Showing posts with label Diri Sendiri. Show all posts
Showing posts with label Diri Sendiri. Show all posts

Sekolah?

 

Assalamualaikum...

 

Hari ini 3 January 2009. (Lagi 3 hari my parent nak pulang dari Tanah Haram Makkah)

Baru 3 hari umat manusia di serata dunia menjengah ke tahun baru, tahun 2009. Semua orang masih panas memperkatakan azam masing-masing. Tapi berapa orang yang bertanyakan adakah azam tahun lepas berjaya di laksanakan atau azam hanya tinggal azam?

 

 

Azam Tahun 1997

 

Masih basah lagi dalam kotak ingatan aman, azam aman masa mula-mula menjejakkan kaki ke darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Tangga. Apa yang aman ucapkan di hadapan emak masa itu?

"Mak, cik nak skor UPSR tahun ni. Cik nak masuk Maktab Mahmud" (sekarang Maktab Mahmud lebih dikenali dengan Maahad Mahmud padahal kedua-duanya suatu yang sama sahaja)

Itulah yang aman ucapkan pada emak pada waktu itu. Aman memang kepingin benar hendak menjejakkan kaki ke sekolah itu. Kenapa? Sebab aman hendak merealisasikan apa yang diidamkan oleh mak dan abah. Mak dan abah kedua-duanya bekas pelajar Maktab Mahmud. Sekolah yang berprestij bagi aman. Aman tidak pandang sekolah-sekolah elit seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar ataupun Sekolah Alam Shah. Aman hanya pandang sekolah Maktab Mahmud sahaja. Entah apa daya tarikan yang wujud di sekolah itu aman sendiri tidak tahu sehinggakan aman betul-betul minat hendak masuk sekolah itu.

 

Selepas keputusan trial UPSR diumumkan, aman melonjak riang sebab aman terima surat untuk temuduga kemasukan Maktab Mahmud. Aman sudah menjejakkan sebelah kaki aman ke Maktab Mahmud, hanya tinggal sebelah sahaja lagi untuk aman merealisasikan azam aman untuk bergelar pelajar Maktab Mahmud.

 

Tapi, diharapkan panas berpanjangan, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Lepas sahaja keputusan UPSR diumumkan, aman masih tidak menerima sebarang panggilan dari Maktab Mahmud. Aman jadi kecewa. Abah menghubungi kawannya di pejabat pendidikan Kedah, ternyata keputusan tidak menyebelahi aman. Aman tidak diterima masuk ke Maktab Mahmud.

 

 

Hati Yang Luka

 

Selepas dimaklumkan aman tidak dapat masuk sekolah Maktab Mahmud, bagaikan seluruh family kecewa. Mak pun kata, dah tiada rezeki kenapa hendak bersedih pula. Tapi tergambar sedikit kekecewaan di wajah ibunda tercinta. Aman menerima panggilan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Sekolah yang agak berprestij sedikit bagi area Kubang Pasu. Aman masuk SMKJ, tapi hati masih sedih.

 

Baru 2 minggu di SMKJ, aman menerima panggilan dari Asrama Semai Bakti (asrama yang dikhususkan untuk anak-anak peneroka Felda). Disebabkan hati yang lara ini, aman mengambil keputusan untuk merantau jauh. Aman mendapat tahu aman di tempatkan di Asrama Semai Bakti Kelana Jaya. (Untuk pengetahuan semua, Asrama Semai Bakti ada 4 cawangan masa itu iaitu Kelana Jaya, Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Baharu. Selepas itu Kuantan ditutup dan diganti dengan Trolak. Berita yang aman dengar Kuantan dibuka kembali dan Trolak ditutup). ASBKJ ini hanyalah sebuah asrama pusat. Asrama pusat bermaksud tempat yang disediakan asrama semata-mata tetapi bersekolah di sekolah-sekolah berdekatan asrama itu. Aman dimasukkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama. Bermulalah sebuah kehidupan yang sekular.

 

Sepanjang aman di SMKDU, aman rasakan sesuatu kekurangan dalam diri aman. Sesuatu yang asik meronta-ronta untuk dipenuhi. Tetapi aman tidak memahami apa maksudnya ketika itu. Aman tidak memenuhi apa yang hati aman inginkan, aman mula menjadi liar buat seketika.

 

 

Cahaya Baru

 

Sebelum menduduki peperiksaan PMR, aman berazam untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Aman bercita-cita tinggi terutamanya MRSM Jasin. Tetapi, sesuatu yang mengecewakan juga terjadi. Aman tidak memperolehi tempat di MRSM, sebaliknya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mengalukan kedatangan aman terlebih dahulu. Sekali lagi kekecewaan terjadi dalam hati ini.

 

Tanggal bulan Februari 2000, aman menjejakkan kaki aman buat pertama kalinya di bumi Taiping. Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Taiping membuka sejarah sebuah perjalanan anak kampung yang berfikiran bandar. Aman masuk SERATAS dengan langkah yang agak berat. Pada hari pendaftaran itu, semua pelajar baru berpakaian lengkap sekolah, tapi aman? Apa yang aman pakai ketika itu masih segar dalam ingatan aman. Aman pergi dengan hati yang berat, sebab itu aman tidak membuat sebarang persediaan untuk memasuki sekolah itu.

 

Tetapi selepas aman memasuki SERATAS, ia bagaikan satu sinar baru untuk aman. Aman mula memenuhi kekosongan didalam hati aman. Aman mula belajar sesuatu yang aman tertinggal sebelum ini. Aman berasa lebih tenang di SERATAS walaupun kadang kala berasa jangkal dengan kehadiran beruk-beruk yang berkeliaran di sekolah itu. Tetapi kadang kala, ia bagaikan sebuah jenaka yang tidak bersuara. Menjadi penghibur di kala petang. Aman mula menyukai SERATAS dalam keadaan tidak sedar.

 

 

Kesimpulan

 

Selepas meninggalkan dunia persekolahan, aman banyak rindukan zaman itu kembali. Rasa ingin memutarkan masa untuk bersama-sama dengan rakan-rakan bergelak tawa, berkongsi suka duka, beriadah bersama-sama, melakukan kerja-kerja gila dan sebagainya.

 

Memang betul, adakalanya apa yang kita rancang tidak semestinya baik untuk kita. ASang Pencipta lebih mengetahui dari hamba-hambaNya. Sekarang aman sudah menerima hakikat itu. Ia menjadikan aman betul-betul bersyukur dengan apa yang Allah aturkan dalam kehidupan aman. Thank you Allah. You make my life great!

 

Kehidupan Aman

"Aman, Miker budak Izzudin?"

Pertanyaan ustaz Hasrizal semalam ketika berchating di halaman beliau www.saifulislam.com.

 

Ustaz, aman bukanlah seorang budak lepasan sekolah agama. Aman hanyalah lepasan sekolah biasa-biasa sahaja. Tapi dalam hati aman, terlalu mengidamkan untuk bergelar bekas pelajar sekolah agama. Tetapi rezeki aman hanyalah sekolah biasa. Walau aman sekolah biasa, tapi aman berbangga!

 

Perihal sekolah agama. Kawan aman penah kata, "Kau masuk sekolah agama belum tentu lagi kau jadi baik". maybe betul juga apa kawan aman cakap itu. Tapi kena ingat juga, Sesuatu bentuk barang, mestilah dilihat dari acuannya. Jika acuannya cantik, insyaAllah cantiklah bentuknya. Kalau bentuknya tidak cantik tetapi acuannya cantik, itu beerti bahannya silap. So, bukan salah acuannya. Arwah nenek aman pun tidak menyukai aman sebab aman sekolah sekular. Tapi apa boleh aman buat? Aman terima keadaan seadanya.

 

Apa yang kita rancang, jika tidak sehaluan dengan perancangan Sang Pencipta, sudah pasti perancangan kita tidak berjaya. Tetapi kita hendaklah merancang yang terbaik untuk kita. Jangan takut untuk merancang. Kerana ia akan mematangkan kita walaupun perancangan kita tidak berhasil atau berjaya.

 

 

Azam Aman

- nak establish tahun ni

- nak kurangkan 'tower' depan meja ni

- kurangkan tidur, banyakkan ibadah

- perbanyakkan bacaan dari tahun lepas

- lebih baik dari tahun lepas

 

 

Sekian...

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Janji Allah

 

Bismillah...

Dengan nama Allah!

untitled

 

Cuti sekolah.. Walaupun ianya hampir tamat untuk sesi penggal ini, tetapi rasanya belum terlambat untuk aman bercerita mengenai cuti sekolah. Setiap kali datangnya cuti sekolah, mesti akan tiba kad jemputan walimatul urus. Bagaikan tidak seri cuti sekolah jika tiada kenduri perkahwinan.

 

Hari Ahad (21 Disember 2008). Berlangsungnya perkahwinan Zuhairy bin Hj Jaffar (TAME 59) dengan pasangannya Marlina binti Mohamed. Alhamdulillah, selesai sudah seorang lagi kawan aman mendirikan masjid selepas Khairul Izham bin Shamsuddin (TAME 60). Sekarang ini isteri si Khero sudah mengandung. Tidak lama lagi, terasa la diri ini makin tua sudah. Gelaran Pak Lang Aman or Pak Lang Man makin tersebar dimerata-rata. Hehehe..

 

Perkahwinan

 

Ketika seorang muslim dari golongan yang baik-baik, tidak kira dari sebelah pihak anak dara atau anak teruna, pasti timbul pelbagai rasa dan persoalan di dalam jiwa masing-masing. Ada rasa gundah gulana,gementar, resah, risau, bimbang dan ada juga yang tidak sabar menantikan saat paling bermakna dalam hidupnya. Bahkan, ketika sesi taaruf sekali pun, masih wujud keraguan dalam hati masing-masing. Perasaan dan rasa itu adalah lumrah kita sebagai manusia.

 

Jika kita berpegang teguh pada janji-janji Allah di dalam al-Quran, kenapa masih wujud lagi perasaan-perasaan sebegitu? Kalau seorang lelaki yang baik, di benak fikirannya bertanya "mampukah aku menjadi seorang ketua yang baik?" atau "bersediakah aku untuk membimbing bakal isteriku dan anak-anakku supaya mendekatkan diri dengan Sang Pencipta?". Jika si belah wanita pula, di kotak pemikirannya terawang-awangan persoalan "mampukah aku mentaati suamiku selagi mana dia mentaati Allah?" atau "bersediakah aku untuk melahirkan para mujahid pejuang-pejuang Allah yang tidak gentar untuk syahid untukMu?". Jika persoalan itu yang bermain di fikiran sang mempelai, maka InsyaAllah, berbahagialah mereka.

 

Janji-janji Allah

 

Ini adalah perkhabaran yang indah berupa janji-janji Allah bagi mereka yang menyempurnakan sebahagian agamanya. Maka bergembiralah wahai saudara-saudaraku!

 

12-22-2008 6-48-10 PM

Jika ingin mendapat jodoh yang baik, maka perbaikilah dirimu. Jadilah seorang muslimin yang sejati, tranform lah menjadi seorang muslimat yang terpuji.

Jika inginkan isteri seperti Saidatina Fatimah RA, awasi dirimu seperti Saidina Ali.

 

 

12-22-2008 6-48-38 PM

Ada di kalangan kita, apabila seorang pemuda hendak bernikah, perasan bimbang dan resah menerpake dalam hatinya. Salah satu sebabnya, masih belum bekerja atau masih belajar. Walau demikian, ada juga yang sudah bekerja tetapi masih berapa bimbang. Dibenaknya tersisip rapi persoalan "cukup ka aku untuk menampung family nanti dengan gaji aku ni?"

 

Ayat diatas menjadi jawapan kepada segala persoalan untuk menjadikannya semakin gagah untuk melangkah ke jinjang pelamin. Ibarat seorang tentera yang tidak gentar untuk bertarung di medan perang. Janji Allah sedia terhidang, cuma bergantung kepada kita untuk menjamahnya atau menolaknya. Tidakkah kita lihat, apabila seseorang yang fakir atau miskin berkahwin, bagaimana Allah memberikan kecukupan kepadanya dalam perbelanjaannya? Allah itu Maha Pemurah!

 

"Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang yang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya untuk merdeka dan seseorang yang bernikah untuk memelihara kehormatannya" (hadis Riwayat Ahmad )

 

 

12-22-2008 7-11-17 PM

 

Inilah janji-janji Allah. Jika kita berdoa kepadaNya, nescaya akan diperkenankanNya. Jika lambat diperkenankan, itu tandanya Allah gembira mendengar suara-suara merdu dan lunak kamu memohon dariNya. Sesungguhnya Allah itu Teramatlah Pemurah, tiada yang lebih pemurah dari pemurahnya Allah SWT. Pastikan adab-adab doa yang sempurna agar Allah bertambah gembira mendengar permintaan seorang hambaNya.

 

12-22-2008 7-21-47 PM

 

 

 

Itulah janji-janji Allah. Dan Allah tidak pernah mendustakan janji-janjiNya. Kalau Allah tidak / belum memakbulkan doa kalian, nescaya ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih bermakna untuk kita. Sesungguhnya, Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

 

Jadi, kenapa masih ragu dengan janji-janji Allah?

 

P/S: Aman ni bukanlah power sangat, kahwin pun belum tapi berlagak nak cakap pasai kahwin. So, better tanya orang yang sudah berpengalaman. Kalian bolehlah merujuk page Ustaz Hasrizal mengenai pandangan beliau tentang Kahwin Semasa Belajar 

 

Wasalam

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Kempen "JOM KE MASJID"

 

Assalamualaikum...

 

Maybe post kali ini agak boring bagi sesetengah umat. Mungkin akan ada yang tersinggung dengannya. Biarlah apa yang orang kata, kebenaran hendaklah ditegakkan.

 

Melalui tajuk post hari ini, pasti ramai yang sudah menduga apa yang akan saya perkatakan. Tetapi saya tetap akan membicarakan persoalan ini juga. Agama itukan nasihat. Adakala kita terlupa, adakala kita buat-buat lupa. Tetapi kebenaran tetaplah kebenaran!

 

Jom Ke Masjid

 

"hey Mat, jom pi masjid. dah azan dah tu"

"hang pi la dulu, nanti aku menyusul"

Macam biasa dengarkan ayat seperti itu. Sampailah kawan si Mat ni pergi dan balik, Mat masih di tempat sama. Bila masa dia menyusulnya? Maybe lain hari kot, tak pun lain tahun, paling kurang lain dekat. Tu pun kalau umur Mat masih panjang.

 

Dari pengalaman saya sendiri, surau-surau dan masjid-masjid di Malaysia ini terlalu banyak. Sampai tidak terkira. Tetapi berapa orang yang menjadikan masjid itu tempat untuk menimba ilmu, tempat untuk bermasyarakat dam tempat untuk mentadbir negara seperti zaman Rasulullah SAW dahulu?

 

Contoh terdekat, surau dekat rumah saya ini. Surau yang dinaik tarafkan menjadi masjid. Makmumnya sedikit sahaja. Setiap kali solat, kalau 2 saf penuh tu kira bagus dah tu. Ini kadang-kadang tu tak sampai pun dua saf. Yang lebih menduka citakan, yang ramainya bukan rakyat Malaysia, tetapi rakyat Bangladesh. Dalam dua saf tu, satu setengah rakyat bangladesh, yang selebihnya barulah rakyat Malaysia. Alih-alih muka yang sama saja. Bukan nak asabiyah dengan rakyat Bangladesh tu, tetapi saya sendiri jadi malu, perkarangan itu majoriti rakyat Malaysia tetapi yang ramai dalam masjid hanyalah Mat-Mat Bangla tu. Mana rakyat Malaysia beragama Islam yang lain? Kemana menghilang? Maybe depa solat berjemaah dengan family kot. Yang dituntut solat berjemaah bukan solat di masjid!

 

Semenjak cuti sekolah ini, Alhamdulillah, 3 saf penuh. Satu saf penuh dengan budak-budak. Bagus! Didikan dari kecil. Teringat Aman masa kecil dahulu....

"mak, cik nak pi masjid"

"pi la...tunggu abah sama"

"tak mau la...cik pi naik gerek"

Macam itulah saya dahulu. Pi masjid bukan nak solat pun. Tapi jadikan alasan nak jumpa kawan-kawan dekat masjid. Hendak main sama-sama, bukan hendak sembahyang sangat sebenarnya. Time solat siap main tolak-tolak lagi. Bila habis solat, main kejar-kejar sekeliling masjid. Dah penat pergi tolong orang cuci pinggan mangkuk kalau ada jamuan haritu. Dahulu orang kampung susah nak lepaskan anak-anak main malam-malam. So, pergi masjidlah alasan hendak keluar main dengan kawan-kawan. At least bagus juga. Latihan dari kecil untuk pergi masjid. Apabila saya tengok anak-anak kecil kat surau itu, teringat zaman dahulu. Kadang kala buat saya tersenyum sendirian.

 

 

 

Marilah anak muda! Kita hidupkan kembali masjid yang kian suram. Jangan biarkan ia hanya diterangi dengan lampu-lampu yang menyilaukan itu. Marilah kita hidupkan dengan cahaya nur dari hati-hati pemiliknya. Agak seri masjid itu lebih berkilauan!

 

Aman penah terbaca satu artikel, tapi tidak ingat di mana. Kata-kata seorang pembesar Israel. Ayatnya berbunyi lebih kurang seperti ini

"Kita tidak perlu gentar dengan umat Islam sekarang! Jika Masjid-masjid mereka penuh seperti solat jumaat dikala solat Subuh, barulah kita takut dan gentar dengan mereka"

 

 

Masjid Hanyalah Sebuah Tugu

 

Entah lah, sejak dua menjak ini, tertarik sangat saya hendak menulis barkaitan masjid ini. Kenapa? Kerana sekarang masjid-masjid di Malaysia didirikan hanyalah untuk bermegah-megah. Tidak lebih dari itu. Cuba kita lihat Masjid Putrajaya dan Masjid Kristal di Terengganu. Apa persamaan kedua-dua masjid itu? Tidak lebih dari sebuah tugu yang dijadikan untuk bermegah-megah. Cuba kita belajar balik Syarat Sah Solat Jumaat.

 

Syarat Sah Solat Jumaat:

1. Didirikan dalam waktu Zohor

2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya

3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu

4. Didahului dengan dua khutbah.

 

Persoalannya:

Dikawasan itu, ada berapa orang yang menetap kekal disitu pada radius tertentu? Setahu saya, kawasan itu memang tidak ada orang menetap di area itu. Hanyalah bagunan-bagunan tempat orang mencari rezeki sahaja. Senang kata tempat orang bekerja. Bukan tempat menetap di situ.

(betulkan saya jika salah)

 

 

aku bukanlah baik sangat

hendak ajak orang ke masjid

aku bukanlah baik sangat

hendak mengata si polan itu jahat

aku bukanlah baik sangat

hendak menyeru ke arah kebaikan

aku bukanlah baik sangat

hendak mencegah kemungkaran

aku bukanlah baik sangat

hanya sekadar memakai jubah dan serban

aku bukanlah baik sangat

menyimpan janggut berniatkan sunnah

aku bukanlah baik sangat

menegur orang menutup aurat

aku bukanlah baik sangat

seperti yang disangkakan

aku hanyalah AMAN SHAH

seorang hamba yang tidak lari dari dosa

seorang anak yang kadang-kadang masih menderhakai ibunya

seorang pelajar yang kadang-kadang lupa akan tanggungjawabnya

tapi

aman seorang umat islam

yang berasa hendak menegur saudaranya dari jatuh ke lembah hina

agar usahanya dikira jihad fi sabilillah

agar usahanya diterima Allah SWT

 

 

~ aman shah ~

"....man jadda wa jada..."

Ayah / Abah / Abi / Daddy / Papa

Hati seorang Ayah


Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya
Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.


Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya

"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.


Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."


Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".


Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.


Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu,  terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan
"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."


Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya.
"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada
keluhan dan rasa sakit?"


Ibunya menjawab:
"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap
keluarga itu memang akan demikian."


Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah
ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?


Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai
jawapan rasa kebingungannya selama ini.


"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."


"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat
pula untuk melindungi seluruh keluarganya."


"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".


"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat
panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."


"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan
kerapkali menyerangnya".


"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun
juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."


"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak- anaknya."


"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan
menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."


"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan
menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha
mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."


"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun
sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."


Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.


"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

 

 

Cerita abah

 

Tatkala aman menulis post ini, abah masih berada di tanah suci Makkah. Semoga apa yang diusahakan oleh abah di sana beroleh keberkatan Allah. Memperolehi haji yang mabrur. Amin.

 

Kenapa aman rindu sangat kat abah. Padahal abah memang terkenal dengan sikap garang oleh anak-anak. Tanyalah setiap anak-anak abah, siapa yang tak pernah kena penangan abah? Siapa yang tidak penah di pukul abah? Tapi setiap pukulan abah itu dalam membentukkan anak-anak abah. Semua pukulan itu atas kesalahan anak-anak juga. Bukan sekadar suka-suka!

 

Masih terpahat lagi di ingatan aman, bagaimana pelepah kelapa hinggap di badan aman. Itu atas kenakalan aman juga. Aman redha menerimanya. Teringat kembali macam mana libasan tiub getah basikal melayang hinggap badan Cik Gi. Kerana apa? Kerana Cik Gi kononnya Cik Gilah 'Mc Gyver'. Cik Gi menangis teresak-esak. Ingat lagi macam mana kerusi di dapur itu patah dua tatkala abah baru balik dari masjid selesai solat subuh gara-gara adik Emi tidak mahu ke sekolah. Abang Ket ada ceritanya tersendiri. Adik Tam dengan fe'elnya tersendiri. Maybe adik Fakhrul saja yang masih belum mengenali 'garang'nya abah. Namun semuanya tidak merungut jika diajar begitu. Kerana kami paham. Dialah abah kami!

 

 

23 November 2008

 

Hari paling bersejarah dalam hidup aman! Kenapa? Kerana 'kegarangan' abah itu, aman tidak pernah berani atau berpeluang mencium pipi abah. Mengucup tapak tangan abah. Tetapi, masa menghantar abah di Airport Alor Setar sebelum abah dan mak berangkat ke Tanah Suci, aman berpeluang melakukan apa yang aman mahu selama ini. Inilah kali pertama aman mengucup pipi dan tapak tangan abah. Ya, tapak tangan! Kalau belakang tangan itu sudah biasa, tetapi ini tapak tangan kerana bagi aman, tapak tangan itu lebih mulia dari belakang tangan. Dari tapak tangan itulah abah mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga. Aman cukup gembira hari itu. Ketika di Airport KLIA, aman nampak di raut wajah abah. He proud with me! Kerana, aman menghantar abah hingga ke Airport KLIA. Maybe sebab rezeki aman kerja dengan MAS, so mudah la aman nak masuk ke bahagian jemaah haji yang tengah tunggu di balai menunggu di KLIA. Ketika disana, abah dengan senyum nya berkata "Ini anak aku yang kerja ngan MAS" kepada rakan-rakan barunya yang berkenalan ketika dalam flite dari Alor Setar ke KLIA. With a simple word, but i see my father smile with a sweet face. Ia bagaikan suntikan semangat untuk aman terus berusaha. Basha!

 

Raya Haji 1429

 

" Hello, Assalamualaikum"

"Ws, siapa ini? Emi ka?"

"Dak, ni Man ni"

"Bila Man balik?"

"Man balik hari Jumaat malam haritu"

"Semua balik dah ka?"

"Ha, semua adik beradik balik dah. Ni sapa ni?"

"Abah"

"Abah mana ha?"

"Abah la"

"Laaa..abah ka"

 

Perbualan aman dengan abah malam raya haji lepas. Panggilan abah dari Tanah Suci. Lepas letak saja ganggang telefon itu, aman ketawa sorang-sorang. Boleh seorang anak tanya ABAH MANA? Sampaikan adik Emi pon gelak sama. Kenapalah kau ni aman, sampai suara abah sendiri pun kau tak dapat nak cam. Ya! memang aman tidak cam suara abah. Sebab, aman tidak jarang bercakap dengan abah melalui telefon. Kalau aman telefon rumah, kalau abah yang angkat, sure sekejap saja terus minta cakap dengan mak. Sebab abah tidak berapa suka cakap melalui telefon. Sebab itu aman jarang bercakap melalui telefon dengan abah. Kalau aman ada urusan dengan abah sekalipun, aman akan balik rumah untuk berbicara bersama abah. Abah lebih suka berbicara face to face. So, aman respek apa pendirian abah.

 

p/s: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali
silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

ISLAM DAN TIDUR

Assalamualaikum...

 

Sudah pukul 0122. Tapi tak boleh tidur-tidur. Itu yang teringat akan ceramah haritu. Ceramahpasai tidur tengahari saja. Dah time tu waktu kuliah zohor, ramai yang 'syahid' dah. Hehehe.. Lepas tu buat research sikit pasai post ini.


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:


"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."


Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya.

 

Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.


(Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)


Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.


(Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')


Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999.


(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)


Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:


"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)


Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."
(Bukhari-Muslim)


Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.


Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."


Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

Keimanan akan diuji dengan pelbagai bentuk dan cara

 

12

 

Bismillah...

 

Sudah lama tidak update blog. Dalam kelapangan yang ada walau sebentar, dapatlah saya mencoretkan sedikit sebanyak walaupun ianya hanya sekadar sepotong ayat. Jangan loket untuk berkongsi apa-apa walaupun ianya hanyalah sebesar hama, sesungguhnya walau ianya sebesar hama, tetapi disisi Allah, ianya amat tinggi nilainya.

DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hamba-Ku. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."


Hadis di atas menjelaskan bahawa Allah memerintahkan malaikat-Nya yang tidak pernah derhaka dan tetap melaksanakan apa yang Allah perintahkan kepada mereka untuk melakukan pelbagai ujian dan cubaan kepada hamba-hamba-Nya.


Dengan cubaan dan ujian ini, diharapkan akan terkeluarlah suara hamba itu. Namun begitu, sekiranya tidak terkeluar suara hamba itu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sesuatu yang tersembunyi dalam hati hamba-Nya.


Sesungguhnya kehidupan ini tidak sunyi daripada kesenangan dan kesusahan, kesukaan dan kedukaan yang silih berganti. Oleh itu, barang sesiapa yang beranggapan kehidupan ini adalah kesenangan, kemewahan semata-mata atau penuh dengan kesukaran dan kesusahan selama-lamanya, ia adalah salah.


Melalui hadis di atas, Allah mengingatkan bahawa kesenangan dan kesusahan itu adalah ujian ke atas hamba-Nya dan ia adalah sunnatullah.


Oleh itu, kehidupan ini dipenuhi dengan ujian dan cubaan daripada Allah. Ini kerana sesuatu yang tidak diuji, tidak akan kelihatan keasliannnya. Umpama manusia gagal untuk menentukan emas tulen dengan tiruan.


Maka, untuk menentukan emas itu tulen, maka ia perlu dinilai ketulenannya. Demikianlah halnya manusia, di mana mereka telah mengaku diri beriman. Tentulah Allah akan menguji sejauh mana keimanan mereka terhadap-Nya. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

11-29-2008 8-08-58 PM


Melalui ayat di atas, Sayyid Qutb (1327-1386 Hijrah) menafsirkan sesungguhnya iman itu bukanlah sebuah kata-kata yang diucap, malah iman adalah suatu hakikat yang mempunyai tugasnya, suatu amanah yang mempunyai beban tanggungjawabnya, suatu jihad yang memerlukan kesabaran dan suatu perjuangan yang memerlukan ketabahan.


Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman." Mereka tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka. Mereka juga perlu keluar daripada ujian itu dengan hati bersih sebagaimana api menguji emas untuk memisahkan unsur logam yang murah melekat padanya. Inilah makna asal kata-kata ujian dari segi bahasa. Ia mempunyai tujuannya, bayangannya dan saranannya. Begitulah juga ujian itu bertindak pada hati hati manusia.


Dalam ayat lain, Allah menerangkan secara jelas bahawa hubungan manusia dengan kehidupan adalah hubungan ujian dan cubaaan. Firman Allah bermaksud:

was

Ayat ini menjelaskan bahawa tujuan Allah mendatangkan pelbagai ujian ke atas hamba-Nya untuk menilai siapakah di antara hamba-hamba-Nya yang terbaik. Yang terbaik amalnya itulah adalah orang terbaik di sisi Allah.


Ujian yang Allah datangkan kepada hamba-Nya tidak berupa kesusasahan, kesulitan dan kesakitan semata-mata. Malah, manusia perlu berwaspada kerana ujian dan cubaan akan datang kepada mereka dalam bentuk kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Ini secara terang difirmankan oleh-Nya bermaksud:

surah

Sebenarnya ujian Allah ke atas hamba-Nya dengan nikmat harta kekayaan dan pelbagai kesenangan, pada hakikatnya lebih berat daripada ujian dengan bencana, seksaan dan kesusahan. Ini kerana berapa ramaikah orang yang memiliki kekayaan, tetapi hidupnya penuh dengan kecelakaan kerana gagal mengguna atau menyalurkannya pada tempat sewajarnya.


Kekayaan yang dimiliki diuji oleh Allah. Ini jelas diterangkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi bermaksud: "Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan."


Demikian juga dengan orang yang diuji dengan pangkat dan kekuasaan, hinggakan mereka menyangka mereka telah berkuasa sepenuhnya dan memiliki segala-galanya. Hal ini diperingatkan Allah dalam firman-Nya bermaksud:

was


Ayat ini menegur sikap manusia yang angkuh dan sombong yang menganggap mereka memiliki segala-galanya dan boleh melakukan apa saja selepas mendapat kekuasaan dan pangkat dalam masyarakat. Pada hal, apa yang dimiliki hanya sedikit daripada kurniaan Allah kepada hamba-Nya.
Rasulullah bimbang umatnya yang diulit dengan kemewahan yang tidak ingatkan Allah. Ini kerana kehancuran umat terdahulu adalah kerana kemewahan. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud: "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu."


Ujian berat bagi kaum lelaki ialah ujian terhadap wanita. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud: "Sepeninggalanku tiadalah yang ujian yang lebih berbahaya kepada kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita."


Ujian yang menyebabkan manusia mudah tergelincir pula ialah mengenai akidah dan agama. Ini kerana, ramai orang yang mengaku dirinya Muslim, beriman tetapi setelah diuji Allah akan iman dan agamanya dengan pelbagai cubaan, ternyata ramai antara mereka yang lemah dan tergelincir daripada landasan yang benar.


Perkara itu dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:

as

Oleh itu, sekiranya diuji Allah hendaklah kita bersabar kerana dengan bersabar kita akan mendapat ganjarannya iaitu dihapuskan dosanya. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi bermaksud: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa."


Daripada huraian atas dapat disimpulkan, ujian yang Allah turunkan ke atas hamba-Nya mempunyai pelbagai bentuk. Ada ujian yang menimpa tubuh, anak, harta kekayaan, pengaruh, kekuasaan, pangkat, akidah dan sebagainya sama ada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan. Tujuan Allah memberi ujian itu untuk melihat siapakah orang yang benar-benar beriman dengan-Nya, untuk menghapuskan dosa hamba-Nya dan menguji kesabaran hamba-Nya supaya benar-benar menjadi seorang Muslim berkualiti.

Allah tidak memandang kepada paras rupa, tetapi melihat kepada hati dan amalan. Tidak ada bezanya seseorang disisi Allah melainkan iman dan taqwa.

 

 

"Ya Allah, Jika Engkau tetapkan wanita, pangkat dan harta sebagai ujianMu keatasku, Kau kuatkanlah hati ini agar dapat mengharungi segala ujian tersebut. Jangan kau tinggalkan aku bersendirian mengharungi segala onak dan badai ini. Kau dampingilah aku agar aku kuat dan teguh menghadapi segala fitnah dan ujianMu. Amin"

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

 

Masalah Perkahwinan...

 

Teet..Teet..

1 Message Received!

 

"Aman, Z** de 1persoalan nak tanya. Kwn Z** nak kawin. dia ni laki. Dia tny Z** kalu abh pmpn 2 xalim, le ke jd wali?kna ke dia nikah g skali sb dia kurg cnfdnt sah o x?"

 

Macam itu la bunyinya mesej yang baru saya terima sebentar tadi. Agak memeranjatkan, tetapi inilah kehidupan. Adakalanya kita terima sesuatu yang agak memeranjatkan, ada kala kita terima berita yang menggembirakan, sememangnya kita tidak tahu apa yang akan datang. Semua itu ketentuan Allah untuk kita.

 

Agak berat juga hendak jawap persoalan ini. Saya bukanlah ustaz untuk menentukan apa-apa hukum. Tetapi, saya cuba juga menjawab persoalan ini dari apa yang saya tahu.

 

Di sini saya tidak mahu terangkan lagi rukun nikah. Itu sudah jelas dan terang. Yang hendak dititik beratkan syarat untuk menjadi wali. Dalam perkahwinan, ada 2 golongan wali. Wali akrab (dekat) atau wali ab'ad (jauh). Dalam persoalan ini, wali akrab tidak alim. Saya tanya balik, apa yang dia maksudkan dengan tidak alim tu? Sejauh mana yang dimaksudkan dengan tidak alim tu.

 

Syarat-syarat menjadi wali adalah seperti berikut:

1. Islam. Jika perempuan yang akan berkahwin itu Islam sedangkan walinya kafir, maka tidak sah bagi wali itu mewalikan perempuan tersebut

2. Berakal. Tidak sah wali itu dari orang yang tidak sempurna aqalnya , seperti gila yang terus menerus , kerana ia tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, tetapi jika gilanyatidak berterusan atau datang hanya sementara sahaja, maka semasa ia siuman , ia termasuk ke dalam golongan yang sempurna aqalnya.

3. Baligh. Iaitu mereka yang cukup umur lima belas tahun ke atas , maka tidaklah sah kanak-kanak menajdi wali meskipun ia telah mumayiz.

4. Merdeka. Hamba tidak sah menjadi wali.

5. lelaki. Tidak sah perempuan menjadi wali.

6. Tidak dalam ihram haji atau umrah

7. Tidak cedera fikiran. Tidak sah orang yang telah cedera fikirannya menjadi wali seperti orang tua yang telah nyanyuk.

8. Tidak safih. Tidak sah orang yang safih menjadi wali iaitu orang yang ditahan hartanya disebabkan terlampau boros atau bodoh.

9. Adil. Tidak sah orang fasik menajdi wali. Seseorang dikatakan fasik apabila ia melakukan dosa besar. Jika ia bertaubat dengan dosa-dosa itu, maka bolehlah dia menjadi wali.

 

"org2 y fasik ni cmne?klu isteri xpki tudung, anak2 xsolat dll..dia dikira fasik x?sdgkn yg lain2 dia buat"

Subhanallah. Jangan kata macam itu. Jika kita pandang seperti ini sudah sebagai fasik, habis tu, kita nak kata Nabi Nuh AS.itu fasik ka? Sebab isteri dan anak-anak Nabi Nuh AS tidak ikut ajaran yang dibawakan oleh Nabi Nuh AS. Dalam bab ini, jika dia sudah menegur tetapi isteri dan anak-anak dia masih melakukan dosa. Ini dikira macam mana? Kita berusaha, bab hidayah itu hanyalah urusan Allah.

 

Selepas Aman rujuk pada pakar, yang didefinasikan sebagai fasik tu adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar seperti:

-membunuh

- berzina

- minum arak

- merampas harta

- meninggalkan solat fardhu dengan sengaja

- mencuri

- menderhaka kepada ibu bapa

- atau melakukan dosa kecil secara berterusan

- atau seumpamanya yang mana ketaatan kepada Allah kurang dari maksiatnya

 

"abis tu, apa patut depa buat?"

Yang ni yang Aman susah sikit nak jawab. Sebaiknya suruh mereka rujuk ustaz yang lebih arif dalam bidang ini. Kalau tak pun, pergi tanya dekat pejabat agama negeri. Aman tidak berani nak kata apa sebab Aman tidak tahu situasi ini sejelasnya. Aman tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan tidak alim si bapa itu.

 

Aman minta maaf kerana tidak dapat membantu. Aman cuma nyatakan apa yang Aman tahu sahaja.

 

Wasalam.

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Kekayaan Wang vs Kekayaan Jiwa

 

Assalamualaikum...

Dengan nama Sang Pencipta!

 

2991715882_ba66ff01c7

 

"Aman si Arlong! Nak pinjam duit bulan ni boley? Kalau boley nak 1K cukup ar" Persoalan yang biasa kedengaran di telinga ini.

"1K tu tak boley ar Mat, dalam 5rat tu boley arr lagi. Hang nak buat apa pinjam duit?"

"5rat pon ok ar. Aku bulan ni sesak sangat. Nak buat makan bulan ni"

 

Macam itu la kebiasaan aku. Ada sahaja kawan-kawan yang minta tolong bab kewangan. Memang tidak dapat disangkalkan lagi. Tanyalah kawan-kawan sekeliling saya. Mesti jawapan mereka YA!

 

Hidup sebagai Apprentice Malaysia Airlines, berapa la sangat incomenya bulan-bulan. Alaun bulanan RM800 + alaun dobi RM50 jumlahnya RM850. Tolak KWSP RM95 + Perkeso RM3.75, maka alaun bersih setiap bulan RM751.25.

 

"Hang ni Man, Aku pelik juga tengok hang, dapat sama ja dengan aku, tapi hang masih cukup nak hidup, siap boleh bagi orang lain pinjam duit hang lagi. Aku haram tak cukup langsung!" Begitulah ayat dari seorang kawan sebatch pada suatu hari.

Sometime tu, aku pun rasa juga apa yang kawan-kawan rasa. Mungkin sebab aku penah hidup susah, sebab tu aku rasa dengan RM7++ sebulan mencukupi bagiku. Sebagai anak felda, kesusahan adalah asam garam kehidupan mereka. Ini saya cakapkan anak felda dahulu, bukan seperti anak felda sekarang. Bagiku, RM7++ tu sudah agak banyak untuk menyara hidup aku yang bujang ini. Syukur padaMu Ya Allah kerana memberi aku kecukupan untukku.

 

Dan, tidak dinafikan, mungkin berkat syukur itu sendiri menyebabkan aku merasai apa yang aku ada sekarang sudah mencukupi. Sehendaknya, kita merasa syukur dengan setiap pemberian Allah. Tidak kira walaupun ianya hanyalah bernilai 1 sen! Bersyukurlah kita. Jangan takut untuk bersyukur! Allah menjanjikan orang yang bersyukur tidak akan jatuh dari titian sirath, tidak akan jatuh ke neraka Allah. Penyakit lari apabila mendekati orang yang bersyukur. Tidak akan mati kebuluran orang yang bersyukur hartanya dengan bersedekah. Itu janji Allah! Kenapa kita tidak percaya dengan janji Allah?

 

Adakah kekayaan yang aku cari? Wallahualam. Ramai yang kata, kalau masuk bidang aviation ni, satu bidang yang make money! So, adakah sebab itu aku masuk bidang ni? Moga Allah menjauhkan matlamat itu dalam hidupku. Ameen.

 

Setiap kita mengimpikan kesenangan, hidup dalam limpahan harta dan kemewahan. Selalu juga kita menganggap bahawa kekayaan harta benda lebih bermakna daripada kekayaan hati dan jiwa. Disebabkan itu, selalu kita terlajak dalam perbuatan kerana lebih mengejar kekayaan dunia melebihi kekayaan akhirat.

 

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa." (Riwayat Bukhari)

 

Masih ingatka kisah Qarun pada zaman Nabi Musa yang menjadi contoh manusia kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimiliknya? Dia bakhil, juga boros pada perkara-perkara yang tidak kena tempat (perkara haram), sedangkan Islam memerintahkan umat-Nya bersederhana dalam membelanjakan harta di samping mengeluarkan zakat yang difardukan. Bersedekah jika berkemampuan!

 

Mendapatkan kekayaan tidak salah sama sekali. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selagi seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

 

Namun mana yang lebih utama? Hidup mewah tetapi kosong jiwa atau hidup sederhana seadanya tetapi kaya jiwa? Jangan sampai mengejar kesenangan dunia sehinggakan duit bertakhta dihati. Menjadikan Allah no 2 dalam hati kita. Semoga Allah menjauhkan penyakit hati dari diri kita semua. Ameen.

 

"MONEY IS NOT EVERYTHING. BUT EVERYTHING NEED MONEY!"

Maybe true about that statement. If you think about this world only, yes, everything need money! But if you think the purpose of our life, you will say NO!

 

Wallahualam..

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

13 Nasihat Rasulullah SAW kepada Saidina Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak,   kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang  menarik dan boleh  dijadikan  bahan  renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun  wasiat  itu  khusus  kepada  Ali,  namun  kita  sebagai  Muslim  dan   muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan  dan  suruhan  Rasulullah  saw  melalui  wasiat  itu,  adalah  juga  untuk  kaum  Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama  orang beriman.


Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata:  "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
               

1. Wahai Ali, takutilah  engkau   daripada   memasuki   tempat  mandi  (hammam)  tanpa  memakai  kain  separas  pinggang.    Bahawasanya   barang   siapa   memasuki   tempat   mandi  tanpa  kain  separas  pinggang,  maka dia mendapat laknat (mal'un).


2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari  telunjuk  dan  di jari tengah'.  Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
               

3. Wahai Ali, sesungguhnya  Allah mengagumi  hamba-Nya  yang  melafazkan istighfar:  "Rabighfirli fainnahu  la  yaghfirul-zunuba  illa  Anta"   ( Tuhanku,  ampunilah  aku.    Sesungguhnya tiada   yang    mengampunkan   dosa  melainkan  Engkau).   Allah lalu berfirman:  "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada  yang mengampunkan  dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
              

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya  berdusta  itu  menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai  kazzab (pendusta).  Dan,  bahawasanya  benar  itu  memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.   Ketahuilah engkau,  bahawasanya  sidq (benar)  itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
              

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur  dan  menjadi  penghalang  kepadanya di pintu syurga.
               

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar,  kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
               

7. Wahai  Ali,  janganlah  engkau   mencita-citakan  rezeki  untuk  hari  esok.  Bahawasanya   Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
               

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan  berkelahi  dengan  maki-hamun  dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
               

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.   Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa  makanan di celah  gigi  tidak dicolek selepas makan.
               

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul  rasa marah,  duduklah  engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan  kesabaran  Allah Taala ke atas hamba-Nya.   Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
               

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang  telah  engkau  nafkahkan  untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
               

12. Wahai Ali, apa yang engkau  benci pada  diri  engkau,  maka  engkau  bencikan  juga  pada  diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka  engkau  kasihkan juga  pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.   Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
               

13. Wahai Ali, perbaikkanlah  perhubungan  di antara  penduduk (jiran) sekampung  dan  antara  ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka  sekaliannya  dengan rasa  persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
               

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
               

InsyaAllah
               

Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

 

 

P/S: Sekadar untuk di kongsi bersama. Dipetik dari laman web Pejabat Mara Negeri Terengganu under tazkirah. Yang baik di konsi bersama.

Bahasa Lisan

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

 

kerana pulut , santan binasa

kerana mulut , badan binasa

 

Pantun melayu yang sudah lama kita pelajari. Namun adakah ianya hanya sebuah pantun? Ianya bukan sekadar pantun yang bersiul-sul di bibir kanak-kanak sekolah rendah, tetapi nasihat yang disemai semenjak kecil lagi agar ia terkesan ke atas pendengarnya.

 

Lisan atau lidah - anggota terpenting dan salah satu nikmat ALLAH yang wajib disyukuri. Dengan lidah, manusia dapat bertutur dan berhubung sesama manusia, memberi arahan pada haiwan dan menzahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan pada Yang Esa. Namun kadangkala manusia terlupa untuk bersyukur. Malah dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran mulut yang tidak dikawal.

 

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah Syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam Syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik." (Riwayat Abu Daud)

 

Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang. Kerana besarnya bencana berpunca daripada lidah, Rasulullah menganjurkan sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik, lebih baik dia mendiamkan diri. Ikutlah resam ubi. Diam-diam ubi berisi.

 

Baginda bersabda yang bermaksud,

"Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, maka bercakaplah perkara yang baik atau mendiamkan diri." (Riwayat Muslim dan Bukhari)

 

Berdiam diri adalah cara paling mudah menyelamatkan diri daripada fitnah, mengumpat dan meluahkan perkataan yang tidak perlu seperti peringatan Rasulullah yang diriwayatkan Ahmad,

"Sesiapa yang diam, dia akan selamat."

Beruntunglah sesiapa yang mampu menjaga lidahnya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan pekertinya. Sesiapa yang sentiasa berkata benar dan disenangi orang lain, hidupnya dalam kesejahteraan dan kedamaian.

 

 

 

Wasalam..

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Nilai Sekeping Hati

 

Dengan nama Allah yang Maha Berkuasa..

108366053l[1]

Sejak kebelakangan ini, hati ini bagaikan tidak tenteram. Kerana gelisah dengan perjalanan hidup, sifat amarah dan rasa bersalah. Yang paling ketara, sebab geram dengan rakan-rakan yang tidak putus-putus menguji hati ini. Mereka bagaikan cuba merobohkan benteng kesabaran ini. maybe ini ujian dari Allah ke atas hambaNya.

Ujian Meningkatkan Kematangan

 

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu."  (Riwayat Muslim)

Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada. Bagaimanapun Imam al-Ghazali mengatakan bahawa hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.

 

Katanya, "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat, padahal ALLAH hanya memandang hati mereka seperti firman-Nya dalam surah asy-Syams, ayat 9 hingga 10."

11-11-2008 12-09-26 PM

Hati ibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua kegiatan. Jika hati baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu.

 

Sesungguhnya hati adalah nilaian ALLAH yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan

 

" Ya Allah, hati-hati ini telah berkumpul kerana memikul beban dakwahMu, maka Kau eratkan lah. Kau kurniakanlah Nur ke atas hati-hati kami agar kami bertambah erat rasa sayang dan kasih kepadaMu"

 

wasalam..

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada...."

Ujian Tingkatkan Kematangan

 

Ya Allah Yang Maha Pemurah...

imtihan

 

ENTAH kenapa hari ini saya tergerak hati untuk menulis mengenai peperiksaan. Maybe exam just around the corner. Maybe juga untuk menenangkan hati adik saya Mohd Fahmy Hamzah yang hari ini bermulanya perjuangan dengan bebanan exam SPM or just to make my little sister know that if PMR just finish, she still have other exam will coming!

 

Dengan kondisi sekarang yang semakin tertekan dengan tekanan dan bebanan exam yang datang mengetuk pintu hati kesabaran. Tapi itulah hidup sebagai seorang pelajar. Tidak boleh lari dari menghadapi exam.

 

Tiada manusia yang tidak diuji dengan tekanan. Sama ada di rumah, pejabat atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia.

 

Bagaimanapun Rasulullah memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud,

"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan ALLAH akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut." (Riwayat al-Hakim)

Ingatlah bahawa ujian selalu seiring dengan perjuangan. Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar, istiqamah dan doa. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada ALLAH dan seluruh ajaran-Nya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

 

Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bsikan hawa nafsu yang sentiasa monggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada ALLAH.

 

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan membuatkan melemahkan semangat dan menerbitkan rasa kecewa serta putus asa sedangkan ALLAH berfirman yang bermaksud,

11-11-2008 11-54-09 AM

Yang penting, sering sematkan dalam hati, tanpa masalah atau ujian, tidak akan lahir kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

 

" Ya Allah, Jika kelulusan di dalam peperiksaan ini mendekatkan aku dengan Mu, maka Kau kurniakanlah kelulusan kepadaku, tetapi jika kegagalan lebih mendekatkan aku dengan Mu, Kau berilah petunjuk kepada ku"

 

Wasalam..

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Apa Man Dah Buat?

Dengan nama Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa...




Saya tertarik dengan iklan raya petronas tahun ini. Semasa bulan Ramadhan hari tu, saya melihat iklan ini hanyalah sebagai nasihat dalam hiburan semata-mata. Tetapi, semalam apabila melihatnya sekali lagi di page Amal Asrol, baru saya tersedar akan watak pak cik dalam iklan itu. Ayat yang disampaikan amat menyentuh hati saya. Ada kala mesej yang hendak disampaikan bukan terletak pada hero dalam iklan itu. Tetapi mesej yang mendalam dalam watak sampingan.

Ayat pak cik itu yang amat menarik perhatian saya adalah :

"Pak cik tak sampai hati nak tinggal dia seorang raya ni. Kalau mata pak cik tak tengok, telinga pak cik tak dengar, pak cik tak senang hati"

Subhanallah.. Betapa sayangnya pak cik itu pada anaknya sehinggakan dia menggambarkan sayangnya dia pada anaknya dengan menzahirkan kasih sayangnya itu dengan pancainderanya. Mampukah aku menjadi seperti itu?

Bayangkan, sayang seorang bapa kepada anaknya dengan menzahirkan pancainderanya untuk menyayangi anaknya itu. Kenapa kita anak-anak tidak mampu untuk berbuat sebegitu untuk kedua orang tua kita? Adakah hanya dengan doa kita setiap hari sudah memadai untuk menzahirkan rasa kasih sayang kita pada orang tua kita? Adakah hanya dengan menelefon sekali dua sahaja dalam seminggu sudah mengubati rasa rindu seorang ibu pada anaknya? Adakah hanya dengan memasukkan duit ke dalam akaun ibu bapa setiap bulan sudah mampu menggantikan pelukan seorang anak kepada orang tuanya?

Begitu jugalah kasih sayang kita pada yang Maha Esa. Hanya dengan mengucap dua kalimah syahadah sudah menunjukkan kita seorang mukmin?

"Wa pakai ja macam ni bro, tapi dalam hati wa sapa tau? Wa begitu sayang pada Allah dan Islam"

Ya, memang dalam hati manusia kita tidak dapat melihat atau mendengar dengan pancaindera kita. Tetapi adakah mencukupi dengan menunjukkan kita sayang pada Allah hanya dalam hati? Sedangkan kita masih berpakaian ketat, berseluar pendek, tidak memakai tudung dan macam-macam lagi? Sebaliknya sebagai tanda kita mencintai Allah melebihi apa yang ada di bumi dan langit, kita hendaklah menzahirnya dengan pancaindera kita. Kita hendaklah amal makruf nahi mungkar. Itu menunjukkan kita mengikut kehendak Allah. Kalau kita hendak Allah menyayangi kita, kita hendaklah menyayangi Allah terlebih dahulu.

11-3-2008 12-07-05 PM

Bagaimanakah kita hendak menunjukkan kita mengakui kita menyintai dan menyayangi Rasulullah SAW? Hanya dengan berlembut lidah mengakui kita menyintai baginda? Begitu sudah mencukupi? Tetapi apabila Rasulullah SAW dihina oleh puak Denmark, kita hanya mendiamkan diri? At least, sokong usaha kempen memboikot barangan Denmark menunjukkan kita ambil kisah mengenai hal itu. Jangan pula berkata:

"Alah, kalau kita sahaja yang boikot, tak der kesannya, ramai lagi umat lain yang tak boikot pun"

Ini bukan nak sokong, nak kondem lagi ada la. Cuba tiru ayat Jaha dalam filem budak Kelate tu sikit. Ayat masa Bucit nak pi solat tu.

"Kito ni jahak guano pown, jange hale ore nok buat baik"

Jangan pulak tiru ayat Lee lepas tu.

"Tok Amarika guni kawe set sejik"

Betul juga apa yang depa cakapkan. At least kita sokong, jangan tentang.

Bukan dengan menyokong kempen itu sahaja, tapi sunnah yang di tinggalkan oleh Rasulullah tidak dilaksanakan. Macam-macam sunnah yang Rasul kita tinggalkan untuk kita ikutkan. Sampaikan cara membuang air besar juga ada. Takkan hendak ikut satu pun tak boleh? Kalau satu pun tak boleh, macam mana hendak kita mengaku kita ini mencintai Rasulullah SAW? Ini bab kahwin nak ikut. Rasulullah kahwin umur 25tahun, yang itu nak ikut.

"Mat, bila Mat nak kawen ni? Mak tak sabar nak terima menantu ni" kata seorang ibu

"Alah mak, umur 25 ni Mat kawen la, kan sunnah tu" jawab Mat kepada solan ibunya tadi.

"Ooo.. Bab kawen ikut sunnah, tapi solat haram ke idak, koje malas" Balas si ibu tua

Mat pun terdiam dan terkedu!

11-3-2008 12-32-26 PM

So, sama-samalah kita berfikir. Allah menyukai umatNya berfikir.

P/S : Semuanya kebetulan, iklan pun nama Man, rujukan surah Ar-Rahman. Secara tak langsung, kena batang hidung sendiri.

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Menghormati Orang Tua

2774451870_ea35d0b225_b

gambar hiasan : jumpa di internet!

 

Assalamualaikum...

 

Hari ini, tergerak hati saya untuk menulis artikel ini. Sebab apa? Sebab sebentar tadi, saya terkedu apabila menerima panggilan telefon dari ibunda tercinta. Selalunya saya akan menelefon ibu dirumah, tapi hari ini ibu menelefon saya. Saya bagaikan sedikit terkejut. Tidak salah seorang ibu menelefon anaknya, tapi yang membuatkan saya terkejut apabila saya menanyakan kenapa ibu menelefon saya? Selalunya saya akan menelefon ibu. Tahu apa yang keluar dari mulut seorang ibu? Ibu rindukan anaknya, sebab itu ibu menelefon saya. Subhanallah.. Begitu sibuknya saya sehingga jarang menelefon ibu di kampung. Ta ibu, ampunilah anak mu yang jarang-jarang sekali mengirimkan kabar kepada mu. Semoga Allah tidak meletakkan murkaNya ke atas hambaMu ini.

 

Dalam Islam, kita sebagai anak hendaklah menghormati orang yang lebih tua dari kita. Tapi, dengan kedatangan zaman milleneum ini, acap kali kita lihat orang muda sudah tidak menghormati orang tua,

 

Nilai-nilai rohani yang kita amalkan sejak kecil lagi seperti menghormati orang tua, meminta izin untuk melintas lalu, meminta izin untuk pergi ke mana-mana, memulakan menegur sapa orang tua, menjenguk orang tua dan pelbagai lagi. Tapi yang ada menjadi amalan ialah orang tua pula yang menegur sapa, orang tua pula yang menjenguk anak-anak dan jikapun hendak melintas lalu terus saja 'membelah majlis' tanpa meminta sebarang keizinan.

 

Nilai-nilai rohani sedemikian, meskipun kecil tetapi faedahnya adalah amat besar. Dengan berbuat demikian kita sudah melazimkan atau mempraktikkan satu sifat murni yang diadun lagi dengan keramahan, yang mana memang diwarisi bangsa kita orang melayu sejak dari dulu lagi. Bahkan agama Islam sendiri menggalakkan untuk menghormati orang tua sehingga ada hadis yang menyatakan bahawa Syurga di bawah telapak kaki ibu.

 

Kita tidak nafikan bahawa remaja sekarang adalah cukup rajin, inovatif dan kreatif serta bijak dalam menentukan hala tuju penghidupan mereka. Ramai remaja kita yang berjaya dalam pelajaran dan pengajian mereka dan mendapat jawatan yang cukup tinggi dalam kerajaan. Namun ada segelintir yang kurang dalam bidang didikan rohani. Dengan demikian mereka menjadi remaja yang sombong dan tidak menghiraukan lagi orang tua mereka. Sekalipun memberikan mereka perhatian hanya dengan memberikan mereka wang saku pada setiap bulan dan menyediakan prasarana kemudahan untuk mereka.

 

Di sini saya ingin berkongsi sebuah cerita dengan pembaca sekalian. Ada suatu ketika itu, ketika saya sedang menunggu untuk boarding kapal terbang semasa hendak pulang ke Kedah di KLIA, disebelah saya ada seorang mak cik yang selayaknya saya panggil nenek. Sementara menanti, dengan ringan mulutnya, saya bertegur dengan nenek itu. Dari cerita nenek itu, dia ke Kuala Lumpur hendak melihat cucunya yang baru seminggu melihat dunia. Terpampang kegembiraan di muka nenek itu. Nenek itu pun bercerita lagi, masa dia datang Kuala Lumpur 2 minggu lepas, dia naik Air Asia. Nenek itu berasa kecewa dengan perkhidmatan Air Asia. Katanya, Air Asia tidak bagi nenek itu boarding terlebih dahulu, sebab itu dia naik Malaysia Airlines System (MAS). Saya bukan hendak memuji MAS kerana saya bekerja dengan MAS, tetapi saya bercakap dalam konteks menghormati orang tua. Nenek itu juga menambah, biarlah harga mahal, tetapi at least  MAS masih ada harga diri melayu dengan memberikan kemudahan kepada orang tua, orang yang mengandung, orang yang membawa baby dan orang yang kurang upaya menaiki kapal terlebih dahulu.

 

Cuba kita bayangkan, sehinggakan dalam perniagaan, mereka sanggup mengenepikan keperibadian menghormati orang tua. Kalau hendak boarding awal, akan dikenakan charge tambahan. Begitulah orang yang berniaga!

 

Dalam Islam, Allah menyuruh kita menghormati orang tua.

 

RUJUKAN: HAK KEDUA IBU BAPA

 

 

Saya pernah mengemukakan pendapat tentang Air Asia tidak menghormati orang tua, kawan saya kata, "nak buat macam mana, tokey dia tu bukan Islam". Betul juga kan. Tapi selepas saya buat sedikit kajian tentang agama lain, dalam agama lain juga ada menyentuh menghormati orang tua. Contohnya :

1. Orang muda berada dibawah orang yg lebih tua.Anak-anak berada dibawah orang tua mereka.Orang-orang yang berkuasa tidak boleh menyalahgunakan kekuasaannya. Mereka harus dengan setia melaksanakan semua tanggungjawab yg telah Allah berikan.(1 Tim 5:8 )

2. Perintah ini memanggil kita untuk menghormati orang tua kita,termasuk memperlakukan orang-orang yang berada dibawah kita sebagaimana yang Allah kehendaki(Roma 12:10 dan Filip 2:3-4)

 

Jadi, tiada alasan untuk mereka menidakkan hak orang tua dan hak orang yang lebih memerlukan hak itu sendiri.

 

" Ya Allah, Kau ampunilah kedua ibu bapaku, Kau kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani aku sewaktu kecil. Kau tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang Kau redhai. Amin"

 

Wasalam

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

Keberkatan Subuh




Sesuatu yang senang, namun ianya sering dipandang enteng. Suatu ujian dari Allah yang amat sulit, namun ia bukanlah suatu hal yang mustahil. Apakah ujian itu?

1. Seorang lelaki hendaklah solat subuh secara berjemaah
2. Seorang wanita solat subuh dirumah tepat pada waktunya

2 benda yang amat mudah namun sering dipandang ringan oleh masyarakat sekarang.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi munafik adalah solat isya' dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Apabila Rasulullah SAW meragui keimanan seseorang, beliau akan memerhatikan saat solat subuh. Jika beliau tidak mendapati orang itu solat subuh di masjid/musolla, maka benarlah apa yang diragukan dalam hati.


Disebalik solat 2 rakaat diambang fajar itu, tersimpan beribu cerita dan rahsia yang Allah sediakan. Antara kejadian-kejadian subuh...


Pada suatu hari, mereka terlambat solat subuh dalam penaklukan benteng Tastar. 'Kejadian' itu membuatkan seorang sahabat, Anas bin Malik selalu menangis apabila mengingatinya. Dikala subuh juga, Allah memilihnya sebagai waktu peralihan dari zaman jahiliyah menuju era tauhid. Kaum 'Ad, Tsamud dan kaum penderhaka yang lain diazabkan oleh Allah pada waktu subuh.

Seorang pemerintah Israel juga pernah berkata, mereka tidak akan gentar dengan umat Islam sekarang melainkan apabila solat subuh berjemaah menyamai jemaah solat jumaat. Cuba bayangkan, seorang yang bukan Islam sendiri mengakui kehebatan solat subuh berjemaah.


Diriwayatkan dari Ammarah bin Ruwainah r.a., ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk neraka, orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari.” (HR. Muslim)






Rujukan: Buku Misteri Shalat Subuh karya Dr. Raghib As-Sinjani



Seorang yang pada waktu paginya membaca

Radhiitu billaahi robbaa, wa bil islaama diinaa, wa bi muhammadin nabiyyaa

(Aku ridha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Nabi)

Maka aku akan menjadi pembimbingnya, sehingga aku akan memasukkannya ke dalam surga. [Hadits dari Al-Mundzir]




~aman shah~

"....man jadda wa jada..."

Aman, awat hang buat macam itu?

Assalamualaikum...

Hari ini, ada seorang hamba Allah itu menegur saya mengenai blog saya ini.

"Kenapa kau buat link untuk ayat-ayat al Quran tu? Kenapa tak buat direct ja?"


Terima kasih kepada yang bertanya. Memang saya sendiri akui agak susah nak baca macam itu. Tapi saya tiada choice lain. Ada 2 sebab saya buat macam itu.

Yang pertama, saya buat macam itu sebab saya tidak tahu macam mana hendak buat tulisan ayat al Quran direct ke atas blog ini. So, sebab itulah saya buat macam itu. Kalau ada sesiapa yang tahu caranya, tolong ajari saya. Seperti kata pepatah ingeris "the best learning is teaching"

Yang kedua, saya buat macam itu sebab saya menghormati al Quran itu sendiri. Saya boleh tulis terjemahan ayat beserta rujukan sahaja seperti ini:

"Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah"
(Surah Al-Ahzab ayat 21)

Memang macam itu nampak senang dan mudah dibaca oleh orang lain. Tetapi saya tidak menyukai cara itu. Dari sejarah yang saya tahu, al Quran dibawa masuk ke Tanah Melayu dengan tulisan Arab, Allah menurunkan al Quran dengan bahasa Arab. So, tidak salah kan kalau saya ingin mengekalkan keaslian al Quran itu sendiri dalam bahasa Arab.

Anyway, terima kasih pada hamba Allah itu.

Saya menerima sebarang teguran, komen, cadangan atau apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk blog ini.

buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
salah silap tolong betulkan.


wasalam

~aman shah~
"...man jadda wa jada..."