gambar hiasan : jumpa di internet!
Assalamualaikum...
Hari ini, tergerak hati saya untuk menulis artikel ini. Sebab apa? Sebab sebentar tadi, saya terkedu apabila menerima panggilan telefon dari ibunda tercinta. Selalunya saya akan menelefon ibu dirumah, tapi hari ini ibu menelefon saya. Saya bagaikan sedikit terkejut. Tidak salah seorang ibu menelefon anaknya, tapi yang membuatkan saya terkejut apabila saya menanyakan kenapa ibu menelefon saya? Selalunya saya akan menelefon ibu. Tahu apa yang keluar dari mulut seorang ibu? Ibu rindukan anaknya, sebab itu ibu menelefon saya. Subhanallah.. Begitu sibuknya saya sehingga jarang menelefon ibu di kampung. Ta ibu, ampunilah anak mu yang jarang-jarang sekali mengirimkan kabar kepada mu. Semoga Allah tidak meletakkan murkaNya ke atas hambaMu ini.
Dalam Islam, kita sebagai anak hendaklah menghormati orang yang lebih tua dari kita. Tapi, dengan kedatangan zaman milleneum ini, acap kali kita lihat orang muda sudah tidak menghormati orang tua,
Nilai-nilai rohani yang kita amalkan sejak kecil lagi seperti menghormati orang tua, meminta izin untuk melintas lalu, meminta izin untuk pergi ke mana-mana, memulakan menegur sapa orang tua, menjenguk orang tua dan pelbagai lagi. Tapi yang ada menjadi amalan ialah orang tua pula yang menegur sapa, orang tua pula yang menjenguk anak-anak dan jikapun hendak melintas lalu terus saja 'membelah majlis' tanpa meminta sebarang keizinan.
Nilai-nilai rohani sedemikian, meskipun kecil tetapi faedahnya adalah amat besar. Dengan berbuat demikian kita sudah melazimkan atau mempraktikkan satu sifat murni yang diadun lagi dengan keramahan, yang mana memang diwarisi bangsa kita orang melayu sejak dari dulu lagi. Bahkan agama Islam sendiri menggalakkan untuk menghormati orang tua sehingga ada hadis yang menyatakan bahawa Syurga di bawah telapak kaki ibu.
Kita tidak nafikan bahawa remaja sekarang adalah cukup rajin, inovatif dan kreatif serta bijak dalam menentukan hala tuju penghidupan mereka. Ramai remaja kita yang berjaya dalam pelajaran dan pengajian mereka dan mendapat jawatan yang cukup tinggi dalam kerajaan. Namun ada segelintir yang kurang dalam bidang didikan rohani. Dengan demikian mereka menjadi remaja yang sombong dan tidak menghiraukan lagi orang tua mereka. Sekalipun memberikan mereka perhatian hanya dengan memberikan mereka wang saku pada setiap bulan dan menyediakan prasarana kemudahan untuk mereka.
Di sini saya ingin berkongsi sebuah cerita dengan pembaca sekalian. Ada suatu ketika itu, ketika saya sedang menunggu untuk boarding kapal terbang semasa hendak pulang ke Kedah di KLIA, disebelah saya ada seorang mak cik yang selayaknya saya panggil nenek. Sementara menanti, dengan ringan mulutnya, saya bertegur dengan nenek itu. Dari cerita nenek itu, dia ke Kuala Lumpur hendak melihat cucunya yang baru seminggu melihat dunia. Terpampang kegembiraan di muka nenek itu. Nenek itu pun bercerita lagi, masa dia datang Kuala Lumpur 2 minggu lepas, dia naik Air Asia. Nenek itu berasa kecewa dengan perkhidmatan Air Asia. Katanya, Air Asia tidak bagi nenek itu boarding terlebih dahulu, sebab itu dia naik Malaysia Airlines System (MAS). Saya bukan hendak memuji MAS kerana saya bekerja dengan MAS, tetapi saya bercakap dalam konteks menghormati orang tua. Nenek itu juga menambah, biarlah harga mahal, tetapi at least MAS masih ada harga diri melayu dengan memberikan kemudahan kepada orang tua, orang yang mengandung, orang yang membawa baby dan orang yang kurang upaya menaiki kapal terlebih dahulu.
Cuba kita bayangkan, sehinggakan dalam perniagaan, mereka sanggup mengenepikan keperibadian menghormati orang tua. Kalau hendak boarding awal, akan dikenakan charge tambahan. Begitulah orang yang berniaga!
Dalam Islam, Allah menyuruh kita menghormati orang tua.
Saya pernah mengemukakan pendapat tentang Air Asia tidak menghormati orang tua, kawan saya kata, "nak buat macam mana, tokey dia tu bukan Islam". Betul juga kan. Tapi selepas saya buat sedikit kajian tentang agama lain, dalam agama lain juga ada menyentuh menghormati orang tua. Contohnya :
1. Orang muda berada dibawah orang yg lebih tua.Anak-anak berada dibawah orang tua mereka.Orang-orang yang berkuasa tidak boleh menyalahgunakan kekuasaannya. Mereka harus dengan setia melaksanakan semua tanggungjawab yg telah Allah berikan.(1 Tim 5:8 )
2. Perintah ini memanggil kita untuk menghormati orang tua kita,termasuk memperlakukan orang-orang yang berada dibawah kita sebagaimana yang Allah kehendaki(Roma 12:10 dan Filip 2:3-4)
Jadi, tiada alasan untuk mereka menidakkan hak orang tua dan hak orang yang lebih memerlukan hak itu sendiri.
" Ya Allah, Kau ampunilah kedua ibu bapaku, Kau kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani aku sewaktu kecil. Kau tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang Kau redhai. Amin"
Wasalam
~ aman shah ~
"...man jadda wa jada..."
0 teguran dan kutukan:
Post a Comment