Assalamualaikum...
Sedang aman melayari lama youtube, aman terjumpa video ini. Menarik sekali. Even dia buat macam rentak rap, tetapi sedap menjadi halwa telinga. Tidak seperti Soldier of Allah, unsur rap dalam menyampaikan dakwah itu tidak masuk dengan hati aman. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeda-beda. Seperti biasa la, aman mencari-cari lagu nasyid kegemaran aman seperti artikel yang aman penah siarkan : Kegemilangan Nasyid
Apabila aman mendengar nasyid ini, teringat aman akan perihal kematian. Kematian itu adalah sesuatu yang wajib bagi setiap benda yang bernyawa. Even malaikat dan syaitan juga pasti akan merasaai mati.
Kematian Adalah Wajib
إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ
" Apabila meninggalnya seorang anak Adam itu, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya"
Hadis Riwayat Muslim
Kalau kita teliti ayat hadis di atas, memang bersesuaianlah dengan apa yang dinyatakan di dalam video clip di atas. Tetapi, sejauh manakah kita meng'iya'kan apa yang dinyatakan? Sebaliknya kita lebih menidakkannya walhal kita mengetahui hakikatnya!
Secara umumnya sekarang, manusia lebih melihat kematian itu sebagai kebetulan sahaja. Kenapa ianya terjadi? Kerana salah ibu mengandung atau kerana kita tidak mengambil ia sebagai suatu iktibar atasnya?
Apabila lahir seorang anak Adam itu, sudah tertulis baginya segala qada' dan qadar. Terpulang kepada anak Adam itu untuk menerima segala yang tertulis baginya, termasuklah saat kematiannya!
Kematian itu adalah wajib bagi kita semua. Cara dan waktu kematian itu yang membezakan. Ada yang meninggal dunia kerana kemalangan, sakit mahupun tanpa berbuat apa-apa tiba-tiba sahaja meninggal. Begitulah kuasa sebuah kematian. Dia datang tanpa disedari dan misteri.
Kempen Memakai Seat Belt
Sejak dua menjak ini, di Malaysia begitu hangat memperkatakan isu pemakaian seat belt bagi penumpang di belakang. Bagi aman, ianya suatu tindakan yang wajar untuk memakai seat belt. Itu untuk keselamatan penumpang itu sendiri.
Tetapi apa yang mengecewakan, kadar saman dan denda yang bakal ditetapkan setelah 6 bulan ia dilaksanakan, adakah patut hanya kerana tidak memakai seat belt dendanya sehingga RM2000 atau penjara 1 tahun? Aman rasakan ianya suatu yang tidak masuk akal. Tapi apa yang mampu kita buat? Suara rakyat bukannya didengar sangat oleh pemimpin kita sekarang, tetapi bila time meraih undi, semua suara rakyat dia ikut, bila sudah selesa di 'kerusi'nya rakyat hanyalah boneka mereka semua.
Ingat lagi ketika aman pergi exam di Oxford Aviation School 2 tahun lepas, ketika aman menaiki bas dari Victoria Station menuju ke Oxford menaiki Megabus. Aman dinasihati kerana tidak memakai seal belt. Manalah aman hendak tahu sebab di Malaysia bas mana ada seat belt. Tetapi, cara pemandu bas itu menasihati aman membuatkan aman tertarik, dia menasihati dengan penuh lemah lembut sambil tersenyum. Aman menerima nasihat itu dengan hati terbuka. Tidak merasa sebarang beban langsung. Tetapi dengan pelaksanaan undang-undang baru di Malaysia, ia bagaikan tekanan. Tiada perasaan win-win situation disitu. lebih kepada win-lose situation!
Kalau kita pakai seat belt sekalipun, tetapi saat kematian kita telah tiba, tiada apa benda sekalipun ia dapat menghalangnya. Saat kematian seseorang itu tidak akan tercepat walau sesaat mahupun terlewat sesaat. Begitu berdisiplinnya Malaikat Maut Izrail!
Walau bagaimana pun, aman berterima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana mengambil berat tentang keselamatan penumpang-penumpang di Malaysia termasuk aman. Setiap usahanya patut diberi kredit keatasnya. Aman tidak menentang pelaksanaan pemakaian seat belt ini, tetapi aman agak terkilan dengan dendanya sahaja.
Oleh itu, marilah kita sama-sama memakai seat belt di depan dan belakang!
P/S - Lihat video di bawah ini. Agak menarik untuk dikongsi bersama. Enjoy it!
Wasalam...
~ aman shah ~
"...man jadda wa jada..."
0 teguran dan kutukan:
Post a Comment