Keberkatan Subuh




Sesuatu yang senang, namun ianya sering dipandang enteng. Suatu ujian dari Allah yang amat sulit, namun ia bukanlah suatu hal yang mustahil. Apakah ujian itu?

1. Seorang lelaki hendaklah solat subuh secara berjemaah
2. Seorang wanita solat subuh dirumah tepat pada waktunya

2 benda yang amat mudah namun sering dipandang ringan oleh masyarakat sekarang.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi munafik adalah solat isya' dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Apabila Rasulullah SAW meragui keimanan seseorang, beliau akan memerhatikan saat solat subuh. Jika beliau tidak mendapati orang itu solat subuh di masjid/musolla, maka benarlah apa yang diragukan dalam hati.


Disebalik solat 2 rakaat diambang fajar itu, tersimpan beribu cerita dan rahsia yang Allah sediakan. Antara kejadian-kejadian subuh...


Pada suatu hari, mereka terlambat solat subuh dalam penaklukan benteng Tastar. 'Kejadian' itu membuatkan seorang sahabat, Anas bin Malik selalu menangis apabila mengingatinya. Dikala subuh juga, Allah memilihnya sebagai waktu peralihan dari zaman jahiliyah menuju era tauhid. Kaum 'Ad, Tsamud dan kaum penderhaka yang lain diazabkan oleh Allah pada waktu subuh.

Seorang pemerintah Israel juga pernah berkata, mereka tidak akan gentar dengan umat Islam sekarang melainkan apabila solat subuh berjemaah menyamai jemaah solat jumaat. Cuba bayangkan, seorang yang bukan Islam sendiri mengakui kehebatan solat subuh berjemaah.


Diriwayatkan dari Ammarah bin Ruwainah r.a., ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Tidak akan masuk neraka, orang yang solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari.” (HR. Muslim)






Rujukan: Buku Misteri Shalat Subuh karya Dr. Raghib As-Sinjani



Seorang yang pada waktu paginya membaca

Radhiitu billaahi robbaa, wa bil islaama diinaa, wa bi muhammadin nabiyyaa

(Aku ridha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Nabi)

Maka aku akan menjadi pembimbingnya, sehingga aku akan memasukkannya ke dalam surga. [Hadits dari Al-Mundzir]




~aman shah~

"....man jadda wa jada..."

0 teguran dan kutukan: