"Sori, tak sengaja laa sehinggakan menghilangkan barang awak tu"
"Selamat hari raya, maaf zahir dan batin....."
"Saya betul2 minta maaf, tak terlintas pun untuk menyakiti hati awak..."
"Aman, Aman marah kite ker? apsal Aman diam ja? I care!!"
Begitulah contoh-contoh yang sering kita dengar setiap hari dalam kehidupan kita bergelar Seorang pengembara di bumi yang sementara ini...
Memang kita tidak lari dari melakukan kesilapan..
Tapi kenapa kita tidak berfikir dahulu sebelum bertindak..
Sediakan payung sebelum hujan...
Bukan sudah hujan baru hendak bertindak mencari payung..
Hari ini perkataan yang simple ini..
Membuatkan saya berfikir panjang...
Kenapa perkataan "sori" begitu senang dilafazkan?
Begitu murahnya harga sebuah perkataan "sori" di bibir-bibir manusia?
Kalau kita berfikir panjang..
Sebenarnya "sori" itu begitu mahal dan besar harganya..
Bukan sekadar "sori" di mulut, tetapi meresapi ke lubuk hati yang paling dalam...
Kalaulah kita berfikir bahayanya dosa keatas manusia itu sebagai satu yang amat berat, nescaya perkataan "sori itu sendiri akan semakin berkurangan..
Dalam hadis Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik yang bermaksud:
“Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan Allah . Kedua kezaliman diampunkan Allah dan ketiga kezaliman yang Allah tidak ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik. Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya. Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu.”
Bayangkan perlafazan "sori" kita itu tidak diterima oleh orang yang hendak kita sampaikan...
Dosa kita tidak akan terampun sampai bila-bila...
Mampukah kita menanggung dosa di akhirat kelak?
Oleh yang demikian...
Jika kita hendak melakukan sesuatu, maka berfikirlah dahulu..
Adakah kita akan menyakiti insan lain?
Jika 'ya' maka hendaklah kita berusaha menjauhkan diri daripada perbuatan itu...
Semoga Allah melindungi kita dari dosa terhadap manusia...
Namun, kita hanyalah manusia biasa..
Tidak dapat lari dari kesilapan..
Oleh itu, mohon maaflah dengan hati yang bersih dan bersungguh-sungguh...
Agar lembutlah hati pemiliknya untuk memaafkan kita...
Dan jika orang yang melakukan dosa ke atas kita..
Maafkanlah mereka...
sesungguhnya:
“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)
Namun orang yang memaafkan sebelum diminta maaf....
Keuntungan sangat besar, iaitu ketenangan jiwa di dunia dan balasan berlipat ganda pada akhirat kelak...
Sempena kita berada dalam bulan Syawal yang mulia ini...
Berikanlah kemaafan kepada sesiapa sahaja...
Sesungguhnya janji Allah sangatlah manis untuk mereka yang memaafi dosa orang lain...
Salam Syawal dari saya yang banyak kekurangan diri..
maafkanlah hamba yang amat hina lagi keji ini...
Janganlah dihukum saya di akhirat kelak...
Saya tidak mampu menanggung dosa apabila berhadapan dengan Sang Pencipta...
Wasalam...
~aman shah~
"....man jadda wa jada...."
"....man jadda wa jada...."
0 teguran dan kutukan:
Post a Comment