Kisah Mutiara!

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah menjadikan setiap benda di sekeliling kita untuk kita berfikir. Untuk kita menghayati setiap ciptaanNya yang Maha Agung. Setiap penciptaan itu ada hikmah dan pengajaran yang tersendiri.

 

Terpulang kepada kita untuk mengambilnya sebagai pengajaran ataupun hanyalah penghias di mata.

 

Kisah Si Mutiara

Pada suatu hari,seekor anak tiram di dasar laut mengaduh kesakitan pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang masih merah dan lembik.

"Anakku",kata sang ibu sambil bercucuran airmata.

"Tuhan tidak memberikan pada kita bangsa tiram sebuah tangan pun, sehingga ibu tak dapat menolongmu. Sakit sekali, ibu tahu anakku. Kuatkan hatimu. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan pedih yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan cairan perutmu. Hanya itu yang boleh kau buat," kata sang ibu dengan sendu.

Anak tiram pun melakukan sepertimana nasihat ibundanya. Kekadang ditengah kesakitan, ia meragui nasihat ibunya. Dengan airmata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tanpa disedarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya.

Semakin lama semakin halus. Rasa sakitnya pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh berkilau dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna.

Penderitaannya berubah menjadi mutiara, airmatanya berubah menjadi sesuatu yang amat berharga. Sebagai hasil derita bertahun-tahun tiram itu kini lebih berharga dibandingkan dengan jutaan tiram dan kerang rebus di tepi jalan.

 

Fikirkanlah pengajaran yang dapat dipetik daripada kisah ini...

 

 

Untuk Wanita

Perasaan ingin disayangi adalah fitrah buat makhluk Allah swt. Malah kasih sayang yang kita rasakan sekarang cuma satu dari kasih sayang milikNya. Apatah lagi hanya dengan SATU kasih sayang yang Allah kurniakan, kita sanggup buang keluarga, buang saudara, buang sahabat. Adakan sampai membunuh diri apabila sayang dari kaum Adam tiada untukknya. Sedarkah kalian, syaitan cuma mahu mencari peluang menyesatkan umat Muhammad. Seperti yang telah dijanjikan. Hanya kerana seorang lelaki, hidup muslimah di belenggu dengan dosa. MasyaAllah, betapa jauhnya kita dari rahmatNYA. Sia-sianya hidup andai tiada Rahmat dari NYA, bagaikan tin kosong yang berkarat. Tiada isi dan di buang kerana tin kosong yang berkarat berbahaya kepada penggunanya. Begitulah ibarat muslimah yang tidak menjaga dirinya. Muslimah yang disayangi kerana Allah, renung dan fikirkanlah, kelapa atau mutiarakah anda?

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

Ingatlah ada dua pilihan terbentang,

Yang pertama kamu jadi seperti kelapa,

Mudah di parut..Diperah dan di ambil santannya,

Lepas itu hampasnya di buang..

Yang kedua..kamu menjadi sebutir mutiara,

Berada di dasar lauta, Tersimpan rapi….

Dilindungi kulit,

Bukan senang nak melihat…apalagi mendapatkannya,

Hanya orang yang bertuah..

Berusaha menyelami dasar lautan,

Dapat memperolehinya..

Harganya mahal sekali,

Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi kamu pilihlah samaada santan atau mutiara,

 

Santan,

Di sebalik santan menjadi menyedap makanan..

Diperah segala kenikmatan,

Dengan mudah jatuh menjadi titisan

Akhirnya habis

Kari dimakan

Pulut panggang sisa habis di telan

Dan santan hilang tak jadi ingatan

Yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang,

Orang tak kenang jasa santan..

Mutiara,

Yang tertanam di dasar yang paling dalam,

Sukar andai mengharap menjadi perhatian

Kerana di lapisi kulit yang keras..

Namun,

Kiranya di temui insan akan menjadi permata hiasan

Terletak tinggi di cincin idaman,

Atau dileher nan jinjang,

Atau di lengan menawan,

Makin lama mutiara tertanam,

Makin tinggi nilaian..

 

OLEH ITU..TENTUKANLAH SENDIRI YANG MANA SATU MENJADI PILIHAN

Menjadi santan mudah menjadi perhatian Tapi hanya sebentar menjadi santapan, Kemudian hilang segala nikmat dan pujian, Menjadi mutiara sukar ditemukan Namun bila di hias, Indah gadis perawan, Hilang ia..tangisan mengiringi Pemergian…….

 

~ aman shah ~

"....man jadda wa jada..."

2 teguran dan kutukan:

ummujannah said...

Salam.

Kisah mutiara yang sangat best=)

nak ambil cerita kisah mutiara boleh?nak sampaikan kat teman2 jugak.

Kesusahan sekarang yang kita alami nanti akan membuahkan manis di penghujung jalan andai sabar dan usaha yang betul2 bersungguh untuk menjadi yang terbaik,ahsan fil akhlak.Ameen.

Semoga sama-sama berusaha menjadi mutiara untuk diri dan juga orang lain.
JAzakallah khairan kasir ya akhi!

p/s:baru komen kat artikel latest ust hasrizal.then baru disini.

Dr Syuhada said...

suke artikel nih..time kasih kerana mengingatkan wanita tentang berharganya diri mereka ibarat mutiara..andai mane yang menjadi santan, taubat itu sentiasa terbuka..Allah Maha pengampun..