Pengalaman : Mesir Bergolak

Bismillah...

Allah itu Maha Kuasa, manusia tiada kuasa..

Pengalaman hidup mendewasakan kita semua. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. Apa yang aman hendak ceritakan, pengalaman berada di Mesir sekitar protes besar-besaran rakyat Mesir.

Pada 25 Januari 2011, aman menaiki flite Egyptair untuk ke Cairo pada pukul 0030. Sebelum menaiki flite, seperti lazimnya, menghubingi ibu tercinta di Kedah. Mak kata "Dah alang-alang nak pi Mesir tu, awat tak pi Mekah terus buat umrah"...hehe.. Nak buat macam mana mak, cuti tak mencukupi. Dapat cuti seminggu ja.. Dengan hati berbunga-bunga, aman menaiki flite ke Cairo untuk berjumpa kekasih halalku dan aman's junior. Sapa tak happy nak pi jumpa bini n anak woi...


Cairo or Kaherah

Aman tiba di airport Cairo lebih kurang pada pukul 0600 waktu Mesir. Setibanya aman disana, my wife sudah menanti di airport bersama dgn Naim and kawannya (my wife friend yang pick up aman di airport). Alhamdulillah, dapat jumpa wife tersayang. Selepas selesai solat subuh, aman bertolak ke Malaysia Hall di Abassiah. Setibanya di sana, aman berehat buat seketika. letih juga naik flite lama-lama..hehe..

Pada sebelah petangnya, sempat juga aman dan isteri jalan-jalan di sekitar Cairo. Sempat juga sampai di City Center dan Hussein. Hanya sekadar jalan-jalan. Padahal tak tahu pun yang tunjuk perasaan sudah start di beberapa kawasan di Cairo. Alhamdulillah, semuanya selamat semasa jalan-jalan tu.

Keesokkan harinya, 27 Jan sepatutnya aman dan isteri nak jalan-jalan melawat piramid. Rugi la dah sampai Mesir tapi tak melawat mercu tanda kebanggaan rakyat Mesir. Tapi, atas beberapa sebab, aman dan wife terpaksa pulang ke Mansurah. Waa, sedih tak dapat melawat piramid. Takper, insyAllah lain kali la.. Kami menaiki bas ke Mansurah. Sementara menanti bas, terjumpa Syafiq (my wife batchmate) tgh tunggu bas juga. Kami tiba di Mansurah agak malam juga sebab jem yang amat sangat di Cairo (sebab tunjuk perasaan).


Mansurah

Siangnya, aman dibawa merantau-rantau sekitar Mansurah oleh my tour guide aka my wife, hehe.. My wife tunjuk ar sekitar-sekitar universiti dia and sekitar Mansurah. Aman banyak menghabiskan masa di Mansurah sahaja. Bagi aman, walaupun Mansurah bagaikan sebuah perkampungan sahaja, namun ntah, aman rasa seronok aja. Menarik dgn suasananya!

Pada hari Sabtu, 29 Jan, aman dan wife berjalan-jalan lagi sekitar Mansurah (biar banyak jalan, senang wife nak beranak nanti) Kami pi kedai kristal di seberang sungai Nil. Kami jalan kaki merentasi sungai Nil, jambatan untuk pejalan kaki bersebelahan dengan jalan keretapi. Agak menarik, cuma kekotoran itu adalah normal di sana. Selepas itu, kami berjalan-jalan sekitar towm Mansurah lagi. Tentera dan polis sudah agak banyak ketika ini. Dimana-mana ada mereka. Banyak sudah sekatan dibuat. Almost setiap penjuru ada polis, tentera dan kereta kebal (baik heavy weapon mahupun light weapon). Ada satu ketika itu, aman dan wife masuk kedai elektronik, sedang melihat-lihat barang, tokey kedai dengan cepat dan tergesa-gesa mengalihkan barangan dagangannya ke dalam kedai. Kedai-kedai di sekitarnya cepat-cepat menutup kedai. Rusuhan akan berlaku di situ! Aman dan wife masih berada disitu! Orang Kedah kata "Angkat kaki, pederaih buang". Tunggu apa lagi, cabut la. Sepanjang-panjang perjalanan, kami sakit sangat mata dan hidung. Air yang keluar dari mata dan hidung bagaikan air pili yang dibuka. Pedih siot. Aman ingatkan sebab habuk, tapi dah kalau setiap orang yang lalu jalan tu semua pegang tisu lap air keluar dari hidung dan mata, takkan sebab debu kot? Rupa-rupanya, gas pemedih mata sudah disembur disitu. Tapi tak dak asap pun, tu yang pelik tu. My wife dah macam berputus asa nak berjalan. Ajak berhenti jap. Tapi, aman tarik juga. Janji nak pi cari kawasan yang agak selamat. Alhamdulillah, ada sebuah hotel yang buka. Kami masuk kawasan lobi hotel berkenaan. Sementara menanti suasana diluar reda dan mata kembali normal. Agak lama kami di lobi hotel berkenaan sambil melihat news di TV. Sepatah haram pun aman tak paham, bahasa Arab.. Selepas semuanya agak reda, kami pulang ke rumah. Alhamdulillah..

Suasana sudah menjadi semakin tegang. Ramai student yang bertolak ke Cairo untuk pulang ke Malaysia apabila parents mereka membelikan tiket untuk pulang ke Malaysia dari Malaysia. Di Mesir, perkhidmatan internet sudah diputuskan oleh pemerintah, ATM sudah tidak beroperasi, topup sudah naik harga dan perintah berkurung dari pukul 1600 sampai 0800 sudah dikeluarkan oleh tentera. Ramai juga yang terkandas di Airport gara-gara Egyptair yang memberhentikan perkhidmatannya. Semua mula panik, perang harga tiket flite semakin menjadi-jadi. Ye la, ramai nak naik, tapi berapa flite saja yang beroperasi. Tu yang depa ambil kesempatan tu. 

Suasana semakin tegang, Yani (my wife housemate) dah balik Malaysia. Aman ambil keputusan suruh my wife pi rumah Aino (my junior Seratas n my wife senior di Mansurah) sementara aman ikut Sidek (my wife batchmate) menumpang rumah Afiq n Wak kat Tir'ah (rumah penthouse siot berdekatan jalan utama di Mansurah..hehehe)  Dalam keadaan darurat ni, sure la nak dekat dgn perkembangan terbaru, kalau aman stay dgn wife, sure-sure takut ter'miss' any information. So, my wife stay dgn Aino kat rumah Aino la. Any news yang aman dapat, aman akan update kat mereka.

So, aman lepak dengan students kat sana la banyak. Ramai yang aman kenal. Pengalaman yang menarik! Banyak yang aman belajar tinggal dengan student sana. Tambahan pula, Afiq ni kena bantu kumpul maklumat update sapa yang masih stay kat Mansurah untuk proses evacuation rakyat Malaysia. Mak aih, tgk dia dah macam operator dah. Call tak henti-henti.

Nampak macam darurat sangat dah di Mesir ni, tapi kami di Mansurah ni rileks saja. Boleh layan moviessssss lagi sambil makan feno (roti)..haha..Macam tak der apa-apa. Tapi kat berita iler DAHSYATTTT!!! Tengok berita, dah macam semut dah orang kat Tahrir Square tu. Kemuncak protes tu pada 1 Feb..Dijangka 2 Juta penduduk turun mahu Hosni Mubarak turun dari takhtanya selepas 30 tahun memerintah. Bagi aman, memang patut pun, negara sumber banyak, tapi infrastuktur sana agak daif. kesian penduduk Mesir. 2 Feb, internet dah boleh balik. Maybe kerajaan sana ingat suasana kembali ok la kot lepas 1 Feb. Rupa-rupanya semakin worse apabila ada protester yang tak mau balik selagi Mubarak tak turun. So, masa ni la Pro Mubarak start menyerang. Dah jadi macam perang saudara dah. Makin ramai merusuh!

2 Feb, tengah malam. Budak-budak kat rumah bujang dah nak tidoq dah masing-masing. Aman dan Afiq tak tidoq lagi. Tiba-tiba dengar protester ramai-ramai dekat syarik (jalan) bawah rumah. Semua dalam rumah yang tidoq ka, tak tidoq lagi ka, lari pi jendela. Tengok protester berarak kat bawah rumah. Subhanallah, ramainya orang. Nak tgk video, tengok kat page Afiq disini [ emansipasi ] Tu baru di Mansurah, tak tengok lagi di Cairo, Alexandria (Iskandariah) or Suez lagi. 3 Kawasan ni la yang paling worse. 

Kerajaan Malaysia putuskan untuk membawa pulang semua pelajar di Mesir. Aman ikut Afiq dan Wak edar borang evakuasi form untuk student2 kat sana. Jalan saja kerja. Pelajar Mansurah start bertolak ke Alex pada 4 Feb malam 2300. Waktu diawalkan. Ada 3 fasa pemindahan students Mansurah ke Alex. 2300 pada 4 Feb dan 0300 dan 0700 pada 5 Feb. Aman dan wife naik bas kul 2300.. 


Alexandria or Iskandariah

Rombongan cik kiah sampai di Alex pukul 0600 pagi tempatan. Banyak juga road block sepanjang perjalanan. Di Alex, kami duduk dekat bangunan Mara. kawasan tak besar mana pun. Kecil sahaja. Kat situ dah pack sgt2 dengan student. Semua orang menanti masa untuk menaiki pesawat ke Jeddah. Nak tidoq pun dah tak der tempat dah. Aman dan wife diletakkan di tingkat 2 (untuk yang berumahtangga) tapi aman tak lepak pun dalam tu, aman lepak dengan budak2 bujang. 

Disebabkan ada insiden, semua wife yang pregnant, diwajibkan amik pengesahan doktor untuk naik flite. Ada seorang student Kelantan, wife dia ayaq ketumban sudah pecah walhal kandungan baru mencecah 6 bulan setengah. Semoga Allah mempermudahkan mereka. Mereka tidak dibenarkan pulang dan isterinya melahirkan anak tak cukup bulan dan anaknya ditempatkan dalam inkubutor (salah eja kot). Klinik yang kami pi tu, betul2 di kawasan rusuhan di Alexandria. Sebab pagi lagi waktu tu, so, orang tak der la. Tapi boleh tengok la lebih kurang 5-7 biji kereta dan truck polis yang hangus terbakar di kawasan tu. Pengalaman menarik juga berapa di situ. Tengok muka dan gelagat bakal-bakal ibu and ayah apabila melihat anak dalam kandungan wife masing2. Ada dalam 9 pasangan ketika itu. Buat aman dan wife tersenyum saja. Bila mai time aman (orang last skali), saja amik last skali walhal orang 1st yg sampai klinik. Doctor said "Congrates, It's a girl".. Muka aman terus berubah. Doktor jangan buat lawak doktor, dekat Malaysia scan nampak lelaki, ni kata perempuan plak. Argue la sat dengan doktor, lepas tu, doktor precise lagi scan tu. Alhamdulillah, doktor kata boy balik lepas dia tunjuk anus aman's junior. Kembali tersenyum riang laa aman....hehe...

Lepas tu, doktor hantar aman dan wife balik ke rumah Mara sebab susah sangat aman nak sebut "sesostrees street"..my wife dok bantai gelak dah bila aman dok cakap kat pemandu teksi tu, dia pun tak tau, aman pun tak tau nak sebut. Last2 doktor pelawa nak tolong hantarkan. Doktor tu tau sebab ada student Malaysia sewa rumah dia. So, dia tau la rumah Mara kat aman. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan aman.

Sampai rumah mara, kawasan dah pack sgt2. Student Mansurah yang 2nd trip dah sampai. Tak dak tempat nak lepak dah. keluar pi kawasan area rumah mara tu, lepak-lepak pekena shai (teh) and shisha sat. Mak aih, shisha 1.50 genih ja? Ada laa dalam 75 sen Malaysia. Kena lepak lama la kat situ, sementara nak tunggu nama dipanggil untuk bertolak ke Jeddah. Dah naik bosan kat situ. Main kad dengan budak-budak ni sementara menunggu masa. Alhamdulillah, nama aman dan wife naik untuk penerbangan 6 Feb ke Jeddah pada pukul 0500 melalui pesawat Airasia. Hampeh nya MAS, staff sendiri pun tak mai tlg, aleh2 Airasia yang mai tolong..hahaha...Nama kami naik awal sebab keutamaan diberikan kepada orang yang sudah berumah tangga dan mereka yang sudah lama menanti di Alex. Pesawat yang aman naik, majority PEREMPUAN dan ada dalam 13 pasangan berkahwin. Dan pasangan berkahwin majoritynya geng dirisat (pengajian agama di al Azhar) yang nampak ranggi skit, pasangan aman dan duwenk ja. hehe..


Jeddah


Kami tiba di Jeddah pukul 0600 waktu tempatan. Mak, aman sampai juga Jeddah akhirnya! Kata-kata mak satu doa buat aman. Yang tidak dirancang, terjadi juga. Memang doa mak dimakbulkan Allah.. 

Sementara menanti visa dikeluarkan, kami lepak la kat airport Jeddah tu. Agak lama la juga. lebih kurang 4-5 hours menanti. Tengah dok tunggu2 tu, mata dok kira nak tidoq ja, wife kejutkan aman sebab dia nampak ada orang pakai baju kerja MAS lalu kat kawasan kami dok tunggu. Perati elok2, Alhamdulillah, aman kenai dia. Noh, abang kepada Onn (my batchmate kat MAS) Aman pun tegur la dia. Sembang2 sat and amik no telipon. Noh ni kerja ngan MAS tapi di loan oleh company Al-Wafeer (syarikat yang loan kapal terbang MAS skali dgn engineering crew) lebih kurang tengahari, kami tiba di Madinatul Hujjaz (penempatan sementara jemaah haji under Tabung haji) 

Subhanallah, kat sini lagi la pack berbanding Alexandria. My wife dah meragam ajak balik sendiri. Kuantiti di situ masa tu lebihkurang 5000 orang dah, walhal tempat tu mampu menampung sekitar 2000 lebih orang pada satu2 masa. Ada orang mengatakan, kawasan itu sebenarnya bekas penjara. Wallahualam.. Dari saat kami sampai sehinggalah ke petang, kami masih tak dapat bilik. Lepak kat area kaki lima tu jer la. Last, deal dengan Abdullah (pegawai operasi) kami lepak dalam bilik Pengarah operasi. Aman ngan Duwenk ja kat situ.  Boleh laa tgk Jamil Khir kat situ dok bg ucapan..


Kebanyakkan, aman ngan duwenk lepak kat 'mampley' di Madinatul Hujjaz tu selepas Mira (Duwenk's wife) and my wife dapat bilik. Tu sebab bilik depa dekat skit ngan mapley tu. sampai ke malam kami stil tak dapat juga bilik. Nak dapat camner, dah bilik semua pack. Flite pulang ke Malaysia baru ja start. Jumlah yang sampai melebihi jumpah yang keluar di Madinatul Hujjaz tu, memang dah macam sardin dah. Tengah2 lepak tu, "Perhatian kepada Abd Rahman bin Hamzah dari Malaysia Airlines System, sila hadirkan diri ke pejabat pentadbiran sekarang juga".. Rasanya dah boleh agak, Noh panggil. Semasa kat sini, pengumuman itu adalah lumrah already, tepon nak guna mahal, so, aklau nak panggil orang, terpaksa wat announcement la.. Pi sana jumpah Noh. Rupa-rupanya, geng Al-Wafeer datang tolong masak untuk pelajar2 di situ. Dapat la jumpa Sazali (manager geng2 Al-Wafeer), abg awie, dan ramai lagi pekerja2 al-Wafeer.. Malam tu, aman dan wife keluar tidoq kat rumah Noh. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan lagi urusan aman. Dapat juga tengok2 kawasan Jeddah. Depa geng al-Wafeer tinggal di Compound and ada juga yang tinggal di hotel. Masa tu, Jeddah baru saja lepas banjir, dapat lihat laa kesan2 lepas banjir disitu. Agak teruk juga laa kesan banjirnya.

Alhamdulillah, selepas dapat tidur dengan sempurna, mandi secukupnya dan rehat, kami kembali bertenaga. Alhamdulillah.. Bagaimana laa keadaan mereka di Madinatul Hujjaz dengan keadaan yang sgt2 pack. Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka. lebih kurang petang, kami balik ke Madinatul Hujjaz, takut kalau2 nama naik untuk balik ke Malaysia. 

Apabila sampai, pasangan aman n Duwenk diletakkan dalam waiting list. Hanya satu pasang saja yang dibenarkan ketika itu. Kami ambil keputusan untuk ambil flite keesokkan harinya, Malas nak berebut ketika itu. Walhal wife masing2 dah mula merungut dah ketika itu. Tapi terpaksa ambil alternatif lain la, nak buat camner. Tgh2 tggu tu, skali kapal Airasia A320 yang aman naik dari Alex ke Jeddah tu nak balik Malaysia, dari dibiarkan terbang kosong, at least bawa la student sama. Hal ini disebabkan Airasia tak dapat right nak bawa keluar students dari Jeddah. Masa tu, en Abdullah suruh cari 100 nama untuk naik Airasia. Alhamdulillah, pasangan aman dan duwenk tersenarai. Semua yang naik flite time tu, semua yang sudah bekeluarga sahaja. Pada pukul 1600 kami naik bas pi airport. Kami tunggu di main terminal Jeddah. Rupa2nya Airasia dapat kebenaran bawa penumpang dari terminal private. kira macam chartered flite la kami naik ni. Mak aih, airport private ni giler cun beb. Airport tu diselenggarakan oleh Arabasco. Ada bilik VIP Mekah and VIP Madinah sahaja disitu. Dah macam hotel dah kat situ. Kami menaiki flite dan dijangka take off pukul 2030. Tapi sebab tunggu Datuk Shahlan Ismail(setiausaha politik), so delay laa sekejap. 

Penerbangan kami transit for refueling kat Dubai. Apa nama airport tu aman tak perasan sgt. 


LCCT, KLIA

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 1500, kami selamat sampai di LCCT. Orang kenamaan sambut. Tony Fernandes ada and ada lagi menteri2 tp aman tak kenal. Wartawan tak yah cakap la, ramai sgt. Sampai kat luar plak, team YADIM (yayasan Dakwah Islam Malaysia) dok bagi bubur lambuk. Umi and abah dah dok tunggu kat luar. Bila call mak, mak demam plak sebab risau akan anak2..Alhamdulillah mak, anak mak selamat..

Alhamdulillah, kesemua 92 orang yang menaiki pesawat Airasia AK9806 semuanya selamat sampai. Ni senarai nama mereka yang menaiki pesawat AK 9806

Alhamdulillah, Syukur pada Allah yang mempermudahkan urusan kami dan terima kasih pada mereka yang membantu kami dalam operasi piramid ini. Terima kasih yang tidak terhingga pada mereka yang mendoakan keselamatan kami semua. Hanya Allah yang merealisasikannya. "Kun faya kun"


note : 
- Pengalaman berharga yang tidak mungkin dilupakan. akan diceritakan buat baby later, how herois his father! Go there to rescue his princess and little baby in the womb!
- Dari cuti sepatutnya sampai 2 Feb saja, last2 jadi sampai 8 Feb.
- A lot of thing i see there, and a lot of memories. And much important is, the more i learn. jauh perjalanan, luas pengetahuan. Now, i see world on my own principle! 


p/s : bakal menyusul what i learn from this incidents. InsyAllah....



Sekian for now. 
wasalam..


~ aman shah ~
23022011
Shah Alam, Selangor

4 teguran dan kutukan:

Lisam said...

yeap, you r hero..

cayalah aman! kompem baby dalam perut bangga gila :)

CTNAQUIA ESIR said...

"Keesokkan harinya, 27 Jan sepatutnya aman dan isteri nak jalan-jalan melawat piramid. Rugi la dah sampai Mesir tapi tak melawat mercu tanda kebanggaan rakyat Mesir. Tapi, atas beberapa sebab, aman dan wife terpaksa pulang ke Mansurah. Waa, sedih tak dapat melawat piramid"
- ermm..btoi ka sedey??

" Pengalaman menarik juga berapa di situ. Tengok muka dan gelagat bakal-bakal ibu and ayah apabila melihat anak dalam kandungan wife masing2. Ada dalam 9 pasangan ketika itu. Buat aman dan wife tersenyum saja."
- yup...mcm2 gelagat org bley tgk time nih..susah nk ungkap..klu tulis psl kt cni ja, mau berjela2..masing2 ada cerita masing2..kita tolong senyum jelah, Alhamdulillah im in good condition.

"Doctor said "Congrates, It's a girl".. Muka aman terus berubah. Doktor jangan buat lawak doktor, dekat Malaysia scan nampak lelaki, ni kata perempuan plak. Argue la sat dengan doktor, lepas tu, doktor precise lagi scan tu. Alhamdulillah, doktor kata boy balik lepas dia tunjuk anus aman's junior."
- raut wajah awk berubah tu mmg dear takkan lupalah...tapi~ pembetulan ye syg...masa scan gender baby, kt mesir tau..im with yani only, menjak preggy, baru dua kali b teman+tgk dear wat scanning. 1 kat Pusat Rawatan Azzahrah, 2 time nilah.

"Lepas tu, doktor hantar aman dan wife balik ke rumah Mara sebab susah sangat aman nak sebut "sesostrees street"..my wife dok bantai gelak dah bila aman dok cakap kat pemandu teksi tu, dia pun tak tau, aman pun tak tau nak sebut."
- hahaha..ni seyes lawak, taley lupa awk sebut kt ammu taxi tu mcm mne..pastu ngn reaksi ammu taxi tu lagi...wahaha..

"Dan pasangan berkahwin majoritynya geng dirisat (pengajian agama di al Azhar) yang nampak ranggi skit, pasangan aman dan duwenk ja. hehe.."
- *Pembetulan, Dirosat. Kita berempat bukan ranggi skep..jauh beza sggh snanya..huhu..

"Subhanallah, kat sini lagi la pack berbanding Alexandria. My wife dah meragam ajak balik sendiri"
- sgt tense....!~ mau majok da pon...kuar air mata pon dah! :p dahla panas..bilik tade..uhuhuu...pengalaman2~

"Apabila sampai, pasangan aman n Duwenk diletakkan dalam waiting list. Hanya satu pasang saja yang dibenarkan ketika itu. Kami ambil keputusan untuk ambil flite keesokkan harinya, Malas nak berebut ketika itu. Walhal wife masing2 dah mula merungut dah ketika itu."
- beberapa minit je ok, pastu dear bley nego kan?? dear ok je klu stay lagi sehari.

huu...pengalaman..yg b tulis ni rasanya sikit je...tp yg dilalui, sgt byk...~ surely cant forget bout it!

putra al-amin said...

alhamdulillah pengalaman menarik dari aman dgn wife....yg paling penting aman junior.hehe

best kisah ni..kalau buat buku gerenti laku di pasaran...

tajuk cadangan romea menyelamatkan juliet edisi timur tengah dan malaya..hehe

barakallahuma....

aphids said...

comellah nama afiq tuh...hahaha