بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji dan syukur ke atas Sang Pencipta yang Maha Adil lagi Saksama. Segala puji-pujian ke atas penghulu kita, Rasulullah SAW sekeluarga dan para sahabat-sahabat.
Mukaddimah
Apakah itu Media Massa?
Media Massa (Mass Media) itu termasuklah apa sahaja bentuk komunikasi yang mampu menghantar mesej dari satu titik ke satu titik atau dari satu lubuk ke satu lubuk. Titik atau lubuk itu boleh jadi manusia, tiang-tiang lampu di tepian jalanan, 'kuali-kuali' Astro. Medianya boleh jadi bahasa isyarat, bahasa tubuh, bahasa pertuturan, audio, visual, internet dan sebagainya.
Peranan Media Massa
Setiap penyebaran maklumat di atas muka bumi ini, Allah telah meletakkan amanah yang perlu di pikul oleh para pengkhabar dan para penyebar maklumat berkenaan.
Firman Allah dalam Surah Al Hujuraat ayat 6:
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu
Apabila kita menerima sesuatu berita, periksalah akan kebenaran berita berkenaan. Kerana penyebaran maklumat yang tidak betul atau fitnah ke atas seseorang, ia boleh memecah perpaduan ummah. Boleh berlakunya persengketaan dan putusnya pertalian silaturrahim.
Dalam pada masa sama, media massa juga berperanan untuk mendidik generasi. Seperti yang kita sedia maklum, pengaruh media massa dapat melahirkan generasi yang baik dan cemerlang. Itu jika media massa berada di atas paksi yang sebetulnya. Jika media massa asyik berlakunya fitnah, menyebar berita berunsur negative, penyebaran berpropagandakan kafir laknatullah dan sebagainya, adakah sebegini mampu melahirkan generasi yang kuat dan cemerlang?
Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang menyampaikan hadis seakan dusta sesungguhnya dia adalah pendusta. (imam muslim)
Adakah kita ini pendusta?
Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu Mengetahui
Media dan Pelbagai Ragam
Gambar di atas aman ambil gambar dari sehelai T-shirt. Kalau kita baca biasa, apa yang kita baca?
"ALL YOU NEED IS LOVE" right? Tapi, dari sumber yang aman capture gambar ni, ni baju golongan sebuah gereja di sini. ayat dia patut dibaca sebegini "ALL YOU NEED ISA"
Tak tahulah...
Habis, kalau sampai solat pun baju sebegini, bagaimana ya?
Ini pula aman captured dari facebook. selepas ada seorang kawan menghantar "Firman Tuhan"..Cuba teliti balik, mana ada satu pun surah sebegitu dalam al Quran. Itu semua dari Bible..Jangan mudah terpengaruh dengan media.
Dalam memilih Media apa sekali pun, pastikan berhati-hati. Ini baru sedikit. Ibarat setitik air di dalam sebuah kolam sahaja.Terlalu banyak media telah menyebarkan 'dakwah'nya.
Pendapat Lain Tentang Media Massa
-
Media Massa (Mass Media) itu termasuklah apa sahaja bentuk komunikasi yang mampu menghantar mesej dari satu titik ke satu titik. Titik itu boleh jadi orang, tiang lampu, 'kuali Astro'. Medianya boleh jadi bahasa isyarat, bahasa tubuh, bahasa pertuturan, audio, visual, internet dan sebagainya.
-
Dan, media setelah diuji sejak berabad lamanya merupakan satu alat propaganda yang paling utuh dan senjata yang paling ampuh. Untuk memusnahkan dunia, atau membaikpulih dunia, kuasailah media. Contohnya, penguasaan media oleh orang-orang Yahudi.
-
Selepas ber-evolusi dan ber-inovasi, media semakin berkembang, maklumat dan mesej membanjir ke dalam masyarakat. Ia tidak dapat disekat-sekat dan dibendung-bendung. Jika ada pihak yang cuba membendung, maka ia sedang membuat kerja-kerja bodoh.
-
Ini juga sampai ke Malaysia ini, dan sebagai bukti, masyarakatnya sudah dibanjiri maklumat. Semuanya sudah global. Politik juga begitu. Dek dengan kebanjiran maklumat ini, politik kita tidak lagi jadi politik teladan, tetapi lebih terarah kepada politik persepsi. dan malang, persepsi yang ditimbulkan sama pula dengan teladan yang ditunjukkan.
-
Artis apatah lagi, bertambah hanyut dengan telnologi. Barangkali ini harganya sebuah kemajuan. Manusia jadi bingung dengan teknologi itu sendiri. Dulu, katanya orang sibuk mengata itu dan ini, sekarang bukan orang yang mengata, tetapi orang menengok sendiri ke 'you tube'.
-
Namun, untuk mencari sebuah media yang benar-benar bebas, yang tidak berat sebelah selarang amatlah sukar. tengok akhbar dan web-portal pro pembangkang, himpit rapat kerajaan. Kalau tengok pula yang pro-kerajaan himpit pembangkang bagai nak gila. Web-rasmi kerajaan pula nampaknya 'semak' dan terlebih 'tidur' untuk membetulkan persepsi. Orang suka kepada bukti, data dan angka. Bukan yang dimanupulatif, tetapi yang benar dan rasional. Disitulah ruang untuk aktiviti media yang benar-benar bebas.
-
Media terbesar yang ada di Malaysia ini rata-ratanya dimiliki oleh parti-parti politik, didanai oleh parti politik dan si simpati kepada parti politik. Oleh sebab itulah media kita ini nampak sangat diunggun apikan oleh berita-berita politik.
-
Mereka ekstremis, bukan moderat dan dan bersederhana dalam melaporkan berita, maklumat ataupun pengetahuan yang kita mahu.
Wallahualam
~ aman shah ~
"...man jadda wa jada..."
40150 Shah Alam, Selangor
1 teguran dan kutukan:
Salam,
sekali tgk dah tau itu Bible..huhu..kdg2 orang Kristian guna juga perkataan Allah..FB kepunyaan yahudi kan?salah guna byklah keburukan..
seorang non-muslim(indian), pernah marah saya katanye, do u know that FB is one of the way the people in the US try to know us in a way to detect what we are doing~dan byk lagi..tersentak juga tapi itulah anak2 muda mudi serba gambar diletak kat FB serba info kita tulis disitu..
~~terpanjang pulak!Jazzakallah akhi=)selamat berjuang!
Post a Comment