Dengan nama Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa...
Saya tertarik dengan iklan raya petronas tahun ini. Semasa bulan Ramadhan hari tu, saya melihat iklan ini hanyalah sebagai nasihat dalam hiburan semata-mata. Tetapi, semalam apabila melihatnya sekali lagi di page Amal Asrol, baru saya tersedar akan watak pak cik dalam iklan itu. Ayat yang disampaikan amat menyentuh hati saya. Ada kala mesej yang hendak disampaikan bukan terletak pada hero dalam iklan itu. Tetapi mesej yang mendalam dalam watak sampingan.
Ayat pak cik itu yang amat menarik perhatian saya adalah :
"Pak cik tak sampai hati nak tinggal dia seorang raya ni. Kalau mata pak cik tak tengok, telinga pak cik tak dengar, pak cik tak senang hati"
Subhanallah.. Betapa sayangnya pak cik itu pada anaknya sehinggakan dia menggambarkan sayangnya dia pada anaknya dengan menzahirkan kasih sayangnya itu dengan pancainderanya. Mampukah aku menjadi seperti itu?
Bayangkan, sayang seorang bapa kepada anaknya dengan menzahirkan pancainderanya untuk menyayangi anaknya itu. Kenapa kita anak-anak tidak mampu untuk berbuat sebegitu untuk kedua orang tua kita? Adakah hanya dengan doa kita setiap hari sudah memadai untuk menzahirkan rasa kasih sayang kita pada orang tua kita? Adakah hanya dengan menelefon sekali dua sahaja dalam seminggu sudah mengubati rasa rindu seorang ibu pada anaknya? Adakah hanya dengan memasukkan duit ke dalam akaun ibu bapa setiap bulan sudah mampu menggantikan pelukan seorang anak kepada orang tuanya?
Begitu jugalah kasih sayang kita pada yang Maha Esa. Hanya dengan mengucap dua kalimah syahadah sudah menunjukkan kita seorang mukmin?
"Wa pakai ja macam ni bro, tapi dalam hati wa sapa tau? Wa begitu sayang pada Allah dan Islam"
Ya, memang dalam hati manusia kita tidak dapat melihat atau mendengar dengan pancaindera kita. Tetapi adakah mencukupi dengan menunjukkan kita sayang pada Allah hanya dalam hati? Sedangkan kita masih berpakaian ketat, berseluar pendek, tidak memakai tudung dan macam-macam lagi? Sebaliknya sebagai tanda kita mencintai Allah melebihi apa yang ada di bumi dan langit, kita hendaklah menzahirnya dengan pancaindera kita. Kita hendaklah amal makruf nahi mungkar. Itu menunjukkan kita mengikut kehendak Allah. Kalau kita hendak Allah menyayangi kita, kita hendaklah menyayangi Allah terlebih dahulu.
Bagaimanakah kita hendak menunjukkan kita mengakui kita menyintai dan menyayangi Rasulullah SAW? Hanya dengan berlembut lidah mengakui kita menyintai baginda? Begitu sudah mencukupi? Tetapi apabila Rasulullah SAW dihina oleh puak Denmark, kita hanya mendiamkan diri? At least, sokong usaha kempen memboikot barangan Denmark menunjukkan kita ambil kisah mengenai hal itu. Jangan pula berkata:
"Alah, kalau kita sahaja yang boikot, tak der kesannya, ramai lagi umat lain yang tak boikot pun"
Ini bukan nak sokong, nak kondem lagi ada la. Cuba tiru ayat Jaha dalam filem budak Kelate tu sikit. Ayat masa Bucit nak pi solat tu.
"Kito ni jahak guano pown, jange hale ore nok buat baik"
Jangan pulak tiru ayat Lee lepas tu.
"Tok Amarika guni kawe set sejik"
Betul juga apa yang depa cakapkan. At least kita sokong, jangan tentang.
Bukan dengan menyokong kempen itu sahaja, tapi sunnah yang di tinggalkan oleh Rasulullah tidak dilaksanakan. Macam-macam sunnah yang Rasul kita tinggalkan untuk kita ikutkan. Sampaikan cara membuang air besar juga ada. Takkan hendak ikut satu pun tak boleh? Kalau satu pun tak boleh, macam mana hendak kita mengaku kita ini mencintai Rasulullah SAW? Ini bab kahwin nak ikut. Rasulullah kahwin umur 25tahun, yang itu nak ikut.
"Mat, bila Mat nak kawen ni? Mak tak sabar nak terima menantu ni" kata seorang ibu
"Alah mak, umur 25 ni Mat kawen la, kan sunnah tu" jawab Mat kepada solan ibunya tadi.
"Ooo.. Bab kawen ikut sunnah, tapi solat haram ke idak, koje malas" Balas si ibu tua
Mat pun terdiam dan terkedu!
So, sama-samalah kita berfikir. Allah menyukai umatNya berfikir.
P/S : Semuanya kebetulan, iklan pun nama Man, rujukan surah Ar-Rahman. Secara tak langsung, kena batang hidung sendiri.
~ aman shah ~
"...man jadda wa jada..."
0 teguran dan kutukan:
Post a Comment