Sebatang Pohon Betik

 

sujud

 

Assalamualaikum..

Selepas kembalinya dari solat Jumaat tadi, saya sering terfikir apa yang diucapkan oleh imam diatas mimbar sebentar tadi. Walaupun dibawah sinaran mentari yang terik, tetapi khutbah yang disampaikan oleh imam membuatkan aku berfikir panjang.

 

"Kenapa kita masih hendak berbalah lagi tentang sesuatu yang wajib? contohnya solat fardhu 5 waktu, puasa dibulan Ramadhan dan semuanya yang terkandung dalam Rukun Islam? Sekarang patutnya kita memikirkan dan membahaskan yang sunat! Semua yang wajib dan fardhu telah dibincangkan dan dibahaskan long time ago!"

 

Lebih kurang seperti itu lah tadi si imam membacakan khutbah. Walau suaranya mampu membuatkan aku menguap panjang, tetapi isi khutbah membuatkan aku terus bertahan untuk mendengarnya. Tidak dinafikan, masih ramai yang 'syahid' ketika khutbah dibacakan!

 

Dari penerangan khutbah itu, ia disimpulkan, jika yang asas masih goyang, maka bagaimana hendak menampung sesuatu yang lebih besar diatasnya?

 

Seperti sepohon pokok betik diluar rumah saya itu. Jika akarnya tidak kukuh, bagaimana ia mampu menghasilkan buah yang banyak? Walaupun semalam buahnya yang masak ranum didahan dipetik oleh orang yang tidak diketahui. Hehehe. Semoga buah yang diambil oleh orang itu halal dunia dan akhirat.

 

Kembali kepada tajuk perbincangan, cuba kita renung rukun Islam..

1. Mengucap kalimah Syahadah. Ini perkara paling wajib dalam membentuk asas kita sebagai seorang muslim.

2. Mendirikan solat fardu 5 kali sehari. Jika yang ini kita tidak mampu menjaganya, maka teramat rugilah orang itu. Jika yang fardu ini tidak sempurna lagi, bagaimana hendak membicarakan solat sunat lain seperti solat tahajud, solat tarawih, solat hajat, solat witir, solat Aidulfitri, solat Aiduladha dan macam-macam lagi solat sunat yang menjanjikan ganjaran yang tidak mampu dizahirkan dengan akal.

3. Berpuasa dibulan Ramadhan. Yang ini lagi satu, Allah sudah mengurniakan kita 11 bulan untuk kita makan dengan sewenang-wenangnya, kenapa untuk 'mengorbankan' satu bulan sahaja untuk mengawal nafsu kita tidak mampu? Jika yang ini tidak dijaga, usah mimpilah untuk berpuasa 6 dibulan syawal, puasa sunat Isnin dan Khamis dan pelbagai lagi jenis puasa sunat.

4. Menunaikan zakat. Jika zakat fitrah yang hanya RM5.70 (negeri Kedah) tidak dikeluarkan, sedekah jariah bagaikan tidak dipandang oleh Sang Pencipta. Yang wajib tidak dilaksanakan, ini yang sunat dikejarnya? Pelik benar orang itu.

5. Menunaikan Haji bagi yang mampu! Yang ini agak menarik. Saya pernah terbaca satu artikel suatu masa dahulu, long-long time story, ceritanya seperti ini.

"pak cik tak mampulah nak nak pi haji tu, mahal sangat belanjanya"

begitulah kata-kata seorang petani sesudah kembali dari sawahnya sambil menghembuskan asap rokok dunhill yang disedutnya di bawah pondok usangnya.

Ya Allah pak cik, hisap rokok mampu, tapi nak pergi haji tak mampu? mari kita buat kira-kira disini. Katakan pakcik hisap rokok dunhill 14 sekotak sehari. harganya murah sahaja, RM 6.50. Dalam setahun 365 x RM 6.50 = RM 2372.50. Alah, baru RM 2K sahaja, mana cukup hendak pergi haji! OK, pak cik hisap rokok dari umur 24 sampai umur 42 tahun sekarang. Berapa ringgit pak cik habiskan dah untuk membeli rokok? Hendak seribu daya, jika tidak mahu, hanya 1 dalih sahaja. Jika menunaikan haji sudah ada macam-macam alasan, usah bicara tentang umrah!

 

Mukallaf dalam kitab Fiqh As-Solah beerti:

Orang Islam yang diwajibkan ke atasnya melaksanakan kewajipan agama dengan syarat ia berakal, cukup umur, sejahtera kedua-dua pancaindera mata dan telinga sejak dari lahirnya atau mumayyiznya serta sampai kepadanya seruan agama.

 

Begitulah apa yang saya paham dalam isi khutbah hari ini.

Sehingga bertemu lagi.

 

 

wasalam...

~ aman shah ~

"....man jadda wa jada..."

Isabella : Cinta Dua Dunia

 

Sebuah novel karangan Maulana Mohammad Saeed. “A Novel Based on a Comparative Study of Islam and Christianity”.

“Personal experiences of Christian girl, daughter of the head priest of Cordova, the historical city of Spain. She studied Christianity and tested it by its basic teachings. A time came when she understood the misguidance and disruption of Christianity when the reality was revealed to her and she abandoned Christian faith and embraced Islam. She faced bravely and willingly the hardships and tortures of her father, the head priest, her teacher, who gave her of Christianity and other fellow citizens. A worth reading and notable book, which enhances your knowledge.”

 

Ia dikarang oleh penulisnya di dalam Bahasa Urdu tetapi kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahm Ali Al-Hashmi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain.

 

Isabella : Antara Dua Dunia dari saifulislam.com

 

 

download novel :

 

Versi Bahasa Melayu

 

English Version

 

wasalam

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Cerpen : Sedih Nabila !!

Assalamualaikum...

Hari ini seharian suntuk saya belajar menghasilkan document dalam format PDF. Banyak masa habis terbuang di hadapan komputer sahaja. Tapi entah kenapa, hati saya berasa begitu teruja kerana dapat belajar sesuatu yang baru.

Alhamdulillah, berkat kesabaran berjaya juga saya menguasai ilmu yang baru.

Di sini saya ingin berkongsi cerpen dengan kawan-kawan.

Hope you all enjoy it!



Cerpen : Sedih Nabila !!



wasalam..

~ aman shah ~

"....man jadda wa jada..."

Keberkatan Subuh




Sesuatu yang senang, namun ianya sering dipandang enteng. Suatu ujian dari Allah yang amat sulit, namun ia bukanlah suatu hal yang mustahil. Apakah ujian itu?

1. Seorang lelaki hendaklah solat subuh secara berjemaah
2. Seorang wanita solat subuh dirumah tepat pada waktunya

2 benda yang amat mudah namun sering dipandang ringan oleh masyarakat sekarang.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi munafik adalah solat isya' dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Apabila Rasulullah SAW meragui keimanan seseorang, beliau akan memerhatikan saat solat subuh. Jika beliau tidak mendapati orang itu solat subuh di masjid/musolla, maka benarlah apa yang diragukan dalam hati.


Disebalik solat 2 rakaat diambang fajar itu, tersimpan beribu cerita dan rahsia yang Allah sediakan. Antara kejadian-kejadian subuh...


Pada suatu hari, mereka terlambat solat subuh dalam penaklukan benteng Tastar. 'Kejadian' itu membuatkan seorang sahabat, Anas bin Malik selalu menangis apabila mengingatinya. Dikala subuh juga, Allah memilihnya sebagai waktu peralihan dari zaman jahiliyah menuju era tauhid. Kaum 'Ad, Tsamud dan kaum penderhaka yang lain diazabkan oleh Allah pada waktu subuh.

Seorang pemerintah Israel juga pernah berkata, mereka tidak akan gentar dengan umat Islam sekarang melainkan apabila solat subuh berjemaah menyamai jemaah solat jumaat. Cuba bayangkan, seorang yang bukan Islam sendiri mengakui kehebatan solat subuh berjemaah.


Diriwayatkan dari Ammarah bin Ruwainah r.a., ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk neraka, orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari.” (HR. Muslim)






Rujukan: Buku Misteri Shalat Subuh karya Dr. Raghib As-Sinjani



Seorang yang pada waktu paginya membaca

Radhiitu billaahi robbaa, wa bil islaama diinaa, wa bi muhammadin nabiyyaa

(Aku ridha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Nabi)

Maka aku akan menjadi pembimbingnya, sehingga aku akan memasukkannya ke dalam surga. [Hadits dari Al-Mundzir]




~aman shah~

"....man jadda wa jada..."

Aman, awat hang buat macam itu?

Assalamualaikum...

Hari ini, ada seorang hamba Allah itu menegur saya mengenai blog saya ini.

"Kenapa kau buat link untuk ayat-ayat al Quran tu? Kenapa tak buat direct ja?"


Terima kasih kepada yang bertanya. Memang saya sendiri akui agak susah nak baca macam itu. Tapi saya tiada choice lain. Ada 2 sebab saya buat macam itu.

Yang pertama, saya buat macam itu sebab saya tidak tahu macam mana hendak buat tulisan ayat al Quran direct ke atas blog ini. So, sebab itulah saya buat macam itu. Kalau ada sesiapa yang tahu caranya, tolong ajari saya. Seperti kata pepatah ingeris "the best learning is teaching"

Yang kedua, saya buat macam itu sebab saya menghormati al Quran itu sendiri. Saya boleh tulis terjemahan ayat beserta rujukan sahaja seperti ini:

"Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah"
(Surah Al-Ahzab ayat 21)

Memang macam itu nampak senang dan mudah dibaca oleh orang lain. Tetapi saya tidak menyukai cara itu. Dari sejarah yang saya tahu, al Quran dibawa masuk ke Tanah Melayu dengan tulisan Arab, Allah menurunkan al Quran dengan bahasa Arab. So, tidak salah kan kalau saya ingin mengekalkan keaslian al Quran itu sendiri dalam bahasa Arab.

Anyway, terima kasih pada hamba Allah itu.

Saya menerima sebarang teguran, komen, cadangan atau apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk blog ini.

buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
salah silap tolong betulkan.


wasalam

~aman shah~
"...man jadda wa jada..."


Permasalahan Umat

Dengan lafaz Bismillah, saya mulakan perbicaraan hari ini...

SR: aman r u there?
SR: got something to ask
SR: can or not
AS: apa dia?
SR: what would u do kalo
SR: ur fren tido kt umah org yg berlainan jantina??
SR: cnth
SR: kwn laki tdo kt umah girls
SR: n sebaliknye
AS: pi report kat jais
SR: here got no jais laa
SR: cmne nk report
SR: seyes ni im asking
AS: tegur cara berhemat
SR: okeh



Ini petikan dari hasil perbualan YM dengan kawan saya. Permasalahan umat sejak kebelakangan ini amat membimbangkan banyak pihak. Termasuklah diri saya sendiri.

Setiap yang mungkar itu, haruslah kita menegahnya dengan penuh hikmah dan berhemat. Kita adalah ummah yang terbaik, maka kita hendaklah menyesaikannya dengan penuh bijaksana. Ia diterangkan oleh Allah dalam al Quran:



Oleh yang demikian, berasaskan ayat diatas, hendaklah kita berusaha untuk mencegah kemungkaran yang berlaku disekeliling kita. Macam mana kita hendak memantapkan diri dan tahu cara untuk menegur orang secara berhemah? Kita hendaklah berusaha melatih diri kita menegur orang bermula dengan orang yang rapat dengan kita terlebih dahulu seperti ahli keluarga. Jika kita sudah terbiasa menegur orang, InsyaAllah kita akan punya kekuatan untuk mencegah kemungkaran disekeliling kita.

"Islam itu agama untuk manusia yang mahu berfikir"

wasalam

~aman shah~
"...man jadda wa jada..."

Kuih Cinta

Tengah-tengah surf layan internet tadi, tiba-tiba terjumpa artikel yang agak menarik..
Sebab tu copy untuk dikongsi dengan kawan-kawan..

tribute to the author






Bahan:

1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% Komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.

Bahan Perhiasan:
1 botol besar humor,
25 grm rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sendok teh telefon-telefonan
Semuanya dikacau hingga merata dan mengembang.

Tips:
Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.

Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan (sebaiknya dibeli di supermarket bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.)

Jangan beli di pasar yang bernama DISKOTIK atau PARTY kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadang menipu konsumer atau kadang menggunakan zat pewarna yang boleh merosak kesihatan.

Gunakan Kasih sayang cap "IMAN, HARAP & KASIH" yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Jabatan Kesihatan dan Kerohanian.


Cara Memasak:

  1. lelaki dan wanita dicuci bersih, buang semua masa lampaunya sehingga tersisa niat yang murni.
  2. Siapkan loyang yang telah diolesi dengan komitmen dan restu orang tua secara merata.
  3. diuli tangan lelaki tadi bersama ayah si perempuan tadi dengan lafaz AKAD yang sah.
  4. Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api cinta, merata sekitar 30 minit di depan penghulu.
  5. Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan semua rencah di atas.
  6. Kuih siap dinikmati.


Catatan:
Kuih ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan kasih yang hangat. Tapi kalau sudah agak dingin, Tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di oven "Tempat Ibadah" diatas api cinta. Setelah mulai hangat, jangan lupa telefon-telefonan bila berjauhan.

Selamat mencuba !

Kenapa abraxas248?

Assalamualaikum...

tiba-tiba tercetus satu soalan yang bertanyakan kepada saya...

"kenapa kau slalu guna nama abraxas248?"

Agak pelik bukan? Itu hanyalah nickname yang saya selalu gunakan untuk apa-apa sahaja. Dalam e-mail, blog dan macam-macam lagi yang saya gunakan abraxas248.

Tapi terima kasih kerana sudi bertanya. Itu menunjukkan mereka ambil kisah pasai kamu. They care that why they asking.

abraxas248 tu bermaksud:

AB merujuk pada Abdul
RA merujuk pada Rahman
X itu bagaikan @ atau as known as (aka)
AS merujuk kepada Aman Shah
248 itu merujuk pada nombor rumah saya. Rumahku itulah syurgaku!

"Laa...tadi abraxas248, skrang ni AMAN SHAH pulak?Awat hang nak famous macam penyanyi Aman Shah tu ke?"

"Ya, Allah.. Ikut suka aku la nak pakai nama apa pun, yang hang sibuk sangat ni pasal apa?"
Bentak hati kecilku..

Tapi lucu juga apabila soalan-soalan remeh seperti ini. Tapi untuk menjaga hati kawan saya tu, saya pun terangkan juga maksud tersirat dalam AMAN SHAH tu.

AMAN tu nama panggilan saya. Kawan-kawan saya panggil saya Aman.
SHAH tu pula, gabungan nama ibu saya Norbasharoh binti Ishak dan nama abah saya Hamzah..

Ok, puas hati?

Saya ambil 3 dari nama ibu saya dan 1 dari nama abah saya sebab Seperti cerita dalam sebuah hadis Seorang sahabat bertanya kepada Nabi, siapa yang paling wajar untuk mendapatkan kebaktian saya, dijawab Nabi 3 kali berturut-turut dengan kata-kata “ibumu”, kemudian “ibumu”, lalu “ibumu” baru kemudian dijawab “bapakmu” setelah ditanya untuk keempat kalinya.





Wasalam...

~aman shah~
"....man jadda wa jada..."

Enjet Enjet Semut

video


ENJET ENJET SEMUT

enjet enjet semut,
siapa sakit naik atas, (4x)


you may have burgers,
we have ketupat,
you may have Bruce Lee..
we have Hang Jebat..
you have playstation,
we fly wau bulan,
you ride dragon boat... Oi! Oi!
we ride our sampan!

HEY!!

you have your Ah Lian,
we have our Minah,
you wear your sari,
they wear kebaya,
friendly and pretty,
sexy dahsyatnya,
no need for flowers... Oi! Oi!
crazy for vespa!

HEY!!

enjet enjet semut,
siapa sakit naik atas... (4x)


soccer and guitar,
it is in our blood,
we sing at void deck,
sorry if too loud,
we don't mean no harm,
we share happiness...
do not hesitate.... Oi! Oi!
come down and join us!

HEY!!

some say we laid back..
some don't understand..
listen i explain..
we have master plan!
we don't aim this world..
we aim here after..
working hard all day.. Oi! Oi!
relax one corner!

HEY!!

enjet enjet semut,
siapa sakit naik atas.... (4x)


humble and modest..
we like it simple..
slowly but surely..
no need to struggle..
this short song i sing..
for you to ponder..
if you disagree... Oi! Oi!
see who live longer!

HEY!!

coming from kampung..
peaceful and stress free
sopan and adat...
take priority
gotong and royong...
one big family!

peaceful and lovely... Oi! Oi!
that Malay to me! (2x)

you may have Britney.. Oi! Oi!
we love our siti..

HEY!

enjet enjet semut,
siapa sakit naik atas.... (4x)

~aman shah~
"....man jadda wa jada..."

Perancangan Kearah Kemapanan

Pembangunan mapan ialah pembangunan bagi memenuhi keperluan masa kini tanpa menafikan generasi yang akan datang untuk memenuhi keperluan mereka.Perancangan ini adalah selaras dengan aspirasi bumi 2008.Aspirasi ini memberi penekanan kepada pembentukkan dan pengukuhan jalinan hubungan serta kerjasama melalui perancangan kearah meningkatkan kualiti kehidupan dan melindungi kesejahteraan manusia sejagat.Ini bermakna apa juga perancangan atau tindakkan kita yang memberi faedah kepada manusia dan kehidupan lain,semuanya dinilai dan diri ganjaran oleh Allah S.W.T.


Sehubungan itu diriwayatkan ada seseorang bertemu sahabat nabi s.a.w yang mashur iaitu Abu Daud r.a yang ketika itu sedang menanam pokok.Kemudian lelaki itu bertanya kepada Abu Darda':

"Hanya Abu Darda'!, mengapa engkau tanam pokok ini pada hal engkau sudah sangat tua, sedang pohon ini tidak akan berbuah kecuali engkau dipanjangkan usia"

Abu Darda' menjawab"

"Bukankah aku yang akan memetik pahalanya dikala orang lain memakannya?".

Ini bertepatan dengan hadis lain dimana Anas bin Malik r.a berkata, rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung atau insan atau binatang berkaki empat memakannya,melainkan untuknya (pahala) sedekah".

(Riwayat Al-Bahari Muslim)



Bagaimana pun, jika kita perhatikan pada hari ini, berlaku masalah-masalah alam sekitar seperti pencemaran dalam berbagai bentuk,penebangan hutan yang tidak terkawal, hakisan dan air kelodak disebabkan runtuhan kawasan bukit dan bercerun,pembangunan yang tidak terancangan,berlakunya jerebu,banjir besar dan bencana lain yang telah mengakibatkan berlakunya ketidak seimbangan kepada alam sekitar.Keadaan ini telah menggugat kesejahteraan dan keselesaan kehidupan manusia.

Masyarakat dunia kini mulai bimbang dengan perubahan iklim dunia dan isu pemanasan global.Peningkatan suhu terjadi akibat banyak gas-gas beracun yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang-kilang perusahaan terperangkap didalam atmosfera. Keadaan ini telah meningkatkan suhu bumi pada paras yang tidak selesa dan kadangkala menyebabkan cuaca ekstrem,termasuk suhu kedinginan dan kepanasan yang melampau.


Sehubungan itu, perancangan yang teliti kearah mewujudkan pembangunan yang mapan dilihat sebagai satu langkah berkesan untuk memelihara kestabilan eko-sistem dan kesejahteraan serta keselamatan kehidupan didunia.

Kita semua mempunyai peranan dalam memastikan perancangan dan pembangunan dilaksanakan secara mapan.Pembangunan yang seimbang haruslah tidak sahaja menumpukan kepada pembangunan fizikal yang bersifat kebendaan dan luaran sahaja,tetapi juga pembangunan insan yang mempertimbangkan faktor-faktor kerohanian dan penghayatan nilai-nilai dalam sebarang bentuk dan tindakan pembangunan.

ini selaras dengan jalinan tiga hubungan yang menjadi asas sesuatu masyarakat iaitu:

- Hubungan manusia dengan Pencipta

-Hubungan manusia dengan manusia dan

-Hubungan manusia dengan alam sekitar

Ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam surat Ali-Imran ayat 112:





Rujukan: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


~aman shah~
"....man jadda wa jada..."

keperluan VS kehendak

Apa yang dimaksudkan dengan KEPERLUAN?

Keperluan adalah sesuatu yang kita perlukan untuk meneruskan kehidupan. Kadang kala ia bertentangan dengan kehendak. Sometime ia boleh jadi sesuatu yang diluar jangkaan kita. Keperluan adalah anugerah Allah kepada setiap hambaNya. Kita kadang-kadang jarang menghargaai keperluan ini sehinggalah ianya hilang dari kehidupan kita.



Apa yang dimaksudkan dengan KEHENDAK?

Kehendak adalah sesuatu benda atau barang yang kita hajatkan atau impikan. Biasanya sesuatu yang indah dan mempersonakan. Adakalanya ianya sesuatu yang mustahil untul kita kecapi. Kadang kala kehendak itu berakhir dengan kekecewaan atau kegagalan apabila impian yang terpendam dihati tidak dizahirkan dengan usaha. Bagi orang yang menuju kejayaan, kehendak adalah sesuatu target yang mesti dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti kegagalan.





Kehidupan adalah sesuatu yang perlu kita hargai kerana setiap saat yang berlalu tidak akan kembali lagi. Jadi cubalah untuk hargai apa yang ada disekeliling kita walaupun ianya bukanlah sesuatu yang kita impikan. Ingatlah, hidup tidak seindah impian... Firman Allah di dalam a-Quran :



Adakalanya, kita rasakan apa yang kita ada bukanlah yang terbaik untuk kita. Sebenarnya Dia Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Ketahuilah, segala yang kita ada sekarang adalah yang pemberian yang terbaik dariNya. Impian bukanlah hanya indah di dalam diri tetapi ianya akan menjadi lebih indah sekiranya impian dijadikan target untuk dicapai dengan usaha tanpa jemu dan bersedialah untuk gagal dalam usaha mengejar sebuah impian. Kegagalan itu adalah suatu kejayaan kerana dengan kegagalan sebenarnya kita telah mendapat sesuatu yang berharga dipanggil PENGALAMAN...


~aman shah~
"....man jadda wa jada..."

Harga Sebuah Kemaafan

Sekadar untuk renungan bersama...

"Sori, tak sengaja laa sehinggakan menghilangkan barang awak tu"

"Selamat hari raya, maaf zahir dan batin....."

"Saya betul2 minta maaf, tak terlintas pun untuk menyakiti hati awak..."

"Aman, Aman marah kite ker? apsal Aman diam ja? I care!!"


Begitulah contoh-contoh yang sering kita dengar setiap hari dalam kehidupan kita bergelar Seorang pengembara di bumi yang sementara ini...
Memang kita tidak lari dari melakukan kesilapan..
Tapi kenapa kita tidak berfikir dahulu sebelum bertindak..
Sediakan payung sebelum hujan...
Bukan sudah hujan baru hendak bertindak mencari payung..

Hari ini perkataan yang simple ini..
Membuatkan saya berfikir panjang...

Kenapa perkataan "sori" begitu senang dilafazkan?

Begitu murahnya harga sebuah perkataan "sori" di bibir-bibir manusia?


Kalau kita berfikir panjang..
Sebenarnya "sori" itu begitu mahal dan besar harganya..
Bukan sekadar "sori" di mulut, tetapi meresapi ke lubuk hati yang paling dalam...
Kalaulah kita berfikir bahayanya dosa keatas manusia itu sebagai satu yang amat berat, nescaya perkataan "sori itu sendiri akan semakin berkurangan..

Dalam hadis Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik yang bermaksud:

“Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah (SWT). Kedua kezaliman diampunkan Allah (SWT) dan ketiga kezaliman yang Allah (SWT) tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah (SWT) adalah syirik. Kezaliman diampunkan Allah (SWT) adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya. Kezaliman yang Allah (SWT) tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu.”


Bayangkan perlafazan "sori" kita itu tidak diterima oleh orang yang hendak kita sampaikan...
Dosa kita tidak akan terampun sampai bila-bila...
Mampukah kita menanggung dosa di akhirat kelak?

Oleh yang demikian...
Jika kita hendak melakukan sesuatu, maka berfikirlah dahulu..
Adakah kita akan menyakiti insan lain?
Jika 'ya' maka hendaklah kita berusaha menjauhkan diri daripada perbuatan itu...
Semoga Allah melindungi kita dari dosa terhadap manusia...
Namun, kita hanyalah manusia biasa..
Tidak dapat lari dari kesilapan..
Oleh itu, mohon maaflah dengan hati yang bersih dan bersungguh-sungguh...
Agar lembutlah hati pemiliknya untuk memaafkan kita...

Dan jika orang yang melakukan dosa ke atas kita..
Maafkanlah mereka...
sesungguhnya:

“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Namun orang yang memaafkan sebelum diminta maaf....
Keuntungan sangat besar, iaitu ketenangan jiwa di dunia dan balasan berlipat ganda pada akhirat kelak...

Sempena kita berada dalam bulan Syawal yang mulia ini...
Berikanlah kemaafan kepada sesiapa sahaja...
Sesungguhnya janji Allah sangatlah manis untuk mereka yang memaafi dosa orang lain...


Salam Syawal dari saya yang banyak kekurangan diri..
maafkanlah hamba yang amat hina lagi keji ini...
Janganlah dihukum saya di akhirat kelak...
Saya tidak mampu menanggung dosa apabila berhadapan dengan Sang Pencipta...

Wasalam...

~aman shah~
"....man jadda wa jada...."

Ayah dan Bonda


video


Ayah dan Bonda

Ku lukiskan potret sebuah cerita,
Terpahat indah didalam memori,
Kehidupan ku semasa kecilku,
Belajar memahami erti kehidupan,

Kini ku, setelah ku dewasa,
Jasa ayah dan bondaku, tidak akan ku lupa,
Mengajar ku erti kehidupan,
yang penuh dengan kenangan,

Ayah dan bonda,
Terimakasih kerana memberikan ku kekuatan,
Menjadi teman duka dikala ku terluka,

Kaulah sumber inspirasiku,
Menjadi teman gembira,
Sentiasa disisi bila ku perlukan mu,
Oh Ayah dan Bonda

Jasa mu tidak akan ku lupa,
Mendewasakan ku dengan sempurna,

Chorus
Terima kasih atas semuanya,
Besar jasamu tidak mampu ku balas,
Biar segunung harta dan wang berjuta,
Tidak senilai dengan keringat dan airmata,

Kan ku hiasi malam hariku,
Dengan doaku kepada yang Esa,
Ampunilah dosa kedua mereka,
Kasihanilah mereka seperti kecil ku

Ayah dan bonda dengarlah lagu ku ini,
Sebagai bicara penyusun kata,
Tiada ku mampu membalas jasamu,
Memori indah sebuah kehidupan..

~aman shah~
"...man jadda wa jada...."