Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Ini adalah post aman yang ke-100. Dalam sedar yang tidak disedarkan, tercapai juga jumlah posting yang ke 100 ini. Bersyukur kepada Allah yang menjadikan alam ini dengan sebaik-baik ciptaan kerana memberi kesempatan kepada aman melakarkan sedikit coretan yang ke 100 ini.
Sempena posting yang ke-100 ini, berbagai rasa yang aman sedang rasai. Berbagai benda yang bergolak dalam diri ini. Bersempena dengan hari ini, 28 Mei 2009, Aman bersyukur sangat hari ini.
Parihal Peperiksaan
Pukul 0700 sebentar tadi, Aman bertolak ke Putrajaya. Menduduki exam di Department of Civil Aviation (DCA). Alhamdulillah. Selesai pukul 1230, selesai sudah dengan suatu exam yang memenatkan. Walaupun perasaan berbaur rasa, namun... Kesyukuran kepada-Mu tetap dipanjatkan. Ini hanyalah sekadar ujian dunia. Bagaikan setitis air dari hujan yang turun menimpa bumi.
Peperiksaan, adakalanya kita merasanya mudah dan senang. Adakala kita merasakannya bagaikan susah yang amat. Namun, itu adalah lumrah dunia. Adakalanya Allah menurunkan ujian yang berat ke atas kita, adakalanya Allah menurunkan ujian yang ringan ke atas kita. Allah itu Maha Adil dan Mengetahui. Maybe sekarang Allah menurunkan ujian yang 'agak' berat sebab Allah akan menurunkan sesuatu yang baik kepada kita di hari kelak. Siapa tahu? Aman tidak takut akan kegagalan peperiksaan ini, aman tidak mahu perasaan takut akan exam ini, menjatuhkan ketakutan hati ini pada Sang Pencipta. Semoga perasaan takutkan Allah mengatasi takutnya yang lainnya.
Cuba kita bayangkan, bagaimana dengan exam yang akan kita hadapi 'disana' kelak? Bermula dengan exam di alam kubur. Walaupun kita sudah mengetahui soalan yang bocor itu, namun... Mampukah kita menjawabnya ketika Munkar dan Nakir bersoal jawab dengan kita? Siapa tuhanmu? Adakah Allah yang menjadi pilihan lidah kita kelak? Apakah Agamamu? Mampukah hati kita meluahkan jawapan yang betul jika hidup ini amalan kita tidak berlandaskan garis panduannya? Siapakah Rasulmu? Adakah kekasih Allah yang akan menjadi luahan kita sedangkan sunnah dan ajarannya kita letak ketepi untuk sesetengah aktiviti? Apakah kitabmu? Adakah lisanmu mampu menyebut Al-Quran jika hidup kita tidak dibasahkan lisan ini dengan ayat-ayatnya? Siapakah saudaramu? Apakah jawapan kita kelak? Bak kata Nabil, "Lu pikir la sendiri"
Itu baru bahagian alam kubur, bahagian yang bagaikan 'pintu' untuk melangkah ke alam yang abadi selamanya. Ya, pintu untuk kita menyeberangi ke alam yang sebelah sana. Alam yang sementara sahaja. Bagaikan sebuah kapal terbang yang transit seketika sahaja. Jika di muka pintunya sahaja kita sudah tersungkur layu, tergagap kelu, terkunci bisu, terkurung sayu dan bergelap menunggu, apakah yang kita harapkan di dalam alam di sebelah sana? Apa yang kita impikan sebuah kehidupan yang kekal abadi itu? Masih bermimpi dengan angan-angan Mat Jenin? Hanya angan-angan tanpa usaha..
Bagaimana kita hendak menghadapi ujian titian sirat yang Maha Kuasa? Bagaimana kita hendak melepasi ujian timbangan amalan kita di hadapan Pencipta kita? Adakah kita mampu berdiri teguh ketika berhadapan denganNya? Adakah kita merangkak terketar-ketar menghadapi Allah kerana ketakutan akan dosa-dosa yang telah kita perbuatkan? Jika ditanya dengan soalan-soalan sebegitu, keupayaan hidup ini bagaikan runtuh seperti runtuhnya kota Rome, terkulainya pemerintahan Firaun dan tenggelamnya kehidupan Qarun. Perasaan takut sentiasa menyelubungi hidup ini. Namun, adakah Allah menjadikan kita hisup di dunia ini hanyalah untuk menakut-nakutkan kita semata-mata?
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu hanyalah untuk beribadat kepadaKu"
Ya, itu janji Allah. Hanya beribadat adalah janjinya. Bukan perasaan takut itu. Namun, perasaan takut wujud jika kita belum bersedia menghadapinya. Adakah kita tergolong dalam golongan yang cintakan dunia dan takut mati?
"Cukuplah mati itu sebagai nasihat"
Kukuhnya Sebuah Keazaman
Alhamdulillah. Satu lagi kegembiraan wujud dalam hati ini. Genaplah sebulan aman berjaya menahan diri dari nafsu manusia yang gampang merosakkan dirinya sendiri. Genaplah sebulan aman berjaya berhenti dari menyedut udara-udara kotor ke dalam paru-paru yang aman 'pinjam' dari Allah ini.
Bersyukur sangat dapat juga azam hendak stop smoke. Semoga kali ini dapat berhenti selamanya. Doakan aman berjaya ye kawan-kawan. Pada 28 April lepas, pada pukul 2115 ketika sedang isap rokok, tergerak hati hendak stop merokok. Amik telefon, Call mak cakap nak stop merokok. Hehe. Tanpa ada planning apa-apa. Mak mana tidak gembira dengan perubahan anaknya ke arah kebaikkan? Selepas sebulan, aman dapat rasakan, sebenarnya hendak berhenti atau tidak ini, bergantung kepada hati dan keinginan kita semata-mata. Tiada kaitan dengan ketagihan narkotin. Serius. Kalau hati memang betul-betul hendak, semua boleh.
Bermulanya Sebuah Kehidupan
Bila musim cuti sekolah, banyak laa undangan kenduri perkahwinan. Banyak laa kad-kad kahwin yang datang bertandang. Sampaikan tidak mampu untuk memenuhi semuanya. Minta maaf awal-awal pada yang tidak dapat pergi, namun aman akan berusaha. Kalau kenduri korang semua aman boleh pi, takkan kenduri aman nanti korang tak dapat datang pulak kan? Huhu... Tak kira laa jauh ker dekat. Lagi pun, Bukit Kayu Hitam bukan jauh mana pun. Dalam Malaysia lagi. Cuma sempadan jaa dengan Thailand tu~~
~ aman shah ~
"...Man Jadda Wa Jada..."
40150 Shah Alam
4 teguran dan kutukan:
Alhamdulillah...
moga terus istiqamah ye aman...
tahniah aman, tuk 3 benda..
1. berjaya capai posting ke 100
2. berjaya join geng pakcik yang tidak smoke..bagus2..keep on going and doing the good things..may Allah helps and bless u...
3. aman dah tak lama lagi nak kawin..hahahaa
Ya Allah...mg kt fikiran pakcik lisam ni kawin je ke...
ish3, mg betul la...dh jatuh hukum wajib dikahwinkan...
betul ke aman pn dh masuk geng pakcik (geng x merokok mg dh sah, geng yg dh nk kawin tu...x pnh dgr plak...hak3)
@ azzahra_solehah
-amin...semoga aman kuat menghadapinya..
@ Lisam
-kenyataan no 3 tu tak bleh blah laa...aman rasa Lisam dulu kot...ni masih mencari ka?haha
@ masyitah
-betul..betul.. Lisam dok pikir nak kawen ajer..tak der benda lain...Aman mmg geng lisam, tapi bab kawen~~ biar Lisam laa gerak dulu..huhu
Post a Comment