Sifat - Sifat Istimewa Islam

Islam merupakan agama samawi yang telah diturunkan oleh Allah swt melalui RasulNya, Muhammad saw dan merupakan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta telah diiktirafkan kebenaran manhajnya, firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3 :

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا

Pada hari ini,Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Al-Maidah : 3)

 

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ

Sesungguhnya agama yang direhdai di sisi Allah hanyalah Islam (Ali imran 19)

 

Apakah yang perlu kita fahami tentang Islam ? Islam adalah berasal dari bahasa ‘arab, maka untuk mengambil pengertiannya , ia dapat di tinjau dari berbagai pokok kata iaitu:

Selamat : Di ambil dari perkataan “salima” ( ( سليما. Bermaksud Allah menjamin keselamatan orang islam di dunia dan akhirat. Oleh itu seseorang muslim mestilah dapat mewujudkan keselamatan di muka bumi Allah samada kepada dirinya,keluarganya dan orang ramai.

Damai : Di ambil dari perkataan “salmi” (سلمى ). Bermaksud Islam mementingkan kedamaian dan setiap muslim mestilah mencintakan kedamaian.

Tunduk dan patuh: Di ambil dari perkataan “istaslama” ( استسلما) bermaksud setiap muslim mestilah tunduk dan patuh serta taat dalam erti kata melakukan apa yang yang di suruh dan meninggalkan apa yang dilarang tanpa membantah sedikitpun.

Tulus dan ikhlas : Juga diambil dari perkataan “istaslama”. Seseorang muslim itu mestilah tulus dan ikhlas dalam melaksanakan ubudiyyah kepada Allah semata-mata,bukan kerana mengharapkan sanjungan dan pujian daripada manusia.

Maju :Diambil dari perkataan “sullam” ( سلم ) yang bermaksud “tangga” dan “peningkatan”. Setiap muslim mestilah selalu meningkat atau maju cara mareka berfikir berdasarkan batas yang telah ditetapkan syara’ dan mereka juga mestilah berusaha untuk mencapai ketinggian budi lahiriyyah mahupun batiniyyah.

Islam juga diertikan sebagai :

● Taat , Menyerah, Damai (bahasa)

● Ketaatan dan penyerahan diri kepada Allah swt dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya ( Istilah )

Firman Allah swt :

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلا

Dan tidak ada Yang lebih baik ugamanya daripada orang Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim Yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya. (Surah An-Nisa’:125)

 

Sabda Rasulullah saw tentang maksud Islam :

يا محمد خبر ني عن الا سلام, فقال رسول الله : الاسلام ان تشهد ان لا اله الا الله و ان محمدا رسول الله , وتقيم الصلاة , وتؤتي الزكاة , و تصوم رمضان , وتحج البيت ان استطعت اليه سبيلا

Bertanya Jibril kepada Nabi Muhammad , Wahai Muhammad khabarkan kepadaku darihal Islam. Maka Rasulullah saw menjawab : Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan solat, dan engkau mengeluarkan zakat dan engkau puasa Ramadhan dan engkau mengerjakan haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya (Riwayat Muslim)

 

InsyaAllah, akan bersambung........

 

~ aman shah ~

0 teguran dan kutukan: