Assalamualaikum...
Dalam tengah kemas-kemas barang-barang peribada yang lama-lama. Terjumpa diari-diari lama. Terdapat banyak nasihat dan ilmu-ilmu di dalamnya. terasa untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat.
Apa gunanya ilmu jika disimpan untuk diri sendiri sahaja?
Apa gunanya belajar tetapi tidak memberi syafaat kepada orang lain?
Apa gunanya ilmu jika hanya untuk disimpan?
Apa gunanya ilmu jika tidak dikongsi bersama
"Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah" (pepatah arab)
Panduan Mengkhusyukan Sembahyang
- Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
- Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
- Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita
- Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
- Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
- Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
- Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan Tasbih
- Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
- Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
- Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
- Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
- Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
- Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
- Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya
- Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih
sumber : Diari 2006
Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini, Allah mengurniakan keberkatan atasnya.
~ aman shah ~
40150 Shah Alam, Selangor
"....man jadda wa jada..."
0 teguran dan kutukan:
Post a Comment