiasan : jumpa di internet!

 

Assalamualaikum...

 

Hari ini, tergerak hati saya untuk menulis artikel ini. Sebab apa? Sebab sebentar tadi, saya terkedu apabila menerima panggilan telefon dari ibunda tercinta. Selalunya saya akan menelefon ibu dirumah, tapi hari ini ibu menelefon saya. Saya bagaikan sedikit terkejut. Tidak salah seorang ibu menelefon anaknya, tapi yang membuatkan saya terkejut apabila saya menanyakan kenapa ibu menelefon saya? Selalunya saya akan menelefon ibu. Tahu apa yang keluar dari mulut seorang ibu? Ibu rindukan anaknya, sebab itu ibu menelefon saya. Subhanallah.. Begitu sibuknya saya sehingga jarang menelefon ibu di kampung. Ta ibu, ampunilah anak mu yang jarang-jarang sekali mengirimkan kabar kepada mu. Semoga Allah tidak meletakkan murkaNya ke atas hambaMu ini.

 

Dalam Islam, kita sebagai anak hendaklah menghormati orang yang lebih tua dari kita. Tapi, dengan kedatangan zaman milleneum ini, acap kali kita lihat orang muda sudah tidak menghormati orang tua,

 

Nilai-nilai rohani yang kita amalkan sejak kecil lagi seperti menghormati orang tua, meminta izin untuk melintas lalu, meminta izin untuk pergi ke mana-mana, memulakan menegur sapa orang tua, menjenguk orang tua dan pelbagai lagi. Tapi yang ada menjadi amalan ialah orang tua pula yang menegur sapa, orang tua pula yang menjenguk anak-anak dan jikapun hendak melintas lalu terus saja 'membelah majlis' tanpa meminta sebarang keizinan.

 

Nilai-nilai rohani sedemikian, meskipun kecil tetapi faedahnya adalah amat besar. Dengan berbuat demikian kita sudah melazimkan atau mempraktikkan satu sifat murni yang diadun lagi dengan keramahan, yang mana memang diwarisi bangsa kita orang melayu sejak dari dulu lagi. Bahkan agama Islam sendiri menggalakkan untuk menghormati orang tua sehingga ada hadis yang menyatakan bahawa Syurga di bawah telapak kaki ibu.

 

Kita tidak nafikan bahawa remaja sekarang adalah cukup rajin, inovatif dan kreatif serta bijak dalam menentukan hala tuju penghidupan mereka. Ramai remaja kita yang berjaya dalam pelajaran dan pengajian mereka dan mendapat jawatan yang cukup tinggi dalam kerajaan. Namun ada segelintir yang kurang dalam bidang didikan rohani. Dengan demikian mereka menjadi remaja yang sombong dan tidak menghiraukan lagi orang tua mereka. Sekalipun memberikan mereka perhatian hanya dengan memberikan mereka wang saku pada setiap bulan dan menyediakan prasarana kemudahan untuk mereka.

 

Di sini saya ingin berkongsi sebuah cerita dengan pembaca sekalian. Ada suatu ketika itu, ketika saya sedang menunggu untuk boarding kapal terbang semasa hendak pulang ke Kedah di KLIA, disebelah saya ada seorang mak cik yang selayaknya saya panggil nenek. Sementara menanti, dengan ringan mulutnya, saya bertegur dengan nenek itu. Dari cerita nenek itu, dia ke Kuala Lumpur hendak melihat cucunya yang baru seminggu melihat dunia. Terpampang kegembiraan di muka nenek itu. Nenek itu pun bercerita lagi, masa dia datang Kuala Lumpur 2 minggu lepas, dia naik Air Asia. Nenek itu berasa kecewa dengan perkhidmatan Air Asia. Katanya, Air Asia tidak bagi nenek itu boarding terlebih dahulu, sebab itu dia naik Malaysia Airlines System (MAS). Saya bukan hendak memuji MAS kerana saya bekerja dengan MAS, tetapi saya bercakap dalam konteks menghormati orang tua. Nenek itu juga menambah, biarlah harga mahal, tetapi at least  MAS masih ada harga diri melayu dengan memberikan kemudahan kepada orang tua, orang yang mengandung, orang yang membawa baby dan orang yang kurang upaya menaiki kapal terlebih dahulu.

 

Cuba kita bayangkan, sehinggakan dalam perniagaan, mereka sanggup mengenepikan keperibadian menghormati orang tua. Kalau hendak boarding awal, akan dikenakan charge tambahan. Begitulah orang yang berniaga!

 

Dalam Islam, Allah menyuruh kita menghormati orang tua.

 

RUJUKAN: HAK KEDUA IBU BAPA

 

 

Saya pernah mengemukakan pendapat tentang Air Asia tidak menghormati orang tua, kawan saya kata, "nak buat macam mana, tokey dia tu bukan Islam". Betul juga kan. Tapi selepas saya buat sedikit kajian tentang agama lain, dalam agama lain juga ada menyentuh menghormati orang tua. Contohnya :

1. Orang muda berada dibawah orang yg lebih tua.Anak-anak berada dibawah orang tua mereka.Orang-orang yang berkuasa tidak boleh menyalahgunakan kekuasaannya. Mereka harus dengan setia melaksanakan semua tanggungjawab yg telah Allah berikan.(1 Tim 5:8 )

2. Perintah ini memanggil kita untuk menghormati orang tua kita,termasuk memperlakukan orang-orang yang berada dibawah kita sebagaimana yang Allah kehendaki(Roma 12:10 dan Filip 2:3-4)

 

Jadi, tiada alasan untuk mereka menidakkan hak orang tua dan hak orang yang lebih memerlukan hak itu sendiri.

 

" Ya Allah, Kau ampunilah kedua ibu bapaku, Kau kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani aku sewaktu kecil. Kau tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang Kau redhai. Amin"

 

Wasalam

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."