Cerita Semalam

 

Bismillah...

Dengan nama Allah...

 

Post kali ini untuk release tension sekejap. Baca buku pun macam dah tepu dah. Mata dah berpinar. Bahana exam yang akan aman duduki pada 29 Januari ini. Kadang kala exam membuatkan manusia leka dan dibuai rasa yang exam itulah penentu segala-galanya. Semoga Allah tidak melekakan aman dengan exam yang datang bertubi-tubi seperti gugurnya bom-bom di Palestin sana.

 

Cerita Aman

Sudah seminggu aman demam. Tetapi ia masih menyelubungi hidup aman. Begitu lama ujian demam kali ini. Moga dengan demam ini, Allah mengampunkan dosa-dosa kecil yang aman lakukan dalam keadaan sedar ataupun tidak.

 

Selama seminggu ini jugalah aman tidak mampu menjejakkan kaki ke surau Ar Razi. Surau tempat aman mengadu domba kepada Allah. Alhamdulillah, hari Selasa lepas Allah masih mengkehendaki aman menjejaki kaki aman ke rumahNya itu di Subang Bestari itu. Hati aman dilimpahi kesyukuran kepadaNya.

 

Itu bukanlah persoalan utama untuk diketengahkan. Yang aman betul-betul terasa betapa sayangnya Sang Pencipta kepada aman adalah apabila aman menjejaki kaki aman ke surau Ar Razi selasa lepas. Jemaah-jemaah kebiasaan di surau itu bertanyakan kenapa aman lama tidak ke surau. Aman bagaikan tersentak dengan soalan itu. Betapa terharu apabila masih ada manusia mengambil berat tentang keadaan kita. Ia rasa bagaikan kehadiran kita dihargai di dunia ini. Itu bukanlah matlamat utama ke surau, matlamat utamanya adalah untuk mendapat penghargaan dari Allah, bukan hambaNya. Tetapi jikalau hambaNya menghargaai kita, ia bagaikan bonus kepada kita semua.

 

Apabila hendak menunaikan solat, abang Aris, jemaah tetap surau menolak aman menjadi imam. Aman ditolak untuk mengimamkan solat Isyak malam itu. Ia mengingatkan aman kenangan ketika aman di Heathrow Airport suatu masa dahulu. Aman menjadi imam solat Isyak. Seperti biasa surah kegemaran aman dibacakan untuk rakaat pertama. Surah Al-Kahfi ayat 1-10

1-21-2009 1-30-25 PM

Bacaan aman dalam solat ketika itu masih serak-serak basah. Suara aman menjadi terketar-ketar. Sebab demam masih belum lagi kebah. Bagaikan seorang yang menangis ketika itu.

 

Untuk rakaat kedua, surah yang terlintas di fikiran aman ialah surah Adh Dhuhaa.

was

Kenapa surah ini menjadi pilihan aman? Kerana surah inilah aman dimarahi guru agama masa aman berumur 10 tahun. InsyaAllah, aman akan ingat kenangan itu sampai bila-bila.

 

Cerita Selepas

Selesai sahaja memberi salam, bacaan zikir dan doa dibacakan. Selepas bersalaman antara jemaah, imam surau Ar Razi ,imam Khair ajak aman berborak dahulu. Dalam hati aman ketika itu, rumah bagaikan memanggil-manggil aman pulang untuk meneruskan mentelaah buku electrical yang belum habis lagi aman khatam.

 

"Kenapa kamu setiap kali jadi imam, selalu memilih bacaan surah sama untuk rakaat pertama?" ayat permulaan imam

Alamak, apa hendak jawab ni? Hati kecil aman berbisik. Aman pun menerangkan kenapa aman begitu meminati surah Al Kahfi. Ini hanyalah pendapat aman. Aman begitu mengagumi kehebatan pemuda-pemuda Kahfi. Betapa kekalnya hati-hati mereka memegang Islam di dalam pendirian mereka. Walaupun di desak oleh pemerintah dan godaan persekitaran. Tetapi hati mereka masih lagi mengikat setia pada 'tali' yang menghubungkan hati-hati mereka dengan Sang Pencipta. Maka dengan hafalan surah al-Kahfi ini walaupun hanya sekadar ayat 10 terawal, aman berdoa agar Allah mengekalkan hati aman dan makmum ketika bersolat agar Allah mengukuhkan ikatan pertalian Islam di dalam hati setiap manusia. Memandangkan sekarang ini terlalu banyak dugaan yang boleh memesongkan pandangan kita ke arah pandangan kufar.

 

Hidup aman di kelilingi penuh dugaan yang kadang kala melemahkan semangat aman. Persekitaran yang boleh melalaikan hati ini agar mengingati Allah yang satu. Semoga dengan adanya surah Al Kahfi di dalam hati, sedikit sebanyak ia dapat menjadi pendinding kita agar cekal dalam menyebut nama Pencipta yang Maha Agung. Hidup aman sentiasa dikelilingi rakan-rakan yang boleh melemahkan iman. Sebut sahaja apa jenis benda yang melalaikan pemuda-pemudi sekarang, mesti ada rakan yang melakukannya yang berasa berhampiran aman.

Minum arak? Apa brand mau?

Disko? Mana mahu, paham sajalah dekat dengan sempadan Thailand tu, pelbagai jenis disko ada.

Zina? Dah nama murah di Danok tu.

Dadah? Apa jenis mahu. Nospam, ubat batuk, ais, sub marin or ganja?

Mat rempit dan minah rempit? lumba haram ataupun pertaruhan...

Godaan hati untuk memiliki seorang 'wanita istimewa' yang bergelar awek juga kadang kala merimaskan aman. Tidak kiralah ianya datang dari dalam hati aman mahupun dari 'luar' ( you know what i mean? )

Kadang kala menjadikan aman buntu untuk menegur dan mencegah. tetapi aman tahu, Allah melihat aman sedang berusaha. Pernah juga terlintas di fikiran aman untuk melarikan diri dari golongan-golongan tersebut. Tetapi kalau aman lari, maka pada siapa hendak disandarkan tanggungjawab dakwah itu? Pada para-para tablikh atau ustaz-ustaz sahaja? Aman rasa aman patut merubah keadaan kerana ia adalah tanggungjawab kita. Bayangkan kalau Rasulullah SAW pun melarikan diri dari golongan para Musyrikin ketika itu, adakah Islam akan sampai kepada kita pada hari ini? So, aman perlu berdepan dengan keadaan. Berbekalkan iman yang nipis, semangat yang bagaikan ombak, secebis doa kepada Allah dan pendinding dari surah Al Kahfi ini agar aman dapat memperbaiki sesuatu yang salah. Semoga Allah memelihara iman aman. Amin.

 

Cerita Airport

Kisah ini berlaku ketika aman hendak menunaikan solat Maghrib ketika di prayer room di Airport Heathrow suatu masa dahulu. Ketika itu yang berada di dalam prayer room di terminal 3 Heathrow Airport itu cuma aman, seorang pak cik dari Bangladesh yang menjadi pensyarah di sebuah pengajian tinggi di Thailand, 2 orang manusia dari negara Arab yang berbadan besar sangat, 3 orang mat saleh yang beragama Islam dan dalam 4 orang wanita (maybe dari Arab rasanya).

 

Apabila masuk waktu, pak cik pensyarah itu mengarahkan aman mengazankan. Sebenarnya aman begitu keberatan ketika itu. Tetapi mungkin kerana Allah meniupkan sedikit keazaman dalam diri aman, maka terlaunglah panggilan azan di Airport Heathrow yang keluar dari mulut aman. Apabila hendak menunaikan solat Maghrib, semua orang dalam prayer room itu bagaikan menolak antara satu sama lain untuk menjadi imam. Keadaan ini berlarutan sehingga 5 minit selepas iqamat di laungkan. Akhir sekali, penyelesaian dia apabila seorang Pak Arab itu mengangkat aman lalu meletakkan di hadapan! Begitu senang dia mengangkat aman. Dengan badannya yang besar itu, mestilah mudah untuk mengangkat aman yang kecil ini. Aman tergamam seketika. Nasib Allah menhilangkan rasa gementar dalam hati aman ketika itu. Aman menjadi imam untuk jemaah yang berlainan mazhab tetapi masih di bawah satu payung iaitu PAYUNG ISLAM.

 

Selesai menunaikan solat Maghrib, aman bangun untuk menunaikan solat jamak Isyak. Jemaah lain bagaikan kekeliruan seketika. Nasib ketika itu Pak Cik Pensyarah itu menerangkan sedikit sebanyak kepada jemaah lain. Usai sudah aman menunaikan solat Isyak, Jemaah dari Arab dan 2 mat saleh itu mendekati aman.

 

"Your voice very nice, Loud and clear during read the surah" ayat permulaan dari seorang Mat Saleh itu.

 

Mereka mendekati aman untuk bertanyakan cara solat Isyak yang aman lakukan ketika itu. Mereka bertanya untuk mengetahuinya. Aman bagaikan tersentak seketika. Macam mana hendak diterangkan tentang solat Jamak Takdim ini kepada mereka. Dengan english yang broken, aman sedaya upaya menerangkan cara dan hukumnya kepada mereka. Nasib ketika itu aman dibantu oleh Pak Cik Pensyarah itu. Kalau tidak mesti aman akan lebih mengelirukan mereka dari memberi penjelasan dan cara. Mereka bagaikan teruja mendengar. Aman sendiri bertanya dalam hati ini, adakah hanya Mazhab Syafie sahaja yang melakukan solat Jamak ini? Entahlah.

 

Kenangan diangkat oleh Pak Arab itu terpahat kemas dalam ingatan aman. Sampai sekarang jika teringatkan peristiwa itu, aman akan tersenyum sendirian.

 

Cerita Sekarang

Sekarang ini, aman bagaikan sedikit tidak terurus dalam hidup. Pelbagai dugaan yang menimpa.

Dugaan exam yang mendatang

Cabaran dakwah yang perlu dilaksanakan

Kekangan hidup di zaman kegawatan

Kemaksiatan yang berlaku di hadapan mata

Persoalan ibu yang masih belum dijawab aman ( dimanakah kamu yang ku cari? )

 

Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan dalam diri aman.

"Ya Allah, Kau kuatkanlah hati aman, berikanlah kepadanya jalan keluar yang terbaik untuk setiap masalah yang ditanggungnya. Kau janganlah membiarkan aman menentukan hala tuju hidupnya sendiri walau sesaat. Kau pimpinlah aman dalam menentukan jalan penyelesaian untuk setiap masalahnya"

 

wasalam...

 

~ aman shah ~

"....man jadda wa jada..."

4 teguran dan kutukan:

kayghani said...

cantik cerita yang ko sampaikan man..bangga aku ada sahabat macam ko..keep up d good work my fren..

toybesh! said...

menyentuhnya entry kali ni..msalah2 general yg sdg dialami kita semua..smoge Allah mberi kemudahan pd kita utk tetap thabat d jalanNya..amin

Ansorullah said...

kisah kehidupan yg memberi kita peringatan dan pengalaman yang sgt berharga sbg kekuatan dan petunjuk ke arah menghidupkan jiwa hamba yg lebih menghargai nikmat dan kebesaran TuhanNya.... ^_^

~ aman shah ~ said...

@kay
terima kasih kay...
aku pun berbangga memiliki kawan seperti hang...

@toybesh
amin....

@saif shah
dan setiap kisah dan jalan kehidupan setiap orang berbeza, sebab itu setiap org memiliki kematangan yang berbeza....