Madrasah Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Hari ini sudah menjejakkan kaki ke 2 Ramadhan 1430. That mean, genaplah juga umur aman 25 tahun 1 bulan dan 1 hari mengikut kalender hijriah.

That mean, aman sudah terpilih oleh Allah swt agar mengikuti Madrasah Ramadhan NYA sudah 25 kali. Semoga Madrasah Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari Ramadhan-Ramadhan yang lepas. Amin.

Namun, sejak kebelakangan ini (apabila aman sudah mula merantau), aman bagaikan betapa rindunya pada Ramadhan-Ramadhan yang lepas. Ketika aman masih di kampung tercinta.


"Ramadhan Kampung"


Kali terakhir aman dapat mengikuti madrasah ramadhan penuh di kampung adalah pada tahun 1997. Ketika itu aman berusia 12 tahun, sebelum kaki ini kenal akan 'pengembaraan 1000 makna'

engku ibrahim Jika di kampung, kedatangan ramadhan itu sendiri diraikan dengan penuh kegembiraan. Jika dahulu, muncul sahaja muka penyimpan mohor besar diraja untuk pengumuman puasa, kami (kanak-kanak kampung) bagaikan sedang berpesta. Apabila selesai akan pengumuman itu, anak-anak kecil (seusia aman) ketika itu akan keluar beramai-ramai sambil melaungkan "yea..yea..esok/lusa posa!" Kami bagaikan sedang berpesta.

Betapa meriahnya ketika itu. Apabila anak-anak kecil sambil melaungkan kata-kata itu di jalan dan dalam beramai-ramai berjalan kaki ke Masjid Bukit Tangga untuk menunaikan Solat Tarawih. Betapa meriahnya ketika itu. Sukar digambarkan dengan kata-kata.

Dalam perjalanan ke masjid berkenaan, permainan wajib meraikan Ramadhan seperti sedia kala tetap ada. Apa lagi kalau bukan MERCUN. Sudah menjadi tradisi main mercun bagi aman. Even sehingga usia ini pun, permainan mercun bagaikan wajib untuk bulan Ramadhan. Bagaimana kanak-kanak dari blok-blok (kampung aman dibahagikan mengikut blok², blok aman blok 1E/F) sedang 'berperang' antara satu sama lain. Ketika ini, berbagai jenis mercun berbunyi.

Jika dahulu, blok 1E/F memang telah tradisi, musuh ketatnya blok 2A7. Boleh lihat bagaimana 'acara tukar-tukar mercun' berlaku. Bagaimana dari pihak kami membaling atau melastik mercun ke arah musuh-musuh kami. Bagaimana mercun roket mengejar musuh-musuh kami. Bagaimana acara kejar mengejar membaling mercun berlaku. (amaran, acara ini sangat berbahaya sebenarnya, don't do it at home~~huhu)

Apabila masuk waktu Isyak, permainan itu berhenti seketika. Semua berada di masjid. Solat berjemaah beramai-ramai, (walhal main tolak-tolak ketika solat). Time solat tarawih, waktu yang amat meriah ketika itu. Apabila bilal melaungkan : 8-23-2009 11-07-29 AM , Ketika ini..Sahutan kami 8-23-2009 11-07-44 AM dengan sepenuh hati. Bagaikan sepenuh hati menjeritkan ayat berkenaan. Rasakan jeritan itu bagaikan dengan sepenuh hati dan suara. Lagi kuat lagi seronok pula ketika itu. Tidak kira orang tua ataupun muda, semuanya melaungkan dengan kuat sekali. Jika mercun bunyi ketika itu, nescaya, insyAllah, bunyi suara lagi kuat dari mercun. Secara tidak langsung, suasana Ramadhan itu menjadi meriah.

Apabila selesai solat tarawih, acara berebut-rebut mengambil moreh. Masa ini, kalau siapa lambat, minta maaf sahaja untuk memperolehi moreh berkenaan. Lain hari sajalah!

Masa berjalan balik tu, acara main mercun bersambung. Selalunya bukan berjalan terus ke rumah, sebaliknya ke 'markas-markas' group masing-masing. Acara meriam Koq-yu!Oh ya, my kampung tak layan meriam buluh or meriam tanah, sebab bunyi kurang ngam berbanding meriam koq-yu. Dulu kalau buat meriam dengan sepenuh jiwa.

Meriam koq-yu ini, penggunaan koqyu yang sepanjang 1 depa paling kurang, lagi panjang lagi best! (Susah la hendak menerangkan apa itu koq-yu pada orang yang tak tahu. Kalau tak tahu, buat-buat tahu sajalah ya!) Cari koq-yu sebesar sepemeluk paling kurang. Selepas itu, tanam koq-yu sedalam yang boleh, selalunya kami buat di lereng-lereng bukit atau di batas-batas sungai agar muncung meriah menghala ke arah tiada orang. safety first okey~~ Selepas itu, bukan setakat meriam itu ditimbus dengan tanah, malah ada yang menggunakan simen agar lebih kuat dan kejap meriam berkenaan. Dah nama parent penoreh getah, bekalan karbait itu bagaikan terlalu mudah untuk memperolehinya! 'Minta' sahaja sedikit dari parent! (paham-paham sajalah)

Selesai sahaja solat tarawih, kami main meriam sampai pukul 11 la juga. Bunyi bagaikan berperang dengan blok sebelah. Betapa meriahnya sambutan ramadhan di kampung.


Ramadhan Sekarang


Sedih sahaja berpuasa disini, baru 2 hari bertarawih di surau sini, tapi orangnya bagaikan zombi sudah. ketika bilal melaungkan 8-23-2009 11-07-29 AM sahutan makmum 8-23-2009 11-07-44 AM bagaikan lebih rendah dari sahutan bilal, Bagaikan tiada semangat untuk melaungkan sebutan itu. Tidak meriah rasanya. Bagaikan tiada semangat! Aman lihat, puasa ini bukan pemberi semangat untuk mereka! Sedih, puasa mengurangkan produktiviti ummat?

Yang ini, aman tak nak kata apa la, memang salah aman. Balik sahaja tarawih, aktiviti biasa, main mercun. Semalam, bila cucuh mercun pertama, lepas bunyi yang menggegarkan suasana seketika, diam sahaja..tiada sahutan mercun dari mana-mana arah. Aman cucuh buat kali kedua, still sama juga. Tiada sahutan balas. Aman stil lagi bersemangat, cucuh kali ketiga,namun keputusan masih sama. Last-last terus simpan mercun dan tengok tv. Bosannya main mercun sorang-sorang jika tiada orang untuk berlawan.


Aman Rindu Kampung


Entah la, aman terlalu rindukan kemeriahan ramadhan di kampung. Terasa akan kehadiran bulan Ramadhan itu sendiri. Dengan bunyi bising mercun-mercun berselang seli dan sayup-sayup bunyinya. Dengan laungan makmum yang boleh di dengari segenap kampung. Terasa bagaikan penuh meriah Ramadhan berkenaan.

2 hari sebelum masuk ramadhan, my brother, Mohd Fahmy call "Wei Cik Man, tak balik ka? Ni ada stok baru ni. Mercun baru ni!" lagi-lagi laa rasa nak balik kampung~~huhu..


Waaa....Mak, aman nak balik berpuasa di rumah...

Aman rindu masakan mak...

Aman rindu nak main meriam koq-yu...

Aman nak balik main mercun puas-puas...

Aman rindu nak jerit 8-23-2009 11-07-44 AM sekuat hati...

Aman rindu nak bonceng motor pi masjid dengan abah...

Aman rindu ketika menyediakan juadah berpuasa dengan mak...

Aman rindu nak 'berperang' dengan kawan-kawan

Aman rindu nak lastik mercun ke blok sebelah...

Aman rindu nak makan sahur sedap-sedap...


Adakah ini Ramadhan terakhir aku sebagai bujang? (mengikut perjanjian dengan mak)

Adakah ini Ramadhan terakhir aku? (wallahualam)


Apa-apa hal, itu semua urusan Allah, kita hanya mampu agar Ramadhan kali ini penuh bermakna. Penuh hidayah daripadaNya!


Pesanan buat kawan aman, Khairulisam~~ hehe

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.


إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Kalau tengah mencari zaujah tu, banyak-banyakanlah berdoa di Bulan Ramadhan ni.


Ya Allah, aku mau B1N1, hindari aku dari H1N1


~hanya untuk lisam~


Wallahualam..


p/s - nak pesan mercun ka? contact aman laa~~huhu

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

3 teguran dan kutukan:

Insyirah said...

salam...
cm best je kish aman dulu2 ek...
ni yg duk teringat kt kg gak nih...huhu..nak balik....

ciklebah said...

"Oh ya, my kampung tak layan meriam buluh or meriam tanah, sebab bunyi kurang ngam berbanding meriam koq-yu".. berani2 kutuk meriam buluh.. huhu..

neway, suasana yang lain juga bila terawih di johor dan di penang.

kalau di johor, kami buat 23rakaat abes dlm pukul 10. imam baca surah2yg juzuk 30. so, mcm boleh tahu la surah ape, lagipun pendek2.. suara imam pun sedap.


kalau di penang, kami buat 11rakaat abes dlm pukul 10 juga.. imam baca ayat2 cnth dlm al-baqarah..kdg2 susah nk hayati sebab tak tahu surah apa.. muslimat pun 2saf je.. kene duk sebelah budak2, memang selamat la.. "Solat berjemaah beramai-ramai, (walhal main tolak-tolak ketika solat)" .. memang budak2 suka main tolak2 kot kan? huhu..

selamat berpuasa n selamat berterawih..

minta maaf terkasar bahasa..
mana lah tahu ini ramadhan yang terakhir, pehni takleh comment dah..

Anem Arnamee said...

Salam aman.

erm, Alhamdulillah kan kita dapat rasa awalan ramadhan ini.

semoga kita dapat manfaatnya:)