La Tahzan , My Friend!

" Once upon a time Martians and Venusians met, fell in love, and happy relationships together because they respected and accepted their differences. Then they came to Earthh and amnesia set in : they forgot they were from different planets."

- Men are from Mars, Women are from Venus, John Gray -

 

Bismillah.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah...

 

Allah menjadikan wanita dan lelaki itu berbeza. Berbeza dari segi fizikal, pemikiran dan nalurinya. Banyak perkara yang Allah jadikan perbezaan antara wanita dan lelaki.

 

" Lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu, perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal " Ujar seorang kawan disuatu hari.

"Sebab tu lah lelaki pandai kelentong dan perempuan pandai kena kelentong" Tambah seorang lagi rakan disusuli gelak tawa.

 

Entahlah!

 

FIZIKAL, RASIONAL, EMOSIONAL


Jika difikirkan beban mengandung, bukankah lebih wajar Allah Subhanahu wa Ta’aala jadikan para suami yang mengandung. Mereka ada kekuatan fizikal. Mahu mengangkat tong gas di atas bahu kanan dan kiri pun tidak punya masalah. Sepatutnya kekuatan fizikal itu digunakan untuk memikul tugas yang berat ini… hamil dan seterusnya melahirkan anak.


Tetapi saya terkenang kepada kata-kata Imam al-Ghazzali, bahawa “lelaki diciptakan Allah 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah 1 rasional 9 emosi”.


Ya, kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ!


Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.


Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih sayang’.


Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.


Aduhai anak-anak, sesungguhnya engkau tidak lahir ke dunia ini, melainkan engkau pernah dipeluk kasih dan sayang seorang ‘ibu yang rahim’ di ALAM RAHIM.

 

Petikan dari : Saifulislam.com

 

PERBEZAAN ADALAH LUMRAH

 

Seperti kita sedia maklum, lelaki mempunyai 9 akal dan 1 emosi, dan wanita 9 emosi dan 1 akal. Memang perbezaan itu mestilah wujud antara kedua-duanya.

aman1

 

Jika lelaki dan wanita itu disatukan atas tiket perkahwinan, maka, setiap personaliti dan keperibadian kedua-duanya disatukan. Dari gambarajah di atas, jika disatukankan, hanya terdapat 20 peratus sahaja di mana seorang lelaki dan perempuan mencapai kesepakatan persamaan. Selebihnya, lagi 80 peratus tidak sama. Sedarkah kita?

 

 

 

TITIK PERSAMAAN MENCAPAI KESERASIAN

 

12-25-2009 5-22-18 PM

Maksudnya :

Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) Karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. - surah an-Nisaa' : ayat 19 -

 

Bagaimana pula jika berhadapan dengan perbezaan yang besar? Perbezaan itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran daripada kedua-dua pihak untuk menyesuaikan diri. Contohnya perbezaan dari segi budaya, cara hidup, norma dan etika, pendidikan dan sebagainya.

 

" Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah diibarat seperti kepala kepada suatu tubuh. Jika kepalanya hilang, maka keseluruhan tubuh akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak" - Khalifah Ali -

 

Pasangan suami isteri perlulah menghargai perbezaan yang wujud antara pasangan. Perbezaan bukanlah alasan untuk kita bertelingkah dan menilai siapakah yang betul dan siapakah yang salah. Perbezaanlah yang memberi identiti kepada diri dan mencipta keunikan masing-masing. Jika wujud persamaan, itu adalah bonus untuk mengukuhkan lagi perhubungan suami isteri. Cubalah cari persamaan dan pupuklah keserasian bersama. Janganlah cuba mengubah pasangan kita supaya menjadi seperti yang kita kehendaki.

 

 

 

Wallahualam.

 

P/S : Buatmu sahabat. La tahzan!

iLuvislam.com Melebarkan Sayapnya

Keupayaan berdakwah secara maya masih terhad
Oleh Najahudin Lateh

Fobia kepada teknologi, kurang tenaga jejas usaha penyampaian ilmu Islam dalam internet


DAKWAH adalah usaha menyampai, mengajak atau menyeru manusia mengenali, menerima dan menghayati Islam yang dilaksanakan melalui kaedah, teknik dan pendekatan tertentu. Galakan untuk berdakwah terbuka kepada seluruh umat Islam.

Begitu juga Islam sebagai agama yang fleksibel tidak mengehadkan pendakwah untuk menggunakan kaedah tertentu dalam proses dakwah. Malah, mereka digalakkan menggunakan medium terbaik sesuai pada sesuatu zaman dan tempat.


Dakwah talian terus online adalah kaedah dakwah secara tidak langsung, iaitu pendakwah tidak bertemu secara fizikal dengan mad'u. Dakwah ini biasanya berlaku melalui internet ataupun komunikasi lain seperti telefon bimbit. Dakwah kaedah ini tidak mensyaratkan seorang pendakwah itu mahir dalam komunikasi atau mempunyai ilmu Islam banyak. Malah, sesiapa saja boleh menjadi pendakwah. Yang penting dalam dakwah online adalah bahan dakwah bukannya siapa yang menyiarkannya.


Walaupun begitu, dakwah maya sebegini juga mempunyai pelbagai cabaran dan hambatan tertentu. Kita perlu mengakui internet sebagai lebuh raya maklumat berakar umbi di dunia Barat. Ia tidak terlepas daripada nilai, falsafah dan gaya hidup mereka di sana. Justeru, proses penyaringan input yang diperoleh perlu dibuat sebelum penyebarannya kepada umum. Kadang-kadang maklumat dan bahan yang terdapat dalam internet sebenarnya dihasilkan oleh orientalis, pengembang agama dan musuh Islam untuk mengelirukan dan memecahbelahkan umat. Kaedah asas dengan merujuk sumber primer dan sekunder seperti al-Quran, hadis dan karya ulama perlu dilakukan.

Ini belum dikira hambatan luaran seperti kemunculan pelbagai fikrah, ideologi, dakyah palsu, sebaran fitnah, gambar atau video pornografi di alam maya.


Dari aspek pendakwah, sebenarnya ramai yang masih takut dan fobia kepada teknologi. Kekurangan tenaga ini sedikit sebanyak menjejaskan usaha penyampaian ilmu Islam di internet yang secara realitinya masih dikuasai dengan bahan yang tidak bermanfaat. Ini ditambah dengan kurangnya pendakwah yang boleh menguasai bahasa Inggeris menyebabkan dakwah kita terpinggir dan masih di kandang sesama kita. Lebih malang, anggapan bahawa dakwah kerja eksklusif ustaz serta ulama saja dan bukannya setiap individu Muslim masih wujud di sanubari umat Islam.


Ada pelbagai aplikasi boleh digunakan dalam dakwah online melalui internet. Antara yang popular adalah melalui e-mel (seperti Yahoo! Mail dan Gmail), laman sembang (seperti Yahoo! Messenger, ICQ dan Skype), diskusi kumpulan (seperti Yahoogroups dan Googlegroups) dan laman web. Selain itu, bahan ceramah, kuliah atau simulasi Islam boleh dikongsi dan disalurkan ke seluruh dunia secara audio atau video. Webtv sebagai contohnya begitu popular di kalangan remaja sekarang. Laman webtv seperti youtube.com, metacafe.com dan video.google.com sangat mudah digunakan dan yang penting ia boleh digunakan percuma.


Ada pelbagai bentuk laman web dakwah dalam internet. Ada berbentuk web portal dan forum perbincangan Islam, namun kebanyakannya dalam bentuk weblog. Di Malaysia, laman web dakwah agak berkurangan, terutama yang mengandungi kandungan isinya dalam Bahasa Inggeris. Secara umum, laman web dakwah di Malaysia biasanya diuruskan individu dan berbentuk weblog. Namun, kebanyakan weblog itu dibina di atas tapak web secara percuma seperti blogger.com (blogspot) dan wordpress.com. Hanya sedikit saja menggunakan tapak berbayar.


Realitinya, hasil penelitian melalui laman alexa.com menunjukkan tiada satu pun laman web berbentuk dakwah atau elemen Islam yang tersenarai dalam 100 laman web popular di Malaysia. Hanya lima laman web disenaraikan paling popular di Malaysia ialah iluvislam.com (kedudukan 373 di Malaysia), islam.gov.my (1,270), zaharuddin.net (1,254), saifulislam.com (1,386) dan halaqah.net (2,706). Malah, laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seharusnya dipuji kerana ia satu-satunya laman web di Malaysia, malah di dunia yang beroperasi dalam empat bahasa, iaitu Melayu, Inggeris, Arab dan Cina.


Hakikatnya, dakwah melalui internet dan secara online mempunyai potensi yang besar. Namun, keupayaan umat Islam di negara ini untuk memaksimumkan penggunaan medium ini masih kurang. Seharusnya mulai sekarang semua pendakwah Islam mempunyai laman web atau weblog sendiri yang beroperasi secara aktif, menarik dan mudah diakses. Institusi dakwah Islam juga mesti sentiasa kemas kini dengan maklumat dan interaksi kepada isu Islam semasa. Jika ini dibuat, nescaya aktiviti dakwah semakin maju dan meluas ke seluruh dunia.

01


(Click the image for better view)

( Statistik pada 23 Dec 2009, ia mungkin berubah setiap hari)

INTI PATI


# Islam tidak mengehadkan pendakwah untuk menggunakan kaedah tertentu dalam proses dakwah. Malah, mereka digalakkan menggunakan medium terbaik sesuai pada sesuatu zaman dan tempat.


# Dakwah melalui internet dan secara online mempunyai potensi yang besar, namun kekurangan tenaga ini sedikit sebanyak menjejaskan usaha penyampaian ilmu Islam di internet.


Penulis ialah pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan boleh dihubungi e-mel, najahudin@salam.uitm.edu.my

Sumber : Berita Harian (23-11-2009)

Terima Kasih buat semua pengunjung iLuvislam.Com

Jangan Meremehkan Sesuatu

Assalamualaikum..

 

Sekadar renungan kita di tahun baru ini. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Bersama-samalah berhijrah ke arah kesejahteraan. Salam Maal Hijrah 1431.

 

Jangan Remehkan

Ada satu bahagian tu yang betul-betul menyentuh hati saya. Di riwayatkan begini. Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat.Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepada nya. Sebagaimana yang kita tahu nabi Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati.

 

Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah sambil menadahkan tangannya kelangit supaya menghidupkan lelaki tersebut.Doanya dimakbul oleh Allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit menjerit meminta tolong.

 

Melihat akan keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu menjawab bahawa dia tidak meninggalkan sembahyang ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.lelaki itu menjawab : saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah... . maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa ?


Maka bercerita lah lelaki itu: Saya berkerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya untuk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya.

 

Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok- elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu.. Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan saya berhenti untuk makan, setelah selesai saya meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dengan lidah tetapi tak berjaya, kemudian dicubanya dengan menggunakan kuku tetapi tak berjaya juga.

 

Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu untuk dibuat mencungkil gigi. Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya.Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu, saya pun menyerah kan kayu api itu dan terus pulang.

 

Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini...

 

Astaghfirullah al azim, eloklah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini. Adakah kita pernah mengambil barang barang daripada office/sekolah samaada daripada sekecil kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik kerumah untuk di gunakan sendiri. Dan juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak di kembali kan ? Sekecil kecil barang seperti tupperware, cd,dvd dan sebagainya... .? Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar... Azab neraka itu adalah benar... Dan syurga itu adalah benar... wassalam...

Mengingati Sejarah

untitled

The memorial site is situated at Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Malaysia. It is known as Tanjung Kupang Memorial.

For the benefit of those who may not know - on 4 December 1977 (32 years ago), flight MH653 went down in Tanjung Kupang, Johor.

On this tragic day, we lost all 93 passengers and 7 flight crew.

untitled2

THE HISTORY

Malaysia Airlines Flight 653 (MH653), a Boeing 737-2H6 aircraft registered as 9M-MBD (delivered September 1972 as 9M-AQO), crashed at Tanjung Kupang, Johor, in Malaysia on the evening of 4 December 1977.

It was the first and deadliest fatal accident for Malaysia Airlines, with all 93 passengers and 7 crew killed instantly.

The flight was apparently hijacked as soon as it reached cruise altitude. The circumstances in which the hijacking and subsequent crash occurred remain unsolved.

untitled 3


Flight Number MH653

Currently, Malaysia Airlines uses flight 653 as a flight from Penang to Singapore which operates daily, departs 13:15 and arrives at 14:35. The opposite is flight 652 as a flight from Singapore to Penang which operates daily, departs 11:05 and arrives at 12:25.


Flight MH653 departed Penang's Runway 22 at exactly 1921 hours for Kuala Lumpur's Subang Airport (now known as Sultan Abdul Aziz Shah Airport). Passengers included the Malaysian Agricultural Minister, Dato' Ali Haji Ahmad, Public Works Department Head, Dato' Mahfuz Khalid, and Cuban Ambassador to Japan, Mario Garcia. The pilot in command was Captain G.K. Ganjoor.


Sequence of Events

At approximately 1954 hours, while at an altitude of 4,000 feet over Batu Arang and descending toward Subang's Runway 33, captain G.K. Ganjoor reported an "unidentified hijacker" onboard to Subang Tower. The tower immediately notified the authorities, who made emergency preparations at the airport.


A few minutes later, however, Captain Ganjoor radioed: "We're now proceeding to Singapore...". Flight MH653 never touched down at Singapore.


At 2015 hours, all communication with flight MH653 was lost.


At 2036 hours, the residents of Kampong Ladang, Tanjong Kupang in Johor reported hearing explosions and seeing burning wreckage in a swamp. The wreckage was later identified as Flight MH653. The plane hit the ground at a near-vertical angle at a very high speed. There were no survivors and not one recognizable body was found.

untitled 4


Aftermath

The aircraft cockpit voice recorder was recovered and the following was established:
After seizing control, at a point shortly before the crash, the offender locked himself in the cockpit with the two pilots. From the conversation, it appeared that all tension was gone, the hijacker talking amiably to the pilots. Suddenly, two gunshots occurred in rapid succession, followed a short time later by a third and final shot.


At this stage, the aircraft was on autopilot in a stable flight altitude. Noises suggestive of the cockpit door being broken into are heard, along with screaming and cursing.No noises are heard from within the cockpit to indicate any of the three occupants were conscious.


The autopilot disconnected, possibly due to a pitch input by someone entering the cockpit and trying to control the aircraft without knowing how to do it properly. An investigator speculated that someone pulled back on the column, causing a pitch up, done in such a fashion that positive feedback occurred; e.g., reaching over a pilot unsupported and falling back as the plane pitched up; i.e., a pilot-induced oscillation. This rapidly developed into a high amplitude phugoid oscillation, resulting in the near-vertical impact into the swamp.


The hijacker spoke with a Japanese accent. It has been claimed that the Japanese Red Army was responsible for the hijacking.


All recovered remains were x-rayed in an attempt to discover evidence of a projectile or weapon. No weapon or bullet was ever found. The remains of the victims were interred in a mass burial.

untitled5

Source : MAS Engineering & Maintenance Portal

Aku Dah Tunang!

Assalamualaikum...

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

 

 

Kalau meneliti hadis di atas, pasti akan kedengaran suara-suara berbisik di balik tiang,

 

" Benda baik, buat apa nak sembunyi? "

" Kan better kita hebahkan, baru laa orang lain tak 'masuk line' dah pasangan tu..."

 

Betul tak?

 

 

Hadis VS Pemikiran

 

Islam tidak pernah melarang umatnya berfikir. Sebaliknya lebih menggalakkan umatnya berfikiran secara terbuka. Setiap yang tertulis, pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Mengetahui. Hanya kita sahaja terbatas pemikiran kita. Tapi masih ada hati untuk menyoal?

 

Kenapa Islam suruh merahsiakan pertunangan? Tunang itu, bukanlah satu tiket untuk sebarang komitmen apa-apa lagi. Sebetulnya, pertunangan itu hanyalah untuk sesi berkenalan bagi pasangan 'bakal' pengantin. Bukanlah HALAL lagi untuk pasangan itu melakukan sesuka hati mereka atas tiket " Kami sudah bertunang " !!

 

Cuba kita tengok akan keadaan orang bertunang, jika mereka hendak keluar membeli perkakas perkahwinan, si 'bakal' pengantin wanita masih perlulah diiringi penjaganya. Dalam suasana sebegitu, kan terjaga ikatan yang bakal diikatkan. Dalam pada masa yang sama, disitu juga terlihat berkenalan dengan 'penjaga' bakal pengantin perempuan itu. Married is not about 2 persons only! Ia melibatkan orang sekeliling sama, maka berkenalanlah dengan bakal pak mertua or bakal abang ipar sama!

 

 

Pertunangan Bagaikan Lesen Besaq

 

Jika kita lihat zaman sekarang, jangan katakan sudah bertunang, dalam proses 'gelipren' dan 'boyapren' pun sudah diheboh-hebohkan. tengok sajalah dalam friendster, dalam facebook, dalam blog dan dalam macam-macam lagi alam maya ini, dengan bangganya menayangkan gambar-gambar boyapren dan gelipren pada semua orang. Dengan perasaan bangga pulak tu!

 

Bayangkan, ambil gambar dengan gelipren berlaga pipi, lepas tu pamer dekat facebook. Bangga dia ada gelipren. Orang macam ini, mahu diklasifikasikan sebagai orang jenis apa? Melakukan dosa, dan BERBANGGA dengan dosa dilakukan dengan mempamerkan pada dunia! (Semoga Allah memberikan hidayah pada mereka)

 

Keluar dengan kawan-kawan, bawa bersama boyapren ikut skali. Siap kenalkan pada semua kawan-kawan dia. Yang segak bergaya dengan body katang-katang ni laa boyapren dia! Lepas tu, kawan-kawan pun mangkuk sekaki. Dah nampak maksiat depan mata, bukan nak cegah dengan perbuatan atau pertuturan. Siap boleh tak der rasa apa-apa. Selemah-lemah iman, membenci perbuatan maksiat itu dengan hati sambil berdoa kepada Allah. Itu untuk selemah-lemah iman. Habis tu, dah tak der rasa apa-apa, TAK DAK iman dah laa kawan-kawan dia tu?

 

Tu baru bercakap pasal boyapren dan gelipren!

 

Dulu aman masa tak der lesen motor lagi, bawa motor pi sampai Alor Setar dari Bukit Kayu Hitam ikut jalan dalam. Ikut kampung-kampung orang. masih takut-takut lagi nak masuk jalan besar. Bila dapat jaa lesen, kalau boleh nak saja pi cari polis-polis trafik atau JPJ. Nak lalu depan! Nak tunjuk aman dah ada lesen.....

 

Macam tu laa orang yang sudah bertunang pada zaman sekarang. Dulu masa title pakwe makwe , nak bawa anak dara orang takut-takut lagi. Tak berani nak pi amik kat rumah. Tunggu dekat hujung jalan kampung saja. Balik pun tak sampai laa lepas maghrib. Tapi, bila sudah bertunang ja, selumber badak ja pi rumah anak dara aka tunang dia tu. Cakap dekat bakal pak mertua nak bawa keluar anak dara dia sat. Alasan nak pi cari barang hantaran. Balik slumber jaa dekat pukul 12 malam baru balik.

 

Yang mak ngan ayah si perempuan tu pun satu, moden laa sangat.

 

Adakah betul tindakan itu?

 

" Jangan biarkan dosa semalam penyebab kemusnahan rumah tangga yang dibina"

 

Tak tau la aman nak cakap apa lagi. Kalau nak cakap hukum, rasanya ramai sudah tau. Tapi, pasai apa masih berlaku juga suasana macam ni dalam kehidupan sekeliling kita?

 

Tepuk dada, tanya iman.Opss...tadi kat atas tu kata TAK DAK IMAN, macam mana nak tanya? Jangan tanya aman, aman pun tak tahu nak jawab macam mana lagi~

 

 

p/s : Sekadar meluahkan apa yang terbuku dalam hati.Selamat pengantin baru buat rakan-rakan yang baru melangsungkan perkahwinan!

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Membaca dan Menang

Bismillah. Dengan nama Allah.....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kali ini, aman hendak memperkenalkan sebuah peraduan "Saya Mahu Hadiah PTS : Membaca & Menang". Peraduan anjuran publisher PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Peraduan ini mudah sahaja, kita beli buku keluaran PTS dah boleh masuk peraduan ini. Kalau nasib kita baik, berpeluang memiliki mini library dalam rumah bernilai RM10,000. Banyak tu. Kalau tak menang sekali pun, kita tetap dapat ilmu dari pembacaan kita tu kan? Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air! Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung kita? Hanya Allah yang tahu!

Peraduan ini terbuka untuk semua bermula hari ini 21 November 2009 sehingga 3 Januari 2010. Sepanjang musim cuti sekolah ini. Kepada ibubapa, elok juga diisi masa cuti anak-anak dengan membudayakan membaca dalam diri kanak-kanak. Untung badan, dapat juga TV LG plasma 42". hehe....

Jom kita tengok senarai hadiahnya. Layanzzzzz......

Hadiah Utama

PTS 1

21 November 2009 - 29 November 2009

( Minggu Pertama )

PTS 2

30 November 2009 - 6 Disember 2009

( Minggu Kedua )

PTS 3

7 Disember 2009 - 13 Disember 2009

( Minggu Ketiga )

PTS 4

14 Disember 2009 - 20 Disember 2009

( Minggu Keempat )

PTS 5

21 Disember 2009 - 27 Disember 2009

( Minggu Kelima )

PTS 6

28 Disember 2009 - 3 Januari 2010

( Minggu Keenam )

PTS 7

Hadiah Special untuk penyertaan sekolah paling banyak

PTS special

Lumayan kan? Tunggu apa lagi? Untuk keterangan lanjut,

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang!

Pengenalan Akhbar iLuvislam

Alhamdulillah, akhbar mingguan iLuvislam (edisi pengenalan) telah pun siap dicetak. Akhbar setebal 40 muka surat dengan kertas berkualiti dan berwarna-warni, memaparkan isu kontemporari Islamik, dalam negara, luar negara dan pelbagai lagi kisah yang umat Islam dan bukan Islam. Ia sepatutnya dijadikan koleksi mingguan kita semua dalam usaha mencari cinta; cinta yang sempurna.

InsyaAllah ia boleh didapati di pasaran bermula esok pagi dan akan sepenuhnya berada di pasaran pada hari Isnin. Menurut sumber, di mana ada jual akhbar Sinar Harian, di situ juga ada jual akhbar iLuvislam.

Mengikut perancangan pihak pengurusan, insyaAllah akhbar ini akan dirasmikan pada 19 Disember 2009. Team event iLuvislam.com Malaysia bersama-sama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB) akan menganjurkan sebuah aktiviti istimewa sempena majlis pelancaran tersebut.

Edisi pertama (01) akhbar majalah ini akan bermula pada 1 Januari 2010, setiap hari Jumaat, dijual dengan harga RM2.00.

Dikesempatan ini, saya mewakili pihak pengurusan iLuvislam.com dan krew-krew iLuvislam.com, ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada CEO/Group Managing Director KKSB, Dato' Hussamuddin Yaacub, pihak pengurusan KKSB terutamanya Kak Fir (Penerbit Eksekutif), Abang Nong (Pengurus Perancangan Korporat), Abang Afif (Pengurus New Media), Abang RJ (Pengurus Pemasaran Jenama), Kak Salina (Managing Editor), Kak Fouziah (editor akhbar iLuvislam) dan semua individu yang terlibat dalam menjayakan penerbitan akhbar ini.

Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menukarkan suatu mimpi menjadi realiti.

InsyaAllah, kita sama-sama doakan agar usaha sederhana dalam merancakkan lagi media islamik di Malaysia, akan diberkati oleh Allah SWT.

Syurga Firdaus bukan mudah untuk dimasuki. Namun, itulah visi jangka panjang kami dan kita semua sepatutnya. Mari kita sama-sama muhasabah, apakah usaha dan komitmen yang kita lakukan untuk mencapainya.

Jangan berlengah lagi, pastikan akhbar iLuvislam menjadi pilihan mingguan anda. Dapatkan edisi pengenalannya di pasaran dengan hanya RM 1! Pelaburan anda pasti berbaloi!





Sumber : iLuvislam.com

Keranamu Memali

Kempen seruan mengibarkan 'jalur Memali' (dibawah) selama 3 hari mulai hari ini di blog. Berikan sokongan anda menentang kezaliman penguasa. Alfatihah untuk semua syuhada !

Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara.

[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]
____

Hari itu Selasa malang,
hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.
setelah malap cahaya lokap,
panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan, enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.

sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba, tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah

iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah, tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.

Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional, Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - ISA.

ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act.

Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim, Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat,

Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,

Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh memaksa
rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .

ISA gari yang merantai kejujuran,
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan

Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka
dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA
paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan
adalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang
syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara

akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa

Mereka telah membunuh:

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Sumber : albanjari

Siapakah?

 

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

 

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

 

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

 

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

 

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

 

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

 

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Ke Mana Arah Malaysia?

 

Jom kita tengok komen Top Gear mengenai kereta buatan proton SAGA suatu masa dahulu.

 

 

Bagus kan  kereta buatan Malaysia. Kira ok la tu, our first model. Not too bad. Jangan expect too high on our first model.

 

Cuba lihat pulak kereta buatan proton juga yang dikomen dalam Top Gear juga.

 

 

See.

How they said about new proton?

Itu baru Satri Neo.

How about this plak?

 

 

Daripada dokumentari atas ni, buat aman terfikir plak. Kemana arah tuju pembuatan kereta di Malaysia? Dari teruk ke bagus atau dari teruk ke makin teruk?

Mana kita punya wawasan?

Ke kita sedang undur ke belakang ke pasal pembuatan kereta?

Apa guna kita beli company LOTUS kalau kereta kita makin teruk macam ni?

Apa guna kita beli company tu kalau masih nak pakai teknologi Jepun?

We will see in next coming proton car. InsyAllah 2011 rasanya!

 

Lu pikir la sendiri~

Goodbye World of No Where?

Assalamualaikum....

Should i delete my friendster account?

Should i delete my facebook account?

Should i delete my twitter account?

Should i delete my yahoo messenger?
(oh ya, deleting YM mean deleting my email too!)

Should i change my phone number too?

Should i leave this world? world of no where?
Dunia untuk orang-orang moden sahaja!
Dunia internet yang tanpa sempadan!!


Last but not lease, SHOULD I DELETE THIS BLOG ALSO?

Petua Untuk Dikongsi



Click the picture for better view!



Anda berani, anda cubalah! Kita lihat sejauh mana kebenarannya!

Ikan tidak berlidah

Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahannam".


Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita". Apabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: " Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, Sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. "

Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah? " Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. Maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.


Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.


Oleh itu, marilah Kita "jaga" lidah Kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik dan benar, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.

reminder to all drivers

Assalamualaikum...

tengah2 tgk movies iklan kat youtube..
tiba2 terperasan satu video ni...
menarik sgt utk di kongsi bersama...
boleh juga dijadikan nasihat buat kita semua....


layanzzzz...



5 Pesanan

LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI

"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :


1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.


2) Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.


3) Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.


4) Persiapkanlah bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.


5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."

 

Debu-debu berterbangan

ADAKAH rahsia yang tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala? Menyembunyikan amal kebaikan dari pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya manusia memang suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada pandangan manusia.

Bersyukurlah kerana Allah SWT menghijab segala aib kita daripada mata manusia. Apakah rahsia yang anda sembunyikan itu? Jika ia suatu kejahatan, maka banyakkanlah istighfar, kalau rahsia itu adalah amal ibadat yang ikhlas, maka bersyukurlah kerana Allah SWT menunjukkan diri anda.

Al-Shaikh Muhammad Salih Al-Munajjid menukilkan dalam kitabnya Silsilah A’mal al-Qulub: "Imam al-Mawardi menghasilkan penulisan yang banyak dalam bidang tafsir al-Quran, fiqah dan cabang ilmu lainnya. Namun tiada satu pun karyanya yang diterbitkan semasa hidupnya, melainkan ketika saat akhir hayatnya. Beliau berkata kepada sahabatnya "Semua buku itu adalah hasil karyaku, aku berwasiat kepadamu jika aku sedang menghadapi nazak, letakkanlah telapak tanganmu pada telapak tanganku. Jika aku menggenggamnya ketahuilah bahawa tidak ada satu pun daripada hasil tulisanku itu diterima oleh Allah Taala. Bawalah buku-buku itu ke sungai Tigris dan campakkanlah ia semua ke dalamnya. Sebaliknya, jika aku membuka tanganku, maka ketahuilah bahawa semuanya diterima Allah Taala sebagaimana yang kudambakan dari-Nya." Ternyata Imam al-Mawardi membuka tangannya dan sesuai dengan wasiatnya, buku beliau telah diterbitkan.

Cukuplah hanya Allah SWT yang tahu segala amal baik yang dilakukan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh menghebahkan amal berkenaan. Ia tidak salah jika diniatkan untuk memberi teladan kepada orang lain dan supaya syiar Islam dapat dijadikan contoh manusia seluruhnya. Tetapi bagaimana dengan risiko sifat riak yang merosakkan amal?

Jika kita tidak mahu terjebak oleh penyakit berbahaya ini, sebaiknya kembalilah mengulang kaji pelajaran ikhlas yang pernah membuat Saidina Abu Hurairah RA amat tertekan ketika menyebut tentang hadis Rasulullah SAW berikut ini. Dikatakan bahawa beliau kerap menangis kerana takut ketika membacakannya.

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya "Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab "Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu." Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya "Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata "Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman "Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu." Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya "Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab "Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana . Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telah pun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka." Hadis riwayat Imam Muslim


Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala :

10-8-2009 9-23-16 PM

"Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan. " (Surah Al-Furqan: Ayat 23).


Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan "Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah."

Bersangka Baik

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Fikir Risau Manusia

Perbualan ringkas:


Abg Aris : Hang beruntung aman, muda-muda lagi Allah dah bagi hidayah. Dah mula datang surau. Aku dulu baya-baya hang, jahil gila-gila..macam-macam aku buat.

Aman : Abg kata macam tu, saya tengok abg lain pulak saya fikir. Beruntung abang. Even dah berumur macam ni pun, still dapat hidayah untuk datang ke surau hari-hari. Saya bila berumur macam abg, belum tentu dapat mai surau ke belum lagi.

Begitulah manusia.

Yang tua memandang hari mudanya, yang muda memandang hari tuanya.
Janganlah kita merasa kecukupan dalam beribadah. Sebaliknya, melipat gandakan amalan dan beristiqomahlah dalam beribadat.

Semoga Allah memelihara kita dalam iman.

"Ya Allah, jangan Kau sesatkan kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami"

Aidilfitri buat Semua

Selamat hari raya aidilfitri
buat semua kenalan sekalian...
maaf zahir dan batin...
atas segala keterlanjuran yang terjadi...





~ aman shah ~
"...man jadda wa jada..."
40150 Shah Alam, Selangor




Selamat hari Lahir




Selamat hari lahir yang ke 50 buat ibunda tercinta, Nor Basharoh binti Ishak...


Doakan anakanda selamat pulang di hari lebaran ini...

Doakan juga anakanda yang akan menduduki peperiksaan esok hari~~

Facebook: Antara Pro dan Kontra


facebook_1

Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.

You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.

Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.

Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.

Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.

Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.

PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK

Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.

Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.

Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ’sekepala’ dan ’seusia’ bertambah dari semasa ke semasa melalui Facebook dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia.

Keadaan ini sedikit demi sedikit berubah apabila semakin ramai pengguna internet Malaysia menyertai Facebook.

Saya tidak pasti apakah yang patut ditunding kesalahan. Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.

Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila kita memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringan kita. Apabila beberapa ratus daripada 5000 itu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup untuk merosakkan fungsi asal Facebook yang menjadi asas tujuan kita memilih jaringan sosial ini.

BOLEH MENJADI HARAM

Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.

Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

23_1-3“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]

Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.

Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.

EMAIL

Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.

Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ akan masuk terus ke akaun Gmail saya.

Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta, penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah kita memiliki tabiat mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah tujuan ia dilakukan.

Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari.

Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar 20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada anda)?

Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.

Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan daripada senarai penerima forwarded article beliau.

Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai kebaikan’, ’sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas email dibaca, terus ditekan butangForward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.

Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan (filter) bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah (bin).

Sehingga kini ada lebih 20 filter yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan sebegini.

TAGGING DI DALAM FACEBOOK

Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.

Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging,maka foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.

Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.

Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan taggingberserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.

Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

hadith-salimalmuslimun

“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq 'alayh]

FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

markzuckerberg

Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI

Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:

“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN

Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasithird party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.

Tepuk dada, tanyalah Iman!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Last Minit Punya Cerita

"Orang kita memang suka benda-benda 'last minute' ni" kata seorang rakan saya

"Study last minute"

"Buat kerja suka dan lebih bersemangat bila last minute"

"Solat last minute, sujud pun nak tunggu last minute"

Sehingga timbul kefahaman yang meluas di kalangan masyarakat bahawa sujud terakhir dalam solat adalah waktu yang paling maqbul doa.

Setakat pencarian saya dalam ensaiklopedia gabungan puluh ribuan kitab Fiqh yang muktabar, Tafsir dan Hadith, tidak ada sebarang bukti dari Al-Quran atau hadith nabi atau yang menyatakan doa dalam sujud terakhir adalah yang paling maqbul.

Nabi hanya beritahu bahawa ketika sujud doa adalah maqbul, tetapi tiada dikhaskan sebagai 'Keistimewaan Sujud Terakhir' . Jika ada yang tahu, haraplah memaklumkan sumber sohihnya.

Apa yang ada adalah sabda baginda Nabi s.a.w ketika menyebut :

وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا في الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ

Ertinya : Dan adapun sujud, maka berusahalah memperbanyakkan doa kerana ia amat hampir dan boleh mendapat kemustajaban bagimu" ( Riwayat Muslim, 1/348 )

Jika melihat huraian dan syarahan hadis ini oleh Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar, kita akan mengerti bahawa sujud yang maqbul itu adalah semua jenis sujud terutamanya dalam solat fardhu. Tiada sebarang pengkhususan kepada sujud akhir.

Wallahu 'alam, tiada juga dijumpai dalam kitab Fiqh yang muktabar akan cadangan sujud akhir ini. Jika benar-benar tiada, justeru ia mungkin pengaruh tabiat 'last minute' kot..sehingga terbawa-bawa dalam ibadah.

Memang benar tidak semua jenis pendekatan 'last minute' itu tidak tepat, salah, terkeji dan tidak berasas. Dalam sesetengah keadaan ia terpaksa dilakukan, tapi yang dirisaukan adalah kualitinya mungkin boleh tergugat.

Kini, kita ada peluang kita untuk meraih ganjaran dan hasil Ramadhan semakin sampai ke minit terakhir. Bagi memastikan ramai yang berjaya, sayangnya Allah s.w.t kepada kita yang lemah ini, diberinya lagi peluang minit-minit terakhir ini dengan sesuatu yang lebih istimewa. Ia bertujuan memberikan motivasi kepada kita agar mampu menjadi insan bertaqwa serta dengan segera membina tembok iman yang kukuh sebelum keluar dari bulan mulia Ramadhan.

Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah sedai diketahui ramai. Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari minda umat Islam sedunia.

Moga Perolehi Lailatul Qadar

Kehebatan Malam Al-Qadr

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadarjuga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Sekian.

Sumber : UZAR

Kurang Hajaq~

Kes 1



Apabila aman lihat sahaja gambar ini, apa yang terlintas di fikiran aman, "kurang ajaq" dan "tak bertamadun"


Kes 2

2 hari lepas, selepas pulang dari solat tarawih. Aman dan kawan-kawan keluar makan char koey teow kat TTDI jaya, Shah Alam. Perjalanan pulang tu, di tahan pak polisi sebab langgar lampu merah. Yang kurang hajarnya, polis tu tak nak saman, dia nak 'duit kopi'. Celaka punya polis. Bulan baik, hari baik tapi hang yang tak baik. Inilah setan-setan yang tidak dirantai apabila tibanya Ramadhan.

Semoga Allah memberikan hidayah kepada kamu. Kalau tidak juga, baik aman langgar sahaja polis tu. Kalau lampu merah aman berani langgar, apa bezanya langgar polis itu dan darah yang merah mengalir?

Kalau hang nak buat dosa, janganlah libatkan orang lain sama. Hang sorang-sorang sudah la...


Kes 3

Apabila baca paper semalam, terasa kekurang hajaran rakyat-rakyat Indonesia. Apabila berlaku tsunami, kita awal-awal lagi menyatakan hasrat untuk menghantar bantuan. Apabila berlaku kebakaran hutan di Indonesia, kita juga yang pergi bantu padamkan. Tapi, apa yang mereka balas pada negara kita? Datang Malaysia, rompak sana, rogol sini. Macam-macam onar dilakukan, tetapi kita sering berdiam diri sahaja.

Ini kes pembantu rumah tangga mahu dinaikkan gaji. Sampaikan duta mereka disini pun tidak mahu meluluskan visa sambungan untuk pembantu rumah jika majikan tidak menaikkan gaji pembantu rumah mereka. Ini agak keterlaluan sudah.

Ditambah pula dengan tunjuk perasaan di Jakarta. Meluahkan rasa kebencian mereka pada Malaysia. Tapi kita masih berbaik dengan mereka. Tapi kekurang ajaran mereka itu, patutlah berpada-pada.

Menarik baca artikel dari Faisal Tehrani


Kes 4

Apabila naik sahaja office untuk apply cuti raya, depa kata aman ponteng kerja satu hari. Geram punya pasal, kumpul la saksi-saksi yang akan membela aman. Saksi-saksi yang akan menguatkan lagi hujah aman untuk membuktikan aman tidak bersalah.

Apabila turun sahaja line 11, kertas time sheet hari berkenaan masih berada di situ. Kurang hajaq, hampa yang tak buat kerja, aku pulak nak kena hukuman? Dah lak tu, bukan reti nak minta maaf. Siap marah aku free-free sahaja bulan posa ni. Kesalahan pada hampa, tapi orang lain kena marah?


Kes 5

Masalah makin parah. Makin melarat. Bukan stakat libatkan one on one...Ni dah libatkan ramai pihak. Sabar aman, sabar.... Sabar itu sebahagian dari iman..



p/s - sekadar luahan perasaan


~ aman shah ~
"...man jadda wa jada..."
40150 Shah Alam, Selangor