Masalah Perkahwinan...

 

Teet..Teet..

1 Message Received!

 

"Aman, Z** de 1persoalan nak tanya. Kwn Z** nak kawin. dia ni laki. Dia tny Z** kalu abh pmpn 2 xalim, le ke jd wali?kna ke dia nikah g skali sb dia kurg cnfdnt sah o x?"

 

Macam itu la bunyinya mesej yang baru saya terima sebentar tadi. Agak memeranjatkan, tetapi inilah kehidupan. Adakalanya kita terima sesuatu yang agak memeranjatkan, ada kala kita terima berita yang menggembirakan, sememangnya kita tidak tahu apa yang akan datang. Semua itu ketentuan Allah untuk kita.

 

Agak berat juga hendak jawap persoalan ini. Saya bukanlah ustaz untuk menentukan apa-apa hukum. Tetapi, saya cuba juga menjawab persoalan ini dari apa yang saya tahu.

 

Di sini saya tidak mahu terangkan lagi rukun nikah. Itu sudah jelas dan terang. Yang hendak dititik beratkan syarat untuk menjadi wali. Dalam perkahwinan, ada 2 golongan wali. Wali akrab (dekat) atau wali ab'ad (jauh). Dalam persoalan ini, wali akrab tidak alim. Saya tanya balik, apa yang dia maksudkan dengan tidak alim tu? Sejauh mana yang dimaksudkan dengan tidak alim tu.

 

Syarat-syarat menjadi wali adalah seperti berikut:

1. Islam. Jika perempuan yang akan berkahwin itu Islam sedangkan walinya kafir, maka tidak sah bagi wali itu mewalikan perempuan tersebut

2. Berakal. Tidak sah wali itu dari orang yang tidak sempurna aqalnya , seperti gila yang terus menerus , kerana ia tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, tetapi jika gilanyatidak berterusan atau datang hanya sementara sahaja, maka semasa ia siuman , ia termasuk ke dalam golongan yang sempurna aqalnya.

3. Baligh. Iaitu mereka yang cukup umur lima belas tahun ke atas , maka tidaklah sah kanak-kanak menajdi wali meskipun ia telah mumayiz.

4. Merdeka. Hamba tidak sah menjadi wali.

5. lelaki. Tidak sah perempuan menjadi wali.

6. Tidak dalam ihram haji atau umrah

7. Tidak cedera fikiran. Tidak sah orang yang telah cedera fikirannya menjadi wali seperti orang tua yang telah nyanyuk.

8. Tidak safih. Tidak sah orang yang safih menjadi wali iaitu orang yang ditahan hartanya disebabkan terlampau boros atau bodoh.

9. Adil. Tidak sah orang fasik menajdi wali. Seseorang dikatakan fasik apabila ia melakukan dosa besar. Jika ia bertaubat dengan dosa-dosa itu, maka bolehlah dia menjadi wali.

 

"org2 y fasik ni cmne?klu isteri xpki tudung, anak2 xsolat dll..dia dikira fasik x?sdgkn yg lain2 dia buat"

Subhanallah. Jangan kata macam itu. Jika kita pandang seperti ini sudah sebagai fasik, habis tu, kita nak kata Nabi Nuh AS.itu fasik ka? Sebab isteri dan anak-anak Nabi Nuh AS tidak ikut ajaran yang dibawakan oleh Nabi Nuh AS. Dalam bab ini, jika dia sudah menegur tetapi isteri dan anak-anak dia masih melakukan dosa. Ini dikira macam mana? Kita berusaha, bab hidayah itu hanyalah urusan Allah.

 

Selepas Aman rujuk pada pakar, yang didefinasikan sebagai fasik tu adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar seperti:

-membunuh

- berzina

- minum arak

- merampas harta

- meninggalkan solat fardhu dengan sengaja

- mencuri

- menderhaka kepada ibu bapa

- atau melakukan dosa kecil secara berterusan

- atau seumpamanya yang mana ketaatan kepada Allah kurang dari maksiatnya

 

"abis tu, apa patut depa buat?"

Yang ni yang Aman susah sikit nak jawab. Sebaiknya suruh mereka rujuk ustaz yang lebih arif dalam bidang ini. Kalau tak pun, pergi tanya dekat pejabat agama negeri. Aman tidak berani nak kata apa sebab Aman tidak tahu situasi ini sejelasnya. Aman tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan tidak alim si bapa itu.

 

Aman minta maaf kerana tidak dapat membantu. Aman cuma nyatakan apa yang Aman tahu sahaja.

 

Wasalam.

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

0 teguran dan kutukan: