Islam dan Hiburan

بسم الله الرحمن الرحيم

Naluri Manusia

 

Allah itu Maha Berkuasa sifatNya. Memang tidak dapat disangkal akal lagi akan sifatNya itu. Dalam setiap kejadian yang diaturiNya, pasti ada keindahanNya tersendiri. Setiap kejadian susunan Allah, ada nur disebaliknya. Setiap penciptaan ada haknya tersendiri.

 

Islam ini adalah agama yang syumul. Ya, sebuah agama yang perfect untuk setiap manusia. Setiap manusia di muka bumi ini, ada naluri tersendiri. Macam-macam jenis naluri yang timbul dari dalam manusia yang nun jauh tersembunyi di lubuk hati setiap manusia.

 

Naluri ingin memiliki rumah bagaikan istana tersergam megah di tepian pantai yang indah

Naluri ingin memiliki isteri yang cantik dan tidak jemu mata memandangnya dan menyejukkan hati

Naluri ingin memiliki harta setinggi Gunung Kinabalu agar dapat dibelanjakan di jalan Allah

Naluri ingin berpesta dan berpoya dengan iringan muzik-muzik yang mengasikkan

 

Ya, terlalu banyak jika hendak disenaraikan, apa yang naluri manusia inginkan. Seperti firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 14:

7-11-2009 9-02-31 AM Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).

 

Dari ayat di atas, Allah yang Maha Mengetahui itu sudah mengetahui apa yang diingini oleh setiap manusia yang diciptaNya. Oleh itu, Allah menjadikan agama Islam itu sendiri agama yang tidak menolak naluri manusia. Agama yang bersesuaian dengan naluri manusia.

 

Allah menegaskan dalam firmanNya pada surah Al-A'raf ayat 32 :

Al A'raf ayat 32

Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang Telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat." Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang Mengetahui.

 

Tengok, Allah menjadikan perhiasan-perhiasan di dunia ini yang amat bersesuaian dengan naluri manusia. Namun, atas kebijaksanaan Allah itu, maka, Allah menjadikan batas-batas untuk setiap naluri manusia itu. Kenapa Allah menjadikan batas-batas berkenaan? Sedangkan Allah itu sendiri mengetahui akan kehendak dan naluri manusia itu sendiri? Itulah yang menunjukkan Allah itu Maha Mengetahui, jika tiada sekatan-sekatan dan batas-batas yang terkandung dalam buku perintah Allah itu, nescaya, ramailah manusia-manusia yang menuju ke arah kerosakan.

 

 

Islam dan Seni Hiburan

 

Allah tidak larang kita untuk berhibur. Selagi hiburan itu tidak mendatangkan kelalaian dalam kehidupan kita, maka, hiburan itu perlu. Tanyalah mana-mana ustaz di dalam dunia ini, Apa hukumnya berhibur? Pasti akan keluar jawapan seakan-akan begini, "Berhibur? Dalam Islam berhibur itu boleh selagi tidak melanggar syariat dan tidak melalaikan dan tidak menjerumus kepada kemaksiatan"

 

Perkembangan dunia hiburan dalam Islam berkembang meluas selepas berkembangnya empayar-empayar Islam yang menguasai dua pertiga dari bumi ini. Ketika zaman sebelumnya, umat Islam ketika itu kurang mengambil bahagian dalam hiburan itu sendiri kerana masing-masing mempersiapkan diri untuk melebarkan agama Allah dan memperluaskan empayar Islam itu sendiri. Apabila empayar Islam sudah merebak luas, maka, pertembungan budaya dengan empayar-empayar lain ketika itu pun terjadi. Dimana pertembungan dengan empayar-empayar luar seperti empayar Parsi, Empayar India, Empayar Rome dan sebagainya.

 

Akibat pertembungan empayar inilah, seni hiburan mula menular dalam hati nurani umat Islam ketika itu. Seni hiburan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Dia tersebar dengan sendirinya dan makin hari, tersebarnya seni hiburan ini semakin meluas. Selepas seni hiburan semakin kukuh dalam naluri manusia ketika itu, pada masa itulah kesedihan yang amat sangat dalam sejarah Islam. Empayar-empayar Islam mulai roboh satu demi satu. Seperti robohnya rumah yang dimakan anai-anai. Islam mula jatuh atas sebab manusia melebihi seni hiburan itu dari syariatNya.

 

Tersebarnya seni hiburan itu sehingga hari ini dan saat ini. Sehinggakan seni itu sendiri yang dahulunya hanyalah dijadikan halwa telinga semata-mata, kini ia bagaikan darah daging manusia. Ia bagaikan oksigen untuk tubuh badan manusia. Manakan tidak sebagai oksigen, kerana hiburan itu sendiri sudah menjadi sumber pencarian rezekinya. Terlalu tinggi rasanya aman mendefinasikan sebagai oksigen dalam menggambarkan betapa perlunya seni hiburan itu sendiri dalam setiap tubuh-tubuh manusia pada masakini. Manakan tidak, adakan manusia yang sanggup melafazkan ayat sebegini, "Ya Allah, mati kebosanan la aku macam ni dah la TV tak der, radio pun tak der!" Bayangkan, tanpa hiburan, dia boleh MATI KEBOSANAN!

 

Cubalah kita lihat akan hiburan masakini. Dari hiburan-hiburan yang tertutup seperti disco, pub, pusat karaoke, kelab malam dan sebagainya sehinggalah seperti hiburan yang secara terbuka seperti Konsert Jom Heboh, pesta muda-mudi, realiti televisyen seperti Akedemi Fantasia, Mentor, One in Million dan sebasainya lagi. Begitu banyak bukan? Jika hendak dihitung, entah bila akan kesudahannya. Sehinggakan dalam perlaksanaan hiburan-hiburan ini menelan belanja jutaan ringgit sekalipun, ianya tetap dijayakan! Sampai begitu sekali bahana seni hiburan masa kini.

 

Hiburan masa kini, terlalu jauh membawa pergi roh-roh Islam dalam naluri manusia. Seni-seni hiburan ini bagaikan kanser dalam badan manusia. Dimana ia makin merebak dan memusnahkan anggota badan yang lain sedikit demi sedikit. Bermula dengan 'hiburan ringan-ringan' seperti nasyid, kerana terlalu banyak akan nasyid berbentuk kecintaan adam dan hawa, hati mula berubah ke arah lagu-lagu mendayu-dayu. Seperti kata-kata anak muda kini, 'lagu meleleh-leleh' atau 'lagu jiwang karat'. Kemudian, naluri semakin advance, dendangan lagu-lagu tajaan Barat mula disuntingnya. Nyanyian masih lagi jiwang karat, namun liriknya semakin ke'barat'an. Nyanyian Back Street Boy, N'sync dan Boy Band menjadi siualan harian. Apabila hati sudah memuja penyanyi-penyanyi itu, kekabusan kegelapan menyelubungi hati, bermulalah kekerasan hati yang membawa kearah lagu-lagu bersifat keras! Punk, Skin Head, Black Metal dan lain-lain mula bertakhta dihati. Maka terjadilah ritual-ritual yang menyesatkan akidah manusia itu sendiri! Subhanallah.

 

Atas dasar seni-seni hiburan inilah, maka produktiviti-produktiviti manusia semakin merosot.

Kerana hiburan inilah, seorang pelajar tidur lambat untuk mengundi peserta kegemarannya dalam rancangan Mentor dan menyebabkan dia kurang fokus di sekolah kerana mengantuk.

Kerana hiburan inilah, seorang pekerja masuk kerja lambat kerana terbangun lambat selepas semalaman melihat konsert Jom Heboh

Kerana hiburan inilah, seorang mahasiswa 'terpaksa' ponteng kelas untuk beratur panjang untuk memperolehi tiket bola perlawanan Malaysia menentang Manchester United

Kerana hiburan inilah, seorang isteri 'terlupa' masak untuk suaminya yang baru pulang dari kerja kerana kesedihan melampau melihat Diari Akademi Fantasia

Kerana hiburan inilah, seorang anak mengingkari arahan ayahnya dan melewat-lewatkan solat Maghrib kerana menonton rancangan Sin Chan dan dituruti rancangan Doraemon di kaca TV

Kerana hiburan inilah, seorang remaja perempuan hilang sifat malunya kerana bersesak-sesak dalam gerombolan manusia ketika menonton konsert Jason Mraz suatu ketika dahulu

Kerana hiburan inilah, sepasang remaja hilang pertimbangan agamanya ketika menonton tayangan wayang 'Drag Me To Hell' atau 'Angels and Demons' dalam kegelapan sehinggakan mereka 'membuat wayang' mereka sendiri kerana kebosanan movienya

Kerana hiburan inilah, seorang pelajar telah mengkianati amanah seluruh umat Islam apabila dengan duit zakat yang diperuntukkan untuknya menuntut ilmu tetapi dibelanjanya untuk membeli CD terbaru 'Laskar Pelangi'

Kerana hiburan inilah, seorang pemimpin membelanjakan harta anak-anak yatim, harta ibu-ibu tunggal, harta para musafir di jalan Allah dan harta-harta orang fakir dengan menaja Formula 1, mendirikan Litar Perlumbaan Sepang bertaraf dunia dan menubuhkan Malaysian Philharmonic Ochestra

Kerana hiburan inilah, seorang remaja lelaki bertubuh sasa leka menyanyikan lagu 'Jai Ho' dari iPodnya sambil duduk di seat dalam komuter sehingga 'tidak nampak' seorang ibu yang sarat mengandung sedang berdiri dihadapannya kerana tidak memperolehi tempat duduk.

Kerana hiburan inilah, sekumpulan manusia 'terlepas' solat Maghrib kerana tayangan Tansformer 2: Revenge of The Fallen bermula pada pukul 1910 dan memperolehi tempat duduk nun jauh dibelakang. Seat mantap!

Kerana hiburan inilah, seorang lelaki sanggup meninggalkan solat berjemaah di masjid-masjid atau surau-surau kerana ingin menonton tayangan Nur Kasih dan Ceplos di TV

 

Tangani Masalah Seni Hiburan

Cuba kita lihat, betapa banyaknya keburukan dalam seni hiburan ini. Jesteru itu, hendaklah kita sama-sama mengembleng tenaga untuk merubah dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam! Esok, insyAllah lebih baik dari hari ini...

 

Terdapat banyak cara untuk kita semua berusaha menangani masalah seni hiburan ini. Antaranya adalah:

 

 Solat hiburan UTAMA

Seperti sabda Nabi Muhammad SAW kepada Bilal, "Tenangkan dirimu ketika solat ya Bilal". Cuba kita lihat, Rasulullah SAW berpesan kepada Bilal, jika mahukan ketenangan, jadikan solat itu sebagai caranya. Bukan dengan mendengar lagu-lagu yang mengasikkan atau melancong ke tempat-tempat peranginan yang mendamaikan.

 

Majlis hiburan tidak melalaikan

Dalam bab ini, ada sedikit pujian dari aman buat kerajaan Selangor sekarang. Kenapa? Haritu, kawan aman ada pergi 'satu majlis' anjuran kerajaan Selangor di Stadium Melawati. Apa yang kawan aman ceritakan, menariknya program hiburan itu kerana susunan majlisnya. Bermula dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat Hajat dan sedikit tazkirah. Kemudian Solat Isyak berjemaah. Selepas selesai ada sedikit ucapan MB Selangor dan ada konsert nasyid. Yang menarik perhatian aman, at least konsert itu tidak melewat-lewatkan atau tidak menyebabkan orang 'terlepas' untuk bersolat.

 

Tiada campuran lelaki dan perempuan

Kalau yang ini pula, aman memuji pucuk pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan itu. Tanpa perlu aman bercerita panjang, rasanya sudah ramai yang mengetahui akan konsert-konsert yang diadakan di Kelantan. Bagaimana pentadbir-pentadbir Kelantan memisahkan lelaki dan perempuan agar tiada pergaulan bebas ketika konsert sedang berlangsung.

 

Tanam kesedaran Islam dalam Artis

Kalau artis-artis ini mula memahami Islam, Tiada sudah penyanyi-penyanyi wanita selepas ini. Kan Islam melarang wanita melunak-lunakkan suaranya untuk yang bukan 'selayaknya'. Jika artis-artis mula mengenali Islam, sudah pasti tiada lagi lakonan-lakonan 'bermutu' artis-artis Malaysia ketika berlakon. Kalau itu yang Islam mahukan, kenapa perlu dipersoalkan lagi? Adakah kerana kita mahukan seni hiburan itu, maka maksiat tidak dapat dipisahkan lagi? Banyak lagi seni hiburan yang terhidang diluar sana yang halal, terpulang pada kita untuk memilihnya atau menolaknya. Ada sahaja drama-drama berunsurkan islamik dari dahulu lagi. >click here<

 

Note* - Pada hari Jumaat lepas, aman sedikit terkilan dengan rancangan TV3, Nur Kasih. Apabila dalam dialog artisnya itu, terdapat ayat sebegini. Seorang artis berlakon sebagai minah saleh menegur kawan perempuannya ketika hendak membuat keputusan berkahwin. "why you choose him, you are not Malay or ISLAM, so whay you want to marry him?" selepas itu dibalas oleh pelakon wanita itu dengan jawapa selambernya, "So what if i'm not Malay or Islam, but I love him ok?" Subhanallah.

 

Pemantauan dan penguatkuasaan pentadbiran

Dalam hal ini, kerajaan patutlah menghadkan lesen-lesen pembukaan disco-disco dan pusat hiburan. Agar kemaksiatannya senang dipantau. Bajet untuk sektor hiburan hendaklah dikurangkan agar dapat digunakan pada saluran yang lebih memerlukan. Realiti-realiti televisyen dalam mencari bakat-bakat baru hiburan perlulah dikurangkan sebaliknya diganti dengan realiti TV yang mencari bakat-bakat baru dalam bidang yang dapat memberi kebaikan kepada manusia, negara dan Islam itu sendiri seperti bakat dalam mencipta sesuatu yang baru.

 

Sistem pendidikan yang berkesan

Bagi aman, inilah sumber tunjang dalam merubah sesuatu. Sistem pendidikan yang berkesan bagaikan jantung kepada tubuh badan kita. Jika jantung itu berfungsi dengan baik dan tiada cacat celanya, bekalan darah dapat dihantar ke setiap anggota badan yang lain. Bekalan oksigen dalam darah, dapat dipam dan dihantar dengan tertib kepada otak kita. Jika pendidikan dijalankan dengan betul dan mengikut syariat pada landasannya, nescaya insyAllah, semua masalah yang ada sekarang, pasti dapat dihindari dan ditangani. Lagipun, jika kita hendak membentuk sesuatu ketamadunan seseorang, mestilah bermula ketika mereka masih kecil lagi. 'Meluntur buluh biarlah dari rebungnya"

 

InsyAllah, jika kita semua memperbetulkan seni hiburan ini, nescaya tidak mustahil jika suatu hari nanti, seni hiburan dapat merubah wajahnya dari melalaikan dan membinasakan kepada suatu kebudayaan yang menjadi jati diri kita disamping menjadikan kita semakin mengingati Allah dan RasulNya.

 

 ACAB

* Ini hiburan atau penghinaan terhadap Islam? Apabila seorang penyanyi ACAB berpakaian jubah dan serban untuk konsertnya.. Kalau Islam itu sendiri dihina oleh umatnya..

 

Wallahualam.

~ aman shah ~

"....man jadda wa jada...."

40150 Shah Alam, Selangor

3 teguran dan kutukan:

ahya_ijja said...

Assalamualaikum Aman..
Kan bagus jika ader org2 kerajaan atau org2 yg terlibat ngan seni hiburan ni baca artikel ni..

Mmang semua yg aman tulis tu adalah realiti hari ni. Msykt kita hanya mahu berhibur-hibur,,hanya mahu berlibur-libur..

huh..apapun aman, thanx for dis entry..Nice!

Park Chick said...

LAGI BAGUS ORG YG MENGHIBUR DIRI YANG BACA ARTIKEL NI..KITA XLEH NAK HENTIKAN ORG LAIN TAPI KITA BERKUASA UTK HENTIKAN DIRI SENDIRI.SILA TAPIS ADEGAN TUDING-MENUDING DALAM WAYANG DUNIA NI.

Faizal Helmi said...

1o a lot aman....