Sambungan ilmu dari Panduan Sembahyang Bhgn 1
Makmum Muwafik dan Masbuk
Makmum Muwafik
Makmum Muwafik adalah makmum yang dapat membaca surah al-Fatihah dalam masa berdiri imam dengan kiraan bacaan pertengahan atau sederhana maka, WAJIB ke atas makmum membaca surah al Fatihah dengan sempurna
Sebab-sebab Muwafik
- Makmum yang lambat bacaan surah al Fatihah kerana kelemahan semulajadi
- Makmum yang syak sebelum rukuk dan kemudian dari rukuk imam lalu teringat yang ia belum lagi membaca surah al Fatihah
- Makmum yang membaca doa iftitah dan ta'awuz lalu imam pun rukuk sedang makmum masih belum sempat menghabiskan bacaan Fatihahnya
- Makmum yang dengan sengaja tidak membaca Fatihah sebab menanti diam imam lepas membaca fatihah terus rukuk ataupun imam membaca surah yang pendek hingga tidak sempat makmum menghabiskan bacaan fatihahnya
Dalam keadaan ini, WAJIB ke atas makmum menghabiskan bacaan fatihahnya dan dia dibolehkan ketinggalan dari imam hingga 3 rukun yang panjang. Yang dimaksudkan dengan 3 rukun itu ialah :
- Rukuk
- Sujud yang pertama
- Duduk antara dua sujud
Jika masuk imam pada rukun yang ke-4 sedangkan makmum masih belum sempurna lagi bacaan fatihahnya maka WAJIB atas makmum memilih antara dua iaitu :
- Mengikut imam dengan ditambah satu rakaat lagi setelah imam memberi salam yang pertama
- Niat mufaraqah dari imam iaitu bercerai dari mengikut imam
Makmum Masbuk
Makmum masbuk adalah makmum yang tidak dapat membaca fatihah dalam masa imam berdiri maka TIDAK WAJIB atasnya menyempurnakan bacaan fatihahnya. Bacaannya hanyalah sekadar yang dapat dan dikehendaki rukuk bersama-sama dengan imam
Sebab-sebab Masbuk
- Makmum masbuk dikehendaki mengikut imam pada setiap perbuatan dan dikehendaki tambah mana-mana rukun yang tertinggal umpamanya makmum sempat bersama-sama imam satu rakaat dalam solat maghrib maka DIKEHENDAKI menambah dua rakaat lagi setelah imam memberi salam
- Pada sembahyang subuh, makmum masbuk MESTILAH berqunut sekali lagi untuk dirinya walaupun ia berqunud bersama-sama imam di awal solatnya tadi
- Jika makmum masbuk sedang membaca surah tiba-tiba imam rukuk maka HENDAKLAH diputuskan bacaan surahnya itu dan rukuk bersama-sama imam, TIDAK BOLEH ditangguhkan lagi
- Jika imam dalam keadaan sujud atau duduk tahiyat, makmum masbuk HENDAKLAH terus bertakbiratul ihram kemudian duduk bersama imam. Jika imam sedang rukuk, DISUNATKAN takbir. Sekiranya dapat tomakninah dalam rukuk itu, maka rakaatnya dikira
- Jika makmum sedang takbir tiba-tiba imam memberi salam maka DITEGAH duduk kerana duduk itu untuk mengikut imam. Jika makmum itu duduk dengan SENGAJA dan TAHU akan tegahanya, maka BATALLAH sembahyangnya itu. Tetapi jika ia TERLUPA atau JAHIL, maka TIDAKLAH BATAL sembahyangnya itu dan WAJIB ia bangun dengan segera dan SUNAT melakukan sujud sahwi pada akhir sembahyang itu
Sekadar perkongsian bersama...
P/S : sangat berguna untuk para-para imam. sebagai teguran kepada para-para imam agar tidak memilih bacaan yang terlalu pendek dalam solat
~ aman shah ~
40150 Shah Alam, Selangor
"...man jadda wa jada..."
0 teguran dan kutukan:
Post a Comment