Ba Alif Ba Ya maksudnya ZIONIS

Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

 

Seperti biasa. Dikala keboringan yang tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk mengisi masa lapang, bermulalah pengembaraan maya. tangan ligat bergerak depan dan belakang, mouse ditolak kiri dan kanan, jari telunjuk galak mengetik. Apa yang terpampang mata menari mengikut rentak penulisan, otak lihat mentafsir sambil mulut terkumat kamit membaca.

 

Tiba-tiba....

 

"Mak aii...ini ba alif ba ya ker apa ni.... "

 

Kehadiran gambar itu menarik minat aman membaca artikel itu sepenuhnya. Betul laa kata cikgu aman dahulu, a picture can describe a thousand word. Baca punya baca, terasa untuk berkongsi dengan kawan-kawan sekalian. Sesuatu yang menarik. Teruskan pembacaan anda... (errr...aman edit sikit-sikit tau)

 

Jom Layannnn..... ZZZzzzaaaasssss!!!

 

Selsema Babi Angkara Zionis

 

Tak lama lagi, penawar Selsema Babi akan beredar di seluruh dunia. Dulu Selsema Burung, kini Selsemababibesar Babi. Pengarah filem blockbuster ini akan terus mainkan peranannya. Pelakon utama akan terus beraksi. Penawar Selsema Babi diumumkan oleh Barack Obama sebagai Tamiflu. Dari mana datangnya Tamiflu ini? Ia dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh zionis yahudi, yang mana salah seorang pemegang saham terbesar ialah Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Menarik bukan? Filem Blockbuster antarabangsa ini ditayangkan secara percuma di rangkaian media antarabangsa. Itulah konspirasi antarabangsa zionis untuk  mengawal dunia sekaligus mengaut keuntungan atas kesengsaraan penduduk dunia. Rumsfeld merupakan ahli aktif dan orang berpengaruh dalam Syarikat Gilead Science(salah seorang Lembaga Pengarahnya), pengeluar utama vaksin Tamiflu, penawar kepada selsema babi yang kemudiannya dikenali sebagai H1N1 ataupun Influenza A.

 

Kita harus mengetahui bahawa Gilead Sciences merupakan syarikat milik Zionis Yahudi. Gilead itu sendiri bahasa Hebrew yang membawa makna,”Tempat Suci” (Holy Place).

 

Bacaan lanjutan tentang Gilead Sciences :

 

Dr. Ali-Reza Mehrabi, Shaid Beheshti University mendakwa bahawa Rumsfeld telah membeli saham baru syarikat Gilead Sciences pada tahun lalu dengan nilai US18 billion dolar.

 

Katanya lagi, “Kalau kita terima tanggapan bahawa kerja-kerja yang dikendalikan di Makmal di Mexico, sama ada di ladang ternakan babi atau tempat lain, adalah menjadi fakta bahawa penyakit itu tersebar sama ada kerana kesilapan manusia, menunjukkan bahawa memang Amerika Syarikat sedang menjalankan eksperimen di negara pinggiran(Mexico), sebagai ganti negaranya sendiri. Dalam kes ini(selsema babi), Amerika Syarikat mungkin hilang kawalan (terhadap penyebaran virus itu).”

……………………………………………

 

Percaya ? Terpulang kepada anda…Pendedahan ini dibuat oleh Dr. Ali-Reza Mehrabi ketika ditemuramah oleh Iranian TV yang disiarkan ke udara pada 6 Mei 2009 lalu.

Nabil kata : "Lu pikir la sendiri"

Petikan dari : SELSEMA BABI ANGKARA ZIONIS

HIKMAH SOLAT

Posisi pertama
Berdiri lurus dan kedua dua tangan di angkat ke atas.

Faedah
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan dikonsentrasikan. Pandangan mata ke tempat sujud.Otot-otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otakyang atas dan bawah bersatu.


Posisi kedua
Berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah

Faedah
Menimbulkan konsentrasi minda.Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang, a, i, u, merangsangkan hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar 'pineal', 'pitunitary', kelenjar adrenal, dan paru-paru, membersih dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tubuh tersebut.


Posisi ketiga
Rukuk
Faedah
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

Posisi keempat
Iktidal - Berdiri lurus selepas rukuk
Faedah
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembah ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa-sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.

Posisi kelima
Sujud
Faedah
Lutut berbentuk sudut tepat.Membangunkan otot perut dan mengelakkan perut jadi buncit.Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala(termasuk mata, telinga dan hidung)dan paru-paru.'Mental toxin' minda dibersihkan oleh darah.Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita yang hamil.Memperbetulkan kedudukan alat peranakan wanita.Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi-sendi.Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam ruh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan.Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

Posisi keenam

Duduk di antara dua sujud
Faedah
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka.Posisitubuh badan memberikan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

Posisi ketujuh
Sujud kedua
Faedah
Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf.Memberi keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidanan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.


Posisi kelapan
Bangun semula dari sujud

Faedah
Darah kembali peredarannya ke tubuh atas.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar osisi tubuh badan memberikan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.


Pendapat doktor perubatan
Doktor perubatan telah menerangkan manfaat posisi bersolat sebagai berikut:

  • Sujud fizikal menambah kekuatan aliran darah ke otak dan menggelakkan penyakit pening kepala,migrain dan menajamkan akal.Juga melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
  • Memudahkan wanita di dalam proses bersalin kelak
  • Merangsang payudara untuk menghasilkan susu untuk bayi
  • Mengurangkan kegemukan (obesity)
  • Melegakan paru paru dan ketegangan saraf
  • Menggelakkan pendarahan otak
  • Melegakan sakit hernia
  • Membetulkan kedudukan buah pinggang
  • Melegakan sakit senggugut wanita dan berbagai lagi manfaat kesihatan lain.

Sumber : email dari kawan

Dalam Diam 100 Sudah!

salam

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

 

Ini adalah post aman yang ke-100. Dalam sedar yang tidak disedarkan, tercapai juga jumlah posting yang ke 100 ini. Bersyukur kepada Allah yang menjadikan alam ini dengan sebaik-baik ciptaan kerana memberi kesempatan kepada aman melakarkan sedikit coretan yang ke 100 ini.

 

Sempena posting yang ke-100 ini, berbagai rasa yang aman sedang rasai. Berbagai benda yang bergolak dalam diri ini. Bersempena dengan hari ini, 28 Mei 2009, Aman bersyukur sangat hari ini.

 

Parihal Peperiksaan

 

Pukul 0700 sebentar tadi, Aman bertolak ke Putrajaya. Menduduki exam di Department of Civil Aviation (DCA). Alhamdulillah. Selesai pukul 1230, selesai sudah dengan suatu exam yang memenatkan. Walaupun perasaan berbaur rasa, namun... Kesyukuran kepada-Mu tetap dipanjatkan. Ini hanyalah sekadar ujian dunia. Bagaikan setitis air dari hujan yang turun menimpa bumi.

 

Peperiksaan, adakalanya kita merasanya mudah dan senang. Adakala kita merasakannya bagaikan susah yang amat. Namun, itu adalah lumrah dunia. Adakalanya Allah menurunkan ujian yang berat ke atas kita, adakalanya Allah menurunkan ujian yang ringan ke atas kita. Allah itu Maha Adil dan Mengetahui. Maybe sekarang Allah menurunkan ujian yang 'agak' berat sebab Allah akan menurunkan sesuatu yang baik kepada kita di hari kelak. Siapa tahu? Aman tidak takut akan kegagalan peperiksaan ini, aman tidak mahu perasaan takut akan exam ini, menjatuhkan ketakutan hati ini pada Sang Pencipta. Semoga perasaan takutkan Allah mengatasi takutnya yang lainnya.

 

Cuba kita bayangkan, bagaimana dengan exam yang akan kita hadapi 'disana' kelak? Bermula dengan exam di alam kubur. Walaupun kita sudah mengetahui soalan yang bocor itu, namun... Mampukah kita menjawabnya ketika Munkar dan Nakir bersoal jawab dengan kita? Siapa tuhanmu? Adakah Allah yang menjadi pilihan lidah kita kelak? Apakah Agamamu? Mampukah hati kita meluahkan jawapan yang betul jika hidup ini amalan kita tidak berlandaskan garis panduannya? Siapakah Rasulmu? Adakah kekasih Allah yang akan menjadi luahan kita sedangkan sunnah dan ajarannya kita letak ketepi untuk sesetengah aktiviti? Apakah kitabmu? Adakah lisanmu mampu menyebut Al-Quran jika hidup kita tidak dibasahkan lisan ini dengan ayat-ayatnya? Siapakah saudaramu? Apakah jawapan kita kelak? Bak kata Nabil, "Lu pikir la sendiri"

 

Itu baru bahagian alam kubur, bahagian yang bagaikan 'pintu' untuk melangkah ke alam yang abadi selamanya. Ya, pintu untuk kita menyeberangi ke alam yang sebelah sana. Alam yang sementara sahaja. Bagaikan sebuah kapal terbang yang transit seketika sahaja. Jika di muka pintunya sahaja kita sudah tersungkur layu, tergagap kelu, terkunci bisu, terkurung sayu dan bergelap menunggu, apakah yang kita harapkan di dalam alam di sebelah sana? Apa yang kita impikan sebuah kehidupan yang kekal abadi itu? Masih bermimpi dengan angan-angan Mat Jenin? Hanya angan-angan tanpa usaha..

 

Bagaimana kita hendak menghadapi ujian titian sirat yang Maha Kuasa? Bagaimana kita hendak melepasi ujian timbangan amalan kita di hadapan Pencipta kita? Adakah kita mampu berdiri teguh ketika berhadapan denganNya? Adakah kita merangkak terketar-ketar menghadapi Allah kerana ketakutan akan dosa-dosa yang telah kita perbuatkan? Jika ditanya dengan soalan-soalan sebegitu, keupayaan hidup ini bagaikan runtuh seperti runtuhnya kota Rome, terkulainya pemerintahan Firaun dan tenggelamnya kehidupan Qarun. Perasaan takut sentiasa menyelubungi hidup ini. Namun, adakah Allah menjadikan kita hisup di dunia ini hanyalah untuk menakut-nakutkan kita semata-mata?

 

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu hanyalah untuk beribadat kepadaKu"

 

Ya, itu janji Allah. Hanya beribadat adalah janjinya. Bukan perasaan takut itu. Namun, perasaan takut wujud jika kita belum bersedia menghadapinya. Adakah kita tergolong dalam golongan yang cintakan dunia dan takut mati?

 

"Cukuplah mati itu sebagai nasihat"

 

Kukuhnya Sebuah Keazaman

 

Alhamdulillah. Satu lagi kegembiraan wujud dalam hati ini. Genaplah sebulan aman berjaya menahan diri dari nafsu manusia yang gampang merosakkan dirinya sendiri. Genaplah sebulan aman berjaya berhenti dari menyedut udara-udara kotor ke dalam paru-paru yang aman 'pinjam' dari Allah ini.

Bersyukur sangat dapat juga azam hendak stop smoke. Semoga kali ini dapat berhenti selamanya. Doakan aman berjaya ye kawan-kawan. Pada 28 April lepas, pada pukul 2115 ketika sedang isap rokok, tergerak hati hendak stop merokok. Amik telefon, Call mak cakap nak stop merokok. Hehe. Tanpa ada planning apa-apa. Mak mana tidak gembira dengan perubahan anaknya ke arah kebaikkan? Selepas sebulan, aman dapat rasakan, sebenarnya hendak berhenti atau tidak ini, bergantung kepada hati dan keinginan kita semata-mata. Tiada kaitan dengan ketagihan narkotin. Serius. Kalau hati memang betul-betul hendak, semua boleh.

 

Bermulanya Sebuah Kehidupan

 

Bila musim cuti sekolah, banyak laa undangan kenduri perkahwinan. Banyak laa kad-kad kahwin yang datang bertandang. Sampaikan tidak mampu untuk memenuhi semuanya. Minta maaf awal-awal pada yang tidak dapat pergi, namun aman akan berusaha. Kalau kenduri korang semua aman boleh pi, takkan kenduri aman nanti korang tak dapat datang pulak kan? Huhu... Tak kira laa jauh ker dekat. Lagi pun, Bukit Kayu Hitam bukan jauh mana pun. Dalam Malaysia lagi. Cuma sempadan jaa dengan Thailand tu~~

 

~ aman shah ~

"...Man Jadda Wa Jada..."

40150 Shah Alam

SEKULARISME MUSUH ISLAM

JAHILIAH DAN SEKULARISME


Setengah manusia mengira bahawa Jahiliyyah adalah tempoh tertentu daripada zaman sebelum datangnya Islam di tanah suci Arab. Jahiliyyah adalah intipati tertentu yang mungkin mengambil gambaran yang berbagai-bagai mengikut bi’ah, situasi, masa dan tempat. Maka semua gambaran itu serupa bahawa Jahiliyah meskipun berbagai-bagai bentuk rupa. Jahiliyyah bukan lawan kepada apa yang dinamakan ilmu, makrifat, ketamadunan, madaniah, kemajuan kebenaran dan nilai-nilai pemikiran, sosial, politik dan kemanusiaan secara mutlaknya.

 

Walaupun ianya telah lama terkubur selepas kedatangan Islam, namun sisa-sisa atau saki baki yang tertinggal ini telah menyerap masuk kedalam jiwa kebanyakkan manusia tanpa disedari oleh mereka sendiri sekaligus terbentuknya manusia yang terpesong dari petunjuk yang haq kerana terlalu mengikut nafsu demi kepentingan diri.

 

Sesungguhnya Jahiliyyah sebagaimana yang dimaksudkan dan tentukan oleh Al-Quran ialah keadaan nafsiyyah (diri) yang menolak untuk berpandukan dengan petunjuk Allah serta sistem tanzimi yang menolak dengan pemerintah dengan apa yang diturunkan oleh Allah:

 

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin” (Al-Maidah : 50)

 

Ibn Qayyim berkata : “ Panggilan dengan panggilan (slogan) Jahiliyyah seperti panggilan kepada qabilah-qabilah dari puak bagi seseorang dan seumpamanya taasub dengan mazhab-mazhab, golongan-golongan, tuan-tuan guru, melebihi setengahnya ke atas setengah yang pada sudut hawa nafsu dan asobiyah…….”.

 

Semenjak perkembangan kehidupan dan kelahiran aqidah yang thabitah dengan perubahan syariah berdasarkan kesesuaian manusia sehinggalah kesempurnaan Islam pada sudut aqidah dan syariah sebagai satu agama yang datang dari sisi Allah. Maka berterusanlah manusia terbahagi kepada dua golongan, tiada yang ketiga, Muslimin atau Jahiliyyin.

SEKULARISME.


Perkataan sekularisme berasal dari perkataan latin iaitu “Saeculum”. Saeculum bermaksud masa dan tempat. Dengan kata lain, “masa dan tempat” ini bermaksud Masa Kini Bertempat di Dunia.


Dari Kamus Dewan : “Fahaman (doktrin) yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan di dalam urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama.

 

Dari buku Daa`ratul Maa`rif al Brithoniah “Sekularisme ialah suatu gerakan sosial yg bertujuan memalingkan manusia daripada mementingkan kehidupan duniawi semata-mata. Kecenderungan tersebut telah berkembang sepanjang sejarah moden kepada sebuah fahaman sekularisme sebagai gerakan yg menolak agama dan ajaran kristian”.Kalimat sekularisme berasal dari kalimat Latin saeculum dan kalimat Inggeris secularism.

ASAL-USUL SEKULARISME


Dimana dan bila bermulanya gerakan sekularisme?


Sekularisme adalah satu ideology (fahaman) ciptaan manusia yang sangat merbahaya dan harus diperangi habis-habisan. Asalnya, fahaman sekularisme merupakan cetusan pemikiran golongan pekerja di Eropah yang tidak puas hati dengan pemerintahan pihak gereja, lalu mereka memisahkan bidang kuasa gereja dan pemerintahan untuk mencapai matlamat mereka. Sesungguhnya tidak ada dari yang lain matlamat mereka melainkan untuk memuaskan hawa nafsu mereka dan memperolehi apa jua yang mereka ingin tanpa menghiraukan perkara-perkara lain. Sebab itu, kita sebagai umat Islam mesti menolak sekularisme kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.

 

clip_image001

Apakah kesan sekular pada ekonomi ?


Sekularisme bukan sekadar menghalalkan perkara yang diharamkan, tetapi menyediakan berbagai peluang supaya kemungkaran dan maksiat terus berkembang dan berleluasa. Mereka menyediakan tempat-tempat khas untuk zina dan mengadakan pesta-pesta dan konsert-konsert yang membawa ke arah maksiat. Alasan mereka mudah. Mereka menyatakan ini adalah salah satu cabang sumber kepesatan ekonomi Negara. Ternyata, fahaman ini, mengaburi mata umat islam dengan kehebatan nikmat di dunia. Sebab itu zina, arak, riba, liwat dan sebagainya daripada berbagai bentuk kemungkaran tidak dikirakan suatu kemungkaran pada pandangan sekularisme.

 

Riba merupakan tunggak dan asas kekuatan ekonomi sistem sekular. Mereka meletakkan riba dalam bank-bank yang beroperasi serta memaksa manusia menerima sistem riba yang dijalankan Riba merupakan suatu yang diharamkan oleh Allah swt. Ingatilah larangan Allah swt :

 

“Wahai orang–orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan apa yang tinggal daripada riba jika kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya”

Maka tatkala menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah merupakan suatu kekufuran maka jelas sekularisme bertentangan dengan ta’alim dan ajaran Islam, dasar dan perlaksanaan. Orang yang melakukan seperti itu bukanlah termasuk dalam kelompok muslimin dan secara dharurinya menjadi kemestiaan bagi orang Islam untuk menolak sekularisme dan pemerintahannya.

 

Apakah kesan sekularisme pada politik?


Dari sudut politik pula, kesan sekularisme begitu ketara. Kuasa yang diamanahkan dari Allah kepada pihak tertentu untuk mendaulahkan Islam disalahgunakan malah dipesongkan mengikut acuan sendiri demi kepentingan diri dan kaum kerabat masing-masing. Mereka menggunakan acuan penjajah yang diwasiatkan kepada mereka untuk mereka gunakan dalam aspek perundangan, urusan jual beli dan aspek-aspek yang lain.

 

Mereka bukan sahaja tidak melaksana perintah yang telah ditetapkan olehNya, malah ada juga segelintir dari mereka menghina, mengutuk, memfitnah majhaj yang mulia ini. Mereka merasakan method islam ini tidak lagi selari dengan peredaran zaman yang canggih dan lagi maju.

 

Sekularisme menyerang umat Islam dan menghapuskan syariat Islam dari pemerintahan dan menjadikan undang-undang yang memerintah dan kekuasaan yang mengawal manusia ialah kekuasaan yang lain dari Allah swt,yang lain dari syariat Islam yang diturunkan oleh Allah swt.Kerana itulah menjadi kewajipan kepada kita untuk mengkufuri sekularisme dan menolak sistem yang berdiri di atas dasar sekularisma dan sama sekali kita tidak rela dan redha dengan sistem tersebut sehingga tertegak kekuasaan Allah dan tinggi kemuliaan Islam dan Islam adalah syarat yang memerintah manusia.

 

Apa kesan sekular pada pendidikan?


Apabila kita mendalami mengenai method pendidikan yang disyorkan oleh syara’ yakni method yang dikehendaki oleh Islam,sistem ini mampu membawa penganut-penganut islam ini membersihkan jiwa manusia dan menanamkan rasa taqwa kepada Allah. Apa yang terjadi pada dunia sekarang ini, sistem pendidikan negara kini telah diracuni dengan racun yang mampu melupakan manusia kepada Khaliqnya.

 

Berbagai-bagai kepalsuan seperti penyelewengan fakta-fakta sejarah islam, mengagungkan-agungkan sainstis barat, menabur para pelajar dengan cerita-cerita berkenaan dengan kehebatan yang dimiliki oleh musuh-musuh islam dari segi teknologi, persenjataan dan sebagainya ternyata berjaya mempengaruhi pemikiran manusia khususnya masyarakat islam sekaligus tertanam dalam jiwa mereka dengan kehebatan material yang sememangnya palsu dari penyerahan secara total kepada Allah.

 

Sekular sebahagian daripada fahaman materialisme kerana

● Ia membataskan metodologi ilmu kepada pancaindera manusia yg lima sahaja.

● Membataskan alam wujud hanya kepada yg dapat dikesan oleh pancaindera.

● Menyandarkan bukti materialistik dalam penemuan ujikaji sains.

● Memandang hukum alam adalah dikawal oleh hukum tetap (seperti teori Isaac Newton) yang mengatakan bumi beredar disebabkan adanya magnet dan beliau menafikan adanya kuasa tuhan.

PECAHAN SEKULARISME


Sekularisme bertindak sebagai pemangkin kepada kelahiran isme baru buatan manusia yang jelas tidak memberikan kesan yang efektif dalam kehidupan manusia. Isme buatan manusia yang berkait rapat dengan sekular ialah :

 

clip_image002

 

Asas pengeluaran isme yang bertentangan dengan Islam adalah disebabkan :

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

“Tidak akan redha selamanya Yahudi dan Nasrani kepada kamu sehingga kamu mengikut ajaran (agama) mereka.” ( Al-Baqarah 120)


Apa itu Nasionalisme .


Fahaman ini datang dengan meniupkan semangat kebangsaan dan Islam tidak menjadi asas kepada kesetiaan, ketaatan, dan kasih sayang tetapi bangsa dan negara menjadi asas dan kecintaan serta permusuhan, umat Islam berpecah belah dan Islam tidak menjadi penjaga dan mengawal pergerakkan mereka dan kerana itu umat dikosongkan dari cita-cita dan keinginan Islam dan ditiupkan kepada mereka cintakan negara sebagai gantinya.

 

Semangat kebangsaan yang dikemukan oleh fahaman ini telah menimbulkan berbagai masalah yang sehingga susah untuk diperbetulkan, negara ketiadaan rakyat dan rakyat kehilangan negara walaupun zahirnya mereka memiliki negara. Manusia hidup mementingkan diri sendiri sehingga cerdik pandai dan intelektual tidak mampu untuk membuat sesuatu kerana mereka kehilangan sandaran masyarakat kepada mereka. Kata-kata orang jahil dan bodoh menjadi pegangan dan pemerintah jatuh ketangan orang-orang yang bodoh. Apabila orang-orang bodoh memerintah maka berlakulah kerosakkan yang berleluasa, usaha yang sia-sia, pemerasan tenaga dan belenggu pemikiran.

 

Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa. Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.

 

Apa itu Kapitalisme


Memang sudah menjadi lumrah manusia untuk mengejar kesenangan dan kemewahan hidup. Tiada manusia yang mahukan kedaif dan kepayahan dalam hidup mereka kecuali kewarasan pemikiran mereka di angkat oleh Allah. Islam tidak melarang umatnya untuk mengumpul harta dan menjadi kaya raya selagi methodnya tidak melanggari batas-batas agama. Islam menetapkan kewajipan pembayaran zakat dan saranan bersedekah untuk menolong umat islam yang memerlukan.

 

Ini sangat berbeza dengan fahaman kapitalisme yang asaskan oleh pemikiran yang jahil. Penciptaan fahaman ini hanya untuk memperjuangkan hak kebebasan berekonomi tanpa batasan. Kesannya, wujudlah golongan kaya menjadi semakin kaya dan golongan miskin terus papa kedana.Fahaman ini juga ditolak kerana ia menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak, moral dan akhlak mereka runtuh, dan ia juga punca segala bentuk kezaliman dan penindasan sesama manusia kerana kejahilan dan kebodohan manusia sendiri yang tidak tahu hakikat kehidupan yang sebenarnya.

 

Apa pula Sosialisme


Fahaman ini dicetuskan untuk memperjuangkan nasib dan hak kesamarataan orang bawahan dan nasib buruh. Walaupun ini tampak baik dan adil namun ia adalah suatu yang melanggari fitrah. Ini kerana, walaupun kerja yang dilaku oleh pekerja sangat banyak, namun nilai upah atau ganjaran yang diberikan tetap sama dengan pekerja yang sedikit kerjanya.

 

Apa itu Komunisme


Komunisme adalah fahaman sosialis ala Karl Marx dari Jerman. Beliau berketurunan Yahudi dan meluaskan skop sosialisme dengan memperjuangkan nilai kekuasaan untuk membina sistem kesamarataan. Sistem ini menafikan hak mencari harta bagi yg mampu sebaliknya harta seseorang diagih kepada orang ramai tanpa usaha golongan yang menerima itu.fahaman ini diteruskan oleh Lenin,kerana itu ia disebut marxis-leninisme,

 

KESIMPULAN


صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ

“itulah corak (celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik pencoraknya (celupannya) daripada Allah s.w.t.” ( Al-Baqarah : 138)

 

Memperjuangkan ideologi selain Islam adalah membatalkan syahadah.Ini kerana isme-isme pembawakan manusia menumpukan kepada materialistik dan kita seharusnya membanyakkan bacaan walau dalam bahan apa sekalipun untuk membersihkan fikiran kita daripada kekotoran barat yang berusaha merungkai tali Islam dari leher kita. Kata-kata Saidina Umar “Sesungguhnya Islam akan terungkai satu persatu dari orang Islam apabila dia tidak mengetahui akan hakikat jahiliah”.

Sifat - Sifat Istimewa Islam (Samb..)

Sambungan dari Sifat-Sifat Istimewa Islam

SIFAT KHASAIS ISLAM

Disebalik pengiktirafan Allah swt bahawa Islam adalah agama yang teragung, maka sifat –sifat yang ada pada Islam perlulah menepati ciri kesempurnaan agama anutan manusia yang benar dan menyeluruh. Ciri-ciri Istimewa itu disebut oleh Dr Karim Zaidan didalam bukunya ‘Usul ad-dakwah’. Sifat-sifat istimewa Islam itu ialah :

clip_image001

 

Sifat Pertama : Rabbaniyyah ( ربني)

Ia membawa maksud Islam adalah berdasarkan manhaj atau sistem dari Tuhan iaitu Allah dan bukannya ciptaan manusia yakni bersifat ketuhanan. Ia juga bermaksud Islam membawa tujuan penganutnya hanya kepada Tuhan iaitu Allah semata-mata. Sifat ini melepaskan kita dari perhambaan sesama makhluk yang amat Islam perangi. Mesej Islam adalah untuk menegakkan ubudiyah (perhambaan) hanya kepada Allah. Segala kehidupan manusia dikembalikan kepada Allah sebagai tuhan manusia , seperti ikrar harian umat Islam didalam solat :

قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah : Sesungguhnya solatku,ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah ,Tuhan semesta alam (Surah Al-An am, ayat 162)

Sifat Rabbaniyyah ini menjelaskan ubudiyyah manusia kepada Allah, Rabb dan Ilah kepada manusia. Rabb (رب (iaitu tuhan yang mentadbir , menguasai dan mengawal semesta alam manakala Ilah ( اله) ialah tuhan yang layak di ta’budkan (disembah). Inilah penekanan tauhid rubbubiyyah dan tauhid uluhiyyah yang perlu difahami oleh hamba Allah swt.

 

Sifat kedua : Syumuliyyah ( شمولية )

Ia bererti Islam membawa ajaran yang menyeluruh sehingga menyentuh persoalan sekecil kecil sehingga ke sebesar-besar perkara sama ada adab membuang air,rumahtangga,ekonomi, pentadbiran, dan sistem pembangunan negara. Namun ramai umat Islam tidak mahu mendalami kitab-kitab ilmuan Islam dan meneliti sistem Islam walaupun kita dari aliran sains atau bidang profesional yang lain.

 

Sifat ketiga : ‘Alamiyyah ( علمية )

Ini bermaksud Islam sesuai untuk sarwajagat dan seluruh negara dan bangsa. Islam tidak pernah menetapkan makanan dan pakaian wajib mengikut budaya Arab sebaliknya hanya menerapkan sunnah Nabi untuk diikuti sahaja. Walaupun zaman semakin canggih, namun sistem Islam tetap boleh disesuaikan.

Tujuan Syari’at Islam ( Maqasid Syar’iyyah ) adalah;

1. Dharuriat : iaitu Islam menitikberatkan dalam menjaga perkara penting (dharuriat) seperti menjaga akal, agama, nyawa, keturunan dan harta.

2. Hajjiyyat : perkara yang diingini oleh manusia seperti makanan dan pakaian untuk hidup.

3. Tahsiniyyat: perkara yang diperlukan untuk meningkatkan taraf dan keselesaan hidup seperti kenderaan.

 

Sifat keempat : Waqi’iyyah ( وقعية )

Islam sesuai diamalkan di mana jua sekalipun. Contohnya hukum menutup aurat diwajibkan tetapi boleh mengikut fesyen dan adat pakaian sesuatu kaum seperti wanita melayu menutup aurat dengan berbaju kurung yang menutup tubuhnya, bertudung dan bersetokin. Manakala lelaki memakai kain pelekat walaupun tiada pada zaman nabi.

 

Sifat kelima : Inqilabiyyah ( انقلبية )

Ia bermaksud menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah. Ini bermakna Islam tidak boleh berkompromi dengan jahiliyyah atau kufur. Sebagai contoh, walaupun Rasulullah boleh menerima tawaran sebagai raja dengan syarat meninggalkan dakwah, baginda menolak dan berusaha menghapuskan kemungkaran itu terlebih dahulu. Namun dalam keadaan tertentu, tidak perlu keruntuhan kufur atau jahiiyyah terlebih dahulu sebelum menegakkan Islam, contohnya suasana sekeliling yang diselubungi kemungkaran, perlu diterapkan nilai-nilai Islam walaupun bukan di bawah pemerintahan Islam.Rujuk Surah Al-Kafirun ayat1-6

(1) قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

(2) لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ

"Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.

(3) وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ

"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.

(4) وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ

"Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

(5) وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ

"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.

(6) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Sifat keenam : Thabat wa Murunnah ( ثابت ومرونة )

Islam adalah tetap (thabat) dari segi hukum dan prinsip, tetapi anjal atau fleksibel(murunnah) dari segi perlaksanaan supaya ajarannya mudah diamalkan secara berterusan. Misalnya, umat Islam wajib mendirikan solat tetapi dalam keadaan sakit, perjalanan jauh, perang dan sebagainya, perlaksanaan solat diberi rukhsoh(keringanan) yang Allah berikan. Contoh lain adalah dari segi batasan aurat. Allah telah menetapkan aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan telapak tangan namun Allah tidak terlalu membebankan kaum hawa ini untuk berada di kalangan muhrimnya dengan firmanNya:

 

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka (Surah An-nur, ayat 31)

 

Kesinambungan sifat islam itulah yang menjadikan Islam itu lengkap. Islam bersifat ketuhanan, sempurna, menyeluruh, sesuai sepanjang masa, tertegak atas keruntuhan jahiliah dan pelaksanaan yang pelbagai dengan hukum yang tetap. Benarlah firman Allah swt :

(Surah Al-Maidah,ayat 3)

 الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Bagaimanakah nasib golongan yang menolak agama Islam ? Allah swt berfirman :

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sesekali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia diakhirat termasuk orang orang yang rugi ( al-Imran :85)

 

Bagaimana pula ganjaran dan janji Allah swt kepada golongan yang menerima Islam dan menjadikannya sebagai cara hidup? Inilah janjiNya.

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Sesungguhnya orang orang yang berkata : Tuhan kami adalah Allah , kemudian mereka tetap lurus , nescaya atas mereka malaikat ( yang berkata) bahawa janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan bergembiralah dengan syurga yang pernah dijanjikan kepada kamu. ( Fussilat : 30)

Guru Terbangsat ~

Assalamualaikum....

Seperti biasa dan kebiasaan aman.. Melawat rumah ke rumah orang. Melalui dunia maya ini. Huhuhu.. Aman maksudkan, melawat belog-belog entah siapa sahaja. Untuk membaca dan terus menbaca. Tertarik dengan artikel ini. Hasil penulisan yang menarik~~

 

Jom layanzzz...ZZZZaaaaasssss...........

Guru Terbangsat

Ayah, kenapa laki tu angkat perempuan tu letak atas katil? Lepas tu sorang lagi laki buka seluar?,”

tanya seorang anak kecil sambil menonton iklan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitamyang sedang ditayang di hadapan mereka sekeluarga.

Si ayah terkedu.

Mak, kenapa dalam akhbar ni laki dengan perempuan ni ditangkap sebab tidur sebilik? Mak dengan ayah tidur sebilik tak kena tangkap pun,”

tanya si anak itu lagi dengan penuh rasa ingin tahu.

Si ibu tersentak.

 

Itulah hakikat realiti hidup zaman sekarang. Kawalan anak-anak di rumah seolah-olah memburukkan lagi kehidupan si anak apabila didikan ibubapa bertentangan dengan apa yang dipertontonkan kepada anak-anak mereka saban hari. Situasi ini berlaku di sekeliling kita setiap hari dan di mana-mana jua. Namun, masih ramai golongan masyarakat yang masih jahil membawa pandangan-pandangan yang bersifat ‘falsafah kosong’ menyokong segala kemungkaran yang semakin berleluasa secara rasmi di dalam media seperti yang di‘fatwa’kan oleh ‘Nabi-nabi’ mereka – artis dan politikus.

 

Media Dan Pendidikan

Media merupakan salah satu ruang pendidikan yang mengajar manusia melalui pengulangan agenda di sebalik setiap paparan yang disajikan bagi mencapai keyakinan kepada setiap pembaca, pendengar, dan penonton yang mengikutinya. Keberkesanan penanaman keyakinan para pengikut media hampir tidak diragui sehingga media hari ini menjadi elemen utama dalam menyampaikan sebarang bentuk pengetahuan semasa kepada golongan massa.

 

Ivan Pavlov, seorang pakar psikologi, fisiologi, antropologi, serta perubatan dari Rusia yang menjadi salah satu individu rujukan paling asas bagi sistem pendidikan di Malaysia melalui penemuannya tentang teori tingkahlaku. Ivan Pavlov menerima Anugerah Nobel dalam bidang Fisiologi Perubatan pada tahun 1904 dan merupakan individu yang sangat berpengaruh sewaktu hayatnya sehingga teorinya dikembangkan lagi oleh Carl Jung.

 

Beliau menggunakan anjing sebagai subjek eksperimen dan membuktikan tingkahlaku haiwan adalah tindakbalas atas apa yang dipercayainya. Dalam eksperimen tersebut, anjing akan diberi makanan dan tindakbalas seperti penghasilan air liur diperhatikan. Kemudian, makanan akan diberikan kepada anjing tersebut setiap kali loceng dibunyikan. Setelah beberapa lama langkah ini dilakukan, eksperimen disambung dengan membunyikan loceng tanpa memberi makanan kepada anjing tadi. Ternyata, anjing tersebut masih mengeluarkan air liur akibat loceng yang dibunyikan walaupun tiada makanan yang diberi.

 

Mengapa ini berlaku? Secara ringkasnya, anjing tersebut telah diyakinkan dengan pengulangan sistem loceng dan makanan sehingga ia yakin makanan akan diberikan setelah loceng dibunyikan – walaupun sebenarnya tidak. Dan hari ini, teori ini diajar kepada kesemua bakal guru tetapi ibrah penemuan ini tidak disalurkan ke tempat yang sepatutnya.

 

Sayang sekali penggubal sistem dan pihak yang berkaitan tidak dapat membezakan antara manusia dan anjing sehingga tidak mempedulikan kebejatan mungkar yang berada di sekeliling masyarakat saban hari!

 

Akhlak Intinya Aqidah

Perilaku manusia iaitu akhlak merupakan satu bentuk perbuatan yang dinilai sebagai baik oleh naluri kemanusiaan itu sendiri. Namun, sandaran penilaian akhlak kepada naluri kemanusiaan semata-mata nyata menjadi perdebatan yang hebat dalam kalangan ahli jiwa. Penilaian sebegini jelas mempunyai percanggahan pendapat yang sangat kritis terutama dari sudut perkara-perkara yang berbentuk metafizika.

 

Sebab itulah budaya hidup gay serta lesbian yang diterima di Barat langsung menjadi tentangan yang hebat di negara-negara lain terutama di Malaysia akibat perbuatan ini dinilai sebagai tidak bermoral oleh kebanyakan masyarakat di sini. Budaya jijik sebegini diterima di Barat atas dasar pandangan alam Barat yang lebih mengutamakan kebebasan hak individu dalam melakukan perkara-perkara baharu yang di anggap sebagai moden. Pandangan alam sebegini ternyata songsang atas ukuran naluri manusia yang dididik dengan keilmuan yang sahih lagi benar – pendidikan Islam.

 

Oleh sebab itulah di dalam Islam akhlak seseorang manusia dinisbahkan kepada al-Qur’ān serta segala perilaku, perkataan dan pembenaran oleh RasuluLlah SAW iaitu al-Sunnah. Malah, kayu ukur akhlak sebegini akan kekal sejak daripada kewafatan RasuluLlah SAW sehinggalah Hari Kiamat nanti. Ukuran inilah yang menjadikan umat Islam senantiasa menilai tingkahlaku mereka sama ada mematuhi piawaian yang digariskan oleh Allah SWT serta Nabi Muhammad SAW atau tidak.

 

Maka, walau di mana umat Islam berada, walau pada bila-bila masa umat Islam bertindak, mereka akan melakukan yang terbaik dan selaras dengan anjuran yang diketengahkan di dalam Islam – bukan lakonan semata-mata seperti yang dibuat-buat di hadapan kamera atau di khalayak ramai sebagai puji-pujian palsu.

 

Aqidah yang ditanam subur di dalam jiwa manusia ini akan menumbuhkan pohon akhlak yang benar-benar memahami tujuan penciptaan manusia di dunia. Oleh itu, walau di tempat yang tersorok sekalipun, manusia yang terdidik sebegini percaya sepenuhnya bahawa Allah Maha Melihat dan seterusnya melakukan perkara-perkara yang baik bersandarkan kebaikan yang dianjurkan di dalam Islam.

 

RasuluLlah SAW Sebagai Suri Teladan

Kedatangan Nabi Muhammad SAW dalam masyarakat Arab jahiliyyah tatkala mereka di ambang kehancuran merupakan satu rahmat yang terlalu tinggi nilainya dari Allah SWT. Pada waktu itu, masyarakat Arab jahiliyyah kehilangan adab sebagai manusia sehingga menimbulkan pelbagai kerosakan sistem kehidupan mereka baik dari sudut sosial, politik, mahupun akhlak.

 

Akhlak serta percakapan baginda RasuluLlah SAW yang begitu menyenangkan masyarakat Arab jahiliyyah ketika itu telah menarik hati masyarakat dalam menerima Wahyu yang disampaikan oleh baginda RasuluLlah SAW. Namun, segelintir manusia yang masih ego serta mementingkan kesenangan duniawi ingkar atas kebenaran yang dibawa oleh RasuluLlah SAW sehingga mereka memusuhi malahan membenci baginda walaupun baginda menyampaikan risalah da‘wah dengan jalan yang paling berhikmah.

 

Pada ketika itu baginda RasuluLlah SAW dan para Sahabat baginda yang memegang teguh pendirian sebagai muslim ditentang hebat sehingga ada yang disiksa hingga terbunuh. Majoriti masyarakat ketika itu sangat tidak menyenangi kebenaran yang dibawa baginda kerana perhitungan mereka hanyalah semata-mata demi kepentingan harta benda yang tidak kekal lama. Kebenaran tersebut bagi mereka ternyata menyebabkan kepentingan duniawi yang dinikmati selama ini akan tergadai.

 

Tentangan demi tentangan, ditambah pula dengan tomahan palsu yang dikenakan ke atas umat Islam ketika itu diterima dengan hati yang menyerah kepada Allah SWT serta baginda RasuluLlah SAW secara total. Akibat keteguhan baginda RasuluLlah SAW serta para Sahabat yang sama-sama memperjuangkan aqidah ini, kita hari ini dapat menikmati kebahagiaan yang hakiki yang menjadikan pertemuan kita dengan Allah SWT di Akhirat sana sebagai tujuan hidup.

 

Malah, baginda RasuluLlah SAW pernah bersabda:

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak

Sayang seribu kali sayang, Nabi junjungan besar kita hari ini hanya dislogankan ketika Maulidur Rasul serta diselitkan Hadith baginda di celahan program televisyen serta iklan yang berteraskan budaya sesat yang diperangi oleh baginda RasuluLlah SAW sendiri ketika hayat baginda. Penghinaan sebegini dilihat sebagai norma masyarakat bilamana tiada seorang pun muslim di Malaysia yang bangkit lalu membela kesucian teras Islam yang dipermainkan sebegitu rupa. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita atas kelalaian diri kita sendiri.

 

Cegah, Bukan Ubati

Perilaku serta risalah da‘wah yang disampaikan oleh baginda RasuluLlah SAW sebenarnya merupakan rujukan utama umat Islam dalam memandu kehidupan manusia menuju hakikat penciptaan mereka di dunia dan tujuan hidup mereka setelah dibangkitkan di Akhirat kelak. Peringatan baginda RasuluLlah SAW ini adalah hadiah yang tidak ternilai kepada umat akhir zaman dalam membentuk masyarakat yang benar-benar faham serta yakin tentang kehidupan yang bahagia serta sejahtera dalam erti kata yang sebenarnya.

 

Pelbagai kerosakan dalam kalangan muda-mudi hari ini terutamanya, sepatutnya dapat dicegah lebih awal lagi sehingga tidak menimbulkan sebarang kerosakan sistem kehidupan bermasyarakat. Peribadi contoh oleh baginda RasuluLlah SAW serta penghayatan terhadap faham ilmu dan kebahagiaan yang benar yang dibawa melalui al-Qur’ān seharusnya disampaikan kepada seluruh masyarakat sedari kecil lagi.

 

Penularan budaya rempit yang menyebabkan kematian beberapa mangsa yang terlibat baru-baru ini dilihat sebagai ‘menang sorak kampung tergadai’. Slogan-slogan berbaur kemajuan dan pembangunan yang dikecapi negara selepas kemerdekaan mengisi hampir setiap ruang media sehingga masyarakat benar-benar percaya bahawa negara ini mencapai suatu tahap kehidupan yang memuaskan tanpa melihat dengan mata hati bahawa masyarakat hari ini tidak ubah seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.

 

Filem-filem yang mempromosi budaya rempit dan gejala sosial diberi ruang yang cukup besar semata-mata ingin mengaut keuntungan atas kehebatan aksi-aksi samseng serta kegagahan para pelanggar salahlaku undang-undang. Dengan alasan ‘mendalami jiwa rempit’, semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kemungkaran rasmi ini dilihat seolah-olah sebagai hero bilamana mengenengahkan realiti masyarakat di dalam media massa.

 

Maka, pengajaran apa yang benar-benar dijadikan asas kehidupan oleh para penonton dan pembaca media massa? Adakah dengan memperbesarkan isu gejala sosial dengan penyampaian yang menyimpang sebegini dapat memberi kesedaran yang benar-benar meresap ke dalam jiwa anak-anak muda sehingga mereka takut untuk melakukannya?

 

Gejala sosial hari ini seperti air yang melimpah daripada sebuah kolah. Kebanyakan masyarakat terutama politikus serta pihak berkuasa berusaha menimba air yang melimpah untuk dibuang bagi mengelakkan kawasan di sekeliling kolah kotor dan berbahaya akibat licin. Tiada sesiapa yang berani bangkit dan menutup pili – punca air melimpah – kerana yang membuka pili adalah diri mereka sendiri!

 

Pembatal Pendidikan

Pendidikan hari ini di ambang kerosakan yang benar-benar membimbangkan. Kebimbangan ini bukanlah hanya lafaz di mulut atau lagak kepura-puraan di hadapan kamera, tetapi lahir daripada kefahaman ilmu yang sahih hasil adab didikan yang sempurna sehingga cetusan rasa dan tingkahlaku daripadanya terbit melalui kesedaran manusia itu sendiri tentang hakikat kehidupan.

 

Guru-guru hari ini seolah-olah menjalankan tanggungjawab yang sangat sia-sia bilamana mengajar di sekolah dengan bersungguh-sungguh. Separuh hari yang digunakan di sekolah oleh murid-murid dalam memahami erti ilmu serta hakikat kehidupan dibatalkan sepenuhnya dengan lambakan kesesatan yang nyata hasil dakyah pihak media yang tidak bertanggungjawab. Iklan-iklan di televisyen serta drama-drama palsu yang memperlihatkan kepada anak-anak muda erti kehidupan terletak kepada wang serta wanita diberi anugerah tertinggi setaraf martabatnya seperti pencapaian para cendekiawan ilmu. Ini memberikan fenomena yang sangat bertentangan dengan pembelajaran murid-murid di sekolah. Tatkala guru di sekolah mendidik anak murid, ada ‘guru’ di luar sekolah yang membangsatkan anak murid!

 

Jadi, mengapa harus diteruskan usaha mendidik anak murid di sekolah jika masih dungu lagi para pengawal sistem media yang hanya mementingkan rating program yang diterbitkan sehingga sanggup menyelitkan unsur-unsur negatif sebagai pelaris?

 

Kotoran di hati harus dibersihkan dahulu sebelum dimasukkan ilmu yang benar ke dalam jiwa murid-murid. Mana mungkin perkara ini berjaya dilakukan jika media masih mempengaruhi masyarakat dengan memaksa agenda sesat mereka disumbat ke dalam minda. Maka, tugas guru menjadi lebih berat lagi – mendidik anak murid serta membentuk sistem kekeluargaan masyarakat yang benar-benar memahami tujuan pendidikan sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

 

Hujah Atas Ilmu, Bukan Sangkaan

Sebilangan masyarakat memberi komen negatif terhadap gejala sosial yang berlaku saban hari memperlihatkan kepada kita kesedaran yang timbul benar-benar memberangsangkan. Namun, harus diingat bahawa pendapat masyarakat kebanyakan tidak boleh dijadikan ukuran tertinggi dalam menilai cara-cara menangani gejala sosial yang semakin merebak gara-gara kebiadapan pihak media yang mencari keuntungan hasil kesesatan mereka yang ditampilkan di dalam media massa.

 

Kajian atas ilmu yang sahih serta adil sepatutnya menjadi kayu ukur dalam membincangkan permasalahan media dan gejala sosial. Pencegahan di peringkat awal sepatutnya dapat dijalankan, tetapi atas campur tangan politik serta pengaruh wang, kemungkaran dengan rasminya di‘halal’kan oleh sebilangan besar masyarakat untuk bertapak kukuh dalam media.

 

Malah, cadangan serta komen daripada pemimpin tertinggi negara sekalipun dilihat sebagai ‘melepaskan batuk di tangga.’ Keseriusan tindakan yang sepatutnya di ambil dalam mencegah kerosakan akhlak dalam kalangan remaja harus disandarkan kepada keilmuan yang sahih lagi benar, bukan semata-mata atas jawatan atau kuasa yang disandang. Jika perkara sebegini masih berlanjutan, tidak mustahil suatu hari nanti negara akan membenarkan segala macam kemungkaran akibat pihak berkuasa yang tidak sanggup lagi menanggung kos mengubati gejala sosial yang semakin meruncing.

 

Ternyata aqidah umat Islam hari ini masih rapuh sehingga sanggup mengenepikan hakikat kehidupan di dunia sebagai pinjaman serta mempermainkan hasrat murni sebilangan kecil masyarakat yang memperjuangkan kebenaran.

 

Hati, Mata, dan Telinga

Allah SWT dengan keras memberi amaran kepada manusia yang apabila disampaikan kebenaran kepada mereka, mereka masih lagi membiakkan lagi kemungkaran di muka bumi. FirmanNya di dalam al-Qur’ān:

5-19-2009 6-28-29 PM

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti Keesaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai.”

[QS al-A‘rāf 7:179]

 

Sungguh, keterangan Allah SWT ini jelas serta benar bagi umat manusia menginsafi perilaku mereka saban hari. Bagi mereka yang benar-benar memahami tujuan penciptaan mereka di dunia ini, perjuangan dalam menegakkan kebenaran masih berlangsung dengan meletakkan Allah SWT sebagai sebaik-baik penolong dan pelindung. Bagi mereka yang ragu-ragu dengan kebenaran al-Qur’ān, pelbagai alasan yang sengaja direka bagi menyedapkan hati mereka sendiri dijadikan sebagai sandaran rapuh dalam meneruskan kembali usaha melipatganda kepentingan duniawi mereka yang bakal menghancurkan jiwa raga mereka sendiri daripada sudut pandang hakikat kehidupan.

 

Wahai guru, didiklah anak muridmu menjadi sebenar-benar manusia, bukan membela nafsu masyarakatmu yang semakin menggila.

 

*tajuk artikel ini bukan berniat untuk mencela kerjaya guru, namun kegelisahan yang amat mendalam serta kesesakan jiwa yang semakin menebal memberikan saya keupayaan untuk melonjakkan kesedaran para guru bahawa di luar sekolah masih ada ‘guru’ yang membatalkan didikan yang kita berikan selama ini di dalam sekolah. Kekecewaan saya sangat mendalam, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui isi hati ini. “Ampunilah dosa kami Ya Allah, kerana gagal mendidik generasi kami dalam mengenal serta mencintaiMu.”

sumber asal : Darah Merdeka

Sifat - Sifat Istimewa Islam

Islam merupakan agama samawi yang telah diturunkan oleh Allah swt melalui RasulNya, Muhammad saw dan merupakan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta telah diiktirafkan kebenaran manhajnya, firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3 :

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا

Pada hari ini,Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Al-Maidah : 3)

 

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ

Sesungguhnya agama yang direhdai di sisi Allah hanyalah Islam (Ali imran 19)

 

Apakah yang perlu kita fahami tentang Islam ? Islam adalah berasal dari bahasa ‘arab, maka untuk mengambil pengertiannya , ia dapat di tinjau dari berbagai pokok kata iaitu:

Selamat : Di ambil dari perkataan “salima” ( ( سليما. Bermaksud Allah menjamin keselamatan orang islam di dunia dan akhirat. Oleh itu seseorang muslim mestilah dapat mewujudkan keselamatan di muka bumi Allah samada kepada dirinya,keluarganya dan orang ramai.

Damai : Di ambil dari perkataan “salmi” (سلمى ). Bermaksud Islam mementingkan kedamaian dan setiap muslim mestilah mencintakan kedamaian.

Tunduk dan patuh: Di ambil dari perkataan “istaslama” ( استسلما) bermaksud setiap muslim mestilah tunduk dan patuh serta taat dalam erti kata melakukan apa yang yang di suruh dan meninggalkan apa yang dilarang tanpa membantah sedikitpun.

Tulus dan ikhlas : Juga diambil dari perkataan “istaslama”. Seseorang muslim itu mestilah tulus dan ikhlas dalam melaksanakan ubudiyyah kepada Allah semata-mata,bukan kerana mengharapkan sanjungan dan pujian daripada manusia.

Maju :Diambil dari perkataan “sullam” ( سلم ) yang bermaksud “tangga” dan “peningkatan”. Setiap muslim mestilah selalu meningkat atau maju cara mareka berfikir berdasarkan batas yang telah ditetapkan syara’ dan mereka juga mestilah berusaha untuk mencapai ketinggian budi lahiriyyah mahupun batiniyyah.

Islam juga diertikan sebagai :

● Taat , Menyerah, Damai (bahasa)

● Ketaatan dan penyerahan diri kepada Allah swt dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya ( Istilah )

Firman Allah swt :

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلا

Dan tidak ada Yang lebih baik ugamanya daripada orang Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim Yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya. (Surah An-Nisa’:125)

 

Sabda Rasulullah saw tentang maksud Islam :

يا محمد خبر ني عن الا سلام, فقال رسول الله : الاسلام ان تشهد ان لا اله الا الله و ان محمدا رسول الله , وتقيم الصلاة , وتؤتي الزكاة , و تصوم رمضان , وتحج البيت ان استطعت اليه سبيلا

Bertanya Jibril kepada Nabi Muhammad , Wahai Muhammad khabarkan kepadaku darihal Islam. Maka Rasulullah saw menjawab : Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan solat, dan engkau mengeluarkan zakat dan engkau puasa Ramadhan dan engkau mengerjakan haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya (Riwayat Muslim)

 

InsyaAllah, akan bersambung........

 

~ aman shah ~

Manfaat dari Ber'couple'

Assalamualaikum

Maaf andainya t'kasar bahasa...
Utk pengajaran b'sama...
Andai ada yg terasa maaflah...
Sekadar p'kongsian b'sama...
Saling ingat mengingati...

 

Antara p'kara yg ber"manfaat" drpd ber'couple' ;

1) Seronok (dpt fitnah)...
2) Seronok (dpt dosa)...
3) Seronok (dpt geng dgn syaitan)...
4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...
5) Byk habis duit (lebih baik guna utk b'sedekah)...tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung stp bulan...
6) Banyak risau (takut awek org lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)...
7) Banyak t'menung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek...kita sbg muslim patutnya byk mengingati MATI yg boleh dtg pd bila-bila masa)...

8) Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia shj....yg lain dah tak kisah.)...
9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...

10) Lain-lain lg yg m'berikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd saham PAHALA...

 

Hasil drpd pengalaman/pemerhatian/kajian ana t'dpt beberapa sbb yg m'jadi PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi ;

1) Byk sekolah/pusat pengajian campur. Perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg b'tanggungjawab utk mengawal p'campuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak...

2) P'kara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada p'dpt (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak (Nauzubillah !)... Pd p'dpt mrk, keluar dating di khalayak ramai, bukannya b'duaan di tempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... So tak pe le dosa pun sikit je. Nanti dah kahwin settle dan taubat le. Ana bab nie yg payah nak jawab...ada aje alasan dia org utk melepaskan diri. Org kata kalau dah nak buat tu mmg macam2 helah. Kita nasihat kot sini dia corner kot lain. Bykkan b'sabar dan teruskan usaha kita insya-Allah lama2 dia akan sedar...

3) Sudah m'jadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sbb itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas -ve dan +ve. Hasil drpd pentarbiyahan Islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...maka t'jadinya perhubungan(kwn2) sebelum ada ikatan yg sah, dan ada setengah ibubapa dgn selamba kata,"Tak pe le dia orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior le". Betul juga kata ibubapa t'sebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg baik dan yg buruk...tp tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan...

4) B'tambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga seperti cara b'gaul, bercakap, dan sbgnya. Ini membuka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka. Tak percaya cuba pergi lepak (tujuan utk mengambil iktibar) kat KL... Ada yg elok tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada chance nie...

5) Ramai perempuan semakin berani....berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mrk pun goda le lelaki so dapat banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat Bunga yg banyak dapat awek...

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau takde awek maka macam ada satu kekosongan dalam jiwa...lebih2 lg kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling mempengaruhi suasana...

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dlm bab meng'ayat' awek...lelaki ni biasa le EGO..... ego tak kena tempat...

8) Haaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki.... lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik semangat untuk kacau awek. Mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2... ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat', awek tu pun accept le mamat tu. Ada juga awek yg manja sikit bila nak minta tlg maka lelaki akan terperasan yang awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. Maka dianjurkan pada kaum Hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yang tak kena. Pada kaum Adam pula, jangan la perasan cepat sangat....

9) Ada kaitan dengan fakta ke 8.... perempuan cepat sangat kesian bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. Tolong itu, tolong ini... Bila lelaki yang dok tolong tu 'ayat' sikit aje dengan mudah perempuan tersebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut...yang lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yang jadi macam tu...

10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain....ngam ke tak ngam sebelum berjanji untuk sehidup semati...

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara. Yg haram akan tetap haram, sbg mana hadith Rasullullah...

Daripada Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir(RA): Sabda Rasulullah(SAW) ;

"Sesungguhya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata...dan di antara keduanya ada kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari segala kesamaran, maka ia memuliakan agama dan kehormatan bagi dirinya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, maka jatuhlah ia seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan..." (Mutafaq 'alaih)

Jangan TAK terase yek...    

Nauzubillahi min zalik...

Wallahu'alam...

 

Sumber : Forwarded Email dari my Sahabat~~

Hari Guru 2009

 

TERIMA KASIH GURU-GURUKU

 

Selamat Hari Guru 2009

 

Tadika Kemas Bukit Tangga , Kedah

(1991)

Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga , Kedah

(1992-1997)

Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama , Selangor

(1998-2000)

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping

(2001-2002)

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

(2003)

Malaysia Institute of Aviation Technology, Jenderam Hilir

(2004-2005)

Engineering Training Dept, Malaysia Airlines System

(2006-NOW)

 

Terima kasih kepada semua guru-guru.

Selamat hari guru juga ntuk semua guru-guru walau dimana anda berada...

 

Yang paling utama,

terima kasih kepada mak dan abah kerana mendidik aman dari aman dilahirkan sehingga sekarang.

Tidak lupa kepada rakan-rakan yang mendidik aman dalam sedar ataupun dalam tidak sedar..

terima kasih semua..

 

 

Semoga pengajaran dari kalian semua diberkati Allah

 

Gagak, Bapak dan Anak

 

 

Hari ini birthday abah aman terchenta, Hamzah bin Hasim bin Daud bin Awang bin Mohd Hassan bin Munas . Call mak kejap tadi, abah dah tidur. Memang dah jangka. Nak buat macam mana. Esok sajalah. Abah memang jenis tidur awal, bangun pun awal~~

Selepas itu, aman belek folder Tazkirah dalam komputer aman ini. Sudah lama tidak melihat dalamnya. Huhuhu. Sudah jarang ber'update' artikel dalamnya. Menyemak juga sudah kurang~~

 

Terlihat artikel Sayangilah ibubapa. Aman pun mengetik artikel itu. Artikel yang telah di'copy' dari email aman bertarikh 22 September 2004. 5-15-2009 12-02-31 AM Apabila sedang membaca artikel itu, teringat iklan petronas. Iklan raya petronas 2007. Terasa ingin menangis pun ada melihat artikel ini. Sedih sangat-sangat. Walaupun abah 'agak' garang (Nak buat macam mana, dah nama keturunan Tok Janggut) , namun jauh disudut hatinya, terdapat juga kasih sayangnya kepada anak-anaknya yang nakal-nakal ini. Segala peristiwa abang Ket, Cik Gi, Adik Emy dan Adik Tam ligat bermain difikiran. 'Peristiwa' yang aman lalui bersama abah, terpahat rapi menjadi pengajaran hidup aman dalam menempuh hidup ini. Bacaan lanjut perihal ayahanda tersayang >Cerita Abah<

 

 

Petikan Artikel Sayangilah Ibubapa!

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka.


Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.
Si ayah lalu menuding jari ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak.


Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.

Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat,"Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalanyang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"


Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, "Gagak la ayah.......".

Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.

"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.


Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama."Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.

Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut.......... "Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun.

Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung gagak".

Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."


MORAL OF THE STORY:
"BERSAMA-SAMALAH JAGA HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN SESEKALI MENGECILKAN HATI MEREKA"

My Abah

 

Abah telah banyak berjasa pada aman dan adik beradik yang lain. Tidak mungkin aman mampu membalas semua jasa abah itu.

 

Teringat lagi, berusia 7 tahun, aman memang sudah terkenal dengan kuat mengusik dan 'kaki buli' (sampai sekarang kot...hehe). Teringat peristiwa masa di kampung, Nor Ain, sepupu aman, sering menjadi mangsa usikan aman dan Cik Gi. Lepas Cik Gi keluar, aman meneruskan usikan tersebut. Abah sudah acapkali menegur, tetapi.... Aman degil. Aman meneruskan juga usikan tersebut. Tanpa disedari, entah bila abah di belakang.... PAP! mak datok! pedih belakang... Dengan pelepah kelapa tu~~ mau berbirat belakang aman seminggu. Nak tidur pun susah..

 

Masih basah lagi di ingatan. Ketika sesi berkhatan ( untuk pengetahuan semua, aman berkhatan cara lama, duduk atas batang pisang lagi~~~Susah mau imagine kan?hehe ) Masa itu, aman umur 8 tahun. Kenangan bagaimana abah mandikan aman (1st time tu~~), kenangan abah jaga aman masa hendak bersunat dan yang paling menarik, kenangan bagaimana abah mendukung aman selepas bersunat (ini arahan tok mudim tu untuk mengangkat cara itu). Terima kasih tok mudim. Cara mengangkatnya? Susah mau imagine dengan penulisan. Bagaimana aman bersangkut di leher abah dan abah mengangkat aman dengan memegang kedua-dua paha. Kesian Pak Lang Mat, sudah laa Along dan Angah bersunat serentak, mahunya kena usung dua kali. hehe. Nasib baik Pak Tih On ikut sekali~~

 

Masa berumur 12 tahun. Sebelum peperiksaan UPSR, seperti biasa laa.. Program motivasi. Hari terakhir tu, ada sesi 'menangis-menangis' seperti biasa. Tutup lampu dan cikgu Ratna Lela pun memulakan ayat-ayat cinta~~ Semua orang menangis...Opss..tak semua. Aman dan Pitz Che Halim tak ngangis okke~~ Aman dengan Pitz pakat gelak kat orang-orang yang menangis. huhu. Lepas tu, kena marah dengan cikgu~~ Huhu... Esoknya, cikgu tanya..Kenapa aman tak nangis.. Jawapan aman? "Aman anak abah! Tak leh nangis!" huhu... (Nyesal pulak tak nangis time malam tu..huhu )

 

Jika hendak dikarangkan, terlalu banyak hendak dikarangkan. Aman hidup bersama abah sudah menjangkau 24tahun 23hari sudah (umur itu hanya pada nombor okke~~). Jika hendak dikarang, aman boleh mengarang lebih panjang cerita aman dengan abah. Cerita makan-makan di Kuala Perlis, cerita hadiah pertama dari aman, cerita sehari sebelum aman masuk matrik ketika ditengah-tengah sawah bersama abah, cerita pertama kali aman 'paksa' abah naik kapal terbang pergi Kota Kinabalu, cerita gosip tentang abah gara-gara aman hantar abah dan mak berjalan-jalan di Kota Kinabalu (Serius cerita menarik~~) dan macam-macam lagi kenangan bersama. Tetapi kurang selesa untuk menaip. Kalau penulisan tangan, lebih aman gemari. Kerana lenggang lengguk tarian batang pena itu lebih menarik perhatian dari tarian jari-jemari di atas papan keyboard ini. Dengan penulisan tangan, setiap kesalahan tampak jelas dimata, tetapi dengan tarian jemari ini, bisa sahaja mengetip kekunci 'Back Space' atau 'Delete' itu.

"Ya Allah, Kau rahmatilah abahku, Hamzah bin Hasim. Ya Allah, Kau berikanlah rahmatMu kepada abahku sepertimana abahku memberi kami rezeki-rezekiMu Ya Allah. Kau berilah hidayahMu kepada abahku untuk setiap titisan keringat yang jatuh membasahi bumi ketika abahku mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosa abahku sepertimana Kau menjadikan seorang bayi yang suci dari sebarang dosa. Ya Allah, Kau kasihanilah bapaku sepertimana Kau mengasihani para-para rasulMu. Ya Allah, Kau berikanlah umur yang panjang kepada abahku, umur yang panjang di dalam kerahmatanMu, Ya Rabbal 'alamin"

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

Hati & Perasaan

 

Bismillah...Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah. selepas membaca-baca belog-belog kawan-kawan, terasa untuk menulis berkaitan hati dan perasaan ini. Gara-gara terbaca artikel dari belog makngah Asniza (Perasaan pada hati atau jantung) dan mendengar keluhan berita kekecewaan kawan aman dalam percintaan, terus terbit idea hendak menulis artikel ini. Bukan menulis sebenarnya, lebih kepada rumusan apa yang aman pernah baca sebelum ini. Ini bukan bermakna aman menyokong percintaan sebelum kahwin!

Hati & Perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul....supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul...kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

 

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup...yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

 

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!

 

Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Rumit bukan?

 

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

 

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

 

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

 

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

 

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

 3019032285_9be870cae2_b

Puisi Sahabat

 

Tangisan sahabat buat sahabat,
Bukan boleh dibuat-buat,
Tidak bisa disekat-sekat,
Kerana tangisan seorang sahabat,
Mengandungi pelbagai peristiwa yang tersirat,
Wujudnya pertalian menjadi pengikat,
Pertalian yang tidak boleh dikerat-kerat,
Di dalam hati ia tersemat,
Hasil ciptaan Yang Maha Hebat,
Dikala panas ataupun hujan lebat,
Sahabatlah tempat kita bertempat,
Sahabatlah tempat kita berehat,
Sahabat jualah tempat kita meminta pendapat,
Kerana pertalian sahabat dengan sahabat,
Amatlah rapat, terlalu dekat,
Allah mengikat hati para sahabat,
Cukup kemas, cukup erat,
Terciptalah pertalian yang maha keramat,
Bersih, suci dan juga berkat,
Saling tegur dan nasihat,
Bekerjasama juga muafakat,
Tanpa kenal lelah dan penat,
Menjalin pertalian hingga ke akhirat,
Manakan Hang Jebat mengamuk hebat,
Setelah Tuah dituduh khianat,
Kerana bagi Hang Jebat,
Tuahlah sahabat dunia dan akhirat.......

tolong ingatkan saya

tolong ingatkan saya
andai aku terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan


tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

tolong ingatkan saya
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan

tolong ingatkan saya
dengarlah dan bacalah al-quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

tolong ingatkan saya
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

tolong ingatkan saya
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan

tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

 

tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan

Selamat Hari Ibu

 

Selamat Hari Ibu buat my mum Nor Basharoh binti Ishak...

Anakmu sentiasa merinduimu...

Kasihmu tiada penggantinya~~

 

Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu-ibu.


Lagu Iklan dulu-dulu~~


Ibu...

Ibu....

Engkaulah ratu hatiku...

Bila ku berduka....

Engkau hiburkan selalu....

Ibu...

Ibu...

Engkaulah ratu hatiku~~~


(ingt lagi kah kalian dengan lagu ini?)

 

 


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Quit Smoking

 

Things to know if you want to quit

One of the required cigarette warnings for packages and advertisements in the U.S. is "SURGEON GENERAL'S WARNING: Quitting Smoking Now Greatly Reduces Serious Risks to Your Health." To reduce the health risks of smoking, the best thing to do is to quit; public health authorities do not endorse either smoking fewer cigarettes or switching to lower-yield brands as a satisfactory way of reducing risk. For more information please see the links on the right.

 

For a discussion of the relative riskiness of lower-yield brands, please follow the external links on the right.

 

It can be difficult to quit smoking, and many smokers who try to quit do not succeed. Millions of smokers in the United States and around the world have succeeded, though - most without outside assistance. For more information on quitting, please see the links on the right.

 

For those smokers who want to quit but are having difficulty, there are many programs and products marketed as being helpful, including group classes, hypnosis, nicotine replacement therapies and smoking deterrents. The U.S. Surgeon General has said that "[s]moking cessation researchers have long recognized smoking to be a complex behavior influenced by physiological, psychological, cognitive and social factors. In general, most cessation treatments yield 1-year quit rates (based on all original participants) between 10 and 40 percent." If you want to quit and believe that outside assistance would be helpful, we encourage you to investigate the wide selection of options that are available, and see if there are any that seem right for you.

 

We're providing for your convenience links to sources of information about quitting smoking in the right-hand column.

- philip morris international -

 

A clear and consistent message

One of our six core principles is openness about the risks of smoking: public authorities have determined that smoking causes and/or is a risk factor for a number of diseases. We support efforts to advise smokers accordingly. No one should smoke without being fully informed about the risks of doing so.

 

Public health authorities in most countries have made their own determinations about tobacco-related issues. These authorities have concluded, for instance, that tobacco smoke is a cause of, or an important risk factor for, certain diseases including lung cancer, cardiovascular disease and chronic obstructive pulmonary disease. They also have found that cigarette smoking is addictive, as that term is commonly used, and that smokers risk not being able to quit. In addition, authorities have determined that exposure to environmental tobacco smoke (often called "secondhand smoke") is a cause of certain illnesses in non-smokers. They inform the public accordingly.

 

JTI recognizes that cigarettes are a legal but controversial product. People smoke for pleasure but there are real risks that come with that pleasure. Accordingly we believe that our industry should be appropriately regulated. We also believe in the freedom of adults to choose whether they want to smoke and that no one should smoke unless he or she understands the risks of doing so. These risks distinguish tobacco from most consumer goods and they place upon us a real burden of responsibility. It's a responsibility for which we expect to be held accountable, together with governments and the rest of society.

- Japan Tobacco International -

 

Can People Quit Smoking?

 

Smoking can be hard to quit. However, at British American Tobacco Malaysia, we believe it is important that smokers who decide to quit realise they can, provided they have the motivation to quit and the belief that they can.

 

Many smokers are said to be dependent on cigarettes because they know the real risks of disease involved but still smoke frequently and find it very difficult to quit.


It has been known for centuries that smoking is difficult to quit.  Under international definitions for determining whether people are dependent on smoking, including those from the World Health Organisation, many smokers would be classified as being dependent.


However, millions of smokers have quit without any medical help, and millions have modified how often, where and when they smoke in the light of differing social norms.


While smoking is commonly understood to be addictive, we believe it is important that smokers who decide to quit realise they can, provided they have the motivation to quit and the belief that they can.  We believe that if you want to quit, you should.


Various ways have been suggested to help people quit, including using ‘nicotine replacement therapy’ (patches and gums).   While all these forms of assistance may be beneficial, the most important factors in successfully quitting are having the motivation to quit and the self-belief that you can do so.

 

- British American Tobacco -

 

Apabila Aman bersuara mengenai merokok

 

Melihat 3 artikel di atas, dikeluarkan oleh pengeluar rokok gergasi di Malaysia. Kepada mereka yang tidak mengetahui :-

i ) British American Tobacco (M) adalah pengeluar rokok Dunhill,

ii) Japan Tobacco International (JTI) adalah pengeluar rokok Winston, Camel, Mild Seven, Benson & Hedges dan lain-lainlagi

iii) Philips Morris International (M) adalah pengeluar rokok Marlboro,

 

Di dalam website setiap pengeluar rokok itu, telah dinyatakan bahawa rokok itu membahayakan kesihata, tapi tetap ada juga manusia yang mengambilnya. Kempen berhenti merokok ini bukanlah hanya dijalankan dari pihak kerajaan semata-mata, malah ia juga telah dijalankan dari syarikat pengeluar rokok. Tempat rokok itu dihasilkan! Bergantung pada individu itu sendiri hendak atau tak mau..

 


www.merokok2u.blogspot.com

 

Katakan tidak pada merokok!

 

Errr.. Sambungannya selepas ini ya~~~