Assalamualaikum..
Selepas kembalinya dari solat Jumaat tadi, saya sering terfikir apa yang diucapkan oleh imam diatas mimbar sebentar tadi. Walaupun dibawah sinaran mentari yang terik, tetapi khutbah yang disampaikan oleh imam membuatkan aku berfikir panjang.
"Kenapa kita masih hendak berbalah lagi tentang sesuatu yang wajib? contohnya solat fardhu 5 waktu, puasa dibulan Ramadhan dan semuanya yang terkandung dalam Rukun Islam? Sekarang patutnya kita memikirkan dan membahaskan yang sunat! Semua yang wajib dan fardhu telah dibincangkan dan dibahaskan long time ago!"
Lebih kurang seperti itu lah tadi si imam membacakan khutbah. Walau suaranya mampu membuatkan aku menguap panjang, tetapi isi khutbah membuatkan aku terus bertahan untuk mendengarnya. Tidak dinafikan, masih ramai yang 'syahid' ketika khutbah dibacakan!
Dari penerangan khutbah itu, ia disimpulkan, jika yang asas masih goyang, maka bagaimana hendak menampung sesuatu yang lebih besar diatasnya?
Seperti sepohon pokok betik diluar rumah saya itu. Jika akarnya tidak kukuh, bagaimana ia mampu menghasilkan buah yang banyak? Walaupun semalam buahnya yang masak ranum didahan dipetik oleh orang yang tidak diketahui. Hehehe. Semoga buah yang diambil oleh orang itu halal dunia dan akhirat.
Kembali kepada tajuk perbincangan, cuba kita renung rukun Islam..
1. Mengucap kalimah Syahadah. Ini perkara paling wajib dalam membentuk asas kita sebagai seorang muslim.
2. Mendirikan solat fardu 5 kali sehari. Jika yang ini kita tidak mampu menjaganya, maka teramat rugilah orang itu. Jika yang fardu ini tidak sempurna lagi, bagaimana hendak membicarakan solat sunat lain seperti solat tahajud, solat tarawih, solat hajat, solat witir, solat Aidulfitri, solat Aiduladha dan macam-macam lagi solat sunat yang menjanjikan ganjaran yang tidak mampu dizahirkan dengan akal.
3. Berpuasa dibulan Ramadhan. Yang ini lagi satu, Allah sudah mengurniakan kita 11 bulan untuk kita makan dengan sewenang-wenangnya, kenapa untuk 'mengorbankan' satu bulan sahaja untuk mengawal nafsu kita tidak mampu? Jika yang ini tidak dijaga, usah mimpilah untuk berpuasa 6 dibulan syawal, puasa sunat Isnin dan Khamis dan pelbagai lagi jenis puasa sunat.
4. Menunaikan zakat. Jika zakat fitrah yang hanya RM5.70 (negeri Kedah) tidak dikeluarkan, sedekah jariah bagaikan tidak dipandang oleh Sang Pencipta. Yang wajib tidak dilaksanakan, ini yang sunat dikejarnya? Pelik benar orang itu.
5. Menunaikan Haji bagi yang mampu! Yang ini agak menarik. Saya pernah terbaca satu artikel suatu masa dahulu, long-long time story, ceritanya seperti ini.
"pak cik tak mampulah nak nak pi haji tu, mahal sangat belanjanya"
begitulah kata-kata seorang petani sesudah kembali dari sawahnya sambil menghembuskan asap rokok dunhill yang disedutnya di bawah pondok usangnya.
Ya Allah pak cik, hisap rokok mampu, tapi nak pergi haji tak mampu? mari kita buat kira-kira disini. Katakan pakcik hisap rokok dunhill 14 sekotak sehari. harganya murah sahaja, RM 6.50. Dalam setahun 365 x RM 6.50 = RM 2372.50. Alah, baru RM 2K sahaja, mana cukup hendak pergi haji! OK, pak cik hisap rokok dari umur 24 sampai umur 42 tahun sekarang. Berapa ringgit pak cik habiskan dah untuk membeli rokok? Hendak seribu daya, jika tidak mahu, hanya 1 dalih sahaja. Jika menunaikan haji sudah ada macam-macam alasan, usah bicara tentang umrah!
Mukallaf dalam kitab Fiqh As-Solah beerti:
Orang Islam yang diwajibkan ke atasnya melaksanakan kewajipan agama dengan syarat ia berakal, cukup umur, sejahtera kedua-dua pancaindera mata dan telinga sejak dari lahirnya atau mumayyiznya serta sampai kepadanya seruan agama.
Begitulah apa yang saya paham dalam isi khutbah hari ini.
Sehingga bertemu lagi.
wasalam...
~ aman shah ~
"....man jadda wa jada..."
0 teguran dan kutukan:
Post a Comment