Nik Abdul Aziz dan Ustaz Ismail Kamus Meninggal?

Assalamualaikum...

Masuk sahaja warung kopi iLi.com, MakNgah AsniZa punya Mesej :

" salam...
my opismate ckp TGNA meninggal dunia kerana kemalangan!
atau dia just joking..tapi..takkanlah..isk!
anybody tolong sahihkan! is't true? ya Allah.. "

Ish makngah ni....

Tu Nik Aziz la. Cuba baca disini, Sumber dari Berita Harian

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya

Tengah lepak-lepak pula, masuk satu SMS berita dari Abang Bob (rebutia),

" Al-Fatihah untuk ustaz ismail kamus yang baru menemui Allah sebentar tadi...satu kehilangan besar buat agama dan negara......................"

Ya Allah, takkan Allah jemput sorang lagi kot?

Cuba baca berita ini dari laman Utusan Malaysia...

Ustaz Ismail Kamus sihat wal afiat

Semua itu kabar angin semata-mata.

Salah satu tanda kiamat sudah hampir apabila para ulama dihapuskan (dimatikan) dalam masyarakat.

Dan salah satu tanda Allah melemparkan laknatNya keatas sesuatu kaum itu, apabila para ilmuannya di matikan, dan para pengkhianat dibiarkan hidup lama.

P/S - Jangan percaya berita palsu~~

Wallahualam.

Madrasah Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Hari ini sudah menjejakkan kaki ke 2 Ramadhan 1430. That mean, genaplah juga umur aman 25 tahun 1 bulan dan 1 hari mengikut kalender hijriah.

That mean, aman sudah terpilih oleh Allah swt agar mengikuti Madrasah Ramadhan NYA sudah 25 kali. Semoga Madrasah Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari Ramadhan-Ramadhan yang lepas. Amin.

Namun, sejak kebelakangan ini (apabila aman sudah mula merantau), aman bagaikan betapa rindunya pada Ramadhan-Ramadhan yang lepas. Ketika aman masih di kampung tercinta.


"Ramadhan Kampung"


Kali terakhir aman dapat mengikuti madrasah ramadhan penuh di kampung adalah pada tahun 1997. Ketika itu aman berusia 12 tahun, sebelum kaki ini kenal akan 'pengembaraan 1000 makna'

engku ibrahim Jika di kampung, kedatangan ramadhan itu sendiri diraikan dengan penuh kegembiraan. Jika dahulu, muncul sahaja muka penyimpan mohor besar diraja untuk pengumuman puasa, kami (kanak-kanak kampung) bagaikan sedang berpesta. Apabila selesai akan pengumuman itu, anak-anak kecil (seusia aman) ketika itu akan keluar beramai-ramai sambil melaungkan "yea..yea..esok/lusa posa!" Kami bagaikan sedang berpesta.

Betapa meriahnya ketika itu. Apabila anak-anak kecil sambil melaungkan kata-kata itu di jalan dan dalam beramai-ramai berjalan kaki ke Masjid Bukit Tangga untuk menunaikan Solat Tarawih. Betapa meriahnya ketika itu. Sukar digambarkan dengan kata-kata.

Dalam perjalanan ke masjid berkenaan, permainan wajib meraikan Ramadhan seperti sedia kala tetap ada. Apa lagi kalau bukan MERCUN. Sudah menjadi tradisi main mercun bagi aman. Even sehingga usia ini pun, permainan mercun bagaikan wajib untuk bulan Ramadhan. Bagaimana kanak-kanak dari blok-blok (kampung aman dibahagikan mengikut blok², blok aman blok 1E/F) sedang 'berperang' antara satu sama lain. Ketika ini, berbagai jenis mercun berbunyi.

Jika dahulu, blok 1E/F memang telah tradisi, musuh ketatnya blok 2A7. Boleh lihat bagaimana 'acara tukar-tukar mercun' berlaku. Bagaimana dari pihak kami membaling atau melastik mercun ke arah musuh-musuh kami. Bagaimana mercun roket mengejar musuh-musuh kami. Bagaimana acara kejar mengejar membaling mercun berlaku. (amaran, acara ini sangat berbahaya sebenarnya, don't do it at home~~huhu)

Apabila masuk waktu Isyak, permainan itu berhenti seketika. Semua berada di masjid. Solat berjemaah beramai-ramai, (walhal main tolak-tolak ketika solat). Time solat tarawih, waktu yang amat meriah ketika itu. Apabila bilal melaungkan : 8-23-2009 11-07-29 AM , Ketika ini..Sahutan kami 8-23-2009 11-07-44 AM dengan sepenuh hati. Bagaikan sepenuh hati menjeritkan ayat berkenaan. Rasakan jeritan itu bagaikan dengan sepenuh hati dan suara. Lagi kuat lagi seronok pula ketika itu. Tidak kira orang tua ataupun muda, semuanya melaungkan dengan kuat sekali. Jika mercun bunyi ketika itu, nescaya, insyAllah, bunyi suara lagi kuat dari mercun. Secara tidak langsung, suasana Ramadhan itu menjadi meriah.

Apabila selesai solat tarawih, acara berebut-rebut mengambil moreh. Masa ini, kalau siapa lambat, minta maaf sahaja untuk memperolehi moreh berkenaan. Lain hari sajalah!

Masa berjalan balik tu, acara main mercun bersambung. Selalunya bukan berjalan terus ke rumah, sebaliknya ke 'markas-markas' group masing-masing. Acara meriam Koq-yu!Oh ya, my kampung tak layan meriam buluh or meriam tanah, sebab bunyi kurang ngam berbanding meriam koq-yu. Dulu kalau buat meriam dengan sepenuh jiwa.

Meriam koq-yu ini, penggunaan koqyu yang sepanjang 1 depa paling kurang, lagi panjang lagi best! (Susah la hendak menerangkan apa itu koq-yu pada orang yang tak tahu. Kalau tak tahu, buat-buat tahu sajalah ya!) Cari koq-yu sebesar sepemeluk paling kurang. Selepas itu, tanam koq-yu sedalam yang boleh, selalunya kami buat di lereng-lereng bukit atau di batas-batas sungai agar muncung meriah menghala ke arah tiada orang. safety first okey~~ Selepas itu, bukan setakat meriam itu ditimbus dengan tanah, malah ada yang menggunakan simen agar lebih kuat dan kejap meriam berkenaan. Dah nama parent penoreh getah, bekalan karbait itu bagaikan terlalu mudah untuk memperolehinya! 'Minta' sahaja sedikit dari parent! (paham-paham sajalah)

Selesai sahaja solat tarawih, kami main meriam sampai pukul 11 la juga. Bunyi bagaikan berperang dengan blok sebelah. Betapa meriahnya sambutan ramadhan di kampung.


Ramadhan Sekarang


Sedih sahaja berpuasa disini, baru 2 hari bertarawih di surau sini, tapi orangnya bagaikan zombi sudah. ketika bilal melaungkan 8-23-2009 11-07-29 AM sahutan makmum 8-23-2009 11-07-44 AM bagaikan lebih rendah dari sahutan bilal, Bagaikan tiada semangat untuk melaungkan sebutan itu. Tidak meriah rasanya. Bagaikan tiada semangat! Aman lihat, puasa ini bukan pemberi semangat untuk mereka! Sedih, puasa mengurangkan produktiviti ummat?

Yang ini, aman tak nak kata apa la, memang salah aman. Balik sahaja tarawih, aktiviti biasa, main mercun. Semalam, bila cucuh mercun pertama, lepas bunyi yang menggegarkan suasana seketika, diam sahaja..tiada sahutan mercun dari mana-mana arah. Aman cucuh buat kali kedua, still sama juga. Tiada sahutan balas. Aman stil lagi bersemangat, cucuh kali ketiga,namun keputusan masih sama. Last-last terus simpan mercun dan tengok tv. Bosannya main mercun sorang-sorang jika tiada orang untuk berlawan.


Aman Rindu Kampung


Entah la, aman terlalu rindukan kemeriahan ramadhan di kampung. Terasa akan kehadiran bulan Ramadhan itu sendiri. Dengan bunyi bising mercun-mercun berselang seli dan sayup-sayup bunyinya. Dengan laungan makmum yang boleh di dengari segenap kampung. Terasa bagaikan penuh meriah Ramadhan berkenaan.

2 hari sebelum masuk ramadhan, my brother, Mohd Fahmy call "Wei Cik Man, tak balik ka? Ni ada stok baru ni. Mercun baru ni!" lagi-lagi laa rasa nak balik kampung~~huhu..


Waaa....Mak, aman nak balik berpuasa di rumah...

Aman rindu masakan mak...

Aman rindu nak main meriam koq-yu...

Aman nak balik main mercun puas-puas...

Aman rindu nak jerit 8-23-2009 11-07-44 AM sekuat hati...

Aman rindu nak bonceng motor pi masjid dengan abah...

Aman rindu ketika menyediakan juadah berpuasa dengan mak...

Aman rindu nak 'berperang' dengan kawan-kawan

Aman rindu nak lastik mercun ke blok sebelah...

Aman rindu nak makan sahur sedap-sedap...


Adakah ini Ramadhan terakhir aku sebagai bujang? (mengikut perjanjian dengan mak)

Adakah ini Ramadhan terakhir aku? (wallahualam)


Apa-apa hal, itu semua urusan Allah, kita hanya mampu agar Ramadhan kali ini penuh bermakna. Penuh hidayah daripadaNya!


Pesanan buat kawan aman, Khairulisam~~ hehe

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.


إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Kalau tengah mencari zaujah tu, banyak-banyakanlah berdoa di Bulan Ramadhan ni.


Ya Allah, aku mau B1N1, hindari aku dari H1N1


~hanya untuk lisam~


Wallahualam..


p/s - nak pesan mercun ka? contact aman laa~~huhu

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

Selamat Berpuasa?

Artikel kali ini hanyalah sekadar peringatan mengenai puasa untuk kita bersedia menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Mana tahu mungkin diantara kita selalu sibuk dan terlalai dengan amalan fardhu yang tibanya hanya setahun sekali. Maka kita imbas dan tenung adakah puasa kita memenuhi kefadhuannya. Walaupun risalah ini simple seperti buku fardhu ain tahun 2, namun ia mungkin berguna buat kita mengingati kembali cara berpuasa yang betul dan perkara-perkara yang membatalkan. Jangan lah selalu kita mengambil mudah perkara yang kita anggap mudah menyebabkan hasilnya kurang sempurna.


Contoh mudah kenapa soalan
matematik yang setakat operasi tambahtolak sering terdapat kesalahan? Adakah kita tidak tahu menambah dan menolak? Bukan sebenarnya kan? Kesalahan terjadi kerana kelalaian dan kecuaian kerana kita anggap matematik operasi tambah dan tolak ini mudah hingga kita ambil enteng sahaja.

Begitu juga puasa, menurut amalan kita, puasa itu hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum dan kita sudah mula diajar berpuasa sejak dari umur 6 tahun. Dan adakah kita masih ingat apa yang diajar ketika usia 6 tahun itu? Maka marilah kita sama-sama membaca tazkirah ini untuk memperbaiki lagi ibadah puasa kita.

Ini adalah sebuah risalah puasa yang menerangkan hukum-hakamnya, kategori manusia padanya dan perkara-perkara yang membatalkannya serta faedah-faedah lain secara ringkas.


1. Takrif puasa ialah: Ibadah kerana Allah SWT dengan meninggalkan perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.


2. Puasa di bulan Ramadan ialah satu rukun Islam yang agung berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW:


“Islam itu terbina di atas lima perkara; bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad itu utusan Allah SWT, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadan ”. [Hadis riwayat Bukhari]

KATEGORI MANUSIA DI DALAM PUASA

1. Puasa wajib bagi setiap Muslim yang baligh, berakal, mampu untuk melaksanakannya serta bermukim (tidak bermusafir).


2. Orang bukan Islam tidak wajib berpuasa dan tidak wajib menqadak sekiranya mereka memeluk Islam.


3. Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib berpuasa, akan tetapi digalakkan supaya mereka terbiasa dengannya.


4. Orang gila tidak wajib puasa dan tiada kafarah (memberi makan kepada seorang miskin setiap hari yang ditinggalkan) bagi mereka walaupun ia dewasa. Begitu juga hukum orang kurang akal yang tidak mumaiyiz dan yang seumpamanya.


5. Orang yang tidak mampu untuk berpuasa kerana faktor-faktor yang berterusan seperti terlalu tua dan sakit yang tiada harapan untuk sembuh. Mereka dibenarkan berbuka dan perlu membayar kafarah.


6. Orang berpenyakit kritikal yang mempunyai harapan untuk sembuh dibenarkan berbuka sekiranya puasa membebankan mereka dan wajib qadak selepas sembuh.


7. Orang yang hamil atau menyusukan anak. Sekiranya membebankan mereka disebabkan hamil atau menyusu atau takut memudaratkan anak mereka, dibenarkan berbuka dan wajib mereka menqadaknya apabila hilang beban serta takut kemudaratan tersebut.


8. Orang yang datang haid atau nifas haram mengerjakan puasa ketika haid dan nifas, akan tetapi wajib qadak setiap bilangan hari yang ditinggalkannya.


9. Orang yang terpaksa berbuka kerana untuk menyelamatkannya daripada lemas atau terbakar. Dibenarkan berbuka untuk tujuan tersebut kemudian wajib mereka menqadak puasa tersebut.


10. Orang yang bermusafir sekiranya mereka ingin puasa, mereka berpuasa dan sekiranya ingin berbuka, mereka berbuka tetapi wajib menqadaknya. Sama ada perjalanan itu jarang-jarang seperti umrah atau perjalanan yang berterusan seperti pemandu kereta sewa (teksi atau bas) maka dibenarkan untuk mereka berbuka sekiranya mereka ingin berbuka selagi mana mereka berada di luar daerah mereka.

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA

· Tidak membatalkan puasa sekiranya seseorang itu mengambil perkara-perkara yang membatalkan puasa dalam keadaan lupa atau jahil atau dipaksa berdasarkan firman Allah SWT (yang bermaksud):

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengambil kira jika kami terlupa atau tersalah [Surah al-Baqarah: 286]

“Kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman;” [Surah al-Nahl: 106]

“Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (dikira berdosa itu) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya ”. [Surah al-Ahzab: 5]

· Maka sekiranya seseorang yang berpuasa itu makan atau minum dalam keadaan lupa, puasanya tidak dikira batal kerana dia terlupa.


· Walaupun dia makan atau minum kerana menyangka bahawa matahari telah terbenam atau fajar belum terbit, maka puasanya tidak dikira batal kerana dia jahil (tidak mengetahui).


· Walaupun dia berkumur-kumur lalu termasuk air tersebut ke dalam halkum dengan tidak disengajakan. Ianya tidak membatalkan puasa kerana dia tidak sengaja melakukannya.


· Walaupun dia ‘bermimpi basah’ (mimpi berjimak yang menyebabkan keluar air mani) ketika ia tidur. Tidak membatalkan puasa kerana tiada ikhtiar baginya.

8 PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA:

1. Berjimak: Sekiranya dilakukan di siang hari puasa, maka wajib qadak serta kafarah yang berat iaitu; membebaskan seorang hamba, sekiranya tidak didapati hamba untuk dibebaskan maka puasa 2 bulan berturut-turut, sekiranya tidak mampu maka memberi makan 60 orang miskin.


2. Mengeluarkan air mani secara sedar: Dengan istimna’ (mengeluarkan mani dengan tangan atau seumpamanya) atau mukadimah kepada jimak atau ciuman atau pelukan atau seumpamanya.


3. Makan dan minum: Sama ada bermanfaat atau pun memudaratkan seperti rokok.


4. Suntikan air berzat: Yang memadai seseorang mengambilnya daripada makanan, kerana ianya dikira sebagai makanan dan minuman. Ada pun suntikan selain daripada air berzat tidak membatalkan puasa, sama ada disuntik pada otot-otot atau pun pada urat saraf, sama ada ianya terasa di halkum atau pun tidak.


5. Suntikan darah: Seperti berlaku terhadap orang yang berpuasa kehilangan darah disebabkan kemalangan atau seumpamanya lalu disuntik dengan darah untuk menggantikan darah yang hilang.


6. Keluar darah haid atau nifas.


7. Mengeluarkan darah dengan berbekam dan seumpamanya. Ada pun keluar darah dengan sendiri seperti pendarahan hidung atau keluar darah disebabkan mencabut gigi atau seumpamanya tidak membatalkan puasa kerana tidak dikira sebagai bekam.


8. Muntah dengan sengaja. Sekiranya muntah dengan tidak sengaja, tidak membatalkan puasa.

FAEDAH-FAEDAH LAIN

1. Harus bagi orang yang puasa niat dalam keadaan berjunub kemudian ia mandi selepas terbit fajar.


2. Harus bagi orang yang puasa mencabut gigi, mengubati luka, menitiskan ubat titisan ke dalam mata atau telinga. Ianya tidak membatalkan puasa walaupun dirasakan titisan tersebut pada halkum.


3. Harus bagi orang yang puasa bersugi pada awal dan akhir siang hari Ramadan. Ianya adalah sunnah baginya sebagaimana sunnah bagi orang yang tidak puasa.


4. Harus bagi orang yang puasa melakukan perkara yang mengurangkan rasa kepanasan dan kehausan seperti menyejukkan badan dengan air atau penghawa dingin.


5. Harus bagi orang yang puasa diberi bantuan pernafasan (sama ada dengan bekalan oksigen atau sebagainya) pada mulut untuk melegakan nafas yang tersesak disebabkan tekanan atau selainnya.


6. Harus bagi orang yang puasa membasahi bibir dengan air apabila kekeringan atau berkumur-kumur apabila mulut kekeringan tanpa memasukkan air ke dalam kerongkong.


7. Disunatkan orang yang puasa agar melewatkan sahur sebelum hampir waktu fajar. Mempercepatkan berbuka apabila terbenam matahari. Berbuka dengan ruthab (kurma segar), sekiranya tiada maka dengan tamar (kurma kering), sekiranya tiada maka berbukalah dengan air, sekiranya tiada maka dengan makanan yang halal sekiranya tiada makanan untuk di makan, maka hendaklah niat berbuka sehinggalah diperoleh makanan.


8. Disunatkan kepada orang yang puasa supaya memperbanyakkan segala ketaatan dan menghindarkan segala yang dilarang.


9. Wajib menunaikan puasa di bulan Ramadan bagi perempuan apabila suci daripada haid atau nifas sebelum terbit fajar, walaupun tidak mandi wajib melainkan selepas terbit fajar.


10. Wajib kepada orang yang puasa memelihara segala kewajipan serta menjauhkan diri daripada segala perkara yang haram. Maka hendaklah solat fardu pada waktunya serta dilakukan secara berjemaah, sekiranya dia dari kalangan orang yang sentiasa berjemaah. Hendaklah meninggalkan percakapan dusta, mengumpat, menipu, perniagaan secara riba dan segala perkataan atau perbuatan yang haram. Nabi SAW bersabda (mafhumnya):

“Barang siapa tidak meninggalkan percakapan bohong dan batil serta beramal dengannya maka tiadalah Allah SWT berhajat untuk dia meninggalkan makan dan minumnya ”. [Hadis riwayat Imam Bukhari]

Wallahualam.

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

Penawar di Kala Kepenatan

Penawar di kala kepenatan


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.


Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :


"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."


Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puteri serta menantunya itu. Baginda s.a.w. berkata:


"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."


Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak kesayangannya dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.


Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.


Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."


Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan ' Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.


Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

p/s : Sekadar untuk perkongsian. Sharing is caring. Aman menerima nasihat ini ketika sedang mengikuti usaha dakwah bersama-sama golongan tabligh bulan lepas. Alhamdulillah, semoga ianya istiqamah melakukannya.

Musibah, Ujian Dari Allah!

بسم الله الرحمن الرحيم

Maha suci Allah. Tuhan sekalian alam.


Minggu ini, bagaikan sesuatu yang semacam sahaja. Begitu banyak berita yang kurang baik di dengari. Setiap hari, bagaikan ada sahaja berita kurang enak yang aman terima.


Berikut adalah berita-berita yang aman terima sepanjang minggu ini.


Ahad ( 9 Ogos 2009 )

Ketika sedang berprogram bersama dengan krew-krew iLuvislam.com di Wangsa Maju( Dialog Krew ), handphone diletakkan dalam keadaan silent mode, tiba-tiba sahaja ia bergetar. Menandakan ada panggilan masuk diterima. "Siapa la pulak yang telefon ni" Bisik hati aman. Apabila lihat di screen telefon 'My Luvly MuM'. Yang ni WAJIB angkat.


Mak mengkhabarkan berita yang kurang enak didengar. Rumah Mak Yam, jiran aman di kampung terbakar. Habis bahagian ruang tamu terbakar. Mak Yam ini agak rapat dengan aman, sebab, sewaktu kecil, aman kurang berminat ikut mak dan abah kalau ke mana-mana, jika malam, aman akan bermalam di rumah Mak Yam ni la. Bagaikan rumah aman ke-2 di kampung sana. Mak cakap, Mak Yam terkejut, sampai pengsan. Kena masuk hospital kejap, lepas masuk air sebotol dah boleh pulang ke rumah.


Isnin ( 10 Ogos 2009 )

Selepas pulang dari surau Ar-Razi, terasa sangat hati ini hendak berbual-bual dengan mak (padahal baru semalam cakap dengan mak), telefon mak banyak kali, namun masih tidak berjawab. "Mungkin mak dah tidur kot", hati aman menenangkan aman. Baru 5 minit melabuhkan punggung atas sofa, mak telefon kembali.


"Awat cik tepon tadi mak tak angkat?" " Mak pi rumah Mak Lang, ada tahlil. Mak lupa nak habaq, siang tadi Pak Lang Hassan dah tak dak dah" Innalillah... Pak Lang Hassan ni jiran aman sebelah rumah. Beliau sudah sakit agak lama. Baru saat ini di panggil Ilahi.


Selasa ( 11 Ogos 2009 )

Hari ini, aman ada short course. 1 day course, Boeing 737 Differences 300/500 Course. Sampai sahaja di kelas, my Batchmate, Mohd Normustakim cakap, masa on the way datang kelas, ada kemalangan di simpang masuk ke Puteri Subang. Motor berlanggar dengan kereta kelisa. Keadaan penunggang motor itu agak parah.


Selesai sahaja kelas hari ini, aman pulang ke rumah. Apabila masuk sahaja waktu Maghrib, aman ke surau. Dihadapan surau, tersusun lebih kurang 20 van DHL tersusun rapi. Dalam hati, ada apa pula dah ni? Apabila lihat sahaja ke dalam surau, Innalillah, ada satu jenazah yang bakal disembahyangkan. Solat Maghrib malam ini, bagaikan solat Jumaat jumlahnya. Selesai solat Maghrib, ada bacaan yaasin. Rupa-rupanya, orang yang kemalangan pagi tadi tu, adalah isteri kepada Abg Wan. Jemaah surau Ar Razi. Isterinya juga merangkap Ketua Muslimat PAS Seksyen U5. Ramailah pemimpin-pemimpin yang datang malam itu. Selesai solat Isyak, majlis pengkebumian di Tanah Perkuburan Kg Melayu Subang, belakang Petronas Kg Melayu Subang.


Rabu ( 12 Ogos 2009 )

Ustaz Zahir (penasihat iLuvislam.com) terlibat dalam satu kemalangan. Dari berita yang aman terima, kemalangan pada waktu malam. Keadaan ustaz tidaklah merisaukan. Tetapi zaujahnya yang agak parah. Sekarang berada di Hospital Kajang dan bakal dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Semoga ustaz dan isteri cepat sembuh.

DSC_0099

Gambar ustaz dan zaujahnya ketika forum 'monyetnya cinta kita' Sabtu lepas


Khamis ( 13 Ogos 2009 )

Teet...teet.. Bunyi SMS masuk ke dalam handphone aman, apabila aman buka, SMS dari Abg Bob. Mesej Abg Bob pada pukul 11.52am sebegini " Us. Asri Ibrahim RABBANI telah meninggal dunia d Hospital pantai....Al-fatihah ". Innalillah. Satu lagi kematian. Berita lanjut tentang kematian beliau di sini. Baru 1 Ogos 2009 yang lepas aman dapat melihat beliau beraksi untuk Konsert Antara Dunia 2009.

asri rabbani

'Pergi Takkan Kembali'


Hadirnya Musibah


Dalam segala keadaan apa sekalipun, apa yang lebih penting pada saat kita dilanda pelbagai macam musibah, kesabaran yang tinggi amat dituntut oleh agama. Dan setiap kesabaran itu juga merupakan pintu hidayah bagi hati. Tidak dapat tidak kita perlu memiliki kesabaran itu kerana setiap musibah yang terjadi tidak lepas daripada ketentuan Allah s.w.t. Kita tentu tidak mahu sehingga tiba pada suatu peringkat, akibat ketidaksabaran itu akan mencacatkan keimanan seseorang (kita) terhadap rububiyah Allah.


Salah satu daripada sedemikian banyak faktor yang menyebabkan kegagalan seseorang dalam menjaga dan menpertahankan sikap sabar adalah rasa pesimis dan kekurangan keyakinan terhadap balasan dan janji Allah s.w.t. Abu Talib Al-Makki dalam kitabnya Qutul Qulubmenjelaskan bahawa orang yang paling baik atau terpuji kesabarannya ketika ditimpa musibah adalah mereka yang paling tebal keyakinannya, dan kebanyakan manusia yang gemar atau suka mengeluh dan bersikap berdendam dalam menerima musibah adalah mereka yang tipis keyakinannya. Bagi Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah pula, bencana-bencana yang menimpa manusia merupakan kenikmatan. Terhapusnya dosa dan kesalahan dengan adanya musibah-musibah, juga termasuk dalam kenikmatan yang besar.

Bencana atau musibah yang melanda pada hakikatnya memiliki peranan yang besar dalam mendidik jiwa kita. Ini kerana sudah semestinya jiwa itu perlu dididik meskipun menerusi penerima bencana. Hal demikian itu semata-mata untuk menguatkan hati, keteguhan sikap, terlatih, dan sentiasa waspada terhadap persekitaran.


Pada saat itu seseorang manusia harus segera menyedari bahawa apa yang paling penting ialahiltija, iaitu mencari perlindungan diri kepada Allah s.w.t semata-mata, ketika di mana seluruh tempat bergantung tidak berupaya membantunya untuk menghadapi bencana tersebut. Tidak ada tempat berlindung kecuali berada di bawah naungan-Nya. Tidak ada pertolongan kecuali daripada-Nya. Sehubungan itu, Allah s.w.t berfirman:

at-taghaabun

”Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (At-Taghabun: 11)


Alqamah, seorang tokoh daripada kalangan tabiin pernah berkata: ”Ia adalah seseorang yang dilanda musibah. Kemudian ia meyakini bahawa musibah itu berasal daripada Allah, sehingga tetap reda dan berserah diri.”


Demikan juga dengan Nabi Yunus, iaitu ketika ia dimasukkan ke dalam mulut ikan yang besar, maka ia memanggil Rabbnya, memohon pertolongan daripada-Nya, sekali gus mengakui kesalahan dirinya.

al-anbiya'

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa kami tidak akan mempersempitkannya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ”Bahawa tidak ada Allah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.” (Al-Anbiya: 87)


Mengabaikan tanda-tanda kehadiran Allah menjadikan hati gersang dan kacau, dan ‘mengundang’ jauhnya rahmat Allah dan datangnya bencana. Semoga kita semua terpelihara daripada bencana serta dapat menghayati ayat-ayat Allah, baik yang terhampar mahupun yang tertulis.

Fusilat

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa ia adalah hak/benar.” (Al-Fussilat: 53)


Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t ialah menjadikan kita atau keluarga sebagai tempat sasaran ujian-Nya. Musibah, memang akan selalu mengekorii umat manusia di dunia ini kerana dunia adalah tempat ujian dan cubaan. Hal demikian ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akan Kami ujikan kamu dengan sedikit daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan.”

al-baqarah

(Al-Baqarah : 155)


Ini semua bertujuan memperbaiki ketakwaan dan kesabaran hamba-Nya dan akan memilih siapa yang berjaya menerima ujian tersebut dengan penuh kesabaran. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Mereka yang banyak menerima ujian itu ialah para nabi, siddiqin, dan salihin, kemudian mereka yang mengiringi…”


Segala ujian itu seharusnya ditempuh dengan penuh kesabaran kerana ini akan mendekatkan lagi dirinya kepada Allah s.w.t. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Bukan bererti orang yang sabar itu akan bergembira apabila ditimpa kesusahan dan ujian tetapi mereka tetap sedih dan dukacita. Namun, mereka tidak akan bertindak di luar batasan agama. Nabi Muhammad s.a.w, contohnya, pada hari kematian anak kesayangan baginda, Ibrahim, tetap bersedih, dan air mata tetap berlinangan, tetapi tidak melakukan sesuatu di luar batas agama melainkan apa yang diredai oleh Tuhannya sahaja. Maka, orang yang memiliki tahap kesabaran yang tinggi telah benar-benar memurnikan tauhid dan mengikhlaskan doa hanya untuk Allah.


Demikianlah contoh keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dalam menghadapi ujian daripada Allah s.w.t. Justeru itu digalakkan mereka yang ditimpa musibah itu berkata sebagaimana yang dituntut oleh agama, yang bermaksud: “Kami hanya bagi (milik) Allah dan kami tetap kembali menghadap-Nya.”

156

(Al-Baqarah:156)


Di dalam al-Quran dinyatakan untuk mereka yang berjaya menghadapi ujian itu akan mendapat penghargaan daripada Allah, juga rahmat-Nya dan mereka itu memperoleh petunjuk. Hati mereka sekali-kali tidak akan terlintas atau terbawa-bawa dengan perasaan yang terselit persoalan kenapa Allah memilih diri atau keluarga mereka sebagai tempat ujian-Nya.


Kesabaran yang tinggi amat dituntut di dalam Islam kerana dengan memiliki jiwa yang sedemikianlah umat Islam akan menjadi suatu umat yang teguh peribadi dan kukuh jati diri, tidak gentar akan segala dugaan atau bencana yang menimpa. Yakinlah bahawa ada hikmah di sebalik bencana yang menimpa. Rahmat Allah sentiasa terbentang selagi kita yakin dengan jalan menuju ke arah keredaan-Nya.

Wallahualam..

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

Sepetang Bersama iLuvislam.com

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selesai sudah satu lagi program anjuran team event iLuvislam.com yang bertempat di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju. Satu program untuk semua krew-krew iLi.com tidak kiralah dari team moderator, dari team artikel, dari team business, dari wakil ipt, dari team designer, dari team kaunselor bahkan dari dr love pun dijemput menghadiri DK1 ini. Hanya mereka yang tidak datang itulah satu kerugian buat kamu semua. huhu...

Kepada kamu-kamu yang tidak dapat hadirkan diri untuk majlis DK1 ini, pasti terasa jelousnya dengan komen-komen serta post-post mereka yang hadir. Tidak kiralah dalam belog-belog mahupun dalam warung kopi. Semua masih panas membicarakan DK1 dan FORUM : Monyetnya cinta kita.

DSC_0204 mereka-mereka yang menghadirkan diri untuk DK1

My Journey

Seperti biasa, bangun seawal pagi untuk menunaikan hak Allah keatas hambaNya ini. Selesai menunaikan solat subuh, masih berasa berat hati untuk pergi majlis berkenaan. Sambil guling-guling atas katil kesayangan aman itu, otak ligat bertanya, mahu PERGI atau TIDAK? Aman hendak kisah apa, bukan aman register pun. huhu. Tapi si Syawal sudah sound awal-awal semalam ketika majlis forum wacana ilmu, "kalau aman tak datang, siap!" Bajet garang! Aman tak takut laa...huhu

Sudah puas berguling-guling atas katil yang empuk, aman bangun menuju kotak serba tahu (komputer). Jari-jari menari-nari atas papan kekunci. Mata liar memehati sekeliling monitor, sedang otak ligat berfikir. Hampir pukul 0700 barulah aman memberi kata putus pada diri aman. "AMAN, PERGILAH!"

Apa lagi, persiapan bermula. Selesai sudah semuanya, turun merapati motor lajuku sayang. Yamaha 125Z, nak merempit pun no hal. Memang niat dari awal lagi, baik naik public transport sahaja, takut balik karang, jadi macam lisam, sambil bawa motor pun boleh tidur. Haha. Bukan setakat lisam sahaja, aman pun pernah juga drive sambil tertido. standard arr tu~~

Parking motor di stesen Putra LRT Kelana Jaya, Menaiki train terus ke Wangsa Maju. Sampai di stesen Wangsa Maju pukul 0806. Aman ingatkan program start pukul 0800, telefon lisam. Niat dalam hati, kalau lambat dah ni, memang aku naik balik train ni pi lepak KLCC ka. huhu. Nasib baik tuan president (akhi Imran) cakap belum mula. Patut la, perancanganprogram sepatutnya pukul 0830.

Aman jalan kaki ke Masjid Usamah bin Zaid berpandukan arahan dari forum cakap, cari masjid atas bukit berkubah warna maroon. Turun sahaja dari train, aman mencari-cari kubah berwarna maroon. Sampai di masjid, aman mencari-cari, bahagian mana krew-krew berkumpul. Telefon lisam lagi ( apa-apa hal, cari rakan sekutu laa), dia kata kat bawah, (padahal masa tu aman kat bawah dah) tapi tu bahagian UG. Memang laa tak sama.

Naik atas, berkenalan la dengan ahli-ahli jemaah yang lainnya. Aman kan peramah, habis semua orang nak ditegurnya. Tapi, mesti laa lepak dengan sekutu kuat (lisam ngan syawal). Hahaha. Tunggu punya tunggu, program start pukul 0900. Sebab apa? Brother Wann and pembantunya aina belum kunjung tiba. Tak sampai-sampai lagi. (amboi, dalam email bukan main lagi buat statement, "be puntual, plan your journey!" Alih-alih dia yang lambat. Sapa makan cili, dia terasa pedasnya. (Dah tau dah sapa makan, sure la orang yang kuat makan!)

Program berjalan sampailah pukul 1400. Tapi aman lepak-lepak kejap dalam masjid tu sambil borak-borak dengan krew-krew yang lain. Program berjalan dengan lancarnya. Terlalu gembira, dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata. (yang tidak hadir, sori tak dapat nak describe camner bestnya) Jangan Jeles ok!

Selepas itu, aman, Sayuti dan Anuar bergerak ke stesen Putra LRT. Anuar turun di Pasar Seni untukmeneruskan perjalanannya menaiki bas ke Kajang dan Sayuti turun di KL Sentral untuk bertukar ke KOMUTER. Aman mana lagi?Putra LRT yang paling hujung sekali, Kelana Jaya. Alhamdulillah, sampai di rumah dalam pukul 1655.

Pengisian Majlis

9.10 pg : Ucapan MC (Bro Lisam)

- Dengan lagak machonya, sekutu aman ini memulakan majlisnya.


9.12 pg : Bacaan Doa (Bro Syawal)

- amiinn...


9.15 pg : Ucapan Tuan Rumah (Dr.Cinta)

- Ni ucapan pembukaan sahaja, bukan nasihat cinta buat asma! (tak tau, syawal cakap)


9.30 pg : LDK Taaruf -Al Ankabut

- Slot LDK Taaruf antara krew-krew yang lain dijalankan dengan permainan 'sarang labah-labah' atau dikenali sebagai al-ankabut. Mengenali krew-krew lain. Tak kenal, maka tak cinta kata orang!


10.00pg: Refleksi LDK [Bro Sayuti (wakil lelaki) , Sis Hafizah (wakil wanita 1) ,Sis Surinah (wakil wanita 2)]


10.10pg: Salam Ukhuwah


10.20pg: Sharing with MR Presiden (Sejarah n Misi iLi)

- Slot Sejarah dan Misi iLuvislam.com. Slot ini telah disampaikan oleh tuan president kita, Akhi Imran. Slot yang agak panjang, tetapi berbaloi


10.50pg: Hala Tuju iLi

- Aktiviti seterusnya Hala Tuju iLuvislam. Dimana ada sesi soal jawab dan macam-macam.


11.45pg: LDK Team Building - Kontraktor Berjaya

- Sebelum berakhir, ada aktiviti LDK lagi satu, Team Building. Disini para peserta dikehendaki membina satu menara yang tinggi, kukuh dan cantik. Well, kumpulan aman la yang paling cantik! Huhu. Betul tak makngah asNiza? Tapi kumpulan akak kecoh!!


1.00 ptg: Penyampaian Hadiah


1.10 ptg : Makan!!!!

Setelah selesai semuanya, aktiviti yang sangat-sangat ditunggu-tunggu oleh lisam, syawal, akak masyitah dan aina. Napa? Sebab makan~~ tul dak?wahaha...

Selesai solat Zohor, ada meeting untuk moderator pulak. Selesai sahaja meeting moderator, meeting dengan team event la pulak. Tapi aman tak kisah, sebab aman tak terlibat! Boleh duduk makan aja~ Ahaks~

Perkara Menarik Sepanjang DK1

Situasi pertama

Ketika sedang menikmati juadah 'potluck' kita itu, masa itu aman duduk sebelah tuan akhi Imran dan Syawal duduk di sebelah Imran. Masa itu, aman tegur Masyitah. Aman cakap, "akak Masyitah, makan laa banyak lagi. Tak cukup tu". Lepas itu, akhi Imran pandang aman, " Napa panggil Masyitah akak?"

Err..Seperti biasa, aman pandang Im sambil senyum sahaja. Tiba-tiba sahaja, ada laa suara-suara sumbang dari sebelah Im berkata-kata "aman perasan muda la tu"

Zzziinnngg..Berdesing aman ngan budak Syawal sekor ni.

Situasi kedua

Pada situasi ini, aman ngan syawal tengah sakat pakcik lisam. Ketika ini pakcik lisam sedang makan 'dadih istimewanya'. Aman panggil laa iLa. "kak iLa, bagi lisam satu saja ka dadih istimewa?" Lepas itu, ada laa sikit-sikit syawal tambah bagi cukup rasa. Tiba-tiba abang kaunselor kita tanya aman, "iLa tu umur brapa yang amanpanggil dia akak?"

DSC_0237

(pada situasi ini)

EErrr...Cit, senyum lagi laa aman..Tapi, suara-suara sumbang di belakang itu tetap ada! Bagaikan suara riang-riang di tengah hari. "aman perasan muda"

SYAWAL...kalau ada cili, memang dah cili dah mulut dia tu!

Situasi ketiga

Masa ni, Asma baru masuk. Dia nak makan apa tak ingat, tapi aman tanya la, "hai kak Asma, cukup ker tu?" Asma jawab, "dah tua tapi nak panggil orang akak lagi!"

Suara kodok tu pun muncul dari belakang "aman perasan muda la tu kak!"

Sabar jer la aku ngan syawal! Tak per kau, hari ni hari kau. Esok-esok tak tau lagi.

p/s : Mungkin macam ni dah kot sifat orang lahir 22 April? Aman sendiri ngaku, kadang-kadang cara syawal tu, mengingatkan aman pada 'suatu masa' tersebut!

Situasi empat

Masa hendak pulang sudah, ketika bersalaman dengan Dr Love, sambil-sambil peluk tu, "Selamat Pengantin Baru!" Errk, tu ucapan untuk Ustaz Zahir ke?

Situasi kelima

Soalan favourite sepanjang program "SIAPA?"

Sekian dahulu laporan DK1, semoga kita bertemu lagi dalam DK2. Pada mereka-mereka yang tidak dapat menghadirkan diri untuk DK1, cuba-cubalah untuk hadirkan diri untuk DK2 nanti. Pada Arisha, terima kasih atas bookmark berkenaan, sangat terharu menerimanya. Chumel!

Sekalung Penghargaan

To : Akhi Imran

Terima Kasih kepada akhi Imran atas segala-galanya. Dari mula aman menjadi krew sehinggalah saat ini. Dan sepuluh jari disusun harap maafkan segala silap dan salah sepanjang menjalankan tanggungjawab ini.

To : Syawal

Jangan sengal-sengal sangat. Nanti syawal kena serang dengan 'musuh-musuh' syawal kan susah. Takut mereka tengah menyiapkan bala tentera untuk menyerang syawal balik sahaja.

To : Lisam

Dah jadi MC, tak dapat laa nak buat-buat perangai sama-sama. haha. Later di lain program pulak! haha

To : Akak Masyitah dan Angkatannya

DSC_0217

Terima kasih atas makanan yang banyak itu. Banyak sangat masaknya. Tapi tak kisah, sebab kalau tak habis, nanti sorang-sorang akak boleh habiskan.. Betul tak? Huhu

To : Bro Wann

Tahniah dan terima kasih atas anjuran program yang menarik ini. Semoga team event akan menganjurkan lebih banyak aktiviti-aktiviti manTOP di masa akan datang.

To : Aina

Huh, makhluk kuat makan. Terbukti juga apa yang aman ucapkan. Thanx ya aina atas program yang bermakna ini!

To : Akak iLa

Thanx atas dadih itu. Tapi jeles la, Lisam sorang sahaja yang dapat 'dadih istimewa'. Tak aci la macam tu. huhu. Dalam forum bukan main rancak bersembang, tapi reality, pemalu rupanya~~

To : Sayuti

Apa yang dibualkan, diam-diam sudah. Jangan heboh-heboh

To : Arisha

DSC_0259

Thanx for the bookmark even arisha tak datang, tapi buah tanganmu membahagiakan ramai orang. Aman cilok 2. huhu

To : Anwar

Semoga niatmu untuk menurunkan berat badan berjaya!

To : Akak Asmaa

Sabar ajer laa dengan aman k? Huhu, len kali nak pakat ngan syawal lg kenekan akak!

To : Akak Asniza

Akak kecoh! Team akak tipu pasal bagunan tu. Patut team kami yang menang!!

To : Akak Ahyana

Asik-asik sama jaa dengan akak and lisam. sabo jer laa..huhu

To : Puteri

Tak sempat nak bertegur sapa. Sekejap aja tegur, tu pun time tgh meeting. Puteri macam isteri orang dah tgk~~ huhu

To : Akak Nisa

Sori, aman rembat hamper untuk group kita. Jangan jeles. Kira ok la tu dapat juga yang team no 3. Team loser sebab ada syawal!!

To : Dr Love

Ermm, Ucapan itu terlalu awal untuk aman. Patut kena tunggu makngah atau ustaz dulu. Tak pun, sesuai untuk ustaz Zahir. Hehe

To : Everybody yang datang DK1

Alhamdulillah, kerjasama semua telah menjayakan majlis berkenaan. Seronok bekerjasama dengan kalian dibawah satu payung.

To : Mereka-mereka yang tidak dapat hadir dengan alasan

Rugi la kalian tak dapat join aktiviti yang sungguh menarik ini. Lain kali cuba hadirkan diri ya.

To : Mereka-mereka yang tidak hadir tanpa alasan

Korang memang hampeh! Dalam forum, bukan main lantang, bila ajak face to face, takut ker? (anggap ini cabaran buat kalian)

Semoga bertemu lagi di aktiviti iLuvislam.com yang lainnya.

Wasalam.

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

FORUM : 'Monyetnya Cinta Kita'

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Pada 08-08-2009 bersamaan hari Sabtu yang lepas, telah berlangsung satu majlis Forum wacana ilmu yang bertempat di Inspen, Bangi. Para forumer terdiri dari Ustaz Hasrizal (saifulislam.com), Ustaz Ahmad Zahiruddin (penasihat iLuvislam.com) dan Pak Firdaus Djamaris (ESQ 165). Forum ini telah dimoderatorkan oleh saudara Wann (Team Event iLi.com). Satu pengisian yang amat menarik.

My Diary

Bermula seawal pagi, selepas solat subuh di surau Ar-Razi, aman bersiap untuk memulakan perjalanan ke inspen, Bangi. Aman keluar rumah pada pukul 0730 menuju ke stesen komuter Subang Jaya. Aman parking kenderaan di sana dan menaiki komuter ke sana. Sekali sekala menaiki public transport. Setahu aman, inilah buat kali pertamanya dalam tahun ini, aman menaiki public transport. Hehe. Tukar line komuter di KL Sentral menuju ke Seremban. Sampai sahaja di Stesen Serdang, turun menaiki bas yang disediakan untuk ke Inspen.

Sampai di Inspen, orang pertama aman jumpa Aina. Sebab dia jaga pendaftaran (sebenarnya jumpa orang lain dulu, tapi dah kenal aina sahaja). Selepas itu, ada makhluk sebelah aina menghulurkan tangan sambil berkata "Assalamualaikum, saya Syawal". Ya Allah, ni ka mamat yang slalu aman gaduh-gaduh slalu kat iLuvislam.com. Selepas itu, aman menggantikan Syawal menjaga pendaftaran buat seketika, sebab dia sibuk nak tangkap gambar.

Selepas itu, majlis bermula tetapi aman dan para petugas pendaftaran masih terperangkap di luar. tak dapat masuk lagi sebab menanti mereka yang lambat. Apabila masuk sahaja ke dewan, orang sudah mula majlis agak jauh sudah. Sedehnya. Sabar sahaja. Seperti biasa, geang-geang 'nakal' kat barisan belakang sekali. Aman, Lisam, Syawal dan Rizwan kat belakang sekali. Yang Syawal busy dengan camera wann, yang lisam asik bersungut lapar-lapar sahaja dari mula, yang ridz ikut sahaja. kemudian datang pula Mahmud (MaKR) duduk bersama kami.

Selesai sahaja majlis itu, semua orang berpusu-pusu di luar. Makan laa... Lisam tak cukup 1 diambilnya 2. Selepas itu, aman naik bas balik ke rumah. Dalam perjalanan dengan orang yang maha ramai dalam komuter berkenaan. Aman balik sekali dengan Jalaluddin (wakil IPT). Sampai di rumah dengan selamatnya. Alhamdulillah.

Pengisian Majlis

Disini aman akan buat secara nota ringkas sahaja, jika tidak memahami, sila kemukakan soalan. InsyAllah aman cuba jawab sebaik mungkin seperti apa yang aman paham dalam majlis berkenaan.

Dari Pak Firdaus..............

Cinta itu terbahagi kepada 3 iaitu :

- Cinta Intelektual

- Cinta emotional

-Cinta Spiritual

Manusia juga mencari happiness dan kebahagiaan itu terbahagi kepada 3 juga :

- physical happiness (luaran, that mean kereta, kekayaan dsb)

- emotional happiness (suka pujian, ingin dilihat sebagai berjaya dsb)

- spiritual happiness (berkaitan dalaman kita) - cerita menarik tentang penjaga tol!

Setting mindset!

Dari Ustaz Zahiruddin.............

Persoalan moderator ditujukan kepadanya, ada orang menggunakan alasan cinta itu sebagai motivator untuk belajar,,

Berapa ramai sudah berjaya?

manusia mencari helah dalam bercinta. Itu wujudnya teman tapi mesra!

Nasihat ustaz...

Jangan pernah hendak mencintai manusia jika belum pernah menghargai cinta Ilahi,

Jangan pernah hendak mencintai manusia jika belum belajar mencintai Rasulullah,

Jangan pernah hendak mencintai manusia jika belum membalas cinta kedua ibu bapa!

Berdoalah kita jika hendakkan jodoh "Ya Allah, aku nak bini!"

Dari Ustaz Hasrizal..............

Apabila analogi haiwan menjadi simbolik kepada ketamadunan, amatlah menyedihkan. Bagaimana haiwan ini berbeza nama padahal haiwan yang sama. Seperti contoh AYAM.

Jika di Nusantara ia dikenali sebagai AYAM BELANDA

Jika di Barat ia dikenali sebagai AYAM TURKEY

Jika di Arab ia dikenali AYAM ROME

Semuanya ayam yang sama, tetapi ayam ini terkenal dengan keraian makan ramai-ramai seperti meratah ayam itu, maka gambaran musuh-musuh mereka dinamakan!

Begitu juga mengenai cinta, di Malaysia dikenali sebagai cinta monyet, negara barat menggelarnya puppy love. Apa perbezaannya? Satu makhluk menggaru-garu satu lagi najis berat!

Bagaimana cerita menarik pasal anak muda Andalusia sebelum kejatuhannya pada 1492. Apabila pemikiran anak muda memikirkan cinta ini, barulah pihak musuh berjaya menjatuhkan kepimpinan Islam di situ yang mencecah 700 tahun pemerintahan! Betapa sedihnya..

Bagaimana ustaz menerangkan cinta itu memberi kuasa, sehinggakan lautan api neraka pun sanggup mereka renangi!! (aman geleng pala~~) Cinta monyet ini melemahkan akal, dan bagaimana akal mereka itu sendiri menghina mereka kembali. Begitu menyedihkan.

Teori Evolusi Cinta adalah keterbalikan Teori Darwin. Teori Evolusi Cinta bagaimana kita lihat dari manusia yang sebaik-baik ciptaan menjelmakan diri menjadi monyet! Barulah bergelar cinta monyet!!!

Cinta vs Perhatian. Rumusan ustaz, cinta itu adalah sebuah perhatian! Dengan perhatian inilah seorang jejaka yang tidak punya rupa, yang tidak punya harta, yang tidak punya apa-apa mampu merobohkan benteng jagaan ibubapanya sendiri malah sehinggakan benteng keimanan juga! Bukanlah cinta itu semata-mata.

Sesi Persoalan

Menarik pertanyaan dari Aina berkaitan perigi mencari timba! Masalahnya, perigi TIDAK boleh mencari timba dan timba TIDAK boleh mencari perigi. Memerlukan orang untuk membawa kedua-duanya dekat! That mean, kena ada orang tengah.. Itu barulah betul!!

Sekian dahulu perkongsian kali ini. Semoga kita memperolehi sedikit sebanyak dari forum berkenaan.

wasalam.

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

Sedikit Perkongsian KAD '09

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Selepas seharian suntuk berada di Konsert Antara Dunia 2009 (KAD '09) pada 01 August 2009, hari Sabtu yang lepas. Aman dengan 9 lagi krew-krew iLuvislam.com ditempatkan sebagai sub-committe untuk carnival. Dari pukul 0700 sampailah ke malam. Apa yang aman pelajari dari konsert berkenaan? Banyak. Ada baik dan ada buruknya. Seperti biasa lah! Apa yang menarik minat aman, puisi yang disampaikan oleh seorang pakcik ketika konsert berkenaan. Sehinggakan Lisam pun bagi markah penuh untuk pakcik berkenaan.

Sajak yang disampaikan oleh pakcik berkenaan seperti bersahaja, tetapi maksudnya agak mendalam. Sajaknya berkaitan dari kejadian seorang hamba Allah sehinggalah hayatnya. Disampaikan dalam 3 fasa yang berlainan. Apa yang aman hendak sentuh disini, ketika fasa ke-2. Berkaitan pendidikan anak-anak bermula seawal usianya.


Puisi KAD '09

Masa majlis pembukaan itu, dirasmikan oleh Ayahanda Tuan Guru Nik Aziz. Deklamasi sajak yang bersahaja tetapi amat bermakna.


Rendang kayu kerana daunnya
Terpandang Melayu kerana pantunnya.


Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.


Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.

Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.

Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.

Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi?

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.

Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?

Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.

Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.

Burung punai burung kelicak
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.


Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.


Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.


Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.


Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang


Bermamah sirih di tengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Terbit suluh batilpun pergi.


Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata.

Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.


Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.


Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.


Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.


Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.


Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?


Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.


Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas.

Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.


Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah


Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.


Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.


Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumah
Saya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai Nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.

Source : Blog Tok Guru

Selepas itu, Diikuti dengan deklamasi puisi oleh seorang pakcik ini. Isi puisinya seakan sebegini.

Pada suatu hari, si ayah membawa si anak keluar melihat alam ciptaan Allah, sampai satu kawasan, si ayah berhenti kereta membeli buah rambutan di tepi jalan. Si ayah meminta satu plastik kosong dari penjual itu, apabila si ayah mengopek kulit rambutan, kulitnya dibuang di dalam plastik kosong itu. Si anak memerhati dan belajar dari perlakuan si ayah. Itulah contoh teladan seorang ayah yang memahami erti pendidikan anak.

Jika si ayah seorang yang tidak menjadikan dirinya seorang idola di mata seorang anak, ia tidak memandang itu sebagai satu pelajaran untuk anak. Apabila siap mengopek buah rambutan, kulitnya terus dibaling keluar! Si anak melihat dengan penuh tanda tanya. Dan minta kecilnya menafsirkan, perbuatan itu tidaklah salah dan mempraktikkan di rumah. Secara tidak langsung, si ayah sudah menyusahkan si ibu apabila si anak membuang sampah keluar dari rumah melalui jendela seperti ayahnya membuang kulit rambutan keluar dari kereta melalui tingkap!

" 10 markah diberikan dari 10 points! " Lisam bertepuk tangan sambil mengulas pak cik itu bersajak.

Pendidikan bermula dari rumah, itulah motif yang hendak di ajarkan oleh pakcik berkenaan. Janganlah kita hanya bergantung tugas mendidik ini hanya pada pihak sekolah semata-mata!

Semoga dapat di ambil sedikit pengajaran disitu.

Wasalam.

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

Hanya seminit

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa yang boleh dilakukan dalam masa 1 minit?

Adalah satu rahmat yang besar dan 1 peluang yang besar dalam setiap minit-minit kehidupan kita.Dan setiap minit amatlah berharga bagi setiap muslim / muslimat.

1. Dalam 1 minit anda boleh membaca 7 kali surah Al-fatihah


Dikisahkan, suatu ketika Rasulullah SAW melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah Singgasana Allah SWT. Beliau juga melihat lembaran lain yang terbuat dari zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat Surah Al Fatihah, yang berisi 7 ayat.

Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah SAW melihat seluruh isi Al Quran.Beliau lalu bertanya kepada Malaikat Jibril AS, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Pembuka itu?”. Jibril AS menjawab, “Tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu surga akan dibuka baginya”.

Bayangkan dengan 7 Kali Bacaan

2. Dalam 1 minit anda boleh membaca 20 kali surah Al-Ikhlas


Rasulullah Saw bertanya lagi, “Apa ganjaran bagi mereka yang membaca Surah Al Ikhlas?”. Jibril As menjawab “Para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut dalam Al Quran: sungai air kristal murni, sungai susu, sungai anggur dan sungai madu”.

3. Boleh menyebut Kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (Tiada Tuhan melainkan Allah) Sebanyak 50 kali


4. Boleh memohon keampunan dari Allah S.W.T dgn menyebut Astaghfirulah Al-Adzim 100 Kali


5. Boleh menyebut Kalimah “Alhamdulillah ” (Bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali

6. Boleh menyebut SubhanAllah, Wal-hamduLillah, Wala ilaha ill-Allah, Wa Allahuakhbar sebanyal 18 kali


Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang dapat kita lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai.


Sesungguh Allah sentiasa memberi petunjuk dan Hidayah Nya walaupun dalam 1 minit kita mengingati Nya,

Masya Allah, Sungguh besar nikmat Allah. Beruntunglah kepada mereka yang mengingati Allah bukan hanya seminit, tetapi setiap saat dan detik.

p/s : Sekadar menasihati diri ini yang kian alpha pada Rabbnya

Wallahualam

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor