Gagak, Bapak dan Anak

 

 

Hari ini birthday abah aman terchenta, Hamzah bin Hasim bin Daud bin Awang bin Mohd Hassan bin Munas . Call mak kejap tadi, abah dah tidur. Memang dah jangka. Nak buat macam mana. Esok sajalah. Abah memang jenis tidur awal, bangun pun awal~~

Selepas itu, aman belek folder Tazkirah dalam komputer aman ini. Sudah lama tidak melihat dalamnya. Huhuhu. Sudah jarang ber'update' artikel dalamnya. Menyemak juga sudah kurang~~

 

Terlihat artikel Sayangilah ibubapa. Aman pun mengetik artikel itu. Artikel yang telah di'copy' dari email aman bertarikh 22 September 2004. 5-15-2009 12-02-31 AM Apabila sedang membaca artikel itu, teringat iklan petronas. Iklan raya petronas 2007. Terasa ingin menangis pun ada melihat artikel ini. Sedih sangat-sangat. Walaupun abah 'agak' garang (Nak buat macam mana, dah nama keturunan Tok Janggut) , namun jauh disudut hatinya, terdapat juga kasih sayangnya kepada anak-anaknya yang nakal-nakal ini. Segala peristiwa abang Ket, Cik Gi, Adik Emy dan Adik Tam ligat bermain difikiran. 'Peristiwa' yang aman lalui bersama abah, terpahat rapi menjadi pengajaran hidup aman dalam menempuh hidup ini. Bacaan lanjut perihal ayahanda tersayang >Cerita Abah<

 

 

Petikan Artikel Sayangilah Ibubapa!

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka.


Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.
Si ayah lalu menuding jari ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak.


Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.

Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat,"Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalanyang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"


Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, "Gagak la ayah.......".

Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.

"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.


Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama."Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.

Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut.......... "Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun.

Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung gagak".

Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."


MORAL OF THE STORY:
"BERSAMA-SAMALAH JAGA HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN SESEKALI MENGECILKAN HATI MEREKA"

My Abah

 

Abah telah banyak berjasa pada aman dan adik beradik yang lain. Tidak mungkin aman mampu membalas semua jasa abah itu.

 

Teringat lagi, berusia 7 tahun, aman memang sudah terkenal dengan kuat mengusik dan 'kaki buli' (sampai sekarang kot...hehe). Teringat peristiwa masa di kampung, Nor Ain, sepupu aman, sering menjadi mangsa usikan aman dan Cik Gi. Lepas Cik Gi keluar, aman meneruskan usikan tersebut. Abah sudah acapkali menegur, tetapi.... Aman degil. Aman meneruskan juga usikan tersebut. Tanpa disedari, entah bila abah di belakang.... PAP! mak datok! pedih belakang... Dengan pelepah kelapa tu~~ mau berbirat belakang aman seminggu. Nak tidur pun susah..

 

Masih basah lagi di ingatan. Ketika sesi berkhatan ( untuk pengetahuan semua, aman berkhatan cara lama, duduk atas batang pisang lagi~~~Susah mau imagine kan?hehe ) Masa itu, aman umur 8 tahun. Kenangan bagaimana abah mandikan aman (1st time tu~~), kenangan abah jaga aman masa hendak bersunat dan yang paling menarik, kenangan bagaimana abah mendukung aman selepas bersunat (ini arahan tok mudim tu untuk mengangkat cara itu). Terima kasih tok mudim. Cara mengangkatnya? Susah mau imagine dengan penulisan. Bagaimana aman bersangkut di leher abah dan abah mengangkat aman dengan memegang kedua-dua paha. Kesian Pak Lang Mat, sudah laa Along dan Angah bersunat serentak, mahunya kena usung dua kali. hehe. Nasib baik Pak Tih On ikut sekali~~

 

Masa berumur 12 tahun. Sebelum peperiksaan UPSR, seperti biasa laa.. Program motivasi. Hari terakhir tu, ada sesi 'menangis-menangis' seperti biasa. Tutup lampu dan cikgu Ratna Lela pun memulakan ayat-ayat cinta~~ Semua orang menangis...Opss..tak semua. Aman dan Pitz Che Halim tak ngangis okke~~ Aman dengan Pitz pakat gelak kat orang-orang yang menangis. huhu. Lepas tu, kena marah dengan cikgu~~ Huhu... Esoknya, cikgu tanya..Kenapa aman tak nangis.. Jawapan aman? "Aman anak abah! Tak leh nangis!" huhu... (Nyesal pulak tak nangis time malam tu..huhu )

 

Jika hendak dikarangkan, terlalu banyak hendak dikarangkan. Aman hidup bersama abah sudah menjangkau 24tahun 23hari sudah (umur itu hanya pada nombor okke~~). Jika hendak dikarang, aman boleh mengarang lebih panjang cerita aman dengan abah. Cerita makan-makan di Kuala Perlis, cerita hadiah pertama dari aman, cerita sehari sebelum aman masuk matrik ketika ditengah-tengah sawah bersama abah, cerita pertama kali aman 'paksa' abah naik kapal terbang pergi Kota Kinabalu, cerita gosip tentang abah gara-gara aman hantar abah dan mak berjalan-jalan di Kota Kinabalu (Serius cerita menarik~~) dan macam-macam lagi kenangan bersama. Tetapi kurang selesa untuk menaip. Kalau penulisan tangan, lebih aman gemari. Kerana lenggang lengguk tarian batang pena itu lebih menarik perhatian dari tarian jari-jemari di atas papan keyboard ini. Dengan penulisan tangan, setiap kesalahan tampak jelas dimata, tetapi dengan tarian jemari ini, bisa sahaja mengetip kekunci 'Back Space' atau 'Delete' itu.

"Ya Allah, Kau rahmatilah abahku, Hamzah bin Hasim. Ya Allah, Kau berikanlah rahmatMu kepada abahku sepertimana abahku memberi kami rezeki-rezekiMu Ya Allah. Kau berilah hidayahMu kepada abahku untuk setiap titisan keringat yang jatuh membasahi bumi ketika abahku mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosa abahku sepertimana Kau menjadikan seorang bayi yang suci dari sebarang dosa. Ya Allah, Kau kasihanilah bapaku sepertimana Kau mengasihani para-para rasulMu. Ya Allah, Kau berikanlah umur yang panjang kepada abahku, umur yang panjang di dalam kerahmatanMu, Ya Rabbal 'alamin"

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

4 teguran dan kutukan:

ahya_ijja said...

"tu burung apa tu ayah"
"Burung gagak"
"Burung apa yah?"
"burung gagak"
Memang sedih seih iklan tu..
~ Best story aman ~ :)

ciklebah said...

nape buat post sedih2 ni..huhu
dh la,xdpt nk raye same2 dgn abah raye yg akan dtg nnt..
well, my dad was born on 22 April 1953..eheh..
undeniable, my abah mmg garang, tambah2 keturunan bugis..
mase kecik2 dulu, selalu je 'protes' n 'kecik ati' kt abah, sbb abah lambat jemput balik sekola..merajuk la sbb kene jalan kaki lepas balik dr sekola..teruk kan?
tp bile dh besar ni, rase buruk betul perangai cmtu..
ni dh duduk jauh dr abah, lagi la rindu kt abah.. rindu nk makan masakan abah, rindu nk tgk muke abah, rindu nk salam dgn abah. huhu~

Anonymous said...

salam...

sdih nya bce post kali ni..
hargailah ibu bapa kita,right??
p/s to broAman: klu abah aman bce entri nie..msti dia syukur cgt de ank mcm broAman nie..hehe..
::. sayangilah ibu bapa kita.::

Qalam Aisyiq said...

syg sungguh aman ngan abah ya..
sha pun syg sgt2 ngan abah..^^,