Muhasabah Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah.


Alhamdulillah. Kerana Allah memberikan aman menyedut udaraNya sehingga hari ini. Amat besar nikmat ini. Ditambah pula, Allah masih merahmati hambaNya ini mengecapi nikmat Islam. Nikmat yang teramat besar sehingga hari ini.


Dalam diam, sedarkah kita.. Setiap hari umur makin meningkat. Maka secara mutlaknya, umur kita semakin pendek. Cukupkah amalan kita untuk mengadap kepadaNya? Adakah kita sudah bersedia segalanya?

June 2008


Bercerita bulan Jun, pasti aman teringat peristiwa yang berlaku setahun yang lepas. Dimana kawan-kawan aman yang dahulunya biasa-biasa sahaja, menjadi terlalu popular dalam sekelip mata. kepopularan mereka mengalahkan Dato' Siti Nurhaliza, 'kehebatan' mereka menandingi Dato' Sheikh Muzaffar. Masih terngiang-ngiang lagi peristiwa-peristiwa tahun lepas pada bulan 6.


Seperti biasa, pulang dari solat Maghrib berjemaah di Surau Ar-Razi, Subang Bestari, Aktiviti kebiasaannya, duduk depan TV melihat berita semasa. Walaupun adakalanya hati ini tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan. Tetapi at least, ada juga input pasal negara. Tiba-tiba, terpampang berita yang dibacakan " Jurulatih dan pelatih cedera pesawat terhempas " Sudah nama belajar pasal bidang aviation, jika terdengar akan berita berkaitan kapal terhempas atau yang sewaktu dengannya, sudah pasti akan menarik minat hati ini untuk mengetahuinya lebih lanjut. Apabila pemberita itu menunjukkan gambar mangsa, hati ini bagaikan terpana. Terkejut akan berita yang diterima sebentar tadi. Nama mangsa Ahmad Tarmezee Ahmad Lotpi, 23 Tahun (2008), dalam hati ini berbisik, "Aik, tu bukan Miji ka?" Ya. Miji kawan yang aman kenali ketika sama-sama belajar di Malaysia Institute of Aviation Technology (MIAT). Apa yang terlintas di fikiran? Capai handset, mulakan mencari maklumat dengan kawan-kawan.


Selang beberapa hari, Satu lagi berita yang bukan sahaja menggemparkan aman, malah, seluruh rakyat Malaysia. Peristiwa yang sampai ke hari ini tiada kata putusnya. Seperti biasa juga, lepas solat maghrib. Aktiviti menonton berita di TV3. Terpampang berita "Anuar Ibrahim dituduh meliwat lagi". Dalam senyum sinis, "sap
saiful bukhari
a pulak laa mangsanya". Terpampang gambar Saiful Bukhari Azlan. Mula-mula tak perasan sangat. Lepas diamati lama-lama, "Aik, ni bukan ke sepul SMKDU ka?" Apa lagi, pergi ke meja komputer, buka friendster. Lihat senarai 'kawan-kawan' aman, mencari-cari nama Saiful. Aman belek satu demi satu gambarnya di friendster, memang sah dia! Dialah Saiful Bukhari Azlan, my x-classmate masa form 3 tahun 2000 di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama (SMKDU) suatu ketika dahulu. MasyaAllah. Terkejut sangat-sangat hati ini. Terlintas di fikiran ini, " Betul ka berita ini?" "adakah ini polotikus-politikus semata-mata?" Sampai sekarang, masih belum jelas apakah ianya betul-betul terjadi atau tipu semata-mata. Masa lepas sahaja mengetahui berita itu, tangan ini lantas sahaja mencapai handset. Call kawan-kawan, cari berita sahih!


Tali Putus, Disambung Semula


Aman berterima kasih sangat-sangat atas kedua-dua berita berkenaan. Apabila aman menerima berita-berita berkenaan, apa tindakan aman? Aman menghubungi kawan-kawan aman. Menghubungi untuk mendapatkan pencerahan berita berkenaan. Dalam tidak sedar, aman berjaya memperolehi kembali number contact kawan-kawan aman. Kawan-kawan yang aman sudah lost contact! Semua bagaikan kembali bersatu atas musibah yang berlaku itu.


Sesungguhnya, Allah itu Maha Kaya. Bagaimana Allah menyambung kembali ukhuwah yang semakin hari semakin malap itu dengan menurunkan musibah dan dugaanNya. Terpulang pada kita cara untuk melihat masalah itu. Seperti dalam artikel aman yang lepas, diterangkan akan masalah itu sendiri. (click here)


Setelah setahun berlaku, Alhamdulillah. Miji sudah beransur pulih dari kecederaannya dan cerita Saiful seakan-akan cerah setelah mendengar berita dan cerita dari kawan-kawan lama. Bagaimana cerita di sebaliknya kejadian ini, semakin cerah menerima berita dan khabar.


Semoga ukhuwah yang pernah terjalin suatu ketika dahulu, terus bertapak dalam diri ini atas dasar rasa kasih dan sayang kerana Allah.


June 2009


Bulan lepas juga, ada sahaja ujian daripadaNya. Namun, bagaimana kita menangani masalah itu adalah penentu sejauh mana kita menerima ujian itu. Adakalanya kita melakukan salah, terpulang pada kita mahu ditegur atau sebaliknya. Adakalanya kita jatuh, adakah kita mahu bangkit semula atau terus berada di tempat kita jatuh itu. Adakalanya kita alpa, adakah orang sekeliling kita menegur akan kealpaan kita? Jika ada, Alhamdulillah, mereka menyayangi kamu! Thanx umi..


"Hidup ibarat roda, adakalanya kita di atas, adakalanya kita dibawah" maka, jika kita diatas, jangan dilupakan mereka yang dibawah. Dan ingatlah, sekali kita diatas, tidak selamanya kita disitu.


Wallahualam.



~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150, Shah Alam, Selangor

2 teguran dan kutukan:

kayghani said...

saiful tu ex-DU ke?

ahya_ijja said...

;) Betul Aman.. setiap Apa yg DIA timpakan buat kita, pasti ada rahsianya yang sendiri..Terpulang bagaimana hati kita menilainya..