Perjalanan Hidup

 

Assalamualaikum...

 

Alhamdulillah.. Lepas sudah satu imtihan yang meletihkan. Exam yang bakal menentukan masa depan aman.

 

" Aman blajar apa dan bakal kerja apa?" Tanya seorang kawan kenalan maya.

Macam mana hendak terang skop pengajian dan kerja aman ni. Aman sendiri sebenarnya susah juga hendak terang macam mana. Pernah tengok cerita Jepun bertajuk Attention Please! Ala cerita pasai training stewardess tu. Cerita ni diciplak oleh Air Asia untuk mewujudkan cerita Awan Dania.

Kalau pernah tengok cerita ini, perasan tak hero dia yang bernama Shouta? Kan dalam watak tu, dia sebagai trainee engineer. Haa, aman mcm tu la sekarang. Masih dalam training.

Nama course aman ni Trainee Aircraft Maintenance Engineer (TAME).

 

Jalan Kehidupan

Setiap manusia di muka bumi ini, memiliki jalan hidup tersendiri. Setiap yang berlaku itu, mematangkan pemikiran individu. Sebab itulah setiap orang walaupun sama baya tetapi tahap pemikiran dan kematangan yang berbeza.

 

Walaupun tujuan hidup manusia sama, tetapi jalannya tetap berbeza. Setiap hujan ujian yang menitik itu ada bezanya tersendiri.

Ada orang hanya melalui jalan yang cerah di sepanjang jalan.

Ada orang yang melalui jalan yang bergunung ganang yang perlu didaki.

Ada orang yang melalui jalan dengan mengharungi ribut dan taufan.

Ada orang yang melalui jalan dengan bantuan orang lain.

 

Maka, setiap dugaan dan ujian di sepanjang perjalanan untuk menuju destinasi yang sama adalah berbeza. Ini menjadikan seseorang itu perlu berfikiran kreatif untuk mengharungi ujian-ujian tersebut.

 

 

Kehidupan VS Pekerjaan

Hidup manusia zaman sekarang banyak yang memikirkan pekerjaan semata-mata. Kemana sahaja kita pergi, itulah persoalannya:

"Eh, kau amik kos ni nanti habis nak kerja apa?"

" Hang gheja dengan syarikat ni banyak ka gaji depa bagi?"

" Ermm..Pasai pertunangan tu, kami tak kisah, tapi boleh kami tau, si pihak lelaki ni kerja apa?"

" Woi, melepak jaa...Tak da kerja ka?"

 

Tetapi berapa orang yang cuba mengaitkan kerja dengan ibadah? Tadi selepas solat Maghrib berjemaah di surau Ar razi tu, ada sedikit kuliah. Tajuk dia cara dan adab berdoa. Panjang lebar ustaz itu berceramah dengan sedikit humor yang menghangatkan suasana. Menarik!

 

Selepas pulang, aman apa yang diucapkan oleh Ustaz sebentar tadi, masih berlegar-legar dalam kotak kepala aman ini.

 

Berdoa dan bekerja itu seakan-akan sama.

Kenapa aman cakap macam itu? Cuba kita fikir, kalau kita kerja biasa-biasa sahaja, tentulah kita dapat yangbiasa-biasa sahaja. Seperti contoh, kalau kita bekerja setiap hari dari 0745 sampai 1645. Berapa gaji kita perolehi? Mestilah kita dapat gaji basic sahaja. Dengan gaji yang 'basic' itu, kita mampu memiliki sebuah rumah yang sederhana, sebuah kereta yang sederhana dan segala-galanya sederhana.

 

Jadi, bagaimana kita hendak meminta sesuatu yang lebih? Contohnya dari kereta wira yang sederhana itu hendak ditukarkan dengan Honda Civic Type R atau rumah Apartment sederhana hendak ditukarkan dengan rumah teres 2 tingkat. Kalau orang yang bernafsu besar juga untuk memiliki semua itu, mereka perlulah melakukan 'overtime' (OT) untuk menampung perbelanjaan yang besar itu. Dari waktu sepatutnya pulang pada pukul 1645, dianjakkan ke pukul 2200 baru pulang. Sebab apa? Untuk OT bagi 'meminta' duit lebihan dari majikan kita.

 

Situasi ini samalah dengan beribadah. Kalau kita hanya melakukan sesuatu yang wajib sahaja, maka kita seperti memperolehi sesuatu yang basic sahaja. Kita hanya:

Mengucap Syahadah

Menunaikan solat 5 waktu sehari

Berpuasa dibulan Ramadhan

Mengeluarkan zakat

Menunaikan Haji bagi yang mampu

Maka selayaknya kita memperolehi semuanya yang basic sahaja di dunia ini. Kita hanyalah memperolehi udara Allah, keperluan yang seadanya dan sebagainya.

 

Jadi, jika kita inginkan sesuatu yang lebih, kita hendaklah 'overtime' dengan Allah juga. Apa yang dimaksudkan dengan overtime itu? Maksudnya melakukan ibadah-ibadah sunat! Itulah OT kita dengan Allah SWT. So, kalau kita mahu meminta sesuatu dengan Allah, maka perbanyakkanlah overtime kita dengan Allah dengan puasa sunat, solat sunat, bersedekah dan sebagainya! Allah itu bagaikan majikan kita semua. Kita wajiblah menurut perintah majikan kita.

 

" Tapi, adakalanya kita buat ibadah yang basic sahaja, tetapi kadang kala kita memperolehi lebih pula?"

Oh, kalau situasi seperti itu, itu dinamakan BONUS.

 

" Ada orang yang tidak buat "kerja" dia pun, tetapi rezeki dia banyak pula? kenapa macam tu pulak?"

Oh, kalau yang itu patut rujuk artikel sebelumnya! ( click here )

 

 

Kehidupan Aman

 

"Ustaz...Ustaz...."

Aman dengar tetapi buat tak tau sahaja, masih kusyuk dengan permainan aman..

" Amboi ustaz, Dekat masjid bukan main baik lagi, dekat sini ustaz pun boleh tahan juga" Ayat dari seseorang sambil menepuk belakang aman.

"Laa..hang ka, jangan panggil Ustaz la, aku bukan ustaz pun. Tak layak!" Balas aman selepas mengetahui identiti orang itu

"Tak sangka pulak, Kat surau jadi imam, bagi taklim. Tapi layan juga snooker "

" Ala, sekali sekala keluar dengan kawan-kawan"

 

Lebih kurang seperti itu lah perbualan aman dengan anak kariah surau Ar Razi. Selalu jumpa dia di surau. Tetapi malam itu, dalam pusat snooker Subang Perdana pula jumpa.

 

Memang tidak dinafikan, aman main snooker dengan kawan-kawan aman. Adakah permainan snooker ini suatu kesalahan? ( Tegurlah aman jika terdapat sebarang nas atau dalil yang mengatakan permainan snooker ini salah, sesungguhnya aman masih dalam pembelajaran ) Mungkin persekitarannya menyebabkan kita memandang tempat itu sebagai suatu yang negatif?

 

Sekadar perkongsian.

Wasalam

 

~ aman shah ~

"....man jadda wa jada..."

4 teguran dan kutukan:

CTNAQUIA ESIR said...

tertarik dgn post kali nih, meh quia plk nak tujukan pernyataan nih kat aman.

skang nih, pelik ke, klu abah quia, selalu jadi imam, baca taklim, buat gash, keluar jemaah, tapi pekerjaan tetap adalah sebagai Pensyarah Muzik?

saje nak kaitkan antara aman sebagai imam, baca taklim, main snooker, dan abah quia seperti yg dicatatkan di atas.

(^_^)v

kayghani said...

ustaz?ada ciri2 dah..ala,ustaz pun main snooker juga..ada juga ustaz yg tengok wayang..yang penting niat,kan?

ummujannah said...

Salam..

Saya ingin memberi sedikit komen dan pandangan tentang ustaz p main snooker,ustaz p tgk wayang..pernah dibincangkan isu diatas bersama-sama murabbiyah saya.

Wayang(bioskop) dan snooker bukan dosa dan tidak ada dalil atau nas yang menerangkan hukumnya.kerana di zaman Rasullullah saw dan sahabat tidak terdpt semua tu.tetapi kita perlu lihat tujuan dan niat kita ke sana.kalo kita p sana menyebabkn lagha(lalai).kita muhasabah balik apa yg kita buat.kdg2 kita buat sbb nak mendekati objek dakwah kita dan supaya kita lebih flexible.

tapi jgn kita plak yg ter'over' dari yg lain..ada org yg betul2 xp ke tempat tu semua bukan sbb dosa tapi untuk menjaga adab dan akhlak.

*perkongsian yg xseberapa.apa yng baik bolehlah diambil.yg salah harap maaf.wsslm=)

Anonymous said...

apEr2 p0wN..
d!r!, imAn, sErtA pEgANGan isLam!C pD d!ri k!tEr yG bLeyh myAtaKan k!tEr lEmAh @ sbAL!KnyA...

kLw imAn lMah mAka maKa lMah sGlaNya...
jkA imAn k!TEr kuAt, mAka wAt apEr2
k!tEr akAn sNt!AsA bR!Gt pdNya,
sk!RaNya bRadA jA0uH dLaNdAsaN 0wG~

wLwp0wN n!At bA!k, tTp imAn k!Ter cPt lUntUr... x gUnEnyE...
sBb k!Ter sNt!Asa d uJi sAmaDa kEc!L @ bEsAr uJiAn yG dTer!Ma i2...

gUt lAk...

;)