Assalamualaikum...
Post kali ini hanyalah sekadar mngingati diri dan rakan-rakan seperjuangan. Masing-masing sudah berinjak meningkat umurnya. Majoriti sudah ramai bekerja berbanding minoritinya sang pentelaah ilmu. Apabila sudah bekerja, makin ramai yang mula mengorak langkah ke alam yang baru. Alam yang aman gelar sebagai 'ALAM PENCARIAN'. Check it out!
Bismillah......
Memanglah kita bukan yang terbaik, namun kita akan cuba kearah itu. Memanglah kita selalu buat kesilapan, tapi kita cuba untuk meninggalkannya. Setiap indera kita iaitu mata, telinga, lisan dan sentuhan boleh memacu kita ke arah zina. Ini yang perlu kita jaga sebaik mungkin selagi belum berkahwin.
Bantu Aku Menjaga Pandanganku
Pernah aman lihat dompet seorang kawan aman ada gambar seorang perempuan. Tak tahulah siapa gambar perempuan itu. Hendak kata adik,dia tiada adik perempuan. Hendak kata ibunya, gambar itu terlalu muda untuk bergelar ibu. Nampak macam tidak salah. Ah! Apa salahnya sekadar melihat gambar, bukannya bertemu melihat depan-depan.
Ya, tidak salah kalau kita ingin melihat terlebih dahulu wajah dan bentuk fizikal bakal pasangan kita itu. Tetapi kalau sampai disimpan dalam dompet, laptop dan ditampal di loker untuk ditatap hari-hari itu, mungkin akan mendatangkan masalah.
Itu bukan lagi niat untuk berkenalan tetapi sudah menjadi penyakit kepada hati. Kalau lama-lama sampai bertahun-tahun mungkin menimbulkan rasa jemu. Ah, sedangkan kalau seseorang itu pakai baju yang sama berhari-hari pun, sudah tentu kita jemu memandangnya.
“Oit, kau dah takde baju lain nak pakai ke?”
Ini baru soal melihat gambar berhari-hari, belum lagi bagi yang berjumpa mahu berhari-hari jugalah. Bak kata orang yang bercinta ini, sehari tidak jumpa bagaikan hati sudah mahu dirobek keluar. Makan pun tak lalu. Tidur dah tak lena. Mandi pun kering saja.
Ha. Kalau makan tak lalu, berpuasalah. Hehe.
Mahu dikatakan sepandai-pandai kita pun, lagi pandai si syaitan tersebut. Orang kata lebih lama hidup maka lebih banyak pengalaman. Cuba kira sudah berapa lama kita hidup dan sudah berapa lama syaitan ini wujud di muka bumi.
Betapa pandainya syaitan ini sampai bila kita melihat si dia, mata kita terasa terpikat sampai badan tiba-tiba jadi cergas. Biasalah kalau sudah tergoda, ibaratnya macam disuntik dadah. Kemahuan meluap-luap. Kemudian timbul pula penyakit hati.
Bantu Aku Menahan Kebisingan Syahwat
Wahai perempuan, tahukah anda bahawa imaginasi kaum lelaki ini begitu tinggi? Sampaikan kami ini boleh mengimpikan dan membayangkan dengan detail apa-apa sahaja dengan hanya mendengar suara.
Jika suara anda itu lembut, ia akan membuat dentingan frekuensi yang sangat halus sampai menyengat-nyegat jiwa. Kadang-kadang berbisik-bisik sampai menimbulkan rasa ghairah yang tinggi.
Aman bukannya menyuruh anda berteriak-teriak apabila bercakap dengan kaum lelaki. Memang sudah fitrah suara perempuan itu lembut. Jadi, janganlah dilembutkan lagi. Sampai merengek-rengek bercakap dalam telefon.
Ah! Anda jangan ingat kalau cakap dalam telefon, kami tidak boleh membayangkan sesuatu. Bukankah aman sudah katakan tadi imaginasi kami ini sangat tinggi sampai anda tidak dapat membayangkannya. Hehe. Kalau tidak mana mungkin terlalu banyak iklan klub-klub telefon dalam majalah Mastika.
Apa yang perlu dibuat apabila ingin bertemu dengan lelaki, tegaskan suara. Biar frekuensi itu tidak dapat menjentik sedikit pun hati-hati kami.
Dan kepada kaum lelaki, tahanlah nafsu itu. Nanti niat asal yang hendak berkenalan itu jadi lain pula. Terpikat dengan suara, bukannya terpikat dengan agama.
Bantu Aku Bernafas
Jangan pula dilupakan hidung. Ini pun satu lagi deria yang sangat sensitif.
“Wanita mana yang memakai haruman kemudian keluar dan berharap agar orang ramai dapat menghidu bau haruman tersebut, maka dia adalah penzina.” (HR Abu Dawud dan At Tirmizi)
Sekali lagi ingin aman ingatkan, imaginasi lelaki ini sangat tinggi. Sekali dia membau haruman daripada badan, berkemungkinan dia membayangkan sesuatu yang tidak patut.
Kulitku Sangat Peka
Seorang naqib aman sewaktu di sekolah tersebut pernah mengibaratkan akan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita itu seperti persentuhan kulit kita dengan kulit babi.
Jangan salahkannya, kalau tersentuh kulit babi masih boleh disucikan. Kalau tersentuh kulit wanita bagaimana pula? Tetapi dengar pula hadis yang ini:
“Sungguh, jika kepala salah seorang daripada anda dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada anda menyentuh perempuan yang tiada halal bagimu.” (HR At Thabrani dan Al Bahaiqi)
Masih lagi aman ingin ingatkan, kita ini kaum lelaki sangat kuat berimaginasi. Kalau dengan mendengar dan bau sahaja pun sudah menerbitkan khayalan-khayalan yang tidak patut, apatah lagi kalau dapat menyentuh si dia.
Ah! Anda mahu berkenalan atau mahu apa ini?
Kawal Kata-kata
Orang kata bila mahu berkenalan perlulah memaniskan kata-kata. Ya, betul. Tetapi memaniskan kata-kata bukan bermaksud sengaja membunga-bungakan kata-kata.
Cukuplah mengeluarkan ayat-ayat yang sopan. Jangan sampai keterlaluan sampai bahasa berbunga-bunga. Kalau mahu menulis sajak atau gurindam, bolehlah.
“Saudari, minggu depan rasanya kita perlu buat meeting untuk program ini.”
“Saudari, rasanya sudah tidak tertahan hati ini untuk berjumpa. Moga silaturrahim yang dibina akan memantapkan gerakan program ini.”
Bezakan dua ayat di atas. Kalau rasa pernah dengan sengaja mengeluarkan kata-kata dengan harapan dapat menyentuh hati si dia, maka cubalah berhenti sekarang. Bukankah anda kata sekadar mahu berkenalan. Apabila sudah berkahwin nanti, buatlah ayat yang macam mana sekalipun.
Jaga Jarak
“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya.” (HR Al Bukhari dan Muslim)
Kalau tidak bertemu atau berjumpa, orang kata tidak sah sebagai syarat untuk berkenalan. Tetapi ada syaratnya juga.
Kalau mahu berkenalan dengan si dia, jadilah lelaki yang berani terus berjumpa dengan ibu dan bapanya. Bukannya sekadar berjumpa di taman, di cafe atau di library.
Dan kalau ada hal yang betul-betul penting, seperti meeting atau mahu buat kumpulan belajar bersama, pastikan perkara itu betul-betul perlu. Atau betul-betul terdesak? Jangan jadikan alasan dengan mengatakan sekadar mahu belajar. Eh, rakan sekuliah yang sama jantina bukankah ramai?
Berkenalan Sebelum Berkahwin
Aman cuba meringkaskan apa yang aman tulis di atas. Menurut Syeikh Muhammad al-Munajjid, beliau menggariskan beberapa perkara dalam pergaulan lelaki dan perempuan:
1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang di luar topik.
2. Tidak bergurau secara berlebih-lebihan dan melembutkan suara.
3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal).
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.
Dan adat Melayu janganlah diabaikan. Bukankah adat Melayu itu juga banyak terselit unsur Islam. Ingat lagi adat merisik? Atau buat-buat tak ingat?
Orang waktu dulu bila menyukai seseorang, dia akan meminta orang lain merisikkan untuknya. Bukannya dia yang dengan muka tidak tahu malu merisik sendiri.
Janganlah kata adat merisik kita ini kolot. Tidak kena dengan peredaran zaman. Dan kemudian mengguna pakai adat Barat yang kononnya dikatakan moden. Tetapi adat mereka itulah yang merosakkan institusi kekeluargaan di sana.
Masihkah anda mahu kata adat kita ini kolot?
Masih kita hendak kata Islam ini ketinggalan zaman?
Masih mampu kita berkata "Dunia sudah berubah, zaman sudah maju" (ciplak ayat iklan Berita Harian)
~ aman shah ~
"....man jadda wa jada..."
4 teguran dan kutukan:
Allah, terasa diri sudah byk menyimpang dari didikan yg dicurahkan.
@ctnaquia
masih belum terlambat utk berubah. kalau menyimpang, cuba guna 'compass' yang betul untuk kembali ke jalan yang benar. Seiap orang mahukan perubahan right? from now, you can start your turning point to be what your heart say..
salam, sheikh~~ ^_^
terima kasih degan perkongsian yang berguna. insyaallah, try da best n Allah will give us da best. rite? ^_^
semua perkara dah ada cara. tinggal kita jer nak pilih yang betul atau pun yang salah.
~~proud 2 b a muslim~~ ^_^
p/s: credit to naquia who give me this blog's link. jazakallah.
@jaha
ws..terima kasih sudi bertandang ke page aman yg tak seberapa ni...jgn pggil sheikh laa...tak layak pon...erti hidup pada berkongsi..man jadda wa jada, di mana adakemahuan di situ ada jalan...
p/s- sebut jaha jaigt citer budak kelatan..."tok amarika laaa...."
Post a Comment