melayu oh melayu

melayu oh melayu

dimanakah ketuanan anda di tanah melayu

dimanakan integriti anda sebagai melayu

dimanakah kemampuan anda meneroka dunia yang penuh mencabar

dimanakah 'jantan' mu

dimanakah keayuan melayu mu

 

melayu oh melayu

melayu takkan hilang di dunia

betul ia takkan hilang didunia

kerana ianya tersimpan rapi dalam museum-museum

kerana ianya sentiasa berlegar-legar dalam catatan sejarah

kerana ianya semakin layu

maka takkan ia hilang di dunia

 

melayu oh melayu

apabila raya puasa

kau berpesta

bersalaman sana sini bagaikan tiada adat melayu

apabila raya haji

kau bersuka

banyak anak orang kau korbankan

apabila raya cina

kau ketawa

tonggang air kencing setan sehingga busung perut seperti cina punya org botak tu

apabila raya deepavali

kau meriah lagi

mana tidaknya, pukul orang sana sini ikut kongsi gelap

malaysiakan berbilang kaum?

 

melayu oh melayu

tun mahathir kata melayu mudah lupa

tapi aku rasa melayu bukan lupa

dia tak tau apa-apa

kalau dah tak tau, macam mana hendak lupa

kita tidak tahu cina sedang menguasai ekonomi kita

kita tidak tahu india sedang bangkit menentang kita

kita tidak tahu dunia sedang memandang sinis kita

apa yang kita tahu

berbangga dengan kejayaan orang

 

melayu oh melayu

gejala bohsia bohjan adalah sendimu

gejala mat rempit adalah uratmu

gejala lepak adalah akalmu

gejala ikut-ikutan adalah tulang belulangmu

dadah ganja adalah makananmu

rogol romen adalah hobimu

pecah amanah, tipu orang itulah cita-citamu

gejala sosial makin teruk itulah kamu

sampai bila kamu ingin menjadi melayu

 

melayu oh melayu

yang lelaki semuanya tidak boleh harap

bila dapat sesuatu bangga habis satu dunia

yang perempuan satu hal

berkepit dengan negro dengan rasa riak dan bangga

kalaulah hang tuah masih hidup sekarang

takkan dilaungkan kata-kata keramat itu

'takkan melayu hilang di dunia'

 

melayu oh melayu

orang lain kejar master dan PHD

kau pun kejar juga

tapi Perasaan Hasad Dengki

mana tidaknya

orang berniaga punya lama disitu

tup tup esok kau buka disebelahnya

alasan persaingan sihat

tapi malam kau pergi jumpa dukun untuk santau dan guna-guna

ini yang dikatakan sihat

 

melayu oh melayu

sebelum terkenal

baik dengan orang lain

sebab hendak pancing undi

bila sudah pegang takhta

lupa habis orang bawah

habis duit amanah kau sapa kau kebas

orang yang mengangkat engkau naik pun geleng kepala

betul juga apa kata Tun Mahathir

melayu mudah lupa

 

melayu oh melayu

kalau hanya bersandarkan pada melayu sahaja

pasti dan confirm kau tidak akan kemana-mana

kalau kau berlandaskan melayu dan islam

jaminan 50 peratus adalah kejayaan

lagi 50 peratus adalah kehendak Sang Pencipta yang Satu

kalau kau hendakkan kejayaan dunia dan akhirat

kembalilah pada fikrah manusia

buang bangga melayu kau itu

rendahkan diri untuk si Dia

agar beroleh kejayaan yang diidamkan

jadikan melayu itu sebagai tubuh

dan islam itu sebagai pakaian

barulah kejayaan akan datang kepadamu

 

melayu oh melayu

Allah sedang melihat mu

jangan malu jangan segan

untuk kembali kepadaNya

kepulanganmu amat dinanti-nantikan oleh Sang Pencipta

 

 

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

0 teguran dan kutukan: