Assalamualaikum....
Sekadar perkongsian bersama...
Rujukan Post Terdahulu:
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.. amin..!
Untuk isteri.... renungkanlah. ..
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw. Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana
memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara ....
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya..
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah
4 teguran dan kutukan:
assalamualaikum..
artikel yang menarik dan menyentuh kalbu..
aku ingin menjadi isteri yang solahah kepada suami yang aku cintai..moga artikel nih menjadi pendorong..amin..doa2kan la aku mendapat jodoh yang baik..umur dah 24 nih..kekeke..aku jugak doakan ko dapat jodoh yang solehah juge..
amin...
nanti kalau dah jumpa yang sesuai, tunggu ajer laa kad jemputan dari aku...
hehe
amboi ko ni aman...
byk btoi post pasai kawen dah la ni...
galak nak kawen dah ka?
hihihi...
tapi pon apa salahnya kawen pon...
bagus paaa....
dah ada calon ka?
sebelum kawen tu, baik hang rujuk sini dulu...
http://saifulislam.com/?p=4200
salam..
tahniah..
it's touching...
telah dikatakan,wanita yg baik utk lelaki yg baik...
wanita yg solehah utk lelaki yg soleh...
berusaha la kite utk mnjadikan diri kite lbh baik dari semlm dan seterusnye...
InsyaAllah...
Post a Comment