Janji Allah

 

Bismillah...

Dengan nama Allah!

untitled

 

Cuti sekolah.. Walaupun ianya hampir tamat untuk sesi penggal ini, tetapi rasanya belum terlambat untuk aman bercerita mengenai cuti sekolah. Setiap kali datangnya cuti sekolah, mesti akan tiba kad jemputan walimatul urus. Bagaikan tidak seri cuti sekolah jika tiada kenduri perkahwinan.

 

Hari Ahad (21 Disember 2008). Berlangsungnya perkahwinan Zuhairy bin Hj Jaffar (TAME 59) dengan pasangannya Marlina binti Mohamed. Alhamdulillah, selesai sudah seorang lagi kawan aman mendirikan masjid selepas Khairul Izham bin Shamsuddin (TAME 60). Sekarang ini isteri si Khero sudah mengandung. Tidak lama lagi, terasa la diri ini makin tua sudah. Gelaran Pak Lang Aman or Pak Lang Man makin tersebar dimerata-rata. Hehehe..

 

Perkahwinan

 

Ketika seorang muslim dari golongan yang baik-baik, tidak kira dari sebelah pihak anak dara atau anak teruna, pasti timbul pelbagai rasa dan persoalan di dalam jiwa masing-masing. Ada rasa gundah gulana,gementar, resah, risau, bimbang dan ada juga yang tidak sabar menantikan saat paling bermakna dalam hidupnya. Bahkan, ketika sesi taaruf sekali pun, masih wujud keraguan dalam hati masing-masing. Perasaan dan rasa itu adalah lumrah kita sebagai manusia.

 

Jika kita berpegang teguh pada janji-janji Allah di dalam al-Quran, kenapa masih wujud lagi perasaan-perasaan sebegitu? Kalau seorang lelaki yang baik, di benak fikirannya bertanya "mampukah aku menjadi seorang ketua yang baik?" atau "bersediakah aku untuk membimbing bakal isteriku dan anak-anakku supaya mendekatkan diri dengan Sang Pencipta?". Jika si belah wanita pula, di kotak pemikirannya terawang-awangan persoalan "mampukah aku mentaati suamiku selagi mana dia mentaati Allah?" atau "bersediakah aku untuk melahirkan para mujahid pejuang-pejuang Allah yang tidak gentar untuk syahid untukMu?". Jika persoalan itu yang bermain di fikiran sang mempelai, maka InsyaAllah, berbahagialah mereka.

 

Janji-janji Allah

 

Ini adalah perkhabaran yang indah berupa janji-janji Allah bagi mereka yang menyempurnakan sebahagian agamanya. Maka bergembiralah wahai saudara-saudaraku!

 

12-22-2008 6-48-10 PM

Jika ingin mendapat jodoh yang baik, maka perbaikilah dirimu. Jadilah seorang muslimin yang sejati, tranform lah menjadi seorang muslimat yang terpuji.

Jika inginkan isteri seperti Saidatina Fatimah RA, awasi dirimu seperti Saidina Ali.

 

 

12-22-2008 6-48-38 PM

Ada di kalangan kita, apabila seorang pemuda hendak bernikah, perasan bimbang dan resah menerpake dalam hatinya. Salah satu sebabnya, masih belum bekerja atau masih belajar. Walau demikian, ada juga yang sudah bekerja tetapi masih berapa bimbang. Dibenaknya tersisip rapi persoalan "cukup ka aku untuk menampung family nanti dengan gaji aku ni?"

 

Ayat diatas menjadi jawapan kepada segala persoalan untuk menjadikannya semakin gagah untuk melangkah ke jinjang pelamin. Ibarat seorang tentera yang tidak gentar untuk bertarung di medan perang. Janji Allah sedia terhidang, cuma bergantung kepada kita untuk menjamahnya atau menolaknya. Tidakkah kita lihat, apabila seseorang yang fakir atau miskin berkahwin, bagaimana Allah memberikan kecukupan kepadanya dalam perbelanjaannya? Allah itu Maha Pemurah!

 

"Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang yang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya untuk merdeka dan seseorang yang bernikah untuk memelihara kehormatannya" (hadis Riwayat Ahmad )

 

 

12-22-2008 7-11-17 PM

 

Inilah janji-janji Allah. Jika kita berdoa kepadaNya, nescaya akan diperkenankanNya. Jika lambat diperkenankan, itu tandanya Allah gembira mendengar suara-suara merdu dan lunak kamu memohon dariNya. Sesungguhnya Allah itu Teramatlah Pemurah, tiada yang lebih pemurah dari pemurahnya Allah SWT. Pastikan adab-adab doa yang sempurna agar Allah bertambah gembira mendengar permintaan seorang hambaNya.

 

12-22-2008 7-21-47 PM

 

 

 

Itulah janji-janji Allah. Dan Allah tidak pernah mendustakan janji-janjiNya. Kalau Allah tidak / belum memakbulkan doa kalian, nescaya ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih bermakna untuk kita. Sesungguhnya, Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

 

Jadi, kenapa masih ragu dengan janji-janji Allah?

 

P/S: Aman ni bukanlah power sangat, kahwin pun belum tapi berlagak nak cakap pasai kahwin. So, better tanya orang yang sudah berpengalaman. Kalian bolehlah merujuk page Ustaz Hasrizal mengenai pandangan beliau tentang Kahwin Semasa Belajar 

 

Wasalam

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

1 teguran dan kutukan:

ummujannah said...
This comment has been removed by the author.