Apa makna "KEGAGALAN"

Failure is success if we learn from it. - Malcolm Forbes

In order to succeed you must fail, so that you know what not to do the next time. - Anthony J. D’Angelo

Kegagalan?

Apakah makna kegagalan dalam hidup seharian. Kegagalan sering ditakuti oleh manusia sejagat. Betul atau salah itu terpulang pada diri yang mentafsifkannya. Cara kita membaca kegagalan itu sendiri. Tidak dinafikan, saya juga takut pada kegagalan. Manakan tidak, jika 2 kali saya masih gagal dalam peperiksaan syarikat, saya akan dibuang kerja atau diturunkan menjadi junior technician. So, secara tidak langsung, ia menyebabkan saya gagal pada kegagalan.

Gagal dalam kehidupan, gagal dalam exam, gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan merupakan kegagalan yang biasa kita dengar sepanjang hari ini. Hampir semua orang menghadapi kegagalan ini. Malahan gagal juga menyebabkan manusia takut pada dirinya sendiri. Seolah-olah kegagalan itu jalan mati yang tiada turning back.

Dalam kehidupan kita sekarang, berapa kali kita pernah dengar motivasi tentang kegagalan? Walhal dalam kehidupan kita sekarang lebih banyak kegagalan daripada kejayaan.

Semua orang pasti akan menyambut datangnya kejayaan dengan tangan terbuka. Sebaliknya, banyak orang akan berusaha agar tidak mengalami kegagalan. Kenyataannya, kejayaan dan kegagalan merupakan ”satu pakej” yang tidak bisa dipisahkan. Kalau kita tidak berjaya, kita akan gagal. Itulah pakej yang tidak dapat diubah lagi. Lalu, mengapa kita harus takut pada kegagalan? Yang perlu kita ketahui adalah apa yang harus kita lakukan ketika kegagalan datang.

Jika kita sadar bahawa kegagalan itu merupakan sebahagian dari kejayaan dan kegagalan merupakan guru yang terbaik, maka kita tidak akan takut ketika kegagalan datang. Sebaliknya kita akan berusaha untuk menerima hakikat kegagalan.

Setiap kali hendak exam, kawan-kawan saya sering menyuruh saya membacakan doa sebelum memulakan exam. Memang sudah menjadi lumrah kami. Pada suatu hari itu, ketika hendak memasuki dewan exam, saya membacakan doakan seperti biasa. Tapi hari itu doanya saya tukar sedikit. Ia berbunyi seperti ini....

“....Ya Allah, jika kejayaan itu mendekatkan diri kami denganMu Ya Allah, maka Engkau kurniakanlah kejayaan dalam peperiksaan ini kepada kami. Tapi kalau kegagalan lebih mendekatkan diri kami denganMu Ya Allah, maka Engkau kurniakanlah kegagalan dalam peperiksaan ini kepada kami...”

Tau apa jadi selepas itu? Rekod dalam syarikat saya tercipta, 3 orang dalam batch saya sahaja yang lulus dalam peperiksaan itu. Pelik bukan? Tapi itulah hakikat kehidupan. Apa yang Allah telah aturkan mesti ada suatu yang terselindung disebalik itu. Suatu keajaiban berlaku dalam batch saya. Suatu yang patut saya syukuri. Biarlah keajaiban itu menjadi rahsia batch saya kerana jika dicerita, ia boleh mengaibkan orang lain.

Oleh yang demikian, janganlah kita takut pada kegagalan. Mungkin kegagalan itu satu titik mula untuk sebuah kejayaan yang lebih bermakna. Mungkin kegagalan itu salah satu cara Allah menegur kita. Mungkin juga kegagalan itu penemu jalan kearah keelokan. Oleh itu, terpulang pada kita sendiri untuk memahami sifat kegagalanitu sendiri. Cara kita sendiri dalam mentafsir sebuah kegagalan.

“ Kejayaan hanya dicipta dengan mencuba. Tiada apa-apa yang rugi dengan mencuba. Sebaliknya terdapat banyak faedah jika percubaan itu berjaya. Jika percubaan itu menemui kegagalan, ianya bukanlah satu pengakhiran. Oleh itu hendaklah kita sentiasa mencuba”

~aman shah~

“..man jadda wa jada..”

1 teguran dan kutukan:

Unknown said...

terima kasih tuan. nasihat yang berguna ketika keadaan tengah memerlukan begini. semga hidup tuan diberkati.