Indahnya Akhlak Rasulullah

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Sesiapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

 

Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas sambil tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat. Tidak kira sedikit atau banyak. Namun kali ini tidak. Tidak seulas pun diberikan kepada para sahabat. Rasulullah SAW terus makan sambil tersenyum, sehingga habis kesemua limau itu. Kemudian, wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Rasulullah SAW.

 

Sahabat  - sahabat agak kehairanan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

 

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada antara kalian yang akan mengenyet mata atau memarahi wanita berkenaan. Saya bimbang hatinya tersinggung. Sebab itu saya habiskan kesemuanya."

 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang  dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin  mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan  hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

 

 

Wallahualam...

 

 

Moral of the Story:

Kalau ada orang yang tak pelawa makan tu, tak ajak/panggil makan ke, jangan ingat dia kedekut tapi mungkin masakannya tak sedap. Biar dia saja yang makan. Hehe..

 

 

P/S : Tengah dalam kekecewaan. Masih lagi dalam berprasangka baik. Bila susah cari aku, bila nak kawen, jemput pun tidak. Tak kisah lah. Mungkin kahwin baget kot.

Mentari Disebalik Badai

بسم الله الرحمن الرحيم


Sungguh indahnya hidup ini, jika kita tahu akan hakikat sebab dan musabab yang terjadi ke atas kita pada setiap tarikan nafas menyedut oksigen Allah di muka bumi ini, dalam setiap kerdipan mata yang menjadi saksi kebesaranNya, dalam setiap langkahan kaki yang menapak di atas perut-perut bumi, dalam degupan jantung pada setiap saat dan ketika dan dalam setiap kesedihan dan kegembiraan kita semua.


Sesungguhnya, setiap penciptaan manusia-manusia itu bukanlah sia-sia. Setiap penciptaannya ada tugas dan rahsia tersendiri. Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaanNya. Malah lebih indah dari kesekalian alam yang ada. Subhanallah! Begitu juga "masalah" yang Allah wujudkan untuk setiap anak Adam. Penghasilan masalah-masalah tersebut, wujudnya keindahan, kegembiraan dan hikmahnya tersendiri. Setiap masalah itu ada hikmah disebaliknya. Namun, sangat sedikit sahaja manusia yang dapat merasakan keindahan dan kemanisan dalam "masalah" itu sendiri.


Seandainya kita tahu akan keindahan dan hikmah di sebaik setiap masalah yang wujud itu, nescaya kita tidak akan lari dari masalah itu bahkan tidak mustahil kita pula akan mencari pelbagai masalah untuk memperbaiki diri kita. Itu jika kita sedar akan apa itu masalah sebenarnya, jika kita tidak tahu apa itu masalah, nescaya kaki-kaki itu terasa ringannya untuk melarikan diri dari maslah-masalah yang datang dan pergi bagaikan angin itu.


Adakah orang tua yang penuh kasih sayang mereka terhadap anaknya, ketika mereka memberikan 'masalah' (dalam proses mematangkan si anak) untuk diselesaikan atau dipecahkan, adakah mereka sudah tidak sayang kepada anaknya?. Atau seorang guru yang menyediakan peperiksaan (memberi masalah) untuk anak-anak muridnya kerana bencinya guru berkenaan terhadap anak didiknya? Atau seorang kekasih yang memberi masalah kepada pasangannya dalam menguji kesetiaannya, itu dianggap sadis?


Dalam kehidupan, kita pasti menerima masalah, yang datang silih berganti tanpa mengira waktu dan ketika dan silih berganti antara satu sama lain. Yang membezakannya, permasalahan yang besar ataupun permasalahan yang kecil. Tidak kiralah itu masalah pekerjaan, masalah agama, masalah keluarga, masalah percintaan, masalah individu ataupun apa jua masalah, percayalah... Masalah itu pasti datang!


Sesungguhnya, setiap permasalahan itu, ada hikmahnya. Dapat diuraikan mengapa Allah SWT menguji kita dengan pelbagai ujianNya.

  • Allah menggunakan masalah itu untuk MENGARAHKAN kita. Kadang-kadang Allah harus menyalakan api untuk membuatka kita terus bergerak. Sering kali masalah yang kita hadapi itu mengarahkan kita ke arah yang baru dan memberi kita motivasi untuk berubah. Adakala Allah menggunakan masalah itu untuk menarik perhatian kita!
  • Allah mewujudkan masalah itu untuk MENGUJI kita. Manusia ini bagaikan teh celup. Jika hendak tahu apa jenis teh itu, celup sahaja dalam air panas. Allah kadang kala ingin melihat sejauh mana kita beriman kepadaNya, dengan menurunkan masalah-masalah ini ke atas kita
  • Allah menjadikan masalah itu sebagai satu alat untuk MEMPERBETULKAN kita. Ada pelajaran-pelajaran yang hanya dapat kita pelajari setelah jatuh rebahnya kita dengan kegagalan.
  • Allah mempergunakan masalah itu untuk MELINDUNGI kita. Sebagai contoh, ketika hendak keluar dengan rakan-rakan, tiba-tiba Allah wujudkan masalah perut kepada kita, disebabkan kesakitan perut yang memerlukan kita ke tandas, rakan-rakan bertolak tanpa menunggu kita. Sampai suatu masa, kemalangan berlaku. Bukankah masalah sakit perut itu secara tidak langsung Allah melindungi kita dari kemalangan tersebut?
  • Allah menurunkan masalah itu untuk MENYEMPURNAKAN kita. Sedarkah kita, dengan setiap ujian dari Allah itu, yang hadirnya silih berganti tanpa jemu sedikit sebanyak telah mematangkan kita. Membentuk kita ke arah kesempurnaan hidup walaupun pada hakikatnya sempurna itu adalah mustahil!

Dan diciptakan olehNya, yakni Allah itu sendiri bahawa setiap penciptaan masalah itu, bukanlah untuk masalah itu semata-mata namun untuk memperindahkan kebedaraban kita di dunia ini. Subhanallah, banyak orang apabila diri mereka ditimba sesuatu musibah atau masalah, tanpak yang pertama sekali ada mengeluh...mengeluh dan mengeluh. Dan ada yang lebih menyayat hati, sampai membunuh diri akibat masalah-masalah itu!


Hadapilah masalah itu dengan senyuman, nescaya suatu saat nanti, masalah itu akan berubah menjadi mutiara yang berkilauan yang tidak akan pernah padam.


Surah Al-Insyirah ayat 5 berbunyi:

6-28-2009 8-56-05 AM

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan



Kadangkala Allah hilangkan matahari
Allah beri petir dan kilat
Kita menangis mencari mana sinar mentari
Tapi rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yg indah
Itulah perumpaan hidup ini
Allah uji dengan pelbagai dugaan
Tapi tidak selamanya kita diuji
Bahagia pasti akan tiba
Sesungguhnya kita semua dalam ujian-Nya..~

عبدالرحمن بن همزة

40150 Shah Alam,Selangor

Asrama Semai Bakti Kelana Jaya (ASBKJ)

Assalamualaikum..

 

Tengah duduk lepak-lepak tak tahu nak buat apa, saja main cari-cari video dekat YouTube tu. Tiba-tiba terlintas difikiran nak cari lagu-lagu lama yang menjadi siulan suatu ketika dahulu. I miss those day. Rindu sangat-sangat zaman kanak-kanak dahulu. Dimana tidak perlu memikirkan banyak perkara. Apa yang ada dalam fikiran? Main...Main dan main sahaja...

 

Sahaja melampirkan lagu-lagu berkenaan agar kembali mengingati sejarah-sejarah lama. Dimana kita makan minum bersama-sama..bermain sama-sama..dan lain-lain lagi bersama-sama. Rindukan kawan-kawan lama.

 

Enjoy it!

 

Lagu : Semai Bakti

 

 

Gagah mara menyemai bakti

Penuh daya setulus hati

Khidmat setia luhur berbudi

Demi negara yang dicintai

 

Padu ikatan rukun damai

Murni hasrat bulat muafakat

Semai bakti bukti dituai

Usaha tegas membawa berkat

 

Disemai bakti ditabur jasa

Cetusan shahdu semangat waja

Biar seribu cabaran tiba

Negara makmur yang utama

 

Bakti diberi penuh setia

Dengan rahmat yang Maha Esa

Erat sepakat sama usaha

Seiring haluan ke puncak jaya

 

(Ulang dari atas)

 

 

Lagu : Warisan

 

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang

 

Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesamalah kita

Cinta lenyap diarus zaman

 

Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Peribumi merintih sendiri

 

Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutuplah hati terkunci mati

Maruah pribadi dah hilang

 

Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri

 

Kita sudah tiada masa

Majulah dengan maha perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayukan gagah di nusantara (3x)

 

 

P/S : Nak upload gambar-gambar lama, tapi stok tak banyak. Sila post gambar-gambar lama kepadaku di abraxas248@yahoo.com

Keistimewaan Rejab

 

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

 

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

 

Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

 

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

 

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

 

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

 

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

 

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

 

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

 

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

 

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

 

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

 

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

 

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

 

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

 

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

 

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

 

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

 

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

 

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

 

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

 

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

 

Bacaan lanjutan : Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan

Sejarah Seorang Pejuang

Hari ini genap 7 tahun pemergian Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor. Bagi mengenang jasa beliau, kami paparkan kisah beliau untuk tatapan semua.

Fadzilmohdnoor[5]

Bacaan artikel lepas : Ustaz Fadzil Nor

…………………………………………………………

 

Dato’ Haji Fadzil Mohd. Noor merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan peribadinya di dalam semua aspek kehidupan.

 

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama, perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdampingan dengan masyarakat, beliau dianggap sebagai pemimpin berkarisme. Semuanya itu hasil daripada latar belakang keluarganya dan juga pendidikan, di mana telah membentuk beliau sebagai seorang insan yang berperibadi tinggi dan dihormati.

 

Latar belakang keluarga

Dato’ Hj Fadzil @ Ali bin Mohd. Noor dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd. Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Hj. Abdul Rahman. Dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.

 

Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan terkenal di Kedah.

 

Pendidikan

Sejarah awal pendidikan Dato’ Hj. Fadzil Mohd. Noor bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama hingga tahun 1962.

 

Tahun 1963 beliau telah menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut.

 

Perkahwinan

Dato’ Hj Fadzil Mohd. Noor telah mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Datin Hajjah Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Setar, Kedah. Kemudian setelah berkahwin turut bersama melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar bersama suaminya.

 

Hasil perkahwinan beliau dikurniakan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhamad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab.

 

Bakat Kepimpinan

Sememangnya diakui bahawa beliau memiliki bakat kepimpinan yang tinggi. Bakat kepimpinan beliau mula terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya ketika menuntut di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq.

 

Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

 

Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah bahagian pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

 

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah.

 

Walau bagaimanapun, pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali bertugas sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau telah meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

 

Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Negeri Kedah.

 

Beliau pernah menganggotai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan memegang jawatan Setiausaha Penerangan Pertubuhan itu tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden Abim apabila Presiden ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA.

 

Sepanjang penglibatan dalam Abim, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Selain itu beliau juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974.

 

Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai Exco PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah meyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

 

Tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS tahun 1989 sehingga sekarang dengan gelaran Presiden PAS.

 

Pembabitan awal Dato’ Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.

 

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN kawasan tersebut.

 

Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan raya Umum 1995.

 

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd. Mokhtar Abdullah dengan majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Hj. Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

 

Dan yang terbaru ialah dalam pilihanraya umum ke-10 tahun 1999, beliau berjaya mengalahkan calon BN, Dato’ Othman Abdul di Parlimen Pendang dengan majoriti 19,474. Dan di DUN Anak Bukit dengan majoriti 1,480 dengan mengalahkan calon BN. Dato’ Hasbullah Hasnan Kamaruddin. Kemenangan beliau buat pertama kalinya di kawasan Parlimen telah disusuli oleh 26 lagi wakil PAS.

 

Dan beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Manakala di DUN Kedah pula telah disusuli oleh 11 lagi wakil menjadikan wakil PAS di SUN Kedah seramai 12 orang sebelum kemenangan calon KeADILan, Saifudin Nasution Ismail di DUN Lunas dalam pilihanraya kecil akhir tahun 2000 yang lalu. Dengan kemenagan calon BA di DUN Lunas itu menjadikan wakil BA di DUN Kedah seramai 13 orang. Dan kerajaan negeri Kedah kehilangan suara 2/3 di dalam DUN Kedah.

 

……………………………..

 

P/S: MARILAH KITA SEDEKAHKAN BACAAN AL FATIHAH BUAT PEJUANG AGAMA, DATO’ HAJI FADZIL MOHD NOOR.

Bangunlah dari Mimpimu

Bismillah. Dengan nama Allah. Semua zat kelebihan itu hanyalah milikNya. Syukur kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang-Nya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

 

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,

“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).

 

Sehinggakan saat nafas baginda Rasulullah SAW yang terakhir sekalipun, mulutnya masih lagi basah menyebut "ummati...ummati...ummati". Betapa sayangnya kekasih Allah itu kepada para umatnya. Betapa kasihnya baginda kepada kita semua. Adakah kita tidak merasa bertuah atas perasaan sayang itu? Adakah kita tidak bersyukur atasnya?

 

Demikianlah kuatnya kasih dan sayang Nabi s.a.w. terhadap umat baginda sehinggakan pada saat-saat akhir hayat terus resah memikirkan nasib umat. Antara yang paling dibimbangi Rasulullah s.a.w. sebagaimana diungkapkan dalam banyak hadis ialah senario perpecahan di kalangan umat Islam yang diakibatkan oleh pelbagai aliran pemikiran dan pertentangan pendapat.

 

Walaupun hakikatnya Islam tidak pernah menolak kepelbagaian pendapat, namun perselisihan yang menimbulkan pertentangan tajam sehingga menenggelamkan hakikat persamaan risalah dan matlamat ditentang sama sekali.

 

Jika diperhatikan secara objektif, kebanyakan perselisihan yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan amat terkait dengan sikap fanatik terhadap pendapat sendiri, lantas cuba memonopoli pemikiran dan tiada kesediaan untuk menghormati pandangan orang lain. Ini bagaikan satu penyakit. Ya, satu penyakit iaitu penyakit mengkagumi pendapat sendiri. Ianya bagaikan wabak merbahaya yang sedang menjalar dalam urat saraf umat sehingga mereka tidak lagi mewarisi sikap dan adab para pejuang dan pendokong Islam terdahulu.

 

Umat Akhir Zaman

 

"Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya," Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?"


Nabi saw, menjawab,"Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.


"Seorang sahabat bertanya, 'Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?' Rasulullah saw, menjawab, "Cinta dunia dan takut mati." (Hr Abu Dawud dan Ahmad)

Dianggarkan, jumlah umat Islam di seluruh dunia sudah mencecah 1.44 billion. Jumlah yang bukan sedikit. Tetapi umat Islam yang hanya pada kuantiti dan bukan pada kualiti. Jika jumlah umat Islam sebesar sebegini pada zaman Rasulullah SAW, adalah tidak mustahil seluruh dunia adalah dibawah kerajaan Islam.

 

Perpecahan umat Islamlah yang menyebab kejatuhan kualiti umat Islam itu sendiri. Kita telah dipecahkan dengan pelbagai benteng yang tanpa kita sedari. Kita dipisahkan oleh sempadan-sempadan yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Hal ini menimbulkan sifat kekitaan dalam diri setiap umat Islam. "Hal engkau, urusan engkau, hal aku, urusan aku". Dalam perasaan inilah kita semua terpisah dalam kesatuan yang meningkatkan kualiti hidup umat Islam.

 

Dalam masyarakat kita sekarang, cuba lihat sekeliling kita. Bagaimana perpecahan yang berlaku.

  • Kita memandang rendah 'mat-mat indon' dan 'mat-mat bangla'. Padahal mereka itu adalah saudara Islam kita. tetapi masih melabelkan mengikut negara yang dicipta oleh kita!
  • Orang parti U memandang enteng perjuangan parti P, dan parti P melabelkan 'keburukan' parti U. Kita telah disemakkan pemikiran dengan  kewujudan parti-parti ini.
  • Kita memandang enteng mamak-mamak berdasarkan bangsa itu sendiri. Kita mencipta kasta-kasta yang lahir tanpa sedar.
  • Penempatan yang mengkelasifikasikan manusia. terdapat kawasan orang miskin, kawasan orang kaya, kawasan orang elite dan sebagainya.

Cuba kita lihat masyarakat Malaysia sekarang. Orang-orang dibandar telah disibukkan dengan hal-hal kewangan. Secara diam telah mewujudkan sempadan dimana jiran sudah tidak bertegur sapa kerana masing-masing terlalu sibuk dengan urusan dunia. Masing-masing mengejar kemewahan 'sementara'. Begitulah kita disibukkan oleh hal kebendaan.

 

Orang-orang di kampung pula. Bersaudaraan terlalu bagus, kejiranan terlalu akrab, kesatuan terlalu aktif dan macam-macam lagi tetapi mereka juga telah dipisahkan dengan kewujudan parti-parti ini. "Hang parti U, takleh jadi imam" Sampai begitu sekali kita dipisahkan. Apabila seseorang itu tidak berada dibawah satu parti, secara tidak langsung telah wujud satu sempadan yang memisahkan kalian-kalian semua. Hal ini amatlah menyedihkan. Namun sekarang, satu parti pun ada juga yang sudah mula menunjukkan perpecahan dalam parti. Wallahualam....

 

Jika sebegini berterusan, kita akan terus menerus berpecah dan terus berpecah. Sehinggalah bagaikan kita hidup berseorangan di dunia ini!

 

Marilah Saudaraku

 

Bangunlah kita....

 

Sedarlah kita....

 

Kejutkan kita...

 

Janganlah kita terus lena. Janganlah kita terus tidur dalam buaian yang dicipta oleh musuh-musuh kita.

 

Ijtimak Malaysia 2009, Apakah tujuan ijtimak ini? Adakah sekadar tabligh yakni menyampaikan? Pada pandangan aman yang lemah ini, ijtimak ini bukanlah sekadar berkumpul dan kemudian membahagikan kawasan-kawasan dakwah, ini lebih kepada tempat untuk kita mengurangkan sempadan ciptaan manusia, tempat untuk kita menghidupkan kembali nilai-nilai yang diajar oleh Rasulullah SAW, tempat untuk kita bermuhasabah diri dan yang paling aman tertarik, bertujuan menghidupkan kembali fungsi-fungsi masjid. Ya, menghidupkan kembali jemaah-jemaah. Walaupun aman belum pernah berkesempatan mengenali para-para tabligh ini dengan lebih dekat, tetapi perjuangan mereka aman akur. Aman bersetuju dengan mereka. InsyAllah, suatu hari masa aman akan tiba juga!

 

Namun, kepada kita-kita yang belum kuat mendokong perjuangan tabligh-tabligh ini? Takkan hanya mampu berdiam diri sahaja? Tiada usaha dari kita? Jika hendak pergi pusat tabligh Malaysia di Sri Petaling itu 'dirasakan' jauh, takkan surau berhampiran rumah kita juga dirasakan jauh? Tepuk dada tanya iman....

Pray Jamaah

 

Jika ditanya pada setiap orang, pasti semua mengetahui fadhilat-fadhilat solat berjemaah bukan? Tetapi kita hanya lebih mengetahuinya sahaja tanpa mempraktikkannya?

 

"Seorang pemerintah Israel juga pernah berkata, mereka tidak akan gentar dengan umat Islam sekarang melainkan apabila solat subuh berjemaah menyamai jemaah solat jumaat. Cuba bayangkan, seorang yang bukan Islam sendiri mengakui kehebatan solat berjemaah." - Petikan Artikel lama (click here)

 

Allah sangat menyukai manusia yang mengamalkan berjemaah dalam setiap bidang perlakuan.

 

"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat  bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim


"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi

 

"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah  juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh).  H.R.Muslim & Ahmad

 

Dengan solat berjemaahlah, kita dapat merapatkan kembali perpaduan dan merobohkan sempadan-sempadan yang memisahkan kita.

 

Dengan berjemaahlah kita dapat mencarik-carikkan kain pemidang yang membahagiakan dua kawasan.

 

Dengan berjemaahlah kita menguatkan ikatan kesaudaraan kita semua.

 

Ayuh abang-abangku,

Ayuh adik-adiku,

Ayuh sahabat-sahabatku,

Ayuh kelasmate-kelasmateku,

Ayuh kejirananku,

Ayuh kamu yang membaca artikel ini,

Ayuh umat Islam walau dimana kalian.

Hidupkanlah kembali berjemaah itu.

Jadilah kita bangsa yang kuat!

Wujudkan kualiti dalam keislaman kita.

Jadilah kita masyarakat yang bersatu.

Agar gerun hati-hati musuh kita.

ayuhlah berubah.

kearah kebaikan.

tinggalkan jahiliyah.

kembalilah kepada yang Esa

 

 

Wasalam.

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

[MB] Melayu Boleh

Peliknya umatku....

 

Peliknya umatku..

Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

 

Peliknya umatku..

menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

 

Peliknya umatku....

sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

 

Peliknya umatku....

gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia apabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

 

Peliknya umatku....

sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan.. sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit cuma.

 

Peliknya umatku....

setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

 

Peliknya umatku....

setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

 

Peliknya umatku....

setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

 

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan......

 

Puisi Melayu

 

Di mana boleh cari ramai Melayu?
Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

 

Sumber2nya: Email~~

Pertukaran Domain

Assalamualaikum..

 

Hari ini, dengan segala hormatnya, belog ini berubah domainnya~~

huhu...

 

Saja, bohsan-bohsan tak tahu nak buat aper, Tukar domain laa... Main cuba-cuba...

 

 

Dari

http://www.abraxas248.blogspot.com berubah wahah kepada http://aman.via.my

 

Tetapi, jika rakan-rakan or pengunjung-pengunjung masuk melalui www.abraxas248.blogspot.com skali pun, ia stil boleh access ke laman page ni, tapi sebelum tu, dia macam ada pak guard laa dok jaga. dia akan keluar notice ni....

 

baru

 

Kalau klik ja butang YES tu, dia akan redirected terus ke laman page ini juga....

 

 

Apa salahnya sekali sekala berhijrah bukan?

 

~ aman shah ~

" ...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

wujudkah persahabatan Adam & Hawa?

Assalamualaikum. Post ini dihasilkan atas perbincangan lanjutan dari Forum iLuvislam.com bertajuk : Lelaki dan Perempuan : Bolehkah menjadi kawan baik?

TEMAN tapi mesra

 

Ini bukanlah lagu nyanyian dari kumpulan seberang. Lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Ratu itu. Ungkapan 'Teman tapi Mesra' sering kedengaran di bibir anak muda, tetapi kadangkala mengelirukan bagi sesetengah pihak, namun yang pasti ia merujuk kepada perhubungan antara lelaki dan perempuan.


'Berkawan biar seribu, berkasih biar satu'. Sering kita dengar bukan. Dalam konteks ini, berkawan itu, tidaklah menjadi satu kesalahan. Malahan, jika kita pandai dalam berkawan, ia akan membawa kegembiraan kepada kita. Menjadikan hari-hari kita semakin berwarna dengan kehadiran kawan-kawan di sekeliling kita.

3019032285_9be870cae2_b


Dalam memilih persahabatan, hendaklah kita pandai memilih siapakah kawan kita tersebut. Kerana, jika salah memilih kawan, nescaya ianya kelak akan memakan diri kita juga. Islam juga mengajar umatnya memilih tata cara yang baik-baik agar perhubungan persahabatan itu di atas tali yang suci.


Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, berkata hubungan di antara lelaki dan wanita tidaklah ditolak secara totalnya. Bagaimanapun, beliau menggariskan beberapa syarat dan panduan hubungan di antara kedua-dua jantina terbabit, dengan saling merendahkan pandangan dan memastikan tiada pandangan yang disusuli nafsu.


Menurutnya, wanita Islam juga patut prihatin terhadap kod pakaian Islam, yang menutupi seluruh badan, tidak ketat dan menggambarkan bentuk badan. "Akhlak yang umum sepatutnya diamalkan. Dalam perkataan lain, seorang wanita sepatutnya serius dalam ucapan dan tertib cara berjalan dan melawan godaan syaitan. Tiada wangian dipakai dari rumah."


Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mana-mana wanita yang memakai wangian dan kemudian berjalan melalui sekumpulan lelaki dan mereka mencium wangian itu, dia adalah penzina."

Rujukan lepas untuk kod pemakaian : Etika Pemakaian Muslim


Al-Qaradawi juga berkata, lelaki dan wanita (bukan mahram) tidak dibenarkan bersama di satu tempat yang tiada lelaki lain.


Bagaimanapun, perkembangan mutakhir mendapati fenomena memiliki 'teman istimewa' atau bahasa pasarnya buayapren dan gelipren kian menjadi-jadi, seolah-olah ia suatu kebiasaan.Bagaimanpun, apabila teman terbabit berkelakuan di luar jangkaan, timbullah keburukan, malah bagi pelajar prestasi pelajaran merosot, selera makan menurun, bahkan untuk hidup pun tidak bersemangat.


Bekas Presiden Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA), Dr Muzammil Siddiqi, berkata Muslim memang sepatutnya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, lelaki dan wanita, di sekolah, tempat kerja dan kawasan kejiranan. "Tetapi Islam tidak membenarkan mengambil orang bukan mahram sebagai kawan rapat kerana hubungan seperti itu kerap membawa perkara haram."Ini memungkinkan mereka melakukan dosa atau menghabiskan banyak masa bersama," katanya sambil mengemukakan ayat 25 Surah an-Nisa sebagai satu hujah atas dakwaan berkenaan.


Jurnal Persatuan Perubatan Amerika ada melaporkan, peningkatan bilangan gadis mengadakan pertemuan sosial, berisiko berdepan dengan kekejaman, hamil, penderaan, bahaya tingkah laku seksual dan membahayakan diri.


Sheikh Ahmad Kutty, dari Institut Islam Toronto, Kanada, berkata pertemuan sosial tentu tidak dibenarkan. Menurutnya, Islam melarang umatnya berdua-duaan dengan pasangan berlainan jantina kecuali hubungan persaudaraan atau perkahwinan.


Nabi Muhammad s.a.w menegaskan: "Apabila seorang lelaki dan wanita duduk bersama mereka ditemani teman ketiga (yang membisikkan kejahatan kepada mereka)."

Konteks Perhubungan Berlainan Jantina

 

Inilah firman Allah ta’ala”

6-16-2009 12-05-02 AM

” dan orang2 beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar.” AQT 9: 71

 

Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan dan bersahabat serta liqa’ atau pertemuan dalam bekerjasama dalam perkara2 kebaikan: menuntut ilmu, program-program kebajikan dan jihad.

 

Perincian Dr Abdul Halil Abu Syuqqah (sahabat Dr Qardhawi),


1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:

  • khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
  • beberapa lelaki dengan seorang perempuan
  • seorang lelaki dengan beberapa perempuan..

7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

 

Etika khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:

 

1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

 

P/S : Jangan jadikan alasan-alasan di atas untuk menghalalkan perbuatan 'berdating' . Terutama berdating dengan mengguna pakai faktor ke 6.

 

Sekadar perkongsian yang tidak seberapa.

Perginya Seorang Pejuang!


Berita kematian


Ini adalah berita selepas zuhur hari sabtu 13/6 yg disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com, ikhwan-jor.com, almoslim.net dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:


Pada pagi sabtu, Syeikh Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah mana dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital otel deo.


Berita penafian


Berita ini kemudia dinafikan oleh Jabhah Islami yang diketuai oleh Dr Fathi yakan dan keluarga fathi yakan. Ia disiarkan dalam alarabiya.com, aljazeera.net, Islamonline.net, alquds.co.uk dan lain. Berita ini adalah setelah 2 jam selepas berita kematiannya. Beritanya adalah seperti berikut:


Pejabat Dr fathi yakan telah melaporkan kematian Dr Fathi Yakan. Namun berita ini dinafikan oleh pihak Jabhah Islami yang menyatakan Dr Fathi Yakan dalam keadaan amat kritikal. Pihak Hospital enggan memberi ulasan tentang ini.


Sumber terdekat memberitahu bahwa Dr Fathi dalam keadaan “mati katil”. Jantungnya bersambung dengan alat melalui tabung uji. Kesalahan berita disebabkan kengganan untuk mencabut alat ini disaat-saat akhir.


Dalam Hal ini mufti Tarablas berkata “Tidak ada seorang ulama pun yang memberi fatwa tentang keharusan mencabut tabung uji ini dari pesakit.


Berita terbaru telah melaporkan bahwa keluarga Dr Fathi yakan menafikan kewafatannya dan menyatakan bahawa beliau dalam keadaan sangat tenat.


Pihak Hospital telah menyatakan bahwa terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.
Terbaru: Berita pengesahan kematian (3 jam selepas penafian)


Akbar Jazeera menyatakan:


Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik.


Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu.


Sumber AFP pula menyatakan:


Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan.


Islamtoday telah menyatakan:


Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.


Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:


Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.


Ulasan: ini menunjukkan berita kematiannya pada pagi tadi adalah tidak betul dan syeikh baru meninggal petang tadi.


sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):


بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.


Latar belakang Fathi Yakan


Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.


Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.


Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.


MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.


Rujukan: Laman-laman web yang disebut dlm artikel dan lain-lain.

FikirKAN & TafsirLAH

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8.35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8.30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2.00 pm atau 2.30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar 1 - 1.30 pm. Bukankah ini salah faham namanya? Tidak terasa lewatkah?


2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tidak boleh tinggal rokok ciptaan mereka, tinggalkan barangan keluaran mereka, makanan segera ciptaan mereka, memuja penyanyi mereka, menggilai dan membanggakan artis Hollywood dan ada antara kita menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang sarat dengan propaganda terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita menentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang? Mulut kata lain, tetapi hati kata lain?


3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi, melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (boleh la dikira saham Akhirat) untuk membantu manusia yang memerlukan, nak mengumpukan RM1 juta pun payah dari rakyat Malaysia yang bilangannya lebih dari 22 juta orang ini malah ada yang ambil masa berbulan bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta? Amanah Saham untuk masa depan di dunia atau Amanah Saham untuk masa depan di akhirat?


4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata tempat seperti sampah TETAPI kita jarang sensitif dan terharu bila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah (mengenalkannya Allah, mengajar sembahyang, mendidik anak menjaga aurat dan kehormatan dirinya dan sebagainya) agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan terseksa di Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak ke dalam api neraka? Mana lebih hina, buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api neraka?


5. Kita selalunya akan mudah ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Allah yang memberikan kita nyawa dan segala nikmat yang tak terhitung banyaknya sehingga tak termampu untuk dibalas, setiap detik dan setiap masa kita jarang (mungkin juga tak pernah) terhutang budi dan berterima kasih kepadaNya dengan cara yang dituntutNya. Payah benarkah?


6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI kita tidak sikit pun rasa malu dengan Allah yang sudah sedia tahu kesalahan kita zahir dan batin, kecil dan besar. Itu tidak dikira lagi dengan yang sanggup membuka aibnya sendiri. Bermegah-megah dengan dosa yang dilakukan tanpa rasa penyesalan.


7. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah dan sebagainya sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

 

Pesanan Aman :

- Islam ini agama untuk manusia berfikir. 

- Sentiasala membasahkan lidah kita dengan berzikir kepada Allah dan memberi peringatan kepada sahabat handai, tanpa ada rasa memilih sama ada dia mndengarnya atau mengetepikannya. Ingatlah Rasulullah pernah bersabda :

"Semoga Allah memberi rahmat kepada seseorang yang mendengarkan sesuatu perkara dari kami, lalu dia menyampaikannya sebagaimana apa yang dia dengar, barangkali orang yang disampaikan lebih kuat ingatannya daripada orang yang mendengar" (Riwayat Ahmad At-Turmidzi, Ibnu Majah & Al-Humaidi dr Ibnu Mas'ud r.a.)

Patutkah Sisters in Islam diharamkan?

Berikut adakah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Sistem in Islam di media-media arus perdana. Kenyataan-kenyataan yang mencabar kesucian agama Islam.

Kenyataan Mencabar Islam serta Menghina Rasulullah dan Ulama


Penulis-penulis berikut telah menulis rencana dalam suratkhabar perdana yang menghina Islam, Rasullullah dan ulama. laporan terhadap dua daripada mereka telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Negeri namun tiada sebarang tindakan diambil. Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan-kenyataan mereka:


1.0 MENGHINA RASULLULLAH S.A.W


1.1 "...The fact that the Prophet had several wives and was known to have had sexual relations with 15 women, which included the concubine Rayhana who remained non-Muslim all her life is proof of the humanity of the Prophet."


("Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai sifat kemanusiaan Nabi"


["Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality" oleh Farish A. Noor (NST, 4 November 2000)]


1.2 ".. the Prophet himself, in his specific historical context, was a tribal leader, and so the early oath of allegiance given to him were as atribal rather than just a religion leader."


(...Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada baginda diberi kerana baginda adalah pemimpin suku lebih dari pemimpin agama)


["The Myth Surrounding the Islamic State" oleh Farish A. Noor (NST 1hb Disember 2001)]


2.0 MENCABAR ISLAM


"...Islam is discource and all discourses are open, contested and plastic..."


(Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar dan plastik)


["Farish A Noor - Intelectual Provocateur" temubual oleh Amir Muhammad ('The Edge', 3 Dis 2001)]


3.0 MENGHINA MUFTI DAN ULAMA'


"Perhaps the turbans of the mufti are too tight and therefore not enough oxygen is getting into their brains. They are not thinking straight."


("...Mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Mereka tidak berfikran waras")


"make fatwa which most of the people, including other ulama and mufti, do not follow"


(membuat fatwa yang mana kebanyakan orang, termasuk ulama dan mufti lain, tidak ikuti)


"many ulama themselves are perveyours of...pagan practices"


(ramai dari ulama sendiri penjual amalan jahiliyah)


"the ulama themselves are incapable of intelligent thought"


(ulama sendiri tidak mampu berfikir dengan cerdik)


["Now The Mufti Blame Hindi Films", Akbar Ali - The Sun, 21 Februari 2001]


4.0 MENAFIKAN HUKUM ISLAM MENGENAI MURTAD


"The Quran allows a person to become apostate twice and then to persist in his disbelief."


"..No punishment of any sort at all is prescribed for such a person other than that God will never forgive him nor guide him to the right path. This is God's promise. It is his law."


(...Al-Quran membenarkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai kafir.
...Tiada hukuman dinyatakan ke atas sesorang yang murtad selain dari janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya mahupun memberinya petunjuk yang lurus. Ini adalah janji Tuhan. Ini adalah undang-undangNya...)


("Death for Apostates Unjust" oleh Akbar Ali - The Sun, 14 Julai 1999)


5.0 MENAFIKAN HUKUM YANG TELAH JELAS DALAM AL-QURAN


"Therefore the question that should be addressed in our society today is not whether poligamy should be relegalised under the civil law for the non Muslims, but whether it should still be continued under the Islamic Family Law for the Muslims".


("Oleh kerana itu soal yang perlu ditangani di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah isu samada poligami patut disahkan di bawah undang-undang Sivil untuk orang bukan Islam, tetapi samada ia sepatutnya dibenarkan terus di dalam Undang-Undang Keluarga Islam")


["Islam did not Invent or Encourage Polygamy", Sisters in Islam, NST 10hb Januari 2002]


6.0 ISLAM BOLEH DITAFSIR OLEH SESIAPA SEKALIPUN TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG KEILMUANNYA


"Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata."


(Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam: Utusan Malaysia, 26hb September 2000)


7.0 ISLAM DIPERSOALKAN


7.1 "For a muslim, the existence of a dual system of laws has proven problematic. Malik Imtiaz Sarwar, a lawyer who spoke on 'The Context Of Constitutionalism' gave an example: if Chinese below the age of 16 has consensual sex with an older man and reports him, it is statutory rape. In the case of an under aged Muslim girl, while the man will be guilty of statutory rape, she could be punished under Syariah Law - where the age of reason is 12 or 13 - and sent to a reformed center. Hence, underaged Muslim girls who are raped will be afraid to come forward for fear of being sanctioned.


The legislating of Islamic rules infringes on the Muslim girl's basic right, which ironically are protected under civil law. We are beginning to be shackled by our personal belief so much so that we have forgotten the fundamentals."


("Bagi seorang Muslim, kewujudan dwi sistem undang-undang telah terbukti membawa masalah. Malik Imtiaz Sarwar, seorang peguam yang berucap mengenai 'Konteks Perlembagaan' memberi contoh: jika seorang berbangsa Cina di bawah umur 16 tahun berzina dengan seorang lelaki yang lebih tua dan melaporkannya, ia adalah rogol statutori. Bagi kes gadis Islam, sementara si lelaki bersalah kerana rogol statutori, gadis itu pula boleh dihukum di bawah undang-undang Syariah - di mana umur baligh adalah di antara 12 dan 13 tahun - dan dihantar ke Pusat Pemulihan. Ini akan menghalang gadis yang dirogol dari membuat laporan kerana takutkan hukuman.


Menegakkan peraturan Islam akan mencabuli hak asasi gadis Islam tersebut, tapi ironinya ia dilindungi di bawah undang-undang Sivil. Kita sedang dibelenggu dengan kepercayaan peribadi sehinggakan kita terlupa perkara asas".)


Persoalan PUM ialah : Apakah hak asasi seorang gadis Islam di bawah umur 16 tahun yang berzina dengan seorang lelaki?


-Untuk melakukan zina dan tidak boleh diihukum?


7.2 "He also said that 'public Islam' can erode fundamental liberties, pointing to the case of a non Muslim trader in Kelantan who lost his right to livelihood when he was penalized for selling food to a Muslim during Ramadhan."


(..."Beliau juga berkata 'Islam awam' boleh menghakis kebebasan asasi, dengan mengambil contoh kes yang berlaku ke atas seorang peniaga bukan Islam di Kelantan yang hilang haknya apabila beliau di denda kerana menjual makanan kepada orang Islam di bulan Ramadhan")


-[Malik Imtiaz Sarwar]


[Petikan Laporan NST 11 Disember 2001 mengenai Bengkel Festival Hak Asasi yang dianjurkan oleh Majlis Peguam pada 8 Disember 2001 di Kuala Lumpur]

 


Petikan Memo Kepada Majlis Raja-Raja Melayu
"Islam Dicabar, Rasulullah S.A.W dan Ulama Dihina"
Oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
4 Februari 2002 - Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu

 

Petikan Dari : Kenyataan Mencabar Islam serta Menghina Rasulullah dan Ulama

p/s : Jika kenyataan sebegini dikeluarkan, adakah patut SIS diharamkan?

Hayati , Fahami dan I'm Sorry

renungkan
hayati dan fahami

jika kamu memancing ikan

setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil terus ikan itu

janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja

kerana ia akan sakit

oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu

dan mungkin

ia akan menderita selagi ia masih hidup

 

 

begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang

setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya

janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja

kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan

mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu

clip_image001

jika kamu menadah air biarlah berpada,

jangan terlalu mengharap pada takungannya

dan janganlah menganggap ia begitu teguh

cukuplah sekadar keperluanmu

apabila sekali ia retak

tentu sukar untuk kamu menampalnya semula

akhirnya ia dibuang

sedangkan jika kamu cuba membaikinya

mungkin ia masih boleh digunakan lagi

 

 

begitu juga jika kamu memiliki seseorang

terima lah seadanya

janganlah kamu terlalu mengaguminya

dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa

anggaplah dia manusia biasa

apabila sekali dia melakukan kesilapan

bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya

akhirnya kamu kecewa meninggalkannya

sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan

kamu akan berterusan hingga ke akhirnya

 

 

jika kamu telah memiliki sepinggan nasi

yang kamu pasti baik untuk dirimu

mengenyangkan dan berkhasiat

mengapa kamu berlengah lagi?

cuba mencari makanan yang lain

terlalu ingin mengejar kelazatan

kelak,

nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya

kamu akan menyesal

 

 

begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan

yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu

menyayangimu dan mengasihimu

mengapa kamu berlengah lagi?

cuba membandingkannya dengan yang lain

Terlalu mengejar kesempurnaan

kelak,

kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi

milik orang lain

kamu juga yang akan menyesal

clip_image002

 

 

P/S :

Subhanallah...

Subhanallah...

Subhanallah...

ini adalah nasihat dari seseorang buat aman. mula-mula membacanya, agak terasa juga.. tetapi itulah hakikat. yang benar adakalanya pahit. bergantung kepada kita untuk menerimanya atau tidak. kepada mereka yang 'terasa' dengan 'perhatian' aman, mohon maaf di pinta. memang tiada niat di hati ini untuk memberi 'pengharapan' kepada orang. hanya sekadar manusia lemah yang penuh alpa. terima kasih kepada kamu. kerana menyedarkan diri ini belum sempurna. untuk mencari seindah dunia. walaupun ianya sekadar sementara. maafkan aman atas kesilapan dan kekurangan diri ini. aman hanyalah manusia biasa yang sedang belayar mencari Pencipta.

maafkan aman…

maafkan aman...

maafkan aman...

Cerita Surat Berantai

Assalamualaikum. Pening dan bercelaru fikiran ini. Setiap kali membaca 'surat-surat' berantai yang bercirikan Islamik ini di dalam peti inbox email aman. Itu baru surat-surat berantai Islamik, tidak termasuk forwarded jokes yang sampai. Ada kala jokes berkaitan politik, adakala jokes berkaitan kaum, adakala jokes berkaitan agama dan adakala jokes berunsurkan lucah. Bergantung pada kita untuk mentafsirkan nya. Adakah agama itu sendiri boleh dijadikan lawak? Tidak tahu bagai mana lagi hendak terangkan, "Jangan forward surat-surat berantai itu! Mempercayainya boleh jatuh murtad! Wallahualam"

 

Sekarang ini, terlalu banyak sangat bentuk dan penulisan bercirikan Islamik, yang berkaitan dengan berantai ini. Ia bagaikan tiada penghujungnya. Tutup surat berantai yang lama, keluar pula surat berantai bercorakkan Islamik yang baru. Kalau sekadar untuk nasihat, ia tiada masalah. Tetapi dengan nota kaki* di bawahnya 'nasihat' itu yang membuatkan ianya lari dari maksudasalnya. Mempercayai surat itu ada kusanya sendiri!


Soalan 1
Uztaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz ?


Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai.Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat.Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.


Jawapan:
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu.


Pertama dari segi isi.
Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasulallah dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat inikah atau AlQuran?


Kedua dari segi arahannya.
Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekir anya tidak maka kita akan ditimpa bencana maka secara tidak lansung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah.


Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak., alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.


Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini secara halus:

Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya?


Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya diedar 20 salinan, akan mendapat berkat, dan sekiranya engkar akan mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut.


Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham akan tahu keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita t teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memes ongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukka nnya kedalam Internet.


Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram. Allahuaklam.


Surat berantai palsu dan khurafat

 

SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH JATUH MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).


Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi,Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 diTexas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia pd 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi
Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al- Quraisyi 1967-meninggal dunia pd 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).


Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, "Menyebar surat ini termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirik-kubra)serta mempermainkan Rasulullah S.A .W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.


Lagipun,surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIKH AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda". Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja,maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim".

 

dari Biro Publisiti JKIM
(Jawatankuasa Kebajikan Islam )
12 Jun 2002 @ 1 Rabiulakhir 1423H
'Membina Ummah Madani - Dunia & Akhirat'
Semoga surat berantai seperti ini tidak akan kami terima lagi.

Aku Menulis Hanya Kerna Nama!

Assalamualaikum.. Satu lagi post yang akan menerima kontroversi selepas post

Ada Apa dengan Friendster? Memang menarik, aku post ini untuk nasihat akan diri aku sendiri, tidak lain dan tidak bukan. Tapi kalau ada yang terasa dengannya, harap mohon maaf ya. Hidup ini tak best la kalau tidak dikongsi bersama kan? "Sharing is Caring"

imtihan

Sambil diiringan petikan gitar Ramli Sarip...
Mode:- Muhasabah


Ketika tulisan mulai jadi sebutan orang
Ketika pendapat di blog dipuji-puji
Ketika 'post' di Forum mendapat penghargaan
Ketika idea-idea dikatakan sangat bernas


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...


Terangsanglah semangat mencari idea-idea segar
Terangsanglah untuk mencari bukti-bukti menguatkan argumentasi
Terangsanglah untuk 'komen' di blog orang lain, untuk promosi blog sendiri
Terangsanglah untuk mem'famous'kan diri sendiri!


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...


Niat asal sudah lari
Niat bukan lagi untuk tujuan dakwi
Niat kini untuk promosi diri
Niat kini untuk naikkan NAMA sendiri!


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...


Dalam blog:
Tiap hari 'check' brape pelawat dah datang arini?
Tiap hari 'check' brape 'comment' dalam entri kali ni?


Dalam forum:
Tiap hari 'check' brape respon untuk 'post' tempoh hari?
Tiap hari 'check' brape 'post' lagi nak naik status ni?


Tiap hari...cari ruang promosi NAMA sendiri
Sebabnya...

Aku Menulis Hanya Kerna NAMA


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...


Tulisan ini bukan untuk mencela sesiapa
Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa
Tulisan ini bukan untuk mereka-reka cerita
Tulisan ini buat renungan diri SENDIRI la!


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

 

6-5-2009 3-39-56 PM
Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (An Nasr 110:3)

 

 

P/S : Aii...takkan terasa sorang jer kot? Tak nak kongsi dengan kawan-kawan yang lain ker?

 

Karya Asal : Aku Menulis Hanya Kerna Nama!

Ada Apa Dengan Friendster?

Berikut adalah 10 jenis orang yang main friendster : -


-Sukakan ikhtilat (pergaulan) lelaki dan perempuan. Kalau dah dalam friendlist tu ada campur laki pompuan, tak ke namanya ikhtilat tuh? Dah tu siap berbalas-balas testi lagi apa kejadah? "kaifa haluk", "ukhwah fillah abadan abada", "i love u, u love me". Abah engkau! Siap buat group-group 'usroh' la, 'dakwah' la, 'ukhwah' la. Alih-alih aku tengok dalam forum cerita benda-benda bangang jugak. Cintan-cintunla, cinta islamik la, mee cintan la. Benda-benda ilmiah tanak pulak bincang. Kepala hotak berjambul betul.


-Pembohong, penipu, kaki auta. Aku rasa orang paling kuat menipu kat dunia ni orang main friendster la. Pasal apa? Umur baru darjah 1 tak sedar diri tulis 25 tahun. Yang muda perasan nak mampus tua, yang tua nak mampus perasan muda. Tak ke pembohong namanya? Gatal tulis status married padahal belum kahwin pun. Tak pun tulis it's complicated la konon nak jaga ikhtilat. Kepala dia! Tu belum lagi favourite book, movie dan benda-benda alah lain. Tah betul tah tidak. Dengan sajak-sajak bodoh lagi kat about me. Tah pape tah.


-Suka show-off. Asal pergi melancong kat mana-mana mesti nak upload gambar. Walaupun tempat pelancongan tu hanya batu-bata, asal boleh nak upload gambar. Lagi la kalau jalan-jalan kat tempat yang cool macam europe ke turki ke apa-apa la. Bajet best la. Kalau tiba besday dia lagi la nak show off. Habis semua dia tayang dari kek besday sampaila hadiah besday. Apa kejadah tah. Ingat best sangat la besday dia. Boleh blah! Kalau upload gambar buku, meja, pensel, bilik, katil dan lain-lain objek bangang lagi la cam bangang.


-Bajet cun/hensem. Tunjuk gambar sendiri dengan pose-pose tertentu (yang dia ingat dah abis cun/hensem). Pastu edit sikit-sikit guna photoshop supaya nampak cool. Kalau dah hodoh buat la cara hodoh. Kalau cun/hensem pun, tak yah la nak berlagak nak mampus. Orang putih kata "Beauty is only a skin deep". Kalau aku toreh muka tu dah tak cun dah. Yang tak tahan tu amik gambar depan cermin la, tengah tido la, buat gaya L kat dagu la. Hek elehhh....bajet cool je


-Nak cari kawan/ kapel. Sepanjang obvervation aku, aku tengok orang main friendster ni ramai yang sebenarnya alone, takde kawan kat dunia realiti. Pakwe takde, awek takde kawan pun takde. So dia guna friendster nak cari kawan/kapel. Tengok mamat ni hensem sikit atau islamik sikit, mulala dia nak add. Tak pun tengok awek sorang ni macam cun je atau cam muslimah solehah ukhwah fillah, mula la gatal tangan nak add. Hek elehh kat friendster berani la kau. Kat luar kecut. Oi, nak cari kawan cari yang realiti la. Apa jadah kawan friendster. Anytime boleh add anytime boleh delete. Takde nilai perkawanan langsung. Sampah.


-Suka crappy material. Nama je muslim, tapi suka benda-benda sampah. Forward emel-emel bodoh. Konon taktik keji orang kafir tapi sebenarnya dia sendiri yang keji forward emel bodoh. Then, suka survey-survey things kat bulletin. Apa jadah tah tah survey diri sendiri. 'Pakai baju kaler ape?', 'Tengah buat apa?', 'Kali terakhir telefon siapa?'. Bangang. Orang yang buat survey pun jugak bangang. Pastu suka benda-benda superstitious. Kalau suka kaler merah maknanya kuat merajuk, kalau lahir zodiak capricorn maknanya perangai sengal. Siapa ajar? Abah ajar?


-Suka buang masa. Hanya dengan friendster, ramai yang dah tergadai masa dengan sia-sia. Bayangla kalau setakat reply-reply testi untuk benda-benda bodoh macam peristiwa kelakar kat university, rumah, tengah jalan, tak ke buang masa namanya. Untuk friendster sanggup berjam-jam edit layout bagi nampak lawa. Sanggup berjam-jam edit gambar untuk upload kat friendster. Setiap hari mesti nak login walaupun takde testi baru atau komen baru. Aih aku sendiri terasa bangang yang amat main friendster dulu.


-Suka tengok gambar lucah. Ada ke gambar lucah kat friendster? Ada la mangkuk. Tiap-tiap kali nak login pun dah ada dah tertayang. Dengan gambar pompuan nampak cleavage dadanya, tak ke gambar lucah tu? Tu belum dah login lagi tuh. Dah login lagi la. Pergh...klu first time boleh consider lagi 'rezeki'. Tapi kalau dah login banyak-banyak kali tu, apa jadah rezki lagi? Contohla, kau nak buat rehlah kat laut mati. Datang-datang je kau tengok ramai gile pompuan pakai bikini. First time datang rezeki la kan? Tapi dalam keadaan kau dah tau yg laut mati tu tempat pompuan berbikini selalu lepak, nak ke kau datang buat kali kedua? Itu bukan rezki lagi namanya. Itu namanya mangkuk hayunan.


-Perosak bahasa. Tak kisah la bahasa Melayu ke, English ke, Arab ke tapi yang pasti ramai di kalangan friendsterer ni yang perosak bahasa. Tak caya tengok jela testi-testi yang ditulis. Dengan short-form yg tah pape yg aku pun susah nak faham. Apehal pulak tulis 'sy sk awk, sy syg awk, sy rnd awk'?! Graduate dari sekolah tamil apa? Tulis je la 'saya suka awak, saya sayang awak, saya rindu awak'. Pemalas nak mampus. Ada hati nak sayang-sayang anak orang. Kerbau pun pandai taip penuh.


-Childish. Siapa rasa main friendster menyebabkan dia menjadi matang. Matang dalam kehidupan, matang dalam menangani masalah, matang dalam segala aspek. Sila angkat tangan. Dah angkat? Ok siapa-siapa yang angkat tangan tadi ketuk kepala 3 kali sambil kata 'mangkuk'. Dah tua bangka pun nak tangkap gambar bulatan kaki, bulatan tangan dan sebagainya. Dah besar panjang pun nak buat personality test la, kuiz la tah pape. Mengada je.

 

 

Sumber : 10 Jenis Orang Yang Main Friendster

 

P/s : Ni baru pasal friendster, tak termasuk facebook lagi, my space lagi, nasyid and friend la, dan macam-macam jenis social bookmarking lagi. Ada sedikit terasa dengan kata-kata itu. Namun, teguran kena terima. Jangan terasa semata-mata. Berusaha untuk kearah kebaikan! Ayuh aman.. Bangun untuk berubah ke arah kebaikan. Be a nice aman~ Lagipun, frienster sudah bohsan..huhu