Pengaruh Media dan Isu Murtad

بسم الله الرحمن الرحيم

Ketika aman dan Shahrul (my housemate) sedang tengok televisyen. Buletin Utama. Ada selingan iklan yang tidak asing lagi bagi kita semua. Iklan yang aman maksudkan adalah iklan TM Homeline (telekom). "Woi man, tu iklan yang hang bengkek sangat tu" Shahrul kata sambil senyum sinis. "Macam mana tak bengkek, banyak lagi mamat-mamat melayu yang lagi hensem, awat si cine sepet tu gak dia pilih?" Balas aman. "Hak alah, jangan emo bro" balasnya.

Kenapa aman amat membenci akan iklan berkenaan? Mungkin orang akan berkata, ego aman sebagai seorang jejaka melayu tercabar. Yelah, dalam banyak-banyak melayu, orang bukan melayu juga dipilihnya. Kenapa, apakurangnya jejaka melayu?

Kalau itulah pandangan aman, bodohlah aman. Kenapa patut ditinggikan ego itu jika sesuatu yang lebih mustahak tidak dilihatnya. Jika sesuatu yang patut dipertahankan tidak dipertahankan. Masalah mempertahankan akhidah budak melayu itu yang (mungkin) Islam. Rata-rata kita di Malaysia sudah sedia maklum, kalau melayu sahaja, mesti Islam. So aman pun terikut akan pandangan yang sama. Sejauh mana Islam itu dalam diri 'melayu' itu sendiri, aman tak tahu!

Iklan Pertama

Iklan menceritakan sekumpulan remaja yang bergaul bebas. Lelaki dan perempuan tanpa mengira bangsa. Dalam kumpulan itu, Ahli yang lain cuba untuk mendekatkan 2 pasang ini, seorang remaja lelaki cina dengan seorang remaja wanita melayu. Bermulalah berbagai jenis rancangan untuk mendekatkan mereka berdua. Iklan ini berakhir dengan si jejaka menghantar si perempuan sehingga ke pintu rumah si perempuan dengan lagak machonya dan si perempuan memberikan no telefon rumahnya pada si lelaki itu. Sungguh bergaya bukan?

Iklan Kedua

Iklan berkisarkan seorang jejaka cina yang menjadi secret admirer kepada Suzie, seorang wanita melayu. Segalabarang dan peralatan dirumahnya pasti ada gambar Suzie. Sehingga begitu sekali admirenya dia pada Suzie.

Sekadar Bertanya?

Isu Murtad

Artikel aman terdahulu : Murtad, Kanser Umat Islam

Kita pun sedia maklum akan isu murtad yang makin menjadi-jadi kebelakangan ini. Pada pandangan aman lah, cuba kita lihat isu Aishah, isu murtad yang terlalu panas suatu ketika dahulu. tetapi sekarang sudah senyap ditelan zaman dan masa.

Jika si Aishah, seorang remaja Islam suatu ketika dahulu, berpakaian litup sebagai remaja melayu. Bertudung elok melambangkan seorang remaja Islam. Begitu indah akan keperibadian. Anak seorang Ustaz lagi. Jangankan itu, surah yaasin dan as-sajadah itu tersemat indah dalam ingatannya (hafal). Namun, setelah bercouple dengan bangsa kafir itu, mudah sahaja terlucutnya tudungnya, mudah sahaja terpadamnya kalimah shahadah dari lidahnya, mudah sahaja terbuka akan sifat kemelayuannya yang kita sedia maklum, kalau melayu sahaja, MESTI Islam. Tapi itu semua tinggal kenangan. Aishah bukan 'melayu' lagi, Aishah bukan seorang muslimah lagi.

Itu contoh seorang remaja wanita berbackgroundkan ke'islam'an sebegitu pun boleh terpesong akhidahnya, inikan pula seperti remaja dalam iklan itu. Apa pendapat kalian?

Isu Media Massa

Artikel aman terdahulu : Media Massa : 'Silent Killer'

Tidak cukup dengan iklan ini sahaja, cuba kita lihat karya-karya keluaran Yasmin Ahmad. Seperti cerita sepet tu, mereke (media massa) bagaikan sedang menghantarkan mesej-mesej ke dalam minda anak-anak muda sekarang yang bercouple bukan sesama bangsa dan agama TIDAK PATUT dipandang serong. mereka juga mempunyai HAK untuk bercinta dan bermadu asmara!

Cukuplah media massa, dengan propaganda-propaganda sebeginilah, semakin ramai remaja makin sesat. Semakin ramai remaja Islam yang murtad. Takkan media massa hendak jadi orang tengah yang menggalakkan remaja-remaja ini sesat dan murtad? Cukup kebalkah kalian (media massa) untuk menanggung semua itu dihadapan Allah kelak? Setiap yang kita lakukan di atasmuka bumi ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak!

Dengan iklan-iklan sebegini, iabagaikan semakin 'menghalalkan' pergaulan bebas antara bangsa dan agama dan akhirnya akan merosakkan anak melayu dan islam itu sendiri. Sanggupkah kita menerima tamparan yang hebat ini? Atau sekadar menjadi pemerhati sambil menggelengkan kepala sahaja tatkala melihat anak bangsa dan saudara seislam kita 'dirosakkan' oleh mereka-mereka yang sejak dahulu lagi memusuhimu?

Jika media itu sendiri sudah biasa sahaja tayangannya untuk semua penonton diluar sana, maka kalau lihat diluar (real live) juga adalah perkara biasa.

Kesimpulan Aman

Kalau kita sebagai penonton melihat itu sebagai sesuatu yang biasa, tanpa rasa terdetik dihati kita akan rasa ketidakbetulan disitu, pasti ada yang tidak kena pada diri kita. Buatlah semakan semula pada iman kita dari hari ke hari. jangan sampai "kanser" umat islam ini menjadi real "silent killer" kepada kita semua!

"TEPUK DADA, TANYA IMAN"

wallahualam

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

3 teguran dan kutukan:

ahya_ijja said...

nice aman..
Teruskan menulis, mengupas, menaakul..dan berkongsi pendapat aman di blog ini..
Dah banyak sangat yang tidak kena di sekeliling kita sekarangni..

Dah terbiasa dengan yang luarbiasa..sampai semua tu dah jadi biasa-biasa..dan saya percaya, ada yang sudah tidak kisah lagi dengan semua ni, ada yang sudah hilang getaran rasa bila murtad berleluasa..

Teruskan Menulis dan mengupas..satu demi satu..
Alhamdulillah..sangat bermanfaat..

Jolynn said...

Kenapa ya Melayu sangat sinonim dengan Islam? Sampaikan ana dulu teringat bahawa Islam hanya untuk bangsa Melayu sahaja.
~Islam untuk semua~

Ana rasa media massa ini bukanlah sengaja ingin memurtadkan (bersangka baik) para remaja Islam kita tapi mungkin mereka yang membikin iklan ini tidak mengetahui bahawa perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam adalah tidak sah melainkan salah satu pasangan itu memeluk agama Islam yang benar ini.

Erm... Yasmin Ahmad baru sahaja meninggal. Ana rasa kurang elok kita mengatakan yang tidak baik mengenainya. Tidak semua manusia itu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dalam Islam. Kita hanya mampu membimbing mereka, bukan mengutuk mereka (pesanan buat diri ana sebab ana sendiri dulu banyak mengutuk orang-orang yang jahil juga huhu) dan doakan supaya hidayah Allah sampai kepada mereka. Kita hanya mampu berusaha namun hidayah jua milik Allah. =)

Apa-apapun, ini adalah artikel yang bagus dan mengingatkan kita bahawa remaja memang senang terpengaruh dengan iklan-iklan sebegini. Yelah, ramai yang sanggup murtad atas dasar cinta nafsu. Na'uzubillahi minzalik...

Moga-moga kita semua mati dalam keadaan husnul khatimah dan dalam keadaan Islam, iman dan taqwa. Amiin.

Wallahua'lam bissowab~

relax said...

yasmin hamid ke yasmin ahmad?