Warna Warni di Sua Rasa
Alhamdulillah...
Syukur padaMu ya Allah...
Hari ini, hari cuti~
Dok rumah layan kemas rumah sajalah. Seperti biasa. Sambil tu, tengok TV jap. Buka TV9, (dekat di hati) hehe.... Time tu rancangan Warna Warni di Sua Rasa. Jemputan dia, Tok guru kita, Tuan Guru Haji Nik Aziz.
Buka pun dah lambat~~
Sempat tgk penutup dia sahaja.
Pengacara itu tanya tuan guru, apa nasihat untuk TV9 sempena berumur 3 tahun ni. Tuan guru bercerita tentang Kambing dan Rumput. Nasihat tuan guru pada TV9, siarlah kartun-kartun yang mempunyai nilai teladan yang baik untuk anak-anak kita.
Cerita Kambing dan Rumput
Rumput : Kau ni kambing, aku keluarkan sedikit pucuk aku, kau makan. Aku tunaskan sedikit daun aku, kau makan. Kau ni pentingkan diri sendiri sahaja. Kalau macam ni, macam mana aku nak hidup?
Kambing : Rumput, memang kerja aku, makan daun kau saja. Tetapi, setiap kali lepas aku makan kau, aku akan buang najis aku. Najis aku tu kau gunakan sebagai baja untuk kau.
p/s : Jangan kita kata seseorang itu jahat, sebelum kenal dia.
Apa yang membuatkan aman teringin hendak tulis, tertarik...Pemimpin yang berjaya merancang adalah pemimpin yang memerhati masa hadapan. Kalau hendak melihat sesebuah negara pada masa akan datang, lihatlah para belia mereka!
Teruskan berjuang Tuan Guru!
Takbir...... Allahuakhbar!
Warna Warni Kehidupan
Lepas habis tu, tengok pulak sinopsis movie yang bakal keluar bulan ini. Syurga Cinta. Mesti tak leh sama dengan novel ustaz Hasrizal, Bercinta Sampai ke Syurga. Cerita ini berkaitan seorang yang 'rosak' jatuh cinta pada seorang muslimah lakonan Heliza, lepas itu bagaimana transformasi dari kurang baik kepada lebih baik.
Dalam versi lawak, ramantis dan drama. Entah laa...Best ker idak, itu aman tak tau...Tak keluar lagi cerita tu. 21 Mei baru keluar.
Yang buat aman nak komen, kata-kata David Teo dekat akhir rancangan tu....
"Kepada wanita-wanita bertudung di luar sana yang mula hendak belajar BERCINTA, tontonlah cerita Syurga Cinta.........bla...bla....bla....."
Amboi....Amboi...
Selumber ajer nak suruh saudara-saudara seislam aku bercinta ek. Dah..Dah... Jangan tengok.... Cinta sebelum kawen tu HARAM.... Kalau hendak belajar cinta selepas berkahwen, tak per....
Wasalam....
1 teguran dan kutukan:
gud advice pakcik aman..!!
Post a Comment