
~
~SATU PENERBANGAN...Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke Sebuah Negara~~ Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan,tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith Di mana penerbangan bukannya melalui Malaysia Airlines atau Air Asia atau Emirates Airlines, tetapi Al-Jenazah Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat,atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita Di mana bajunya bukan Pierre Cardin,Versace atau setaraf dengannya. Tetapi kain putih kotton Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone,Raphl Lauren tetapi Air mawar dan cendana Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah' Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, Sekadar kain yang diwangikan Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, Tetapi bilik 6 kaki dalam gelita Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya Memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai Dibawahnya atau Neraka Jahannam Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan(savings) anda tidak akan dihabiskan Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu Ya! Berita Baik!!Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda.Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan iniOleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh!Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
~aman shah~
"...man jadda wa jada..."
0 teguran dan kutukan:
Post a Comment