Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati

 

SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.


Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya hanya menyalahkan antara satu sama lain.


Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini selesai memberi keterangan membela diri Februari lalu tanpa memanggil saksi lain selain mereka sendiri.


Azilah, 33, yang diwakili dua peguam, Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar membela diri dengan memberi keterangan di kandang saksi manakala Sirul Azhar, 37, yang diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal memilih untuk membacakan keterangan bertulis di kandang tertuduh.


Dalam kes yang pernah menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa ini, kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, berusia 28 tahun, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Okt 2006.


Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

 

 

Pandangan aman

 

Berapa orang yang pernah tengok muka sebenar Azilah dan Sirul ni? Angkat tangan..

Cuba kita fikirkan sejenak. Kalau mereka (Mahkamah) menjatuhkan hukuman mati, berapa orang yang dapat melihat hukuman itu dijalankan?

Kalaulah mereka yang bersalah itu dilepaskan. (maksudnya mereka dipindahkan ke suatu kawasan baru dengan mendapat peruntukan berjuta-juta dari 'kepala' nya dan yang paling penting dengan identiti baru! ) Who knows ? Muka mereka pun kita tidak pernah lihat. Masakan kalau selisih tepi aman pun , sure 100% tidak dapat mengetahui itu adalah mereka.

Tapi Abdul Razak Baginda terlepas pula. Sebab muka dia dikenali umum sudah. Kalau mahkamah menjatuhkan hukuman gantung juga, silap-silap nanti ada orang jumpa dia dekat mana-mana. Kan naya jadinya.

Siapa 'ketua'nya? Wallahualam. Hanya Allah yang tahu. Kita tidak boleh menuduh sesiapa sebelum ianya terbukti dengan kukuh.

Kalau hendak menjalankan hukuman itu, seeloknya dijalankan secara terbuka. Boleh diperhatikan oleh rakyat jelata yang 'kuat'. (kalau tak mahu ada yang pengsan dahulu)

Sebab itu Islam menjalankan hukuman secara terbuka. Contohnya hukuman potong tangan kepada si pencuri. Atas sebab apa? Menjatuhkan maruah si pencuri? Bukan, ia sebagai pengakaran kepada mereka yang mula-mula berjinak dgn jenayah berat seperti ini.

Tapi, aman rasa..Dengan negara kita yang 'bersih' ini, takkan laa mereka itu dilepaskan. Betul tak? (Senyum sinis)

 

Wasalam

 

~ aman shah ~

40150 Shah Alam Selangor

"...man jadda wa jada..."

0 teguran dan kutukan: