Nilai Sekeping Hati

 

Dengan nama Allah yang Maha Berkuasa..

108366053l[1]

Sejak kebelakangan ini, hati ini bagaikan tidak tenteram. Kerana gelisah dengan perjalanan hidup, sifat amarah dan rasa bersalah. Yang paling ketara, sebab geram dengan rakan-rakan yang tidak putus-putus menguji hati ini. Mereka bagaikan cuba merobohkan benteng kesabaran ini. maybe ini ujian dari Allah ke atas hambaNya.

Ujian Meningkatkan Kematangan

 

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu."  (Riwayat Muslim)

Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada. Bagaimanapun Imam al-Ghazali mengatakan bahawa hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.

 

Katanya, "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat, padahal ALLAH hanya memandang hati mereka seperti firman-Nya dalam surah asy-Syams, ayat 9 hingga 10."

11-11-2008 12-09-26 PM

Hati ibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua kegiatan. Jika hati baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu.

 

Sesungguhnya hati adalah nilaian ALLAH yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan

 

" Ya Allah, hati-hati ini telah berkumpul kerana memikul beban dakwahMu, maka Kau eratkan lah. Kau kurniakanlah Nur ke atas hati-hati kami agar kami bertambah erat rasa sayang dan kasih kepadaMu"

 

wasalam..

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada...."

2 teguran dan kutukan:

Anonymous said...

erkk..knapa ini..?

ummujannah said...

oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau berkata: "Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati."

..sambungan doa Rabitah:
Tunjukkanlah kpd hati2 ini akan jalan Mu yg benar.Penuhkan hati ini dgn cahaya Rabbani-Mu yg tidak akan malap..ameen..

sambung laa lg nnt+)