Bismillah....
Hadis sahih, ia diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya :2132, dan hadis ini diriwayatkan oleh Ibm Umar RA yang berkata : Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya sebaik-baik nama kamu yang disukai oleh Allah SWT ialah Abdullah dan Abd Rahman"
Daripada Abu Wahab al-Juzyami RA ( beliau adalah sahabat Rasulullah SAW ) yang berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :-
"Namakanlah anak-anakmu dengan nama-nama nabi, sebaik-baik nama yang disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abd Rahman, sebenar-benar mereka adalah yang bernama Haris dan Hammam, dan seburuk-buruk mereka yang bernama Harb dan Murrah" -
Hadis riwayat Abu Daud : 4950
Hadis ini telah disahihkan oleh Albani dalam kitabnya Sohih Abu Daud.
Nama-nama yang menunjukkan 'abd (hamba) kepada Allah SWT adalah nama yang paling disukai oleh Allah daripada selainnya. Ini kerana nama-nama tersebut mengandungi pengiktirafan terhadap sifat-sifat yang sesuai terhadap Allah yang tidak terdapat pada selainnya, dan Dialah Tuhan bagi seluruh makhluk.
Ini keistimewaan nama tersebut, yang dapat menjadikannya taat kepada Allah, kerana Allah membawa maksud uluhiyyah yang tidak terdapat pada nama selain-Nya.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaannya, Allah lebih menyukai kasih sayang daripada marah, dan adalah Abd Rahman lebih disukai oleh Allah daripada Abd Qahir dan sebagainya.
Apabila nama tersebut mengandungi dua unsur tersebut iaitu unsur uluhiyyah dan ubudiyyah, jadi ia perlu disebut sentiasa sebagai tanda yang menunjukkan penghambaan seorang hamba kepada Tuhannya.
Aman menimbulkan cerita ini selepas mendengar ceramah disurau. Ada seorang hamba Allah bertanya kesahihan hadis di atas. Hamba Allah itu bercadang menamakan anaknya yang baru lahir dengan nama Abd Rahman. Hehe.. Seorang lagi Abd Rahman lahir ke dunia.
Baru sebentar tadi, ada seorang rakan meng'add' aman di YM. Beliau memperkenalkan diri dengan nama Abd Rahman bin Mohd Tharin. Seorang lagi Abd Rahman. My housemate pun nama Abd Rahman. Abd Rahman bin Mohd Morhani.
Jika Allah menyukai nama Abd Rahman, kenapa aman patut sembunyikan nama aman sebagai Abd Rahman?
2 teguran dan kutukan:
salam
abdul rahman bin hamzah
sy dah add YM awk kan kan kan....hehe
btw...nice artikel...
nnti leh r bg nm anak abdul rahman haha
Hahahahha...
Aman da perasaaaann!!
ngeh3~~
Post a Comment