Cerita 6 Januari 2009

Bismillah..

Allah itu Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana...

 

 

Hari ini aman hanyalah mengarang ceritaberkaitan aman sahaja. Bukan Tazkirah seperti biasa. Kenapa special sangat 6 Januari ini?

 

Pukul 3 petang

 

Flite dari Jeddah selamat sampai di KLIA. Tepat jam 3 petang. Tapi aman di mana? Aman masih dalam perjalanan menuju 'syurga' aman. Niat hati hendak pergi lebih awai di KLIA, tetapi itulah orang kata, kita merancang, tetapi Allah yang menentukan.

 

Apabila sampai sahaja KLIA pukul 3.45 petang, aman terus ke bahagian arrival hall. Mencari-cari kelibat seseorang yang tidak asing lagi bagi aman. Ha, tu dia manusia yang aman cari. Aman terus mara ke hadapan. Bersalaman dan mencium pipi manusia di hadapan aman. "Pak Tam sihat?" itu lah ayat aman mula2 sekali pembuka bicara dengan pak tam aman. lepas itu, aman terus bersalaman dan mencium pipi mak tam. Mak tam seperti biasa, seorang yang lembut hatinya terhadap anak-anaknya sendiri. Mak tam dengan mata merahnya masih mampu tersenyum melihat kelibat aman di hadapannya. Selepas itu, aman bersalaman pula dengan Tok Wa. Yang ini bersalaman sahaja, sebab saudara berjauhan.

 

Mission aman belum selesai....

 

Cerita Ibunda Tercinta

 

Selesai cenderama di bahagian arrival hall, aman berlari-lari anak menuruni escalator. Masa dirasai cukup perlahan bagi aman. Manusia disekeliling aman bagaikan bergerak perlahan. Aman terpaksa berlari-lari anak ke bahagian security Malaysia Airport Berhad (MAB). Selepas pemeriksaan security dan pemeriksaan ID, aman dibenarkan masuk ke bahagian waiting hall.

 

Selepas aman melepasi bahagian security, aman berlari-lari anak menuju Bay B3. Bahagian jemaah haji yang menantikan flite menuju ke Alor Setar.

 

Selepas berada di bahagian waiting hall, aman meninjau-ninjau melihat sekeliling. Mencari-cari insan yang amat aman rindui. Ialah 'syurga' aman. Dibawah telapak kakinya terletaknya syurga seorang anak lelaki iaitu aman. Selepas menjumpai manusia yang aman cari-cari, bermulalah sebuah cendarama di situ. Salam, peluk, cium dan sewaktu dengannya. Mak bagaikan gembira melihat aman berapa di hadapannya.

 

Perbagai-bagai soalan dilontarkan oleh aman. Setiap persoalan aman di jawab oleh mak satu per satu tanpa lekang senyuman di raut mukanya.

 

Sedang berbual-bual dengan mak, sampai satu part tu, aman betul-betul terharu. Rasa bagaikan hampir menitik mutiara dari kelopak mata aman. Semua orang membuka buah-buah tangan dari Mekah untuk di sajikan walau di KLIA yang sesak dengan orang itu tanpa memikirkan orang lain. Mak lang memberikan sedikit kurma untuk aman, tetapi aman menolak dengan baik. But, one time tu, aman betul-betul bagaikan luruh hati aman. Mak mengambil sebutir kurma untuk disuapkan untuk aman, dengan perlahan aman membisikkan sesuatu di telinga mak. "Mak, cik posa harini". lepas itu, aman lihat mata mak bagaikan berkaca. Man ucap pada mak, "tak pa la mak, man buka posa pon tak pa". Mak melarang aman berbuka puasa, mak suruh aman teruskan berpuasa. Dengar sahaja ayat itu dari mulut emak, aman bagaikan sebak. membiarkan emak bersedih sebab aman melaksanakan hukum yang sunat sahaja!

 

Selepas emak sampai ke Kedah, aman menelefon emak bertanyakan perkembangan terbaru. Aman minta maaf banyak-banyak sebab buat mak rasa kecewa tadi. Mak kata, mak menangis bukan sebab aman menolak emak menyuapkan kurma, tetapi mak berbangga dengan sikap aman. Mendengar ayat itu, mutiara berharga seorang lelaki jatuh juga akhirnya.

 

Cerita Ayahanda Tersayang

 

"Abah, abah, di mana abah?"

Aman tercari-cari di mana abah. Disebalik manusia-manusia di hadapan aman, aman cuba mencari-cari kelibat manusia yang paling banyak berjasa untuk aman.

"Wah, inikah abah aman?"

Selepas menjumpai manusia yang aman cari, aman bagaikan was-was. Lucu pun ada di hati aman. Abah bagaikan seorang pak Iran! Bukan aman seorang sahaja yang kata begitu, Hampir majority manusia yang berada di situ termasuklah geng-geng jemaah haji di situ. Mereka memanggil abah dengan nama PAK IRAN!

 

Lucu betul. Aman bersalaman, peluk, cium dan sebagainya. Mula-mula abah bagaikan kekok seketika, Ye la, ini kali kedua aman mencium pipi abah! Abah tidak berkata apa. Perwatakkan aman 99% ikut abah. Seorang lelaki yang tabah dan AGAK SUSAH MENITIKKAN MUTIARA MATANYA!

 

Selepas bersembang dan bergurau dengan abah, macam-macam perasaan wujud.

"Abah, macam mana? Best tak pi Haji? Bila nak pi pulak?"

"Awat tanya pulak?"

"Dak la, kalau nak pi lagi, bulan posa tahun ni cik nak masuk nama kita pi buat umrah pulak, tu pun kalau abah mau la"

Tiba-tiba mak datang, "Bulan posa ni pun OK juga"

"Balik bincang di rumah la"

Aman melihat senyuman di raut wajah abah. Abah bagaikan wujud kepuasan di hatinya.

Aman biarkan abah berada di dunianya seketika.

 

Ketika hendak pulang, aman bersalaman dan mencium pipi dengan abah kembali. Selepas aman memusingkan badan untuk berjalan pulang, Pak Tih On, adik mak yang ke 4 memanggil aman, memuding jari ke arah abah tanpa diketahui oleh abah. "Abah hang slalu bukan main susah lagi nak qeyau, ni qeyau plak lepas hang salam'. Aman lihat abah kemerahan matanya. Aman lihat dari raut wajah abah bagaikan kepuasan dan kegembiraan.

 

Cerita Yang Lainnya

 

Selepas aman bersalaman dengan abah dan mak, aman bersalaman dengan Pak Tih atau nama jolokannya Ustaz Din. Adik ke-5 mak aman. Seorang ustaz lepasan Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Dalam banyak-banyak saudara aman yang pergi haji tahun ini, pak tih dan Ngah Som sahaja berseorangan. Pak Tih sebab masih bujang. Dengan Ustaz Din aman lebih rapat berbanding bapa saudara yang lain. Inilah tempat rujukan aman di kala kekeliruan dalam hal dan bidang agama. Aman bersalaman dan cium pipi. Seperti kebiasaan Ustaz Din, tersenyum sahaja.

" Aii, takkan tak dak kot sehelai dua jubah untuk anak menakan yang ni kot?"

" Ada, balik tengok di rumah la"

Cerita dengan ustaz Din terganggu dengan telatah jemaah haji yang lain. Ustaz Din bagaikan 'pengasuh' bagi jemaah haji yang uzur dan tua. Segala kebajikan mereka dipenuhi oleh Ustaz Din. Menjaga seorang pak cik yang aman panggil tok, disebabkan penyakit nyanyuknya, mencari-cari di mana dia letakkan seliparnya. Lucu juga Tok Cik ni. Hehehe...

 

Aman mencari-cari kelibat Ngah Som. Apabila aman melihat Ngah Som, pasti kehibaan dihati aman. Suami Ngah Som, Ngah Ei meninggal dunia setahun yang lepas. Bercita-cita untuk menunaikan haji bersama-sama dengan abah. tetapi Allah lebih sayangkan Ngah Ei. Aman bersalaman dengan Ngah Som. Aman cium pipinya. Ngah Som ni sepupu kepada abah aman. Ngah Som bagaikan keletihan. Aman duduk di kerusi berbual seketika dengan Ngah Som.

 

Cerita Mak Lang dan Pak Lang. Yang ni bagaikan Hitam dan putih. Pasangan yang berlainan personaliti. Mak Lang adik mak aman yang ke 2. Kalau dengan Mak Lang, Sampai aman kehabisan idea untuk bersembang. Mak Lang memang ramah bersembang. Mewarisi sifat-sifat arwah nenek. Bermacam-macam dibualkan. Kalau dilayan karenah Mak Lang, sampai habis bulan ini belum tentu habis isu yang dibualkan. Pak lang pula berbeza, bercakap apabila perlu! Bagaikan ada mutiara di mulutnya. Tetapi seorang yang pemurah. Kalau di Kg Telok Ara, Tunjang, siapa tidak kenal Ahmad Sobri? Kalau tiada duit, datang sahaja. Macam-macam diusahakan untuk membantu yang terdaya. Aman bersalaman dengan Pak Lang. Aman agak kurang berbual dengan Pak Lang. Aman ciumpipinya. Matanya bergelinang dengan air mata. Aman membiarkan Pak Lang bermain dengan perasaannya.

 

Tepat jam 1740

 

Mak, Abah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Tih Din (Ustaz Din), dan Ngah Som menaiki flite menuju negeri Jelapang Padi Malaysia. Manakala Pak Tam dan Mak Tam berangkat ke Hulu Langat, aman menyusuri pak Tam ke Hulu Langat sebab cuti aman tidak diluluskan. Tok Wa berangkat ke Gombak.

 

Satu hari yang terlalu singkat, tetapi membawa erti sejuta makna dalam hidup aman!

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

4 teguran dan kutukan:

nurul syazana said...

wah, mmg smangat kekeluargaan awk nie
Alhmdulilah ur parents slmt peg dn kembali
btw, thnx for dropping by kt blog sy
salam. =)

CTNAQUIA ESIR said...

getting to know lil a bit bout ur family members here..

situasi yg sekejap ttp mengungkap suatu pengalaman yg indah dan berharga..jarang sekali diperoleh oleh insan2 yg laen..terharu membacanya =)

seem like femes ja aman ni dikalangan family~~huhuhu...

shae. said...

salam, sy terjumpa blog drpd siapa, saya tak ingat. tapi bila baca post kali ni, sy menitiskan air mata. terharu, mungkin. yang paling menarik perhatian sy untuk baca ialah tarikh post ni di post. banyak juga ilmu yang sy dapat drpd post2 yang lain. thanks :)

shae. said...

6th jan, my dob eheh tu je :)