Kes 1
Apabila aman lihat sahaja gambar ini, apa yang terlintas di fikiran aman, "kurang ajaq" dan "tak bertamadun"
Kes 2
2 hari lepas, selepas pulang dari solat tarawih. Aman dan kawan-kawan keluar makan char koey teow kat TTDI jaya, Shah Alam. Perjalanan pulang tu, di tahan pak polisi sebab langgar lampu merah. Yang kurang hajarnya, polis tu tak nak saman, dia nak 'duit kopi'. Celaka punya polis. Bulan baik, hari baik tapi hang yang tak baik. Inilah setan-setan yang tidak dirantai apabila tibanya Ramadhan.
Semoga Allah memberikan hidayah kepada kamu. Kalau tidak juga, baik aman langgar sahaja polis tu. Kalau lampu merah aman berani langgar, apa bezanya langgar polis itu dan darah yang merah mengalir?
Kalau hang nak buat dosa, janganlah libatkan orang lain sama. Hang sorang-sorang sudah la...
Kes 3
Apabila baca paper semalam, terasa kekurang hajaran rakyat-rakyat Indonesia. Apabila berlaku tsunami, kita awal-awal lagi menyatakan hasrat untuk menghantar bantuan. Apabila berlaku kebakaran hutan di Indonesia, kita juga yang pergi bantu padamkan. Tapi, apa yang mereka balas pada negara kita? Datang Malaysia, rompak sana, rogol sini. Macam-macam onar dilakukan, tetapi kita sering berdiam diri sahaja.
Ini kes pembantu rumah tangga mahu dinaikkan gaji. Sampaikan duta mereka disini pun tidak mahu meluluskan visa sambungan untuk pembantu rumah jika majikan tidak menaikkan gaji pembantu rumah mereka. Ini agak keterlaluan sudah.
Ditambah pula dengan tunjuk perasaan di Jakarta. Meluahkan rasa kebencian mereka pada Malaysia. Tapi kita masih berbaik dengan mereka. Tapi kekurang ajaran mereka itu, patutlah berpada-pada.
Menarik baca artikel dari Faisal Tehrani
Kes 4
Apabila naik sahaja office untuk apply cuti raya, depa kata aman ponteng kerja satu hari. Geram punya pasal, kumpul la saksi-saksi yang akan membela aman. Saksi-saksi yang akan menguatkan lagi hujah aman untuk membuktikan aman tidak bersalah.
Apabila turun sahaja line 11, kertas time sheet hari berkenaan masih berada di situ. Kurang hajaq, hampa yang tak buat kerja, aku pulak nak kena hukuman? Dah lak tu, bukan reti nak minta maaf. Siap marah aku free-free sahaja bulan posa ni. Kesalahan pada hampa, tapi orang lain kena marah?
Kes 5
Masalah makin parah. Makin melarat. Bukan stakat libatkan one on one...Ni dah libatkan ramai pihak. Sabar aman, sabar.... Sabar itu sebahagian dari iman..
p/s - sekadar luahan perasaan
~ aman shah ~
"...man jadda wa jada..."
40150 Shah Alam, Selangor
4 teguran dan kutukan:
Allah sayang kamu. Sebab tu Allah turunkan ujian buatmu. ^^
sebab hang baik... hehehehe xpa...nnti raya blk kmpung leklok na..
Kes 1...
Hmm...bila la orang kita nak cerdik?
Kes 3...
Saya pun x follow perkembangannya sangat. Cuma nak share, pembakaran kat indon tu...kita pun antara penyebabnya. Maksud saya, company Malaysia yg beroperasi di sana.
Abes tu.. ko da buat salah langgar lampu merah tu ko demand mintak saman tak?
Ke ko bayar je dorang nak lepas diri dari saman atas kesalahan sendiri?
:D
Post a Comment