Gurauan

 

Assalamualaikum..

 

"Gurau-Gurau juga, tapi ni dah lebih dah ni!" Itulah bunyi seseorang yang tidak dapat menerima gurauan yang agak 'kasar'. Adakala gurau mengelokkan keadaan, tapi ada kala ia memburukkan lagi keadaan

 

Selain mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka. Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai 'al-mizah'. Beliau membawa hadis Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia." (Hidayatus Salikin: 170).

 

Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa. Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh 'menanggalkan' hati. Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud;

"Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun."

Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.


Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta. Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.


Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah SAW bersabda bermaksud;

"Malu adalah cabang daripada iman."

Dalam sabda lain, baginda menyatakan;

"Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya."

Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.


Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah bermaksud;

12-5-2008 3-29-09 PM

 

Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.

 

Sama-samalah kita renungkan. Setiap yang dilakukan, pasti ada batasannya.

 

 

 

aku ada ruang aku sendiri

jangan tanya kenapa dan mengapa

dewasa adalah aset aku

ceria selalu hingga ke tahap maksimas

terbang bersama aku

jangan tuduh aku jahat sebelum kenal

aku tahu apa yang aku buat

tapi korang takkan pernah tahu!

hidup ini mesti bebas

makan, minum, bermain.......

atau jangan buat apa-apa!

ini adalah kehendak termaksimas aku

tapi diakhirnya pasti ada SEMPADAN!

ingat tu...

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada.."

1 teguran dan kutukan:

Anonymous said...

"Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun."

bleh sy tau sumber, atau mgkn status hadis dan periwayat hadis tersebut?