Sekolah?

 

Assalamualaikum...

 

Hari ini 3 January 2009. (Lagi 3 hari my parent nak pulang dari Tanah Haram Makkah)

Baru 3 hari umat manusia di serata dunia menjengah ke tahun baru, tahun 2009. Semua orang masih panas memperkatakan azam masing-masing. Tapi berapa orang yang bertanyakan adakah azam tahun lepas berjaya di laksanakan atau azam hanya tinggal azam?

 

 

Azam Tahun 1997

 

Masih basah lagi dalam kotak ingatan aman, azam aman masa mula-mula menjejakkan kaki ke darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga. Apa yang aman ucapkan di hadapan emak masa itu?

"Mak, cik nak skor UPSR tahun ni. Cik nak masuk Maktab Mahmud" (sekarang Maktab Mahmud lebih dikenali dengan Maahad Mahmud padahal kedua-duanya suatu yang sama sahaja)

Itulah yang aman ucapkan pada emak pada waktu itu. Aman memang kepingin benar hendak menjejakkan kaki ke sekolah itu. Kenapa? Sebab aman hendak merealisasikan apa yang diidamkan oleh mak dan abah. Mak dan abah kedua-duanya bekas pelajar Maktab Mahmud. Sekolah yang berprestij bagi aman. Aman tidak pandang sekolah-sekolah elit seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar ataupun Sekolah Alam Shah. Aman hanya pandang sekolah Maktab Mahmud sahaja. Entah apa daya tarikan yang wujud di sekolah itu aman sendiri tidak tahu sehinggakan aman betul-betul minat hendak masuk sekolah itu.

 

Selepas keputusan trial UPSR diumumkan, aman melonjak riang sebab aman terima surat untuk temuduga kemasukan Maktab Mahmud. Aman sudah menjejakkan sebelah kaki aman ke Maktab Mahmud, hanya tinggal sebelah sahaja lagi untuk aman merealisasikan azam aman untuk bergelar pelajar Maktab Mahmud.

 

Tapi, diharapkan panas berpanjangan, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Lepas sahaja keputusan UPSR diumumkan, aman masih tidak menerima sebarang panggilan dari Maktab Mahmud. Aman jadi kecewa. Abah menghubungi kawannya di pejabat pendidikan Kedah, ternyata keputusan tidak menyebelahi aman. Aman tidak diterima masuk ke Maktab Mahmud.

 

 

Hati Yang Luka

 

Selepas dimaklumkan aman tidak dapat masuk sekolah Maktab Mahmud, bagaikan seluruh family kecewa. Mak pun kata, dah tiada rezeki kenapa hendak bersedih pula. Tapi tergambar sedikit kekecewaan di wajah ibunda tercinta. Aman menerima panggilan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Sekolah yang agak berprestij sedikit bagi area Kubang Pasu. Aman masuk SMKJ, tapi hati masih sedih.

 

Baru 2 minggu di SMKJ, aman menerima panggilan dari Asrama Semai Bakti (asrama yang dikhususkan untuk anak-anak peneroka Felda). Disebabkan hati yang lara ini, aman mengambil keputusan untuk merantau jauh. Aman mendapat tahu aman di tempatkan di Asrama Semai Bakti Kelana Jaya. (Untuk pengetahuan semua, Asrama Semai Bakti ada 4 cawangan masa itu iaitu Kelana Jaya, Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Baharu. Selepas itu Kuantan ditutup dan diganti dengan Trolak. Berita yang aman dengar Kuantan dibuka kembali dan Trolak ditutup). ASBKJ ini hanyalah sebuah asrama pusat. Asrama pusat bermaksud tempat yang disediakan asrama semata-mata tetapi bersekolah di sekolah-sekolah berdekatan asrama itu. Aman dimasukkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama. Bermulalah sebuah kehidupan yang sekular.

 

Sepanjang aman di SMKDU, aman rasakan sesuatu kekurangan dalam diri aman. Sesuatu yang asik meronta-ronta untuk dipenuhi. Tetapi aman tidak memahami apa maksudnya ketika itu. Aman tidak memenuhi apa yang hati aman inginkan, aman mula menjadi liar buat seketika.

 

 

Cahaya Baru

 

Sebelum menduduki peperiksaan PMR, aman berazam untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Aman bercita-cita tinggi terutamanya MRSM Jasin. Tetapi, sesuatu yang mengecewakan juga terjadi. Aman tidak memperolehi tempat di MRSM, sebaliknya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mengalukan kedatangan aman terlebih dahulu. Sekali lagi kekecewaan terjadi dalam hati ini.

 

Tanggal bulan Februari 2000, aman menjejakkan kaki aman buat pertama kalinya di bumi Taiping. Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Taiping membuka sejarah sebuah perjalanan anak kampung yang berfikiran bandar. Aman masuk SERATAS dengan langkah yang agak berat. Pada hari pendaftaran itu, semua pelajar baru berpakaian lengkap sekolah, tapi aman? Apa yang aman pakai ketika itu masih segar dalam ingatan aman. Aman pergi dengan hati yang berat, sebab itu aman tidak membuat sebarang persediaan untuk memasuki sekolah itu.

 

Tetapi selepas aman memasuki SERATAS, ia bagaikan satu sinar baru untuk aman. Aman mula memenuhi kekosongan didalam hati aman. Aman mula belajar sesuatu yang aman tertinggal sebelum ini. Aman berasa lebih tenang di SERATAS walaupun kadang kala berasa jangkal dengan kehadiran beruk-beruk yang berkeliaran di sekolah itu. Tetapi kadang kala, ia bagaikan sebuah jenaka yang tidak bersuara. Menjadi penghibur di kala petang. Aman mula menyukai SERATAS dalam keadaan tidak sedar.

 

 

Kesimpulan

 

Selepas meninggalkan dunia persekolahan, aman banyak rindukan zaman itu kembali. Rasa ingin memutarkan masa untuk bersama-sama dengan rakan-rakan bergelak tawa, berkongsi suka duka, beriadah bersama-sama, melakukan kerja-kerja gila dan sebagainya.

 

Memang betul, adakalanya apa yang kita rancang tidak semestinya baik untuk kita. ASang Pencipta lebih mengetahui dari hamba-hambaNya. Sekarang aman sudah menerima hakikat itu. Ia menjadikan aman betul-betul bersyukur dengan apa yang Allah aturkan dalam kehidupan aman. Thank you Allah. You make my life great!

 

Kehidupan Aman

"Aman, Miker budak Izzudin?"

Pertanyaan ustaz Hasrizal semalam ketika berchating di halaman beliau www.saifulislam.com.

 

Ustaz, aman bukanlah seorang budak lepasan sekolah agama. Aman hanyalah lepasan sekolah biasa-biasa sahaja. Tapi dalam hati aman, terlalu mengidamkan untuk bergelar bekas pelajar sekolah agama. Tetapi rezeki aman hanyalah sekolah biasa. Walau aman sekolah biasa, tapi aman berbangga!

 

Perihal sekolah agama. Kawan aman penah kata, "Kau masuk sekolah agama belum tentu lagi kau jadi baik". maybe betul juga apa kawan aman cakap itu. Tapi kena ingat juga, Sesuatu bentuk barang, mestilah dilihat dari acuannya. Jika acuannya cantik, insyaAllah cantiklah bentuknya. Kalau bentuknya tidak cantik tetapi acuannya cantik, itu beerti bahannya silap. So, bukan salah acuannya. Arwah nenek aman pun tidak menyukai aman sebab aman sekolah sekular. Tapi apa boleh aman buat? Aman terima keadaan seadanya.

 

Apa yang kita rancang, jika tidak sehaluan dengan perancangan Sang Pencipta, sudah pasti perancangan kita tidak berjaya. Tetapi kita hendaklah merancang yang terbaik untuk kita. Jangan takut untuk merancang. Kerana ia akan mematangkan kita walaupun perancangan kita tidak berhasil atau berjaya.

 

 

Azam Aman

- nak establish tahun ni

- nak kurangkan 'tower' depan meja ni

- kurangkan tidur, banyakkan ibadah

- perbanyakkan bacaan dari tahun lepas

- lebih baik dari tahun lepas

 

 

Sekian...

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

2 teguran dan kutukan:

CTNAQUIA ESIR said...

skrg baru nakia dpt tau nape aman sekolah kt damansara utama.

far diff from me for this situation, i get the school that i wanted, twice-f1 and f4 [Sekolah Seri Puteri Kl/Cyberjaya], but later on i change into a secular one. Part ni ramaila yg marahnyer~..

uhuk2...

seoul_gals said...

Boleh ke pelajat bukan anak felda masuk ke asramai semai bakti?