بسم الله الرحمن الرحيم
Mukaddimah
Bersyukur kepada Allah yang Maha Berkuasa, Yang Maha Bijaksana. Sesungguhnya, segala kebesaran yang ada dibumi mahupun dilangit, semata-mata atas kekuasaan dan kebijaksanaan Allah jua. Allah berhak menentukan apa yang yang dikehendakiNYA.
Alhamdulillah, seperti yang kita semua sedia maklum, pada 9, 10, 11 dan 12 Julai 2009 yang lepas, Allah telah memilih Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi majlis Ijtimak Dunia 2009. Bersyukur ke atas limpah kurniaNya, Malaysia berjaya juga menganjurkan majlis ini. Walau macam-macam dugaan yang diturunkanNya. Selamat juga jemaah yang bermujahadah di jalanNya.
Bacaan lanjutan mengenai Majlis Ijtimak 2009 :
+ Ijtimak Malaysia 2009, satu rahmat buat Malaysia +
+ Laporan (Karkuzari) Ijtimak Malaysia 2009 +
+ Tahniah Ijtimak Malaysia 2009 +
+ Satu Jawapan Setelah Pulang Dari Ijtimak 3 Hari +
+ Ijtimak Tabligh Seluruh Dunia +
+ Koleksi Berita Tentang Ijtimak di Akhbar +
Koleksi gambar sekitar Majlis Ijtimak 2009
+ Tujuh Kaki Dalam +
+ Kren Maut +
+ Boneka Hati +
Subhanallah, penulisan mereka menarik semuanya. Siapalah aman hendak menulis seindah bahasa mereka, namun dengan berkat kekuatan yang dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta, dengan belasNya, memberikan kekuatan dalam lubuk hati ini, menunjukkan jalan buat kaki ini melangkah, melebarkan pandangan pada mata yang melihat ini, aman dapat juga bersama-sama dengan para jemaah yang lurus hati mereka dan tekat hasrat mereka untuk menyebarkan kalimah syahadah di muka bumi Allah ini di sana.
Aman bukanlah karkun,
Aman bukanlah Mat Tabligh,
Namun Alhamdulillah, walau Allah memilih aman untuk pergi Ijtimak 2009 walau hanya untuk sehari setengah sahaja, namun hati ini bersyukur sangat-sangat kepadaNya. Aman hanyalah seorang hambaNya yang masih berjinak-jinak untuk mengenali dan berusaha di jalanNya yang ini. Tunjuki aman dan pimpinlah aman agar aman tidak terpesong dari jalan yang hak.
Niat aman menulis berkaitan Ijtimak Malaysia 2009 ini, bukanlah untuk aman berbangga-bangga, bukanlah untuk mengkabarkan pada dunia "lihatlah dunia, aku pi ijtimak", bukanlah untuk menunjuk-nunjuk dengan amalan yang dilakukan. Apa yang aman ingin sampaikan, pandangan aman yang kerdil ini untuk beberapa isu yang aman rasa ingin aman kongsi bersama. Jika terdapat sebarang salah atau silap, tolong perbetulkan aman. Sekadar perkongsian bersama!
Latar Belakang Aman
"Kenapa hendak cerita pasal kau plak ni?"
"Kata nak cerita pandangan hang?"
"Mana cerita pasai ijtimak nya?"
Oh ya, sebelum aman bercerita mengenai pandangan aman, seeloknya pembaca mengetahui latar belakang aman terlebih dahulu. Kenapa? Agar mereka dapat gambaran, bagaimana persekitaran aman dan cara hidup aman terlebih dahulu untuk mengetahui cara dan rythm pemikiran aman.
Aman bukanlah budak sekolah agama, bukan budak sekolah tahfiz mahupun lepasan ijazah jurusan agama. Anda bolehlah baca mengenai aman di laman ini : Biodata Aman
Kehidupan aman, bukanlah berdarah keturunan tabligh, bukanlah berdarah keturunan karkun-karkun mahupun karkuzari. Setahu aman, tiada seorang pun dalam saudara terdekat aman yang melibatkan diri dalam suasana tabligh ini. Jangan katakan keluar 4 bulan, 40 hari pun belum pasti lagi. Jangan katakan 40 hari, hendak katakan 3 hari pun belum pasti juga.
Keturunan aman, kebanyakkannya berpaksikan pengajian pondok. Di susur jalur keturunan sebelah abah aman, datuk aman, Hasim bin Daud masih berada di pondok. Masih mengaji di Pondok Tanjung Kapur, Jitra sehingga saat ini. Di susur galur sebelah mak aman, pak cik aman merangkap adik kepada mak aman, bekas pelajar Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Even aman sendiri dahulu, jika ada cuti sekolah, pasti pergi duduk dengan datuk di pondok.
Bukan setakat itu sahaja, even nama aman sendiri di ambil atas nama seorang pengasas sebuah pondok di Jitra, Kedah. Jika dilihat dari nama-nama adik beradik aman lelaki yang lain, bermula dengan Mohd Syakir Izwan, Mohd Ridhwan, arwah Muhammad, Mohd Fahmy dan Mohd Fakhrul Anuar. Semuanya bermula dengan MOHD. Tapi, nama aman, ABD RAHMAN. kenapa aman seorang sahaja yang tiada MOHD? Begitu special sangatkah aman? Ceritanya, arwah moyang aman, Nyang Limah mengaji pondok di Jitra, tetapi sekarang, pondok berkenaan sudah tiada. Nama pondok berkenaan Pondok Tuan Sheikh Abdul Rahman, Jitra. Untuk melihat sejarah-sejarah Pondok di Kedah ( Click here ). Oleh sebab itulah, moyang aman menamakan nama aman ABD RAHMAN. (Tak hairanlah aman menjadi cicit kesayangan..hehe )
Sampai begitu sekali pengaruh pondok dalam hidup aman.
Orang Tabligh vs Orang Pondok
Sebab apa Orang Pondok vs Orang Tabligh pulak ni? Ini cumalah pandangan aman yang kedil sahaja. Pandangan aman yang tidak seberapa. Aman ibaratkan ini seperti, sedikit pandangan dari orang pondok pada orang tabligh. Lebih kurang sebegitu. Lagi pun,aman baru lagi dalam proses mengenali orang tabligh ini, betulkan aman jika ada salah silapnya.
Disini, aman quote awal-awal lagi. Niat aman bukanlah untuk membanding-bandingkan atau untuk melaga-lagakan kedua-dua pihak ini. Niat aman untuk belajar dari kedua-dua golongan berkenaan. Matlamat kedua-dua pihak berkenaan, adalah satu sahaja, berolah jannatul Firdaus Allah. Kedua-dua berkongsi matlamat yang sama, tetapi cara masing-masing berlandaskan nas-nas masing-masing. Semoga Allah kurniakan jannatul firdausNya pada kita semua. Amin.
Dalam pengamatan aman, jemaah tabligh ini, berjaya menyentuh hati aman. Terlalu istimewa untuk didefinasikan dengan ayat-ayat penulisan ini, hanya mereka yang berada dalam ini, mampu merasainya dengan pancaindera ciptaanNya.
- Apabila berhadapan dengan mereka, terasa sayu hati ini memandangnya. Dengan pandangan mereka itu, kadang-kadang boleh melunturkan hati yang keras. Manakan tidak, ke'zuhud'an mereka ini, sanggup meninggalkan kemewahan dunia semata-mata mencari redha Allah. Sanggup meninggalkan keempukan katil untuk tidur berlapikkan sehelai kain sahaja. Sanggup meninggalkan makanan enak-enak sajian para isteri. Sanggup meninggalkan anak-anak yang comel itu beberapa seketika semata-mata menjalankan usahaNya. Sanggup meng'iya'kan pepatah melayu " sayang bini, tinggal-tinggalkan........" dan lain-lain lagi. Satu pengorbanan yang amat besar
- Apabila berhadapan dengan mereka, bauan minyak attar yang dipakai mereka 24hour menceriakan sesiapa sahaja yang berhampiran dengan mereka.
- Keramahan mereka, menjadikan mereka senang mendampingi sesiapa sahaja. Tidak lokek dengan senyuman, menyerikan lagi muka. Walau pertama kali berkenalan, tetapi meraka melayani bagaikan sudah bertahun kenalan.
- Dengan berjanggut, tidak kira sedikit mahupun banyak, dengan beserban dan berjubah, MashAllah, amalan sunnah menjadi ikutan. Tiada ungkapan menarik untuk ini. Hanya Rasulullah dan Allah berhak keatasnya.
- Jika hendak disenaraikan kesemuanya, terlalu banyak untuk disenaraikan. Pasti penulis di luar sana ada pengalaman manis masing-masing bersama para karkun-karkun dan ahli tabligh. Jangan malu untuk berkongsi bersama.
Namun, dalam pada itu, terdapat juga sedikit kekecewaan dari aman pada ijtimak tempoh hari. Ini adalah perkongsian dan nasihat untuk diri aman.
- Kenapa waktu bayan, ramai sangat orang kat luar yang sedang membeli belah? (nasihat umi dan abah). Bab ini aman sendiri agak kecewa apabila melihatnya. Kan sebagusnya duduk di dalam khemah sambil melihat dan mendengar bayan yang disampaikan itu juga sunnah Rasulullah.
Berkata Al-Hasan ra. lagi: Saya lalu bertanya pula tentang majelis Nabi SAW dan bagaimana caranya ? Jawabnya: Bahwa Rasulullah SAW tidak duduk dalam sesuatu majelis, atau bangun daripadanya, melainkan baginda berzikir kepada Allah SWT baginda tidak pernah memilih tempat yang tertentu, dan melarang orang meminta ditempatkan di suatu tempat yang tertentu. Apabila baginda sampai kepada sesuatu tempat, di situlah baginda duduk sehingga selesai majelis itu dan baginda menyuruh membuat seperti itu. Bila berhadapan dengan orang ramai diberikan pandangannya kepada semua orang dengan sama rata, sehingga orang-orang yang berada di majelisnya itu merasa tiada seorang pun yang diberikan penghormatan lebih darinya. Bila ada orang yang datang kepadanya kerana sesuatu keperluan, atau sesuatu masliahat, baginda terus melayaninya dengan penuh kesabaran hinggalah orang itu bangun dan kembali.
- Isu kebersihan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”. Allah juga berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 222
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”
Tengok, betapa pentingnya kebersihan dalam Islam. Kebersihan mestilah menyeluruh.
i) Kebersihan diri
Pada pandangan aman, jika kita sudah mengetahui akan bermalam selama 3 malam, seeloknya kita lengkapkan diri kita dengan keperluan yang akan menampakkan kita bersih. Jangan untuk pergi 4 hari 3 malam berbekalkan baju 2 helai. Itu sudah terlebih zuhud. Kena letakkan hak badan kita untuk berpakaian kemas dan bersih juga. Jangan diabaikan hak badan itu.
ii) Kebersihan persekitaran
Yang ini, sedikit kekecewaan. Dari pemerhatian aman, sudah disedia beg-beg sampah, namun sampah tetap bersepah juga. Walau sudah disediakan tempat untuk menyidai kain basah, namun masih juga di gantung di khemah-khemah. Yang paling tidak boleh tahan, kebersihan tandas. Tak tahulah bagaimana hendak describe. Sepatutnya, jika yang datang orang-orang yang memahami akan Islam, isu kebersihan sepatutnya tidak menjadi isu lagi.
- Isu kekemasan diri. Ini atas pendirian masing-masing. Susah hendak menghuraikan, sebab setiap orang ada pandangan masing-masng akan kekemasan. Jika barang sendiri yang dibawa, tidak disimpan dengan elok dan teratur, itu agak mengganggu orang lain juga. Sampai ada barang sendiri terpelanting jauh ke tempat orang.
- Kalau kita hendak menegur dan menasihati orang, kita hendaklah bersedia untuk ditegur dan dinasihati. Yang ini agak terkilan sedikit. Yang ini ada kisah dan ceritanya dari pengalaman aman. Semasa ijtimak berkenaan, aman berada di khitta 3, area yang agak hujung dan dekat dengan tempat wudhuk dan tandas. Dan disebabkan aman datang lambat, aman duduk dekat dengan jalan, selari dengan tempat aman, ada satu kipas. Memandangkan jalan itu kecil sahaja, muat untuk 2 row (pergi dan balik), selalunya jika orang yang pergi berwudhuk, apabila perjalanan balik ke tempat masing-masing, nereka suka berhenti dekat kipas berkenaan. Disebabkan mereka berhenti, maka secara automatiknya, jalan menjadi jem. Orang belakang tidak dapat bergerak. Tergerak hati aman menegur seorang hamba Allah yang berhenti untuk merasai kenikmatan kipas berkenaan, "abang, jika abang berhenti macam ni, orang belakang tak boleh jalan" tu la ayat aman, tengok jelingan mata abang tu tajam sahaja. Aman senyum ja. Tapi tidak juga gerak, alih-alih, orang blakang pula sound, "Abang, janganlah berhenti, orang belakang tak dapat jalan ni". Baru lah dia jalan. Itu hanyalah satu peristiwa sahaja sebagai contoh.
- Satu lagi, bab penjagaan sunnah. Keadaan tidur. Kan sunnah tidur mengiring ke kanan. (rujukan sini). Kalau kita tak nak ikut sunnah pun, jangan sampai kita jadi penghalang untuk orang lain buat sunnah. Ini kes tidur mengiring ke kiri. Ada patut. Dah la tu, bila aman nak tidur ja, muka jiran aman tu, betul-betul depan aman. MashaAllah. Dengan nafas yang kuat dan agak berbau (smoking), langsung aman tak leh tidur.
- Time bayan, 'orang-orang syahid' ramai. Selalunya time bayan subuh. Kalau dalam posisi duduk dan tersengguk-sengguk agak boleh diterima lagi, tapi kalau dah siap baring sambil peluk bantal lagi, apa kes ni?
- Time bayan juga, suara orang sebelah, lagi kuat dari suara-suara maulana-maulana yang sedang sampaikan bayan! Ikut hati, nak saja aman letak buku dan pen, join mereka bersembang. Dah nak dengar bayan pun susah. Siap dok sembang di sebelah. Nak tak nak, aman yang kena pindah pi depan lagi, menghampiri stage utama. Area situ agak 'tenang' untuk mendengar bayan, tapi sekali kalau nak pi tandas, amik ko nak kena melintasi lautan orang.hehe.. (ni yang jeles kat orang yang dapat tempat depan stage..hehe)
- Bab mandi pula, Uik, mandi di khalayak ramai, tapi pakai short! Lutut tu bukan ker aurat dah ka tu? Ermm...No komen...Alhamdulillah, life style hidup di Seratas mengajar aku, nak mandi pun kena tutup aurat!
Banyak lagi yang hendak disampaikan, tetapi, tidak tahu bagaimana hendak di ekspreskan dalam bentuk penulisan. Jika pembaca perasan, tulisan yang akhir-akhir seakan-akan bahasa pasar sudah! Tidak tahu bagaimana hendak diolah dalam penulisan. Minta maaf ya...
Sekian dahulu penulisan kali ini.
Wallahualam...
~ aman shah ~
"....man jadda wa jada..."
40150 Shah Alam, Selangor
12 teguran dan kutukan:
salam diberi..
bayan is? *asking*
aman...
betulkan ape yang nakia da bgtau tu.
^_^
Salam..
Allah jadikan kita berbagai2 bangsa dan rupa tapi kita dapat bersatu di bawah satu khemah yg sama(^_^)..akidah yang sama..tujuan kita sama ISLAM~
*nobody is perfect, manusia tak pernah lari dari melakukan kesalahan..yang baik jadikan teladan, yang tak baik jadikan sempadan(^_~)!
**dah selari kot komen..lama tak komen~~
Terima kasih kerana menghadiri ijtimak. Perhimpunan mingguan dibuat pada setiap malam minggu di masjid bandar baru Sri Petaling.
BEST~best!!aman,jalal ajak khuruj..hehe
bukan semua yang datang ijtimak biasa keluar. Ada yang pun dah lama tak keluar. Walaupun ramai datang, bukan semua orang alim dan ulamak, tapi nayak dah yang cuma orang awam yang masih perlu belajar basic. Memang elok di tegur, tapi teguran hikmah dan kesabaran adalah perlu dalam dakwah. Ni yg sekarang karkun dah banyak jadi kartun, sebab dakwah tanpa hikmah dan sabar. Bukan senag nak berubah dan buang tabiat..!
salam aman..
rasanya kita satu row kat kitta 3 tu.pakcik duk plg hujung jalan kuar tu.mangsa langkahan tp xpa,xjatuh pun maruah pakcik. penjelasan kepada akhlak, aurat, teguran...aman kena tau latarbelakang karkun ni..banyaknya yg baru berjinak-jinak ngan agama..perlu masa untuk berubah..doakan.pasal kebersihan,betol,agak sukar dikawal,manusia macam2 mentality,mentality org bangla xsama ngan org malaysia,mentality org kg xsama ngan org bandar.moga Allah bagi pakcik, aman dan seluruh umat,kefahaman dan kekuatan utk wat kerja dakwah.amin
mari kita sama-sama berdoa agar usaha agama ini semakin sama dgn apa yg telah di lakukan oleh para sahabat radiallahu anhum yang mengambil terus contohan Rasululullah sallallahu alaihi wasallam.
banyak lagi yang belum kita sempurnakan hak-hak agama ini.
insyaAllah sama2 kita azam untuk korban diri, masa dan harta kita untuk agama Allah.
Assalamualaikum, enta bile nak khuruj fi sabilillah???
alhamdulillah...
nak conteng sikit,,,pondok hang dah bersih kah...? Selagi hang tak keluar bertabligh selagi tu hang mencarut, setakat simpati, apa apa ajelah perasaan yg terbit ketika menghadiri ijtimak belum memadai man
selagi orang pondok to tak beluar bertabligh itulah kekotoran yang nyata...wallah hu aklam.. saya puny belajar belajar keluar....
Salam aman..
Sudah lama tidak mengacau di blog aman..kih3x..
Sha doakan hidayat aman..^_^
salam
cerita aman tu menarik....
Aman..
1-Adakah sama org yg kali pertama pakai chopstick, dengan hari-hari memakai chopstik?
2-Adakah sama org yang mengamalkan ilmu dgn org yg tidak mengamalkan ilmu?
3-Adakah sama org yg hafaz Al-Quran dgn org yg tidak menghafaz Al-quran?
4- Adkah sama pemahaman org yg membaca kitab ihya ulumuddin hari2 dengan org yang baru pertama kali membaca kitab ihya ulumuddin?
5-Adakah sama taraf org yg membaca kitab ilya ulumuddin dgn taraf org yg mengamalkan isi kandungan ihya ulumuddin?
6- Adkah sama org yg baru berjinak2 dgn sekolah pondok, baru nak blaja2 buka kitab agama, dgn org yg sudah bertahun2 belajar pondok dan kitab2 agama?
7-Adakah sama orang yang tak pernah memandu kereta dengan org yg bertahun-tahun memandu kereta, tiba2 disuruh membawa kereta? siapa lagi cekap memandu kereta?
Tepuk akal fikiran, amalkan ilmu yg ada, tahulah jawapannya.InsyaAllah. wassalam
Post a Comment