Cermin Diri Sendiri

Bismillah... Dengan nama Allah.....

 

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:


"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim


Penerangan Hadis:

 

Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:


"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".


"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".


Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.


Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.


Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.


Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN


Riwayat: Muslim

 

 

P/S : Tegurlah aman jika aman tersalah ucapan.

Wanita & Pohon Semalu

 

Pada suatu hari, Rasulullah SAW berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah SAW dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah SAW menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

 

Pertama,

Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

 

Kedua,

Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

 

Ketiga,

Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

 

Dan akhir sekali,

Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Gathering Crew iLuvislam.com

 

Assalamualaikum..

 

Alhamdulillah, semalam 25-04-2009 telah berlangsungnya majlis gathering pertama krew-krew iLuvislam.com Malaysia yang bertempat di PWTC semperna berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa 2009.

 

Dengan kehadiran mencecah 20 orang krew-krew dari serata negeri dengan latar belakang setiap orang yang berbeza-beza, Alhamdulillah.... tercapai juga cita - cita untuk pertemuaan itu.

 

Majlis yang bermula pada pukul 0900 sehingga pukul 1500 di sekitar KLIBF09 kali ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan untuk menjalinkan ukhuwah di antara krew-krew iLuvislam.com.

 DSCN9507

Semoga dengan aktiviti yang singkat itu, dapat menjalinkan ukhuwah diantara krew-krew.

 

Boleh merujuk pada page ini untuk aktiviti lengkap pada hari berkenaan:

1. President iLuvislam.com - Akhi Imran Koyube

2. Artikel Tinta Admin di iLuvislam.com

Selesai majlis gathering krew-krew iLuvislam, bergegas ke booth ASUH. Sesi bertemu dengan ustaz Hasrizal (saifulislam.com) penulis buku bestseller Aku Terima Nikahnya (ATN). Ketika itu sesi bertemu peminat sempena perlancaran buku ATN2 beliau iaitu Bercinta Sampai Ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin.

 

Rujukan : saifulislam.com (siap ada gambar aman lagi...huhu) thanx ustaz....

 

Sangat-sangat berbaloi. Walaupun dalam masa yang singkat, namun Alhamdulillah, semoga pertemuan yang singkat itu dapat menjalinkan ukhuwah di antara krew-krew iLuvislam.com dan Ustaz Hasrizal.

 

Semoga Bertemu lagi di lain waktu.

Pesta Buku Antarabangsa @ iLuvislam.com

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, iLuvislam.com telah dilantik sebagai 'media partner' Nufair Street Sdn. Bhd. (penerbit dan pengedar buku terkenal). Jadi kami akan bekerjasama menjual produk masing-masing sempena pesta 10 hari ini.

Antara yang bakal menanti anda adalah:

  • pelbagai diskaun sehingga 40 % untuk produk yang dijual
  • hadiah menarik bakal menanti pembeli termasuk bookmark istimewa yang di design oleh designer iLuvislam.com
  • berjumpa krew iLuvislam.com yang bakal berkumpul di sana pada 25 & 26 April 2009!


1) Produk Nufair Street Sdn. Bhd.


Antara buku 'hot' terbitan Nufair Street Sdn. Bhd. yang dijual dengan harga diskaun semasa pameran buku ini adalah seperti berikut (harga dalam gambar di bawah tidak termasuk diskaun semasa pesta buku!) :


2) Produk iLuvislam.com


Manakala produk iLuvislam.com yang bakal dijual pada harga potongan adalah:


3) Senarai penuh produk
Berikut adalah senarai penuh produk dari:

 

Sumber : iLuvislam.com

Syed Mokhtar Al-Bukhary - 50 Perkara

Sebelum sembahyang jumaat tadi saya menerima email dari seorang sahabat, Raja Kamil tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Perkara yang ditulis di dalam email itu memang suatu perkara yang lama tetapi orang Melayu ini mudah lupa. Oleh itu, kita kena saling ingat mengingati antara satu sama lain agar Melayu boleh sentiasa maju. Dalam email itu terdapat 50 perkara yang dinyatakan oleh Jutawan Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan perkara ini amat penting untuk rujukan dan renungan untuk kita semua. Post kali ini juga ada kena mengena dengan post yang lepas ini. Sila baca artikel dibawah sambil dengar lagu di post disini. Baru layan time baca.

Latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

- Umur - 53 tahun

- Pendidikan - SPM

- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

- Kekayaan -RM1,425 juta

- Ke 7 terkaya di Malaysia

- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta - Proton Perdana

- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

 

Untuk lanjutan mengenali latar belakang beliau, anda bolehlah melayari laman iluvislam.com

 

50 Perkara Dari Tan Sri  Syed Mokhtar Al-Bukhary

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalau pun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Diharap perkara ini dapat menjadi renungan untuk kita semua.

What U give, U get back.

 

Sumber : Jerungperkasa.com

 

"money is not everything, but everything need money"

 

~ aman shah ~

40150 Shah Alam, Selangor

"...man jadda wa jada..."

Tidur Yang Sunat Dikejutkan

 

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:


Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.


Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”


Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)


Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.


Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.


Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)


Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)


Ke dua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)


Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

 

From: Akhisalman

 

Wasalam

~ aman shah ~

40150 Shah Alam, Selangor

"...man jadda wa jada.."

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati

 

SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.


Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya hanya menyalahkan antara satu sama lain.


Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini selesai memberi keterangan membela diri Februari lalu tanpa memanggil saksi lain selain mereka sendiri.


Azilah, 33, yang diwakili dua peguam, Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar membela diri dengan memberi keterangan di kandang saksi manakala Sirul Azhar, 37, yang diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal memilih untuk membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.


Dalam kes yang pernah menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa ini, kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, berusia 28 tahun, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Okt 2006.


Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

 

 

Pandangan aman

 

Berapa orang yang pernah tengok muka sebenar Azilah dan Sirul ni? Angkat tangan..

Cuba kita fikirkan sejenak. Kalau mereka (Mahkamah) menjatuhkan hukuman mati, berapa orang yang dapat melihat hukuman itu dijalankan?

Kalaulah mereka yang bersalah itu dilepaskan. (maksudnya mereka dipindahkan ke suatu kawasan baru dengan mendapat peruntukan berjuta-juta dari 'kepala' nya dan yang paling penting dengan identiti baru! ) Who knows ? Muka mereka pun kita tidak pernah lihat. Masakan kalau selisih tepi aman pun , sure 100% tidak dapat mengetahui itu adalah mereka.

Tapi Abdul Razak Baginda terlepas pula. Sebab muka dia dikenali umum sudah. Kalau mahkamah menjatuhkan hukuman gantung juga, silap-silap nanti ada orang jumpa dia dekat mana-mana. Kan naya jadinya.

Siapa 'ketua'nya? Wallahualam. Hanya Allah yang tahu. Kita tidak boleh menuduh sesiapa sebelum ianya terbukti dengan kukuh.

Kalau hendak menjalankan hukuman itu, seeloknya dijalankan secara terbuka. Boleh diperhatikan oleh rakyat jelata yang 'kuat'. (kalau tak mahu ada yang pengsan dahulu)

Sebab itu Islam menjalankan hukuman secara terbuka. Contohnya hukuman potong tangan kepada si pencuri. Atas sebab apa? Menjatuhkan maruah si pencuri? Bukan, ia sebagai pengakaran kepada mereka yang mula-mula berjinak dgn jenayah berat seperti ini.

Tapi, aman rasa..Dengan negara kita yang 'bersih' ini, takkan laa mereka itu dilepaskan. Betul tak? (Senyum sinis)

 

Wasalam

 

~ aman shah ~

40150 Shah Alam Selangor

"...man jadda wa jada..."

Senarai lengkap kabinet 2009

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak


Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin


Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam
Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah


Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak


Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)


Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)


Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)


Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)


Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)


Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)


Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)


Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)


Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)


Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)


Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)


Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)


Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)


Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)


Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)


Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)


Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)


Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)


Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)


Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)


Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)


Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)


Menteri luar
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)


Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

 

p/s: perasan tak...ada satu group i call it team LOSER!.....cuba teka...yang mana satu..hahaha....

Da’ie ‘Ashi Penghijab Keberkesanan Da’wah

4-7-2009 11-41-59 AM

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu katakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Besar kemurkaan Allah atas yang kamu katakan (tetapi) tidak kamu kerjakan.”

(Surah As-Shaf: 2-3)

 

Muqaddimah

 

Hati yang mati tidak akan dapat menghidupkan hati-hati yang mati. Seorang da’ie hendaklah memiliki peribadi contoh bagi memastikan keberkesan dakwah. Dakwah melalui qudwah hasanah merupakan sunnah yang ditunjukkan oleh baginda Nabi s.a.w. Kejayaan individu atau gerakan dakwah tertakluk kepada perilaku dirinya dan anggota-anggotanya. keberkatan dakwah hanya dicapai sekiranya du’at memiliki ketaqwaan dalam dirinya.

 

Tulisan ini mengupas serba sedikit permasalah akhlaq yang wujud dalam gerakan dakwah terutama di kalangan pemuda atau remaja dakwah. Saya merasakan idea tentang permasalahan ini perlu dibincangkan kerana mengikut pengamatan saya, krisis akhlaq ini berlaku tanpa sempadan tempat dan merentasi pelbagai jamaah. Ia berlaku di kalangan penggerak muda tidak kira sama ada yang masih baru mahu pun yang sudah lama meletakkan diri di dalam gerakan dakwah. Berikut ialah kes-kes yang pernah saya temui yang membabitkan aktivis dakwah pelbagai jamaah, dari pelbagai tempat dan pelbagai usia.

 

Mungkin pendedahan ini agak menyedihkan, mengejutkan dan menakutkan banyak pihak terutama Muslimat. Tetapi inilah realiti yang berlaku dan saya amat berharap agar idea tentang permasalah ini tidak terhenti di sini sahaja tetapi turut dibincangkan lagi oleh sahabat-sahabat sekalian dan turut mendapat reaksi golongan yang lebih tua dan arif termasuklah para ustaz. Entri ini hanya menerangkan kes-kes yang berlaku tanpa mengaitkan dengan hujah dan pandangan Al-Quran dan As-Sunnah dan cara mengatasinya disebabkan keterbatasan masa saya sekarang untuk menggunakan komputer. Maklumlah, laptop sendiri masih belum ada.

 

Latar Belakang Krisis

Krisis akhlaq yang ingin saya utarakan di sini berkaitan gelojak nafsu syahwat di kalangan remaja dakwah zaman ini. Saya yakin kes-kes yang akan saya ketengahkan di sini tidak berlaku di kalangan Muslimat/akhawat dan hanya terfokus kepada Muslimin/ikhwah. Saya juga tidak akan membincangkan masalah ‘couple’ atau cinta anta-anti yang sudahpun kita sedia maklum.

 

Remaja Islam pada hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran yang sukar untuk di atasi terutama dalam hal pergaulan, permasalahan sosial, masalah seksual yang bertitik-tolak dari Barat dan media massa. Baik remaja ‘biasa’ mahupun remaja dakwah, cabaran ini dihadapi oleh semua.

 

Di sini saya akan membongkarkan beberapa kes masalah akhlaq dan seksual yang dilakukan oleh remaja hari ini. Ingin saya tegaskan di sini, kes-kes ini sudah berleluasa berlaku di kalangan remaja, mahasiswa dan juga pelajar sekolah. Namun untuk kita sama-sama fikirkan ialah bagaimana ianya turut membabitkan remaja dakwah.

Kes 1: Laman Porno

Dalam era globalisasi dan millennium ini, laman porno merupakan antara punca utama kepada masalah sosial. Lebih-lebih lagi dengan pemilikan komputer peribadi. Saya pernah memasuki bilik beberapa aktivis dakwah di kampus dengan tergesa-gesa. Tanpa sengaja. Sepatutnya beri salam dan ketuk pintu terlebih dahulu. Ada yang tertidur sedang skrin komputer terpapar laman porno. Tidak kurang juga yang terkejut dengan kedatangan sahabatnya. Ada juga kes ter’kantoi’ ketika saya melihat atau menggunakan komputernya melalui fail yang wujud dalam komputernya ketika berurusan tentang kerja, program atau hal akademik. Ada juga kes melalui ‘history’ dalam internet browser. Sahabat, maaf. Saya tak sengaja melihat maksiat tersembunyi anda…

 

Saya sendiri juga pernah terlayar laman sebegini. Walaupun kita tidak ingin tetapi pop-up dan iklan-iklan yang datang kadang kala di luar kawalan kita. Mungkin. Tetapi bukanlah kita dengan sengaja melayarinya atau menyimpan failnya.

 

Saya sendiri pernah membuat kajian-kajian mengenai laman 'kegemaran' rakyat Malaysia. Melalui lama web alexa.com kita boleh memantau 100 top sites in Malaysia mahupun negara-negara lainnya. Dalam 100 itu, terdapat lebih dari 5 laman web pornografi, yang selebihnya hanyalah hiburan! Laman ilmiah? Entah berapa sahaja. Laman berita agak banyak juga..

 

Kes 2: Video lucah

Dalam tahun 1995, satu kajian melaporkan lebih daripada 90% pelajar di peringkat sekolah menengah pernah menonton video lucah. Walaupun kajian ini mungkin boleh dipertikaikan dari sudut responden yang disasarkan berdasarkan faktor tempat, bandar atau luar bandar. Tetapi ini adalah satu kajian seawal tahun 1995. Bagaimana dengan sekarang? Jenayah seks kini bukan sahaja di bandar, bahkan meluas di merata ceruk kampung dan felda dengan dahsyatnya. Jumlah itu pastinya bertambah dengan kepesatan perkembangan teknologi masa kini. Hari ini movie bukan sahaja boleh dilihat melalui VCD dan DVD player, bahkan melalui komputer, telefon bimbit dan pelbagai peralatan elektronik yang lain.

 

Justeru, saya tidak terkejut jika ada di kalangan aktivis mahasiswa di kampus yang terjebak dalam masalah sebegini.

 

Lebih parah lagi, Barat kini banyak mengeluarkan filem yang kononnya berunsur humor, seram dan thriller tetapi turut diselitkan dengan adegan-adegan lucah seperti siri “Scary Movie” dan sebagainya. Trend filem sebegini cukup digemari oleh remaja umumnya hari ini.

 

Saya ada mendengar perbualan yang dituturi oleh aktivis dakwah sesama mereka tentang filem tertentu yang saya maklum bahawa ia turut mengandungi unsur seks. Katanya cerita tersebut mengandungi banyak manfaat tetapi pada saya adalah tidak wajar untuk kita tonton. Biarlah orang lain yang mengkajinya yang lebih layak dan dah berkahwin.

 

Dan dengan kepesatan teknologi sekarang, video-video lucah ini senang sahaja diperolehi. Di tempat kerja sahaja, rakan-rakan tanpa segan silu mem'forward'kan cerita-cerita lucah ke handphone dengan teknologi bluetooth kepada rakan-rakan yang lain. Yang lebih parah, dalam akhbar harian Metro, penah dikeluarkan artikel pelajar sekolah berkongsi cerita-cerita lucah dengan teknologi ini. Jangan salahkan teknologi, tetapi pandanglah ianya sebagai satu lagi masalah yang patut difikirkan oleh para da'ie.

 

Kes 3: Animasi


Filem animasi kini bukan lagi sesuai untuk kanak-kanak. Ia banyak menyelitkan unsur-unsur lucah dengan perbuatan dan pakaian karektor-karektornya. Seperti contoh watak si cilik Sin Chan! Watak comel tetapi penuh dengan kelucahan bercakap. Terdapat juga filem animasi yang berunsur lucah sepenuhnya atau disebut sebagai hentai turut dimiliki oleh mahasiswa di Malaysia.

 

Namun begitu, masih ada juga animasi yang berunsur pengajaran. Seperti contoh, siapa tidak kenal icon animasi sekarang? bermoto kan "ya, betul..betul...betul"..Watak si comel upin dan ipin. Bagaimana mereka mengajar anak-anak untuk belajar berpuasa. Alhamdulillah..Sama-sama memajukan animasi begini.

 

SAY NO TO HENTAI!

 

Kes 3: Chat

Kadang kala terdapat remaja dakwah yang tidak dapat mengawal kehendak nafsunya, lalu dilepaskan kepada orang yang tidak dikenalinya atau dikenalinya tetapi di belakang pengetahuan sahabat-sahabatnya yang lain.

 

Saya pernah mendapat aduan daripada seorang pelajar perempuan tentang salah laku seks yang dilakukan oleh seorang aktivis dakwah! Seorang naqib yang sering bertutur soal ikhtilat dan menasihati anak-anak usrahnya supaya tidak bercouple. Pada masa yang sama, saya sendiri maklum bahawa dia mempunyai couple dan sering melihatnya keluar berdua-duaan di belakang sahabat-sahabat dan anak-anak usrahnya menyebabkan orang-orang di sekelilingnya yang tidak terlibat dalam arena dakwah tidak menghormatinya kerana sikapnya ini dan menganggapnya bersifat kepura-puraan. Saya cuba untuk bersangka baik. Mungkin ini adalah fitnah yang dilontarkan oleh orang-orang yang dengki kepadanya. Tetapi, tidak mustahil kerana jika tiada angin yang bertiup manakan pokok bergoyang. Saya dimaklumkan bahawa dia pernah menghantar mesej melalui chat messager berbaur lucah dan menghantar gambar lucah miliknya sendiri kepada aweknya menyebabkan rakan-rakan aweknya yang tahu membencinya. Wal’iyazabillah min zalik. Sekiranya ini fitnah, kita sama-sama memohon agar Allah Ta’ala melindunginya dari fitnah tersebut.

 

Kes 4: SMS Lucah

SMS berbaur lucah ini, telah lama menular dalam mahasiswa kita. Baik yang mengikuti dakwah dan tarbiah mahupun yang biasa-biasa. Kenapa ini berlaku? Apabila nafsu menguasai kepala. Saya pernah terbaca satu SMS dari handphone rakan saya, dengan tanpa rasa segan silu menanyakan soalan-soalan yang bersifat peribada kepada 'gelipren'nya. Sampaikan warna pakaian dalaman yang sedang dipakai juga ditanyanya. Na'uzubillah..

 

Kalau hilang rasa malu dalam diri seseorang itu, hatinya bagaikan mati. Jikalau hatinya sudah mati, bagaimanakah kerja-kerja dakwah dapat diteruskan? Bagaimana hendak mengajar hati-hati yang ketandusan agama itu jika hatinya sendiri sudah mati kegersangan oleh ransangan nafsu syahwat sendiri? Wallahua’lam.

Punca Krisis Akhlaq

Seorang da’ie itu tidak akan melakukan maksiat andainya konsep taqwa itu tersemat kukuh dalam jiwanya hingga terpancar dalam tindak tanduknya. Sifat taqwa akan meletakkan seseorang supaya takut untuk mengerjakan maksiat walaupun di belakang rakan-rakan atau ketika bersendirian kerana dia yakin bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala tingkah lakunya. Ini bermakna krisis akhlaq ini berpunca daripada kurangnya penekanan kepada sifat taqwa dalam dirinya atau dalam tarbiyyah yang diikutinya. Keikhlasan dalam beramal akan mendorong seseorang untuk mengerjakan ibadah dan menjauhi mungkar walaupun ketika bersendirian.

 

Sesetengah kes yang berlaku disebabkan oleh da’ie yang masih belum sempurna tarbiyyahnya. Masih ikut-mengikut walhal tidak memahaminya. Ia juga berlaku disebabkan oleh tabiat silam yang sukar dibuang. Kerana itulah, Islam MELARANG mendekati zina. Bukan berzina. Tabiat ketagihan seks siber cukup hebat melanda sebahagian besar remaja hari ini. Jika dahulu dilaporkan 90% remaja pernah menonton video lucah dan meningkat seiring perkembangan sais dan teknologi sehingga benda-benda ini mudah dicapai dan dimiliki, maka hari ini tidak mustahil ada di kalangan mereka yang terlibat dengan dakwah berasal dari golongan ini yang sudah insaf dan sedar, dan ada sebahagiannya yang masih gagal meninggalkan tabiat lama. Di sini saya tidak membicarakan langsung kes zina yang dilakukan oleh aktivis dakwah dan saya yakin selagi mana seseorang itu istiqamah di dalam perjuangan dan suasana beragama, mengikuti tarbiyyah, nescaya dia akan terhindar daripada berzina.

 

Dari satu sudut, saya merasakan bahawa perkara ini berlaku kerana sikap malu-malu dalam pendidikan agama untuk berbicara dan mendedahkan kepada remaja tentang bahayanya gejala seksual yang begitu buas hari ini. Ustaz dan ustazah malu untuk mengajar tentang ancaman Allah tentang penzinaan dan perbuatan mendekati zina. Malu untuk mendedahkan masalah-masalah yang berlaku, kes-kes yang berlaku supaya mereka mengambil iktibar. Jarang berlaku, guru mengajar bab munakahat, bahaya zina, budaya couple, dan masalah ikhtilat secara telus dengan murid-muridnya. Sering kali berlaku pengajaran bab sebegini secara cepat, tidak jelas dan cakap ‘berlapik’ atau menggunakan bahasa kiasan menyebabkan mesej yang disampaikan agak samar.

 

Satu faktor yang lebih utama ialah perkembangan sains dan teknologi itu sendiri yang akhirnya disalahgunakan. Maklumat internet tidak dapat ditapis. Dengan adanya peralatan-peralatan elektronik yang dimiliki secara peribadi seperti laptop, handset canggih dan sebagainya menyebabkan sukar mengawal kehendak nafsu lalu terjebak dengan maksiat yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

 

Akhir sekali, saya berpendapat masalah ini dapat diselesaikan melalui penekanan aspek tazkiyyatunnafs dalam institusi usrah. Kadang kala remaja dakwah sibuk dengan pendedahan uslub dakwah, strategi siasah, buku-buku fikrah, haraki dan gerakanmengikut ikhwan sedangkan mereka terlupa bahawa aspek yang diterapkan daripada Ikhwanul Muslimin hanyalah dalam soal Tarbiyyah Harakiyyah. Penekanan kepada aspek-aspek tertentu sahaja dalam tarbiyyah akan menyebabkan wujudnya kelompangan dalam aspek tarbiyyah yang lain. Ingin saya tekankan di sini bahawa perkara ini mungkin tidak akan berlaku jika seseorang itu adalah da’ie yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan menjaga hubungannya dengan Allah. Justeru, mungkin entri ini tidak sesuai dikaitkan dengan mereka. Tetapi inilah hasil pengamatan dan pengalaman saya mengenali ramai aktivis dakwah dari pelbagai kampus dan pelbagai jamaah.

 

Maka di sinilah pentingnya ilmu aqidah yang mantap dan ilmu tasawuf dalam memimpin seseorang individu Muslim dalam mengemudi bahtera perjuangan mereka. Janganlah kita asyik mengajak orang kepada jamaah kita, kepada kumpulan-kumpulan dakwah, mengajak mereka turut berdakwah sedangkan kita masih dibelenggu maksiat. Sama-samalah kita merenungi firman Allah dalam surah As-Shaf, ayat kedua yang saya tuliskan di pangkal risalah ini. saya sangat mengharap agar risalah ini tidak berakhir di sini sahaja tetapi turut direspon oleh orang-orang yang lebih arif.

 

Wallahua’lam. Mohon maaf andai terkasar bahasa. Semoga Allah meredhai usaha ini. Wassalam.

 

Sekadar perkongsian bersama.

 

~ aman shah ~

40150, Shah Alam, Selangor

"...man jadda wa jada..."

Panduan Sembahyang Bhgn 2

 

Sambungan ilmu dari Panduan Sembahyang Bhgn 1

 

Makmum Muwafik dan Masbuk

Makmum Muwafik

Makmum Muwafik adalah makmum yang dapat membaca surah al-Fatihah dalam masa berdiri imam dengan kiraan bacaan pertengahan atau sederhana maka, WAJIB ke atas makmum membaca surah al Fatihah dengan sempurna

 

Sebab-sebab Muwafik

  1. Makmum yang lambat bacaan surah al Fatihah kerana kelemahan semulajadi
  2. Makmum yang syak sebelum rukuk dan kemudian dari rukuk imam lalu teringat yang ia belum lagi membaca surah al Fatihah
  3. Makmum yang membaca doa iftitah dan ta'awuz lalu imam pun rukuk sedang makmum masih belum sempat menghabiskan bacaan Fatihahnya
  4. Makmum yang dengan sengaja tidak membaca Fatihah sebab menanti diam imam lepas membaca fatihah terus rukuk ataupun imam membaca surah yang pendek hingga tidak sempat makmum menghabiskan bacaan fatihahnya

 

Dalam keadaan ini, WAJIB ke atas makmum menghabiskan bacaan fatihahnya dan dia dibolehkan ketinggalan dari imam hingga 3 rukun yang panjang. Yang dimaksudkan dengan 3 rukun itu ialah :

  • Rukuk
  • Sujud yang pertama
  • Duduk antara dua sujud

Jika masuk imam pada rukun yang ke-4 sedangkan makmum masih belum sempurna lagi bacaan fatihahnya maka WAJIB atas makmum memilih antara dua iaitu :

  • Mengikut imam dengan ditambah satu rakaat lagi setelah imam memberi salam yang pertama
  • Niat mufaraqah dari imam iaitu bercerai dari mengikut imam

 

 

Makmum Masbuk

Makmum masbuk adalah makmum yang tidak dapat membaca fatihah dalam masa imam berdiri maka TIDAK WAJIB atasnya menyempurnakan bacaan fatihahnya. Bacaannya hanyalah sekadar yang dapat dan dikehendaki rukuk bersama-sama dengan imam

 

Sebab-sebab Masbuk

  1. Makmum masbuk dikehendaki mengikut imam pada setiap perbuatan dan dikehendaki tambah mana-mana rukun yang tertinggal umpamanya makmum sempat bersama-sama imam satu rakaat dalam solat maghrib maka DIKEHENDAKI menambah dua rakaat lagi setelah imam memberi salam
  2. Pada sembahyang subuh, makmum masbuk MESTILAH berqunut sekali lagi untuk dirinya walaupun ia berqunud bersama-sama imam di awal solatnya tadi
  3. Jika makmum masbuk sedang membaca surah tiba-tiba imam rukuk maka HENDAKLAH diputuskan bacaan surahnya itu dan rukuk bersama-sama imam, TIDAK BOLEH ditangguhkan lagi
  4. Jika imam dalam keadaan sujud atau duduk tahiyat, makmum masbuk HENDAKLAH terus bertakbiratul ihram kemudian duduk bersama imam. Jika imam sedang rukuk, DISUNATKAN takbir. Sekiranya dapat tomakninah dalam rukuk itu, maka rakaatnya dikira
  5. Jika makmum sedang takbir tiba-tiba imam memberi salam maka DITEGAH duduk kerana duduk itu untuk mengikut imam. Jika makmum itu duduk dengan SENGAJA dan TAHU akan tegahanya, maka BATALLAH sembahyangnya itu. Tetapi jika ia TERLUPA atau JAHIL, maka TIDAKLAH BATAL sembahyangnya itu dan WAJIB ia bangun dengan segera dan SUNAT melakukan sujud sahwi pada akhir sembahyang itu

 

Sekadar perkongsian bersama...

 

P/S : sangat berguna untuk para-para imam. sebagai teguran kepada para-para imam agar tidak memilih bacaan yang terlalu pendek dalam solat

 

~ aman shah ~

40150 Shah Alam, Selangor

"...man jadda wa jada..."

 

 

Panduan Sembahyang Bhgn 1

Assalamualaikum...

Dalam tengah kemas-kemas barang-barang peribada yang lama-lama. Terjumpa diari-diari lama. Terdapat banyak nasihat dan ilmu-ilmu di dalamnya. terasa untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat.

 

Apa gunanya ilmu jika disimpan untuk diri sendiri sahaja?

Apa gunanya belajar tetapi tidak memberi syafaat kepada orang lain?

Apa gunanya ilmu jika hanya untuk disimpan?

Apa gunanya ilmu jika tidak dikongsi bersama

"Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah" (pepatah arab)

 

 

Panduan Mengkhusyukan Sembahyang

 

  1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
  2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
  3. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita
  4. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
  5. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
  6. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
  7. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan Tasbih
  8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
  9. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
  10. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
  11. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
  12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
  13. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
  14. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya
  15. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih

sumber : Diari 2006

 

Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini, Allah mengurniakan keberkatan atasnya.

 

 

~ aman shah ~

40150 Shah Alam, Selangor

"....man jadda wa jada..."