FORUM : 'Monyetnya Cinta Kita'

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Pada 08-08-2009 bersamaan hari Sabtu yang lepas, telah berlangsung satu majlis Forum wacana ilmu yang bertempat di Inspen, Bangi. Para forumer terdiri dari Ustaz Hasrizal (saifulislam.com), Ustaz Ahmad Zahiruddin (penasihat iLuvislam.com) dan Pak Firdaus Djamaris (ESQ 165). Forum ini telah dimoderatorkan oleh saudara Wann (Team Event iLi.com). Satu pengisian yang amat menarik.

My Diary

Bermula seawal pagi, selepas solat subuh di surau Ar-Razi, aman bersiap untuk memulakan perjalanan ke inspen, Bangi. Aman keluar rumah pada pukul 0730 menuju ke stesen komuter Subang Jaya. Aman parking kenderaan di sana dan menaiki komuter ke sana. Sekali sekala menaiki public transport. Setahu aman, inilah buat kali pertamanya dalam tahun ini, aman menaiki public transport. Hehe. Tukar line komuter di KL Sentral menuju ke Seremban. Sampai sahaja di Stesen Serdang, turun menaiki bas yang disediakan untuk ke Inspen.

Sampai di Inspen, orang pertama aman jumpa Aina. Sebab dia jaga pendaftaran (sebenarnya jumpa orang lain dulu, tapi dah kenal aina sahaja). Selepas itu, ada makhluk sebelah aina menghulurkan tangan sambil berkata "Assalamualaikum, saya Syawal". Ya Allah, ni ka mamat yang slalu aman gaduh-gaduh slalu kat iLuvislam.com. Selepas itu, aman menggantikan Syawal menjaga pendaftaran buat seketika, sebab dia sibuk nak tangkap gambar.

Selepas itu, majlis bermula tetapi aman dan para petugas pendaftaran masih terperangkap di luar. tak dapat masuk lagi sebab menanti mereka yang lambat. Apabila masuk sahaja ke dewan, orang sudah mula majlis agak jauh sudah. Sedehnya. Sabar sahaja. Seperti biasa, geang-geang 'nakal' kat barisan belakang sekali. Aman, Lisam, Syawal dan Rizwan kat belakang sekali. Yang Syawal busy dengan camera wann, yang lisam asik bersungut lapar-lapar sahaja dari mula, yang ridz ikut sahaja. kemudian datang pula Mahmud (MaKR) duduk bersama kami.

Selesai sahaja majlis itu, semua orang berpusu-pusu di luar. Makan laa... Lisam tak cukup 1 diambilnya 2. Selepas itu, aman naik bas balik ke rumah. Dalam perjalanan dengan orang yang maha ramai dalam komuter berkenaan. Aman balik sekali dengan Jalaluddin (wakil IPT). Sampai di rumah dengan selamatnya. Alhamdulillah.

Pengisian Majlis

Disini aman akan buat secara nota ringkas sahaja, jika tidak memahami, sila kemukakan soalan. InsyAllah aman cuba jawab sebaik mungkin seperti apa yang aman paham dalam majlis berkenaan.

Dari Pak Firdaus..............

Cinta itu terbahagi kepada 3 iaitu :

- Cinta Intelektual

- Cinta emotional

-Cinta Spiritual

Manusia juga mencari happiness dan kebahagiaan itu terbahagi kepada 3 juga :

- physical happiness (luaran, that mean kereta, kekayaan dsb)

- emotional happiness (suka pujian, ingin dilihat sebagai berjaya dsb)

- spiritual happiness (berkaitan dalaman kita) - cerita menarik tentang penjaga tol!

Setting mindset!

Dari Ustaz Zahiruddin.............

Persoalan moderator ditujukan kepadanya, ada orang menggunakan alasan cinta itu sebagai motivator untuk belajar,,

Berapa ramai sudah berjaya?

manusia mencari helah dalam bercinta. Itu wujudnya teman tapi mesra!

Nasihat ustaz...

Jangan pernah hendak mencintai manusia jika belum pernah menghargai cinta Ilahi,

Jangan pernah hendak mencintai manusia jika belum belajar mencintai Rasulullah,

Jangan pernah hendak mencintai manusia jika belum membalas cinta kedua ibu bapa!

Berdoalah kita jika hendakkan jodoh "Ya Allah, aku nak bini!"

Dari Ustaz Hasrizal..............

Apabila analogi haiwan menjadi simbolik kepada ketamadunan, amatlah menyedihkan. Bagaimana haiwan ini berbeza nama padahal haiwan yang sama. Seperti contoh AYAM.

Jika di Nusantara ia dikenali sebagai AYAM BELANDA

Jika di Barat ia dikenali sebagai AYAM TURKEY

Jika di Arab ia dikenali AYAM ROME

Semuanya ayam yang sama, tetapi ayam ini terkenal dengan keraian makan ramai-ramai seperti meratah ayam itu, maka gambaran musuh-musuh mereka dinamakan!

Begitu juga mengenai cinta, di Malaysia dikenali sebagai cinta monyet, negara barat menggelarnya puppy love. Apa perbezaannya? Satu makhluk menggaru-garu satu lagi najis berat!

Bagaimana cerita menarik pasal anak muda Andalusia sebelum kejatuhannya pada 1492. Apabila pemikiran anak muda memikirkan cinta ini, barulah pihak musuh berjaya menjatuhkan kepimpinan Islam di situ yang mencecah 700 tahun pemerintahan! Betapa sedihnya..

Bagaimana ustaz menerangkan cinta itu memberi kuasa, sehinggakan lautan api neraka pun sanggup mereka renangi!! (aman geleng pala~~) Cinta monyet ini melemahkan akal, dan bagaimana akal mereka itu sendiri menghina mereka kembali. Begitu menyedihkan.

Teori Evolusi Cinta adalah keterbalikan Teori Darwin. Teori Evolusi Cinta bagaimana kita lihat dari manusia yang sebaik-baik ciptaan menjelmakan diri menjadi monyet! Barulah bergelar cinta monyet!!!

Cinta vs Perhatian. Rumusan ustaz, cinta itu adalah sebuah perhatian! Dengan perhatian inilah seorang jejaka yang tidak punya rupa, yang tidak punya harta, yang tidak punya apa-apa mampu merobohkan benteng jagaan ibubapanya sendiri malah sehinggakan benteng keimanan juga! Bukanlah cinta itu semata-mata.

Sesi Persoalan

Menarik pertanyaan dari Aina berkaitan perigi mencari timba! Masalahnya, perigi TIDAK boleh mencari timba dan timba TIDAK boleh mencari perigi. Memerlukan orang untuk membawa kedua-duanya dekat! That mean, kena ada orang tengah.. Itu barulah betul!!

Sekian dahulu perkongsian kali ini. Semoga kita memperolehi sedikit sebanyak dari forum berkenaan.

wasalam.

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

5 teguran dan kutukan:

Wal said...

saya cameraman kan.
kena la menangkap gambar.

aha.

ttanya2 knapa aman x pegi kt mic~
lalala~

Anonymous said...

Sy pn smpt g INSPEN tu. Dlm kul 9 dh smp dh kat sana. Tgu pya tgu, perut pn dh lapa. Forum plak start agk lmbt. Sabau je la. Akhirnya nk dkt kul2 bru leh mkn. X kesahlah. Itu ujian. Nasi pn dpt ciput jeh. Huh. Ujian lg. Xpe2..
Kat sini, apa yg sy dpt,

-Ustaz Hasrizal byk citekan bnda yg dh ada dlm buku dia ‘Bercinta Sampai ke Syurga’. Sampai sy pn dh naik hapai. So, mybe xde apa2 sgt yg baru. Ternanti-nanti jgk something yg lbh gah. Tp mgkn disebabkan faktor ms, ustaz x dpt bg lbh.

-Pak Firdaus mmg best. Tertunggu2 je bila turn dia. Sgt syahdu skali ms part3.
Ya Allah, jadikanlah diriMU lebih kucintai melebihi diriku sendiri, keluargaku, dan juga air yg dingin.
Insyallah mgu dpn 15hb sy akan ke ESQ training.

-Ustaz Zahiruddin mmg sy suka pengisian dia. Cuma mgkn cara penyampaian perlu lbh bertenaga supaya org yg kat bwh x terlentok. (Sy xde la plak terlentok. Alhamdulillah).

Apepun, tahniah utk crew ILI dn sume phk yg terlibat. Sy plak x sempat nk jmpa saudara Im Koyube. Ingtkn nk byr kat dia duit balance ESQ utk mgu dpn. Tp ps abs mjls je dh x nmpk dh dia. Mgkn dia trus ke surau kot. Maybank agk jauh dr tmpt sy. Tu psl nk bg trus. Tp x b’kspmtn. Xpelah. Settlekan mgu dpn. Hrp ILI dpt anjurkan pgrm2 yg baik lg d ms hdpn. Untuk kebaikan remaja Islam. Insyallah..

Anonymous said...

Maaf..1 soalan. Sy bru je sign in jd member iluvislam. Soalan sy,mcm mn nk jd wkl IPT? Sy student UPM. K,tq.

relax said...

salam

wawawawa best nie walaupun tak join tapi leh dapat gak skit. okey2 mana2 perigi yang tak leh jalan n timba yang tak leh gerak tuh mai saya tolong angkat.

ahya_ijja said...

heheh..menarik kata2 ustaz hasrizal >> cinta itu memberi kuasa, sehinggakan lautan api neraka pun sanggup mereka renangi!!<< .. pastu yang ni >> Perigi TIDAK boleh mencari timba dan timba TIDAK boleh mencari perigi. Memerlukan orang untuk membawa kedua-duanya dekat! Itu barulah betul!!<< Sebab dua2 pun takleh gerak..orang tgah jer leh bawak timba jumpa perigi dan sebaliknya..

>> Agak jeles x dpat join..insyaAllah next time akan cuba menghadirkan diri apa2 aktvt ili.com..DK2 ader g kan?? <<